Friday, April 30, 2010

POLIS TERTEMBAK PELAJAR TIDAK AKAN BERLAKU JIKA .....

Saya sebenarnya malas nak campur dalam hal ini, memandangkan arahan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor agar orang yang tak berkenaan jangan caca marbakan kes ini. Serah kepada polis untuk buat siasatan seadil-adilnya.

Tetapi memandangkan ramai orang yang galak nak berbicara pasal ini, maka saya pun nak juga tumpang galak sekaki .

Kes ini menjadi lauk terbaru bagi PASrael, PKR dan DAPig sebagai pengganti kepada lauk mereka yang telah dirampas oleh BN di Hulu Selangor.

Selagi mana boleh putaq, maka mereka akan putaq sebagai membalas dendam kehilangan kerusi Hulu Selangor.

Sebelum saya memberi pandangan izinkan saya memohon maaf telebih dahulu kepada keluarga arwah. Bukan niat saya untuk menambah kesedihan anda semua. Tetapi saya terpaksa berkata dengan benar. Saya memberi pandangan ikhlas tanpa memihak kepada mana-mana pihak samada mangsa atau PDRM.

Kejadian ini tidak akan berlaku jika semua penjaga mengambil berat hal anak-anak mereka. Puncanya datang dari rumah sendiri.

Jika pelajar tersebut tidak keluar rumah pada malam itu, sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Disinilah pentingnya peranan ibu bapa atau penjaga dalam menjaga anak-anak.

Dalam kes ini sepertimana yang kita tahu, mangsa adalah seorang pelajar yang berusia 15 tahun. Tidak sepatutnya dia keluar rumah di tengah malam kerana esoknya adalah hari bersekolah. Tambahan pula dia akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Pada jam seperti itu dia sepatutnya telah pun tidur di rumah atau mengulangkaji pelajaran. Ingat pada iklan di radio Sinar FM, "dimanakah anak-anak anda pada waktu ini".

Lebih malang lagi di usia 15 tahun beliau memandu kereta yang tak sepatutnya dipandu oleh mangsa. Beliau belum cukup mahir untuk berada diatas jalan raya dengan usia yang sebegitu. Tambahan pula tanpa lesen memandu. Itulah yang menyebabkan dia terlibat dengan dua kemalangan pada malam itu.

Puncanya kerana beliau terlibat dalam kemalangan dengan satu kereta, kemudian dalam keadaan takut dia melarikan diri dengan memecut kenderaan, kemudian dia bertambah takut apabila dikejar oleh beberapa buah motosikal. Selepas itu terlibat pula dalam kemalangan dengan motosikal yang mengejarnya.

Jangkaan saya, apabila dia memotong kenderaan polis dalam keadaan yang laju dan ditambah pula dia sedang dikejar oleh motosikal , maka sudah tentu polis mengesyaki yang bukan-bukan. Tambahan pula arahan berhenti yang dikeluarkan oleh polis tidak diendahnya.

Kita faham, dia masih remaja, sudah tentu perasaan takut yang menyelubunginya., itulah yang menyebabkan dia tidak berhenti bila diarahkan oleh polis. Tetapi dalam masa yang sama polis juga menjalankan tugasnya. Jika polis tidak menjalankan tugas, orang kata polis curi tulang pula.

Apabila sesebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dan tidak berhenti apabila diarahkan sudah tentu mereka mengesyaki yang bukan-bukan. Di dalam keadaan diselubungi kegelapan di awal pagi dan insiden kejar mengejar, sudah tentu polis pun tidak dapat melihat siapa yang memandu kenderaan tersebut dan berapa usianya.

Polis menjalankan tugas mengikut prosedur, iaitu melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan beberapa kali. Jangkaaan saya mungkin peluru yang mengena ke kepala mangsa adalah peluru yang terpelanting atau tersasar hasil dari beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh polis ke arah tayar kenderaan yang dipandu mangsa.

Kita harus berfikir dengan waras. Jika polis tersebut memang berniat untuk menembak mangsa seperti yang dicanangkan oleh juak-juak pembangkang, adalah lebih baik polis tembak rakan mangsa bersama, biar kedua-duanya menjadi mangsa, lagi senang kerana tiada saksi yang hidup. Tetapi polis tidak berniat begitu. Itu hanyalah tuduhan jahat pembangkang bagi mendapatkan kredit politik untuk mereka sepertimana kes Teoh Beng Hock.

Semua pihak bersalah dalam hal ini, baik penjaga, mangsa dan polis.

Kesalahan penjaga ialah kerana mungkin tidak prihatin dalam soal menjaga anak. Kesalahan mangsa ialah kerana tidak berhenti bila diarahkan oleh polis. Kesalahan polis pula, mungkin latihan tidak cukup dalam bab tembak-menembak hingga peluru tersasar atau terpelanting.

Seperti yang saya katakan diatas, kejadian ini tidak akan berlaku jika penjaga prihatin dan mengambil berat hal anak-anak mereka. Saya faham ibu mangsa sudah berusia 60 tahun dan mangsa pula telah kematian bapa. Agak sukar untuk seorang ibu yang berumur begitu berjaga sampai ketengah malam bagi melihat gerak geri anak remajanya. Tugas tersebut patutnya dipikul oleh kakak, abang dan ipar duai mangsa.

Kepada makcik Norsiah, saya bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga makcik. Saya sungguh-sungguh sedih. Saya juga mempunyai anak lelaki. Saya pun tidak tahu apa nasib anak lelaki saya di masa depan. Mungkin nasibnya sama seperti apa yang terjadi pada anak makcik dan mungkin tidak atau mungkin juga lebih teruk lagi. Wallahualam.

Dalam saya bersimpati dengan makcik, saya juga bersimpati dengan nasib berpuluh ribu anggota polis dan ahli keluarga mereka. Sekarang mereka semua dipandang serong oleh masyarakat kerana tuduhan-tuduhan jahat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Saya tahu keluarga makcik tidak membuat atau menuduh polis yang bukan-bukan. Malah saya difahamkan juga yang makcik tidak akan membenarkan sama sekali mana-mana pihak mempolitikkan kematian anak makcik. Tahniah diucapkan kepada makcik. Insyallah saya dan rakan-rakan akan cuba membersihkan nama anak makcik yang dilaporkan sebagai penjenayah oleh beberapa media masa.

Kepada pihak PDRM pula , harap dapat tingkatkan latihan menembak dikalangan anggota. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Saya yakin dengan jaminan yang diberikan oleh KPN dan KP Selangor bahawa mereka akan menyiasat dengan telus perkara ini tanpa melindungi mana-mana pihak.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja pula, tolonglah prihatin dengan anak-anak anda semua. Perhatikan gerak geri mereka, kenali kawan-kawan mereka, jangan benarkan mereka keluar pada malam hari tanpa ditemani ahli keluarga yang lebih tua. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran yang berguna kepada semua.

Kepada masyarakat pula, janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan pembangkang dan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta memandang serong kepada anggota-anggota polis.

Kita perlu dengar penjelasan kedua-dua pihak. Sekiranya anggota yang berkenaan bersalah, sudah pasti dia akan dihukum. Undang-undang di Malaysia tidak mengira sesiapa. Orang yang bersalah pasti akan dihukum , malah bekas Timbalan Perdana Menteri pun dipenjara kerana kesalahan meliwat. Cuma dia ada sedikit 'special' iaitu tidak digari setiap kali dibawa ke mahkamah dan disediakan sel khas untuknya kerana bimbang dia menyondol orang lain sekiranya berkongsi sel.

Sekiranya anggota berkenaan didapati bersalah dan dihukum, tidak perlulah kita menghukum salah kepada semua anggota polis. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit.

Al-Fatihah untuk adik Aminul Rashid. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Kepada makcik Norsiah, kami bersama dengan anda dalam menuntut keadilan untuk makcik sekeluarga.

32 comments:

Anonymous said...

saya dah naik menyampah dengan mak bapak yg terlalu memberi kebebasan pada anak2 mereka dan terlalu protektif dgn apa yg mereka buat. ini jenis mak bapak yg bila anak kena jentik sikit dah serang sekolah, pasang lawyer.

saya merasakan ini semacam suatu ketidakadilan pada diri saya dan diri mak bapak yg lain yg mana ketat mengawal anak2 mereka. anak saya jika terlewat sejam dari masa yg sepatutnya berada di rumah pun dah buat saya resah dan akan bertalu2 bertanya kenapa lewat.

saya mungkin penjaga yg konservatif tetapi itu adalah utk kebaikan anak2 saya dan juga kepada masyarakat semua. bayangkan jika anak saya yg dibawah umur tidak berlesen dan melanggar org lain sampai cedera parah atau mati tanpa perlindungan insuran yg sempurna. tidakkah ini menjadi masalah kepada masyarakat saya?

kenapa pemikiran begini tidak ada pada makcik norsiah? bagi menutup kesalahannya pandai pulak panggil sidang akhbar menyalahkan pihak berkuasa. wah!!! ini satu budaya yg dah familiar ni..

pandang muka tu depan cermin sikit. malulah sikit dgn jiran2 lain dan masyarakat semua. saya betul2 menyampahlah..menyampah..

saya memandang tinggi pada tugas polis. pernah saya sekeluarga dirompak geng subuh. diikat sekeluarga. habis barang berharga dan duit lesap. tapi kemarahan dan kesedihan kami hilang bila melihat tindakan polis yg datang kerumah kami dalam masa yg singkat selepas dihubungi. rumah kami bagaikan dalam movie bila pasukan penyiasat, jurugambar polis lengkap dgn unit anjing pengesan menjalankan tugas mereka. walaupun penyamun gagal dikesan tapi keprihatinan pihak polis dgn sikap professional mereka membuat kami amat bangga dgn pasukan polis.

saya harap hal ini akan jadi pengajaran kepada diri saya dan mak bapak yg lain.

bapak kampung

Anonymous said...

Tepat sangat kena kepala. Kalau polis yg pakai topeng tu boleh percaya jugak shoot to kill. Penjenayah skarang bukan main, dah berapa kali routine stop berakhir dgn kejadian tembak menembak. Penjenayah makin jahat, samun dah jadi samun+bunuh+rogol. Org politik pun jahat duk spin cerita ni.

Anonymous said...

tahniah RBF, artikel yang bersifat objektif dan tidak memihak...teruskan menulis!

mat di said...

Salam

Saya setuju peranan ibubapa juga amatlah besar.Saya tertarik dengan komen ibu arwah yang berkata arwah amat manja.Tetapi manja bukanlah beerti kita memberi kebebasan,contohnya memberi kebenaran utk arwah memandu dan keluar lewat malam.Itu tidak betul.Dalam kontek prosedur polis untuk menghadapi tindakan yang polis sendiri tak jangka,mungkin ada kesilapan yang kita sendiri tak dapat pastikan.Polis perlu berwaspada untuk menjaga ketenteraman awam.Sudah tentu terlihat saja kenderaan dalam keadaan mencurigakan ,mereka perlu bertindak.Siapa sangka dalam kereta berkenaan seorang budak berumur 15 tahun?Polis sendiri takkan menduga.

Apa pun,jadikan iktibar supaya tiada kejadian seperti ini berlaku lagi,Saya yakin tentu ramai ibubapa yg memberi kebenaran pada anak mereka memandu tanpa lesen atau keluar lewat malam akan terfikir hal ini dalam jangka masa yang singkat..Biasalah manusia mudah lupa,desakan anak2 perlu dipatuhi.Ibubapa sekarang kebanyakkannya mudah memberi apa saja kemahuan yang anak2 pinta,kononnya untuk tebus zaman silam ibubapa yg serba kekurangan.sporting.moden atau tak tahan karenah anak mereka sendiri.Bermula dari kecil jika anak2 menangis atau mendesak terus saja diberikan apa mereka nak.Bila dewasa susah nak ubah tabiat yg di ajar dr kecil.

melayuangkat said...

Salam Faisal,

Saya juga amat bersimpati atas ibu Arwah. Tetapi nasi telah menjadi bubur.

Saya juga amat bersimpati pada PDRM.

Memang Polis menjalankan tugas, al-maklumlah sekarang jenayah menjadi-jadi. Kalau terlepas penjenayah, Polis juga kena tuduh.

SEMUAnya mangsa keadaan.

SEMUA ini patut dijadikan tauladan dan Sempadan.

BerPESTA sakanlah PAS, PRK dan DAPig. Inilah PELUANG yang mereka tunggu untuk dijadikan modal menghentam kerajaan BN.

Amat malang bagi Malaysia kerana Pembangkang tidak matang. Dan malang bagi Pembangkang kerana tidak ada Modal!!!!!!Modal lama pun dah BASI.

Anonymous said...

Kalau ikut tembak masa aksi pantas apa-apa pun boleh berlaku kerana dah gelap, laju, brek, memainkan peranan kepada kejadian tersasar tersebut. Kereta pun boleh jadi senjata - betul lah tu sebab hari-hari orang mati sbb kemalangan, kalau nak dibandingkan dengan pistol 1/10000 kes mati kena langar.

Disarankan polis upgrade setiap kereta peronda dengan contoh : -

http://www.martelelectronics.com/Police-Car-Camera.html

agar setiap kejadian akan direkodkan agar memudahkan untuk membuat rujukan apabila masalah berlaku, ini dapat mempercepatkan penyiasatan. kalau boleh data disimpan di Solid State Disk sebab tak ada komponen bergerak (susah rosak walau terhentak)

dan akan dapat mengurangkan unsur-unsur rasuah kerana setiap percakapan di antara peronda dan pesalah akan direkod, orang nak bagi rasuah pun takut.

m8

Anonymous said...

Saya tak ada nak kata apa-apa tambahan cuma saya bersetuju 100% dengan apa yang di tulis. Ibu dan adik beradik mangsa juga harus bertanggungjawab.

Anonymous said...

Walaupun kita simpati dengan keluarga simati,
adalah tidak masuk akal
budak 15 tahun yang tidak berlesen membawa kereta.

Kalau dibenarkan keluarga,keluarga kena tanggungjawab juga.
Kalau curi2 pakai kereta,budak tu taklah se innocent sangat.Adakah ini kali pertama dia buat?

Kalau nak salahkan polis boleh,tapi keluarga jangan lepas tangan.

ruang bicara faisal said...

kpd anon 10.02

setakat ini penjaga mangsa tidak menuduh yang bukan2 terhadap polis. mereka hanya tidak berpuashati kerana mangsa dilabelkan sbg penjenayah.

yang membuat tuduhan2 jahat kpd polis adalah parti2 pembangkang yang ingin mengambil keuntungan politik untuk mereka.

saya difahamkan yang ibunya tidak membenarkan mana2 pihak mempolitikkan kematian anaknya. sesiapa nak melawat, boleh dtg melawat, dia terima kedatangan. tetapi nak politik kan maaf.

dalam bab ini ternyata ibu mangsa pintar. dia tahu politik bukan tlg ikhlas, tlg untuk politik saja.

yang ikhlas menolong ialah kerajaan.

Anonymous said...

Saya setuju 100% dengan Faizal. This boy was at the wrong time and wrong place. Saya masa remaja dulu pernah juga kena tahan sekatan polis (sebab balik mlm night shift). Saya berhenti aje...lepas polis suluh dan tengok takde apa2 yg mencurigakan...dia suruh jalan.

Walaupun aku simpati dengan nasib budak ni...tapi aku lebih simpati dengan polis2 yg amanah dan jujur menjalankan tugas membenteras jenayah yg pelik2 dan tak masuk akal yg berlaku di negara sekarang ni...siang malam, berhujan berpanas, cuti perayaan...mereka tetap bekerja.

Memang mudah menyalahkan guru, polis, kerajaan dll daripada melihat kelemahan diri kita.

Polis pun manusia...ada hati dan perasaan.

Anonymous said...

Salam RBF..

PMR la.. bukan LCE..
iskk

Anonymous said...

Salam RBF..syabas dah buat entry tentang ini..sebenarnya saya juga sangat3 sependapat dengan RBF..bila baca aje perihal ibu mangsa mengatakan yang anaknya pergi menonton bola, sy terkesima kejap...terfikir "patut ke seorang anak berada dijalanan ketika orang lain sedang tidur dan anak tersebut masih lagi dibawah umur...

Tak perlu ulas lebih panjang sebab memang itulah yang terlintas difikiran sy selepas kes ini berlaku..Keluarga mangsa juga patut dipersoalkan dan penyebab utama berlakunya kecuaian dari pihak polis kerana berpunca dari pihak keluarga juga...

Anonymous said...

Faizal

Saya ada mendengar seorang Ustaz berceramah...katanya dia memberi kebebasan kepada anak2 remajanya pergi konsert, tengok racing dll tapi dengan satu syarat...dia ikut sekali. Buat tak tahu je dia duduk celah2 remaja dengan pakai kopiah.

Anak2nya semua menjadi...memang saya respect pada ustaz ni.

ruang bicara faisal said...

kpd anon 10.18

terima kasih kerana menegur

di zaman saya dulu dipanggil LCE , dah terbiasa dgn singkatan itu, sebablah itulah terbawa-bawa hingga kini.

11 tahun saya terbayang peperiksaan penilaian darjah 5

bila 15 tahun saya terbayang LCE pula.

apa pun , terima kasih. saya betulkan

Anonymous said...

Simpati dan takziah pada keluarga Allahyarham adik Amirul. Tapi setuju 100% dgn apa yg Bro tulis....diusia 15tahun, esoknya hari bersekolah, apa dibuat malam2 buta melalak? Bawak kete lagi, lesen tuh satu hal lagi..ishkkk

parangpanjang said...

Assalamualaikum.

Saya bersetuju dengan pandangan yang RBF utarakan. Mohon kepada pembaca diluar sana membaca dengan dada terbuka. Tak guna kita salahkan orang lain sedangkan kesalahan itu sebenarnya bermula dari diri kita sendiri.

Undang-undang sebenarnya bukan untuk menyusahkan, tetapi sebagai panduan agar kita tidak tersesat bila berjalan di bumi Tuhan.

Sekian.

Anonymous said...

memang ada juga kebenaranya pada kata2 sedara tu.... dalam inseden kejar mengejar sebegitu mungkin polis mengesyaki sesuatu, da dalam kesamaran pagi dan faktor jarak mana mungkin kita mengenali berapa umur pemandu dlm kereta, mungkin juga peluru yg terkena di kepala adalah peluru sesat.. ini semua mungkin terjadi dan tak mustahil. Tapi yg menjadi kemusykilannya macam mana pula cerita parang dalam kereta spt laporan polis tu... ini satu bukti kukuh yg mensabitkan polis cuba menipu....

Apa2pun terserahlah pada siasatan selanjutnya dan yg paling aula terima lