Friday, April 30, 2010

KHALID SAMAD GANGGU SAKSI ?

Pertama sekali saya ucapkan 'tahniah' kepada Khalid Samad@Khalid Gereja selaku ahli Parlimen yang prihatin bagi kawasan Shah Alam.

Kita lihatlah betapa 'prihatin' nya dia. Kejadian polis tertembak pelajar berlaku awal pagi isnin antara jam 1-2 pagi. Tetapi Khalid hanya tahu jam 4 petang. Ini bukan saya mereka-reka cerita atau fitnah. Ianya diceritakan sendiri oleh dia di sini.

Inilah contoh salah seorang wakil rakyat yang kononnya prihatin dengan masalah rakyat. Selepas 14 jam kejadian dalam parlimen sendiri baru dia tahu berita tersebut. Hancussss....

Temberang saja lebih, tapi habuk pun tarak...... alih-alih duduk korek hidung saja.

Satu lagi yang saya nak beritahu, semua juak-juak pembangkang memberi amaran kepada polis agar tidak cuba selindung apa-apa dalam kes ini dan jangan ganggu saksi.

Tetapi oleh kerana Khalid Samad merasakan dia lebih besar dari polis, maka dia terlebih dahulu menyoal siasat saksi tersebut. Lihat di blognya. Dia juga menceritakan yang dia membawa saksi tersebut untuk membuat laporan polis.

Adakah anda yakin yang Khalid tidak mengganggu saksi tersebut atau mempengaruhi saksi agar membuat laporan polis mengikut selera Khalid.

Pada pandangan saya kes ini sudah ada cacatnya ,kerana Khalid Samad telah menggangu saksi seawal mungkin. Tidak mustahil dia telah mengajar saksi tersebut dengan perkara yang bukan-bukan supaya selari dengan nafsu politik pembangkang dan memburuk-burukkan polis. Walaupun dia berkata dalam blognya tiada paksaan. Setakat mana kita boleh percayakan dia.

Apa pula pandangan anda ? Komen...komen....

Psstttt....esok lusa Sivaji The Bos balik dari Oslo pasti dia akan cuba jadi hero tamil pula dalam kes ini.

9 comments:

Anonymous said...

khalid gereja ni patut mampus je!!!

Kuda Perang said...

Berkata benar sekalipun ianya adalah pahit, bukannya menuduh orang lain itu dan ini...

hahn said...

Samseng memang suka negara kacau bilau. Sebab tu mereka berusaha untuk melemahkan Polis.

Kita warganegara beradab sopan suka negara ini aman kerana kita berasa tidak selamat bila keamanan terancam.

Rakyat tidak mudah untuk di kaburi.

Memang pembangkang tidak perihatin kepada rakyat selama ini. Mereka sibuk berpolitik. Mereka tidak memperjuangkan rakyat.

Dalam hal ini ianya adalah kes terpencil. Ibubapa mangsa juga tidak gemar kes ini di politikkan.

Sudah adat dunia. Dimana ada najis (N.ajis) dan sampah, lalat memang suka sampai berkerumun.

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

aahhh si father khalid tu mesti dh saiko saksi tu. dia ni kan otak saiko!

mcm citer filem 'psycho' tu ekekeke

jiwakita said...

salam....

jika kes inipun hendak dipolitikkan.....
untung mamat tu jadi saksi jika benarlah ikut acuan dia....perah sehabis boleh $$$$$ dia tu...jangan bagi 'can'...sehebat mana ahli
politik 'spin' atas kesengsaraan orang lain..tunjukkan kehebatan mainan orang biasa...."biasa-biasa pak..ada bisa!"(slang indon)

cafemlm said...

salam rbf

puak2 ini sejak dari dahulu cam ni lah perangai depa.kadangkala tahap melampau mereka telah menjadi jadi kerana merasakan mereka kebal dari tindakan undang2.

DS Najib harus berani mengambil tindakkan kepada puak2 ini.Tindakan mengugut untuk mengadakan demo seluruh negara berkaitan tragedi ini sebenarnya tindakkan terdesak untuk merampas kuasa secara kekerasan selepas mereka menyedari PRU 13 tidak akan memihak kpd mereka.

Menghasut agar rakyat merusuh harus dilihat sebagai sautu jenayah serius yg perlu diambil tindakkan yg serius juga.Jangan dok bagi amaran2.

Puak2 ini tak sedarkah,suara mereka bukannya mewakili separuh dari penduduk Malaysia pun.

Ini cuma percubaan2 terdesak untuk mengambil alih kuasa secara kamikaze.Jika pun KPN letak jawatan,puak2 ini tidak akan berpuas hati..percayalah...

Sesekali aku merindui gaya kepimpinan Tun Mahathir.

cafemlm

Anonymous said...

Selepas membaca keterangan saksi yang juga rakan arwah, saya terfikir 2 perkara. Satu, rakan arwah adalah anak polis...mengapa anak polis takut apabila melihat polis dan melarikan diri, walhal dengan polis lah dia boleh meminta tolong kerana sudah biasa dengan persekitaran dan kehidupan dari kecil hingga besar di dalam kejiranan polis.

Kedua, sekiranya rakan saya mati tertembak di atas riba saya, tentu saya gamam dan takut...memang tak terfikir untuk melarikan diri.

Apa2 pun diharap tiada sesiapa yang mempengaruhi saksi supaya kebenaran di dalam kes ini dapat dicari.

Anonymous said...

Kenapa mesti tembak sampai mati? .... Polis boleh tangkap hidup-hidup lagi senang nak dapat bukti.

Pening-pening fikirkan sikap polis terkini....

Anonymous said...

aku tak fikir dan tak masuk akal polis tu sgaja nak tembak smpai mati org yg disyaki penjenayah itu..
aku fikir, polis tu cuma hendak menembak tayar belakang kereta sj, tp oleh kerana kereta itu sendiri yg mengundur hendak merempuh polis, maka kedudukn peluru yg patutnya mengenai tayar lalu terkena kepala mangsa(sbb keta bgerak ke kedudukn peluru) dlm erti kata lain, kepala tu yg cari peluru itu. bukan peluru yg cari kepala...
puas hati!!!!!
kenapalah suka sgt letakkan kesalahan pada sebelah pihak sedangkn siasatan secara menyeluruh blm selesai malah kes belum dibicarakan lagi... bukankah ini tidak adil? kita tunggu sajalah laporan siasatan dan keputusan mahkamah...mana ada org yg buat laporan yg tidak memihak kepada dirinya meskipun tahu hal yg sebenar.. jika tidak bohong utk selamatkan diri, koman2 pun ada fakta yg disembunyikn. kalau ada pun yg benar2 berani ceritakn hal yg sebenar2nya jika tidak memihak kpdnya..boleh dicari dan mmg bertuah kalau dapat jumpa 1 dalam 1,000 000. inikan pula diiringi oleh seorang ahli politik. sukar utk aku nak percaya laporan kejadian yg sbnar. lain la kalau saksi tu datang seorang diri dan blm pernah bertemu dgn sesiapa terus datng buat laporan..
apa pun, kita tunggulah dulu siasatan selesai dan keputusan mahkamah.

-wau