Friday, March 26, 2010

MAHKAMAH-TAHAN PASPOT ANWAR !

Seandainya manusia yang dituduh meliwat Saiful adalah saudara RBF atau GAP, saya yakin sekarang kami telah berada di balik tirai besi sementara menunggu perbicaraan selesai.

Tetapi inilah pelik sistem keadilan di Malaysia. Orang yang ada pangkat atau kedudukan bebas ke sana sini walaupun dituduh melakukan kesalahan yang berat.

Ingatkah anda kepada seorang peguam yang sekapal dengan Karpal Singh, iaitu Balwant Singh. Beliau pernah dituduh membunuh seorang despatch di Bangsar pada tahun 2002.

Kerana beliau seorang yang hebat dan terkenal,maka beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 500,000.00. Sedangkan kesalahan membunuh tidak membenar tertuduh diikat jamin.

Manakala, Hanif Basri seorang jurutera di MBSA tidak dibenarkan ikat jamin semasa dituduh membunuh Norita Samsudin.

Kedua-dua mereka menghadapi pertuduhan yang sama iaitu membunuh. Akhirnya kedua-dua mereka didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Yang membezakan mereka ialah , seorang boleh diikat jamin manakala seorang lagi tidak boleh diikat jamin. Mengapa ? Biarlah persoalan ini bersarang di minda kita.

Sementara itu dalam kes yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sekarang, ianya diletak dalam kategori seks luar tabii di bawah seksyen 377 B Kanun Keseksaan. Saya difahamkan, seseorang yang dituduh dibawah seksyen ini tidak dibenarkan diikat jamin.

Oleh kerana dia seorang Datuk Seri dan kerajaan takut dituduh melakukan konspirasi sepertimana 1998 , maka beliau dibenarkan diikat jamin.

Sudahlah dibenarkan diikat jamin, paspot antarabangsa pula tidak ditahan, sehingga dia bebas ke mana-mana untuk membicarakan pertuduhan liwat ke atas dirinya. Keliling negara dan dunia mencanang kononnya dia difitnah.

Manakala si mangsa pula hidup terkurung bagai banduan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati menangis tiada siapa yang tahu. Si pelaku bebas terbang diawan biru. Begitulah hebatnya sistem di Malaysia.

Lebih malang, si pelaku pula boleh mempermainkan-mainkan mahkamah dan hendak menetapkan hari perbicaraan mengikut seleranya. Malangggg lagi, bila bala 'tentera'nya bebas bergerak kesana sini untuk berceramah dan mengedar risalah-risalah perkara yang masih dalam perbicaraan.

Oleh yang demikian, untuk bertindak adil, mulai saat ini mahkamah haruslah menahan paspot antarabangsa Anwar Ibrahim sehingga perbicaraan selesai. Kalau dia rasa dia nak cepat keluar negara, maka dia harus cepatlah selesaikan kesnya di mahkamah.

Percayalah cakap saya wahai rakan-rakan sekalian. Jika paspot Anwar tidak ditahan, satu hari nanti , bila dia lihat dia sudah tidak boleh 'makan' atau kelentong lagi dalam kes ini, maka dia akan lari keluar negara dan dapatkan suaka politik disana.

Dia akan command orang-orangnya dalam negara dari luar negara, sepertimana yang dilakukan oleh Thaksin di Thailand.

Jangan sampai satu hari nanti, si mangsa muncul di khalayak badan bagaikan mayat hidup, dan rambut yang telah gugur. Ingat, mangsa adalah seorang anak yatim yang masih muda. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menolong anak yatim.

Si pelaku juga adalah anak yatim. Tapi yatim tua dan berbulu sudah panjang serta beruban. Walaupun bulu sudah beruban, tetapi tidak pernah insaf dengan perbuatan lampau dan menjadikan anak yatim teruna pula sebagai mangsa.

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama fikir, kenapa pihak berkuasa dalam negara kita begitu takut dengan Anwar, sehingga kelihatan menafikan keadilan kepada mangsa.

Sesungguhnya keputusan mahkamah semalam, memang meninggalkan 1001 keraguan dalam kepala otak saya. Jangan marahkan saya jika saya atau orang ramai mula ragukan pihak berkuasa atau mahkamah. Anda yang membuatkan kami ragu.

12 comments:

Anonymous said...

Sokong 100% saranan tuan.

Tetapi nampak macam ada 2 perkara yg mahkamah pertimbangkan :-

1- Tidak mahu di fitnah kononnya berkonspirasi menyekat hak2 Anwar MenJuburi -Lubang-Jubur-Jantan di luar negara.

2- Sedar menantu Tun Dolah aka Haji Kitol Jamaludin A/L Abu Bakar akan senyap-senyap menghantar paspot baru pulak.

melayuangkat said...

Memang saya pun setuju dengan pendapat faisal. Apakan daya, boleh setuju sahaja.

