Saturday, April 24, 2010

P94 (14) AWAS 24 JAM TERAKHIR !



Tempoh berkempen tinggal lagi kurang dari 24 jam. Dalam perang pilihanraya inilah saat-saat genting yang harus dijaga. Sedikit kesilapan akan membawa padah.

Saya tidak yakin 100 % yang BN akan menang, tetapi saya nampak 110 % yang PKR semakin tertekan menjelang hari pengundian.

Inilah yang harus diberi perhatian oleh jentera BN. Jangan leka, jangan alpa dan beri perhatian kepada taktik-taktik jahat yang bakal mereka gunakan.

Sudah menjadi amalan mereka, bila mereka tertekan maka mereka akan guna taktik-taktik jahat untuk mempengaruhi pengundi.

Lihat contoh terkahir di Bagan Pinang, apabila naluri mereka merasakan yang mereka akan kalah, maka mereka cepat-cepat mencipta isu.

Isu pertama yang dimainkan oleh mereka ialah isu pengundi pos. Pelbagai tomahan dilemparkan kepada SPR dan kerajaan.

Setelah isu tersebut gagal, mereka mencipta pula isu kononnya seorang penyokong mereka ditetak dengan parang oleh penyokong UMNO.

Ternyata isu tersebut juga gagal. Akhirnya BN menang dengan majoriti lebih dari 5000 undi. Semua isu yang mereka cipta makan diri sendiri. Majoriti yang diperolehi oleh Tan Sri Isa lebih daripada jumlah pengundi pos yang ada di sana.

Begitu juga di Hulu Selangor. Seawal hari kedua berkempen PKR telah merasakan yang mereka akan tewas. Maka tanpa membuang masa mereka terus mencipta isu kononnya SPR memindahkan pengundi dan pertambahan pusat pengundian.

Inilah taktik jahat mereka, awal-awal lagi mereka sudah sudah kelirukan rakyat dengan isu tersebut. Tujuannya mudah, apabila mereka kalah, maka isu itulah yang akan didendangkan untuk menutup ke-malu-an mereka.

Begitu juga di Kuala Trengganu pada awal 2009. Dalam sidang media harian PAS setiap hari mereka membangkitkan isu pengundi hantu kononnya dibawa berbas-bas masuk ke KT setiap hari.

Akhirnya bila keputusan diumumkan dan mereka menang tidak ada sepatah pun permohonan maaf yang mereka keluarkan kepada SPR atas tuduhan-tuduhan jahat mereka sebelum itu.

Itulah contoh orang yang tidak percaya kepada Qada-Qadar, walaupun kononnya perjuangan Islam yang mereka perjuangkan.


Dalam siri PRK untuk penggal ini mereka telah menang bermula di Permatang Pauh, K.Trengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, dan Permatang Pasir.

Enam kemenangan yang mereka cipta, adakah anda pernah terdengar BN menyalah sesiapa ? Tidak sama sekali. Sebaliknya BN bermuhasabah diri. Mereka kaji sebab kekalahan mereka dan mereka perbetulkan apa yang silap. Inilah contoh sifat-sifat terpuji.

Oleh yang demikian saya menyerulah kepada orang ramai agar menilai sikap sebenar PKR dan PAS. Sesuatu perkara akan bagus jika perkara itu menyebelahi mereka. Jika tidak menyebelahi mereka perkara itu adalah taktik jahat, konspirasi dan pelbagai tomahan lain lagi.

Kepada petugas-petugas BN di Hulu Selangor, anda sekarang sudah berada diambang kemenangan, jadi tidak usahlah anda termakan provokasi-provokasi yang dicipta oleh musuh-musuh anda di sana. Jaga disiplin masing-masing. Sedikit kesilapan akan membawa padah kepada BN.

2 comments:

Anonymous said...

maafkan je la tuan guru wali selipar ni....dia dah nyanyuk tahap cipan

A.Rangkuti said...

Salam.

Dalam agenda daily Nik Nyanyuk Kurang Ajar Aziz kata Nabi Muhammmad pun ahli politik.

Soalnya adakah Nabi berpolitik cara Nik Ajis berpolitik atau adakah Nik Ajis mengikut 100% cara nabi berpolitik?

Jangan ingat keseluruhan rakyat malaysia ni bodoh dan tak boleh berfikir. Apakah Ni ajis fikir hanya dia seorang sahaja yang pakar dalam bidang ugama di bumi malaysia ni. Sudah pasti ada ramai lagi yang jauh lebih handal dan lebih dalam ilmu agama mereka dari nik ajis.