Wednesday, March 24, 2010

KONA LEPER ! KONA BARING ! SEMUA ANWAR DAH BUAT

Salam kepada semua sahabat. Alhamdullilah kita dapat bersua kembali melalui ruangan ini. Alhamdulillah juga, tempoh 'berpantang' saya selama 40 hari juga telah berakhir.

Sudah hampir dua tahun 'pertarungan' antara Saiful dan Anwar bermula. Jun 2008, sekarang sudah menghampiri April 2010.Sehingga kini kita semua tidak pernah mendengar sepatah perkataan yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim mengatakan yang beliau TIDAK PERNAH MELIWAT SAIFUL.

Yang keluar mulut beliau ialah 'ini semua fitnah jahat' dan 'ini semua konspirasi'. Dari 1998 hingga 2010 semuanya konspirasi.

Lain yang orang tanya, lain yang dia kona, ada kona leper, ada kona baring, kona tertonggeng saja belum lagi.
Setakat orang-orang PKR,PAS,DAP ,Nik Aziz ,Hj.Hadi dan yang lain-lain itu kecil sahaja bagi Anwar Ibrahim. Itu semua dia boleh makan main-main sahaja, ibarat dia meratah ikan bilis.

Terbaru pula adalah Yusof Qhardhawi yang berjaya diputaq pemikirannya oleh Anwar Ibrahim. Itulah senjata terbaru beliau sekarang. Terhegeh-hegehlah Pak Pakdir beliau iaitu Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar membawa cd-cd Yusof Qhardhawi ke sana sini. Kasihan... Nak buat macamana lagi, itulah cara nak bodek bos, nak tunjuk kepada bos, kononnya mereka pun setaraf dengan Ezam di zaman reformasi dulu.
Itulah hebatnya Anwar Ibrahim, dia boleh pukau orang sana-sini melalui percakapan atau ucapannya. Orang seperti Anwar ini , kalau dia jual aiskrim di Kutub Utara saya rasakan aiskrim yang dijualnya akan laris dibeli oleh orang-orang Eskimo.

Selepas beli dan makan, baru lah orang-orang Eskimo akan sumpah seranah, kerana mereka tak tahu yang aiskrim dijual oleh Anwar adalah sejuk. Begitu jugalah dengan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Bila Anwar jadi PM kelak barulah hangpa semua tahu, siapa Anwar yang sebenarnya.

Dia boleh ratah Nik Aziz, boleh makan Hj.Hadi,boleh belit Yusof Qhardawi , boleh kelentong penyokong-penyokong dia, tetapi sayang seribu kali sayang sehingga kini, dia takut untuk BERSUMPAH.
Anwar boleh 'round' keliling dunia ,boleh ceramah keliling negara untuk mencari sokongan. Sibuknya mengalah PM, tetapi untuk bersumpah 3-4 minit dia takut. Jangan beri alasan kononnnya ulama tidak menggalakan dia bersumpah. Itu semua kelentong dia sahaja. Banyak lagi perkara lain yang dilarang ulama dan Hukum termasuklah bersalaman dengan wanita bukan muhrim, tetapi Anwar peduli apa , dia tetap bersalam juga.

Jika tidak bersalah, jangan buang masa dengan benda-benda lain. Ingat, maruah keluarga juga perlu dipelihara. Tuduhan yang dihadapi oleh beliau sekarang amat berat dan mengaibkan. Ianya amat menjijikan dan membuat orang memandang serong bukan setakat kepada Anwar, malah kepada ahli keluarganya sama.

Mengapa perlu pusing sana, pusing sini, kona sana, kona sini, sehingga ke Qatar untuk memerangkap Yusof Qhardawi dengan soalan fitnah . Benda paling senang adalah bersumpah mengikut cara Islam. Itulah jalan pintas dan pantas untuk menyucikan nama.

Jika seseorang dari Subang Jaya hendak KLCC, tidak mungkin mereka menggunakan jalan Kuala Selangor, kemudian ke Sungai Buloh melalui Kepong dan seterusnya ke KLCC, melainkan mereka ada sebab-sebab tertentu atau tersesat. Jika tanpa sebab, seseorang itu menggunakan laluan diatas ,maka sudah tentu orang itu seorang yang gila. Jalan senang ada dia guna jalan susah.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, jalan senang ada, tetapi dia tetap guna jalan yang susah. Mengapa ??? Qazaflah, laporan doktorlah, Qhardawi, fitnah , konspirasi , itu,ini dan bla, bla, bla..... Bersumpahlah !

Walau apa pun orang-orang PAS atau PKR nak kata pada Saiful, katalah. Yang penting Saiful berani bersumpah dan menyerahkan dirinya kepada Allah SWT untuk menilainya.

Saya rasa, andailah ditakdirkan Anwar Ibrahim bersumpah hari ini, silap haribulan kerajaan yang ada pada hari ini boleh tumbang, tanpa perlu menunggu p/raya umum ke 13. Sokongan kepada Anwar Ibrahim akan naik membuak-buak, termasuklah diriku. Kalau Anwar dah betul, apa perlu lagi saya menyokong sebuah kerajaan yang 'memfinah' dan 'mengaibkan' orang.

Bersumpahlah cepat-cepat wahai saudara Anwar Ibrahim. Bersihkan maruahmu dan ahli keluargamu. Pilihlah Masjid mana yang kamu nak. Ada ribuan Masjid dan surau dalam Malaysia, walau di Masjid Pulau Melaka pun kami tidak kisah. Asalkan kamu berani bersumpah.


19 comments:

Anonymous said...

welcome back bro

Anonymous said...

salam sejahtera RBF,

Sekian lama ternanti-nanti artikel dari saudara.

Welcome back dan terus menulis untuk tatapan rakyat Malaysia.

KAIZER

jitu said...

dia kalau bersumpah...nampak gaya dunia nak kiamat la...malaysia confirm jd padang jarak padang terkukur..aku takut dia tersungkur jer kat sungai besi..kali nie tak dak sakit tulang belakang dah..nanti lumpuh terus...

Santauangin said...

Si Jub ni tak berani nak buat sesuatu yg dia tahu bala akan datang dgn sekelip mata andaikata sumpahnya itu adalah pembohongan. Kita pun dah tau sekarang ni hukuman dari ALLAH di bayar dgn cash, tak payah di tunggu lama-lama. Pasal ini lah si Jub takut nak melakukan sumpahan ini. Kalau dia betul dah lama dia bersumpah sewaktu kes yg mula dahulu.

Kerana takut dan bersalah lah maka hal ini akan berlanjutan. Walau apapun di harapkan mangsa dalam kes dgn si JUB ini akan mendapat pembelaan yg adil dari mahkamah dan semoga ALLAH berserta dgn org yg di tindas oleh si JUB ini.

Anonymous said...

Salam saudaraku RBF,

Welcome back!.Dunia blog politik negara amat terasa kehilangan anda sepanjang tempoh 40hari.

Syukur dan semoga anda kembali bersemangat dgn posting yg lebih menggegarkan.

All the best!

Anonymous said...

as'kum bro

welcome back braderr!

perjuangan di teruskan

ruang bicara faisal said...

terima kasih kpd sahabat yang memberi sokongan.

sesungguhnya sokongan anda itulah yang membuatkan semangat saya berkobar-kobar untuk terus berjuang

Rafie said...

selamat kembali bro rindu gak kat tulisan lu yg selamba!!!

Anonymous said...

Salam Bro.
Selamat pulang. Rindu pada tulisan saudara...

marilyn said...

salam & selamat kembali Bro.... saya gembira dgn kembalinya Bro dlm arena blogging.sbelom ni kita dah kehilangan blogger yg hebat seperti Jeffry Damien & Analisa Kumbang.saya lega kerana tidak kehilangan seorang lg blogger yg berwibawa.teruskan usaha & perjuangan...

gapodio said...

selamat kembali bro,dah lama tunggu ur posting..

Wong Pencen said...

Berpantang 40 hari. Kenapa ya?
Bukankah lebih elok kalau berpantang terus dari berbuat perkara yang tidak baik? Berpantang terus dari perjuangan yang diasaskan kepada sokongan atau kebencian kepada seorang atau sekumpulan manusia?

Dan yang lebih besar, berpantang terus dari membuat atau menyebarkan FITNAH.

Anonymous said...

Setuju bro dgn u. Jika DSAI bersumpah saya tanpa teragak-agak akan berdiri dan berjuang dibelakang beliau.

x-pkr said...

welcome back bro...RBF ttp panas dan mantap !!

Anonymous said...

hoi, wong pencen! fitnah kepala hotak kau! agaknya dia ni dah hari2 baca roket..haramkah..suara keldaian kot tu yg jd sasau.

hanizam said...

kona ke lubang kubur je dia belum....

aku rasa, dia juga dok tunggu komplek penjara baru kat puncak alam tu siap baru dia nak cheak-in agaknya...

baru best, tempat baru...atas bukit lagi...nyaman gitu...

lantak ko nuar..berani buat, berani tanggung...tapi yang aku tengok, ko tak berani tanggung...

baru kena smash dengan zahrin, dah panas lubang bontot...terangsang le tu....stim kot bila dengar zahrin cakap tragedi bulan september...

tu belum dengan Zul...tak termasuk dengan pak berahim...

Anonymous said...

Bodohnya artikel ni, sebodoh tuan yang empunya blog. Nampak sangat ko ni Islam keturunan.

Wong Pencen said...

Anonymous MARCH 24, 2010 10:23 PM

Kalau sekadar pandai berbahasa kasar dan kesat, mengagak-agak dan membuat tuduhan tanpa usul periksa, tak payahlah nak menulis ulasan untuk bacaan orang lain. Itu hanya akan mendedahkan kedangkalan fikiran orang yang menulisnya. Cara demikian juga tidak akan membantu dalam mendatangkan kemenangan sesuatu perjuangan.

Anonymous said...

welcome back RBF..
rasanya kena ada akaun
(bukan AKUAN) Facebook kot,
ikut jejak GAP. Mo kasi
debat kaw kaw jugak kat sana.

- syabas dan harap ada semangat baru
dan takziah.