Anwar BerMaharajalela dengan maksiat dan dibiarkan serta bebas sambil menuduh kezaliman dan ketidakadilan di sana sini di Malaysia, malah parti dia pun kononnya parti yang nakkan keADILAN.

KeADILan untuk mereka anak beranak supaya dapat jadi PM.

Waliyazubillahiminzalik...mohon pada Ya Rabb, jauhi negara ini dari Pemimpin berakhlaq sebegini. Mohon Allah swt masih kekal kasih dan sayang pada kita semua dan negara kita.

Masalahnya ramai pula yang Alim Ulama dibelakang dia, menyokong dia dan tidak bersimpati dengan Saiful. Sebab simpati pada Saiful tak dapat apa apa. Menghabiskan beras masing masing sahaja.

Jadi Alim Ulama, bersongkok, berjubah, berserban lebih mementingkan apa yang lebih mendatangkan mileage pada diri dan parti masing masing lebih dari keAdilan itu sendiri, walaupun intipati ajaran Islam itu sendiri pentingkan kebenaran mutlak. Dan mereka ini jugalah yang bising mengidamkan segala Islamik belaka keliling mereka. Malah jika kita sokong UMNO pun kita tidak Islamik.

Mungkin HIKMAT dari kes Saiful ini adalah Allah swt hendak menunjukkan pada kita semua, bahawa siapa sebenarnya Ulama, siapa sebenarnya yang layak bergelar Al-Alim, yang berIlmu Islam yang sebenarnya. Bukan sekadar Islam Politik dunia sahaja.

JIka mereka berIlmu Islam sebenarnya pasti mereka akan ada simpati juga pada Saiful kerana Saiful sudah pun bersumpah dengan Nama Allah yang maha Agong. Malang mereka lebih percaya pada sumpah Hindu yang bernilai RM4. Maka kita pun boleh nilaikan Ulama sebegini yang percaya pada sumpah seorang Hindu, nilai mereka juga di mata ALlah swt RM4.

DiAkhirat kelak pasti mereka akan ditanya, "Mengapa kamu tidak percaya sumpah SAUDARA kamu dengan Nama Aku? Dalam Rumah Aku? Mengapa pula kamu percaya pada sumpah di kertas yang bernilai RM4? Adakah kertas RM4 itu lebih bernilai dari Aku? Nama Aku? dan Rumah aku?"

Apa agakkan jawapan Alim Ulama sedemikian pada Allah swt???? Dan yang pasti mereka tidak akan berupaya menipu lagi.

Pada Saiful, kita hanya boleh berdoa yang terbaik untuk dia. Apa lagi yang kita boleh buat? Kalau dah Mahkamah kata begitu begitu lah jadilah, nak jaja sana sini nanti kena pula tindakan MENGHINA MAHKAMAH.

Tapi saya pasti Janji Allah itu amat Benar, tunggulah kehancuran pada manusia yang Munafik walau siapa pun mereka. Hidup di dunia ni berapa lama sangat. Tunggulah.

Saiful perlu tabah dan berdoalah, Allah swt tidak tolak doa orang yang dianiya. InsyaAllah tidak.

GOMO said...

betul tu bro..tahan saja pasport si peliwat tu...dia bebas ke mana sahaja sedangkan Saiful terperap di rumah.....

Anonymous said...

mamat dogol tu dah ada pasukan khas utk berdemo sana sini. ada fulus demo jalan.

lagi kuat diorang melalak lagi byk dpt duit. kalau boleh biar sampai tekeluar anak tekak pun takpe. asalkan fulus masyuukkk

Anonymous said...

haa.. tu tok sham, menteri amaran kdn kena jawab, jangan asyik dok tersengeh je tok sham oii...

Anonymous said...

Pandapat aku...team pemerentah yg ada sekarang lemah....Tidak macam team DR M dulu... Brovo Dr.M

AntiKJ said...

Salam bro,

Mana boleh tahan Al Juburi yang begitu hebat di mata kesatuan gay luar negara?

Nanti akan dikatakan melanggar hak asasi manusia.

Jangan fikir pada hak asasi mangsa liwatnya.

Lebih baik gugurkan kes saja.

Kalau MP Australia begitu memuja peliwat tua, ambik saja jadi wakil mereka di Australia.

riwayat beruk

TokAyah said...

PERKASA harus mendesak kerajaan bagi mendapatkan keadilan buat Saiful. Kalau kes Kugan dan Beng Hock bukan main lagi PR menyalahkan kerajaan kenapa kes Saiful mereka Diam?

mat di said...

Mengapa ada beza di antara orang berpengaruh dengan orang biasa?Jikalau memperjuangkan keadilan,berikan keadilan pada Saiful juga.Mengapa Anwar berdolak dalih?Punaisihat Parti Keadilan pun tak mampu bagi keadilan pada Saiful.jadi bagaimana nak perjuangkan orang lain?

Kalau takde angin ,masakan pokok bergoyang.Kalau tak de kes,takdelah Saiful nak heret Anwar ke mahkamah.Kalau itu konspirasi,ada ke manusia sanggup pergadaikan maruah dan dihina semata2 untuk memalukan Anwar?Dan terfikirkah anda katakan seorang menawarkan berjuta2 ringgit kepada anda dan keluarga untuk mengaibkan Anwar.Sanggupkah anda pertaruhkan nasib anda,anak anda,dan keluarga.Bayangkan pula bagaimana Saiful menghadapi cercaan.maki hamun dan pandangan serong dari berbagai pihak.Apatah lagi ayah Saiful.

Kalau tak kena pada diri sendiri,kita dengan riak berkata org itu salah orang ni betul.Tapi kalau kita sendiri terkena,dan orang lain tak percayakan kita.apa perasaan kita.


Berikan keadilan kepada Saiful.Apa saja yang terjadi baik kejadian betul atau konspirasi.tentukan saja di mahkamah.Andai mahkamah juga diputar belit dan digambarkan tidak adil maka dimana keadilan patut ditegakkan?

Wallahualam

Wong Pencen said...

Wow, Faisal sekarang sudah lebih hebat dan lebih besar dari mahkamah.

"...yang demikian, untuk bertindak adil, mulai saat ini mahkamah haruslah menahan paspot antarabangsa..."

Faisal sekarang sudah lebih adil dari mahkamah?

Tapi dalam masa yang sama, bercelaru. Apa tidaknya, menuntut keadilan melalui mahkamah tetapi mempertikaikan tindakan mahkamah dan menyatakan mahkamah tidak adil. Entah apalah yang Faisal fikirkan semasa membuat paparan ini.

Tapi ada satu unsur yang sekata dalam paparan-paparan Faisal, termasuk yang ini. Unsur FITNAH.

Faisal, cuba-cubalah belajar tinggalkan kancah FITNAH. Apa yang tak tahu, tanya orang yang lebih tahu. Bukan apa, sebagai manusia, sebenarnya kita tak termampu menanggung dosa FITNAH.

Anonymous said...

Wong pencen...sudah2lah tuu...janganlah nak tunjuk pandai ngkau tuu...mata hati engkau yg sebenarnya BUTA..tapi ada hajat nak menempelak org yang benar2 berjuang demi sebuah keadilan..!
Teruskan faisal usahamu ini...suara2 macam wong pencen nie jgn diambil peduli. Dasar suka ditunggang kejumudan akal.
Mana2 blog yg dia bg komen...sama je...bagi nasihat yg dia sendiri tak pakai.
Hey WP...kalau kau rasa hebat sangat nasihat kau tu...kau pergi nasihatkan BABI PERGI bersumpah...jgn menyalak kesana kemari! Tu MB gagap sikhalid yahudi tu...apa tak kau pergi nasihatkan dia!? merampas tanah dan hak orang yg perjuangkan golongan miskin? N.ajis tuh...nasihatkan dia bertaubat dari berdolak dalik, barisan ularmak PAS...kenapa semua kena sindrom BISU!? dalam kes Saiful nie..!? Dalam syariat islam ada boleh pilih bulu sapa lebih berhak dpt keadilan? orang aku misti bela...org kerdil mcm saiful tuh...lantak dialah...gitu??
Hentikanlah lagak suci maksum kau tuh...jangan berlagak PANDAI...hakikatnya jelas lagi terang menampakkan sifat takbur dan angkuh yg bersarang dalam hati engkau tuh..!!!

takkan pencen

Wong Pencen said...

Anonymous March 28, 2010 6:52 PM
Menunjuk pandai bukanlah tujuan saya. Tujuan saya sekadar mengingatkan supaya kita sama-sama menjauhi FITNAH kerana saya merasakan ianya sebahagian dari tanggungjawab saya dan saya, INSYAALLAH tidak akan berhenti selagi ada kemampuan.

Saya menyokong tindakan mana-mana pihak yang benar-benar berjuang demi keadilan. Namun saya sangat tidak bersetuju dengan mereka yang berjuang demi keadilan dengan cara yang sangat tidak adil.

"...suara2 macam wong pencen nie jgn diambil peduli."

Memang pilihan berada di tangan Faisal samaada mahu mengambil kira suara saya atau tidak dan apabila Faisal membuat pilihan, dia sewajarnya tahu akan kesan pilihan tersebut.

"...bagi nasihat yg dia sendiri tak pakai."

Saya berharap anda dapat menjelaskan sedikit maksud anda agar saya dapat mengelakkan dari mengulangi kesalahan yang anda sebutkan.

"...hakikatnya jelas lagi terang menampakkan sifat takbur dan angkuh ..."

Saya mohon anda dapat menjelaskan kepada saya di mana dalam ulasan saya yang menampakkan sifat sedemikian agar saya dapat mengelak dari terus melakukan kesalahan yang sama.