Sunday, March 28, 2010

KERAJAAN JOHOR PERLU JELASKAN ISU ROBOH RUMAH


Kemaskini@ 28/3/10 jam 2311- Email yang saya terima dari seorang pembaca yang bernama Othman Saad

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga Umno terus perintah Johor!
Johor, kubu kuat Umno/Bn tetapi beberapa tempat tertentu telah berjaya ditembusi oleh pembangkakang dalam PRU yang lalu. Dalam saat untuk menghadapi PRK di Selangor, Johor buat hal pula. Jangan ingat Melayu mudah lupa, jangan ingat Melayu senang diurus dan jangan perlekehkan Melayu, nanti PRU ke 13 lingkup...Isu ini sudah tentu akan diperdendangkan di PRK Hulu Selangor nanti. Kepimpinan tertinggi Umno/Bn perlu memperjelaskan isu ini dengan segera.
Semasa perasmian persidangan PERKASA, Tun M telah mengatakan bahawa kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.
Kewujudan NGO Melayu yang begitu ketara sekali adalah untuk memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka, Prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Kenyataan ini sudah tentu akan di manipulasi oleh pembangkang. Bersiap lah wahai Bn....

Artikel Asal Saya
Inilah kelemahan BN dari dulu sampai sekarang. Mereka gagal menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat dengan sejelas-jelasnya , agar rakyat tahu apa perkara sebenar.

Apabila tidak dijelaskan, maka rakyat akan menjadi marah dan mereka akan percaya kepada khabar-khabar angin atau fitnah yang disebarkan.

Isu perobohan rumah setinggan di Kempas sudah beberapa hari didendangkan oleh blog-blog yang pro pembangkang. Mereka main tibai ikut sedap mereka sahaja.

Tetapi, sehingga ke hari ini tiada ada satu penjelasan lagi pun yang dikeluarkan oleh Kerajaan Johor yang diperintah oleh BN.

Kerajaan ada media masa, dan gunanya media masa adalah untuk menjelaskan sesuatu perkara yang kelabu kepada rakyat.

Jangan kata rakyat, saya sendiri pun tidak tahu apa cerita sebenar disebalik perobohan rumah-rumah tersebut. Benarkah mereka tidak mendapat pampasan ? Sudah berapa lama mereka diberi peluang untuk berpindah ? Tanah asal milik siapa ? Apa yang nak dibangunkan disitu ? Itu yang perlu dijelaskan.

Bila perkara ini tersebar di blog, ianya bukan lagi menjadi isu tempatan, ianya sudah menajdi isu nasional. Perkara ini boleh memberi kesan kepada BN diseluruh negara. Sebagai contoh isu Kg.Buah Pala. Ianya menjadi isu nasional dan hasilnya semua saluran mengundi kaum india di Bagan Pinang Pas kalah. Apakah kita tidak mengambil itu sebagai iktibar ?

Tolonglah...tolonglah...Kerajaan Johor kena tolong jelaskan isu ini jika mereka berada di pihak yang benar. Jangan sampai ianya menyusahkan orang-orang parti di bawah untuk menjawab. Bila kita tahu perkara sebenar, maka bolehlah kita tolong menjawab atau menjelaskan kepada orang ramai.

Sekarang ini, kita pun tak tahu apa nak jawab, bila diperli atau ditanya oleh orang ramai. Kerana kita pun tak tahu cerita sebenar.

Ingat ! Tahun 2004 PAS berjaya mencoroboh kerusi DUN Johor yang terkunci rapat sebelum itu melalui calonnya Ramli Mohd Kari yang menang kerusi DUN Senggarang secara percuma. Itu baru detik permulaan.

Tahun 2008 ianya semakin berkembang lagi. PAS dapat dua kerusi DUN dan DAP dapat empat kerusi DUN serta satu Parlimen.

Jangan sampai PRU 13, BN hilang majoriti 2/3 di DUN Johor. Kegagalan menjelas dengan baik isu ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada BN dalam PRK Hulu Selangor.

Oleh yang demikian janganlah berat mulut untuk menjelaskannya.

Antara blog pro pembangkang yang memanaskan isu ini.

Klik di sini
Sini
Sini
Sini
Sini
Sini
Sini
Sini

6 comments:

anak melayu said...

Mengapa boleh jadi begini ye,bila negeri yang diperintah pembangkang tentu dah menjadi isu besar.
Aku bukan penyokong pembangkang tapi ralat juga bila negeri yang diperintah BN mengamalkan perkara yang sama seperti di PP.
Jangan pula paku dulang paku serpih sudahlah ye.

ahmadfarihan said...

Salam

Saudara Faisal,

Saya sangat bersetuju dgn saudara dalam hal ini. UMNO sangat lemah dalam memberikan penjelasan kepada rakyat seluruhnya. Kelihatan seolah2 sombong dan tak peduli. Rakyat akan menganggap hal ini seperti kelakuan penjajah dahulu. Rakyat tak perlu tahu pentadbiran kerana kami British lebih tahu. Seolah2 fikiran penjajah. Kalau ini tak berubah, maka UMNO hampir dah sudah. Selamatkanlah Melayu dan Malaysia. Pulihkanlah UMNO. Kasi taruk sama KJ. (Macam Parpu Pulak!)

Anonymous said...

betuii tu ...

zek

Ipin said...

Disini lah letaknya kelemahan UMNO jahor kata nak jadi Juara Rakyat tapi masalah Rumah haram ni pun tak boleh hendel,kalau nak ambil tanah ambil lah tapi sediakan dulu rumah ganti dia org dan kalau nak bayar ganti rugi ikut harga semasa,dulu semasa perjumpaan dgn pak lah MB ada sebelah isu tanah pasir Gudang ambil dengan harga 68 sen jual pada pemaju singapura 68 doller,itu kata ketua cawangan pasir gudang.Fikir fikirkan lah UMNO.

Seruling Senja said...

Ipin..ada bukti? Kalau ada, jangan simpan...adukan terus pd SPRM..kalau tak dilayan, bagi pada blogers jalanan...biar diorang terbaraikan salah laku puak2 yang asyik nak membesarkan tombolok sendiri...Tapi kalau takder bukti, saya takut tulisan awak tu berbaur Fitnah...bahaya besar tuhh, hari ni saya tengok orang dapat "cash" apa yang dia buat...tak kira baik atau buruk..!

Anonymous said...

seruling senja. bkn da jd trdisi umno ke besarkn tembolok sendiri. duit rakyat pun jd hak umno n pemimpin. klu mohon tender 100k mestia ade share die berperingkat2. last2 dpt kt kontraktor rm50k je. tp betul la kte kna syukur. untung2 dapt gk la 50k. yg 50k lg tu sedekah je la kt umno n pemimpin die untuk besarkn rumah n bli share dlam company judi. xpun bg anak o adik o bini utuk shoping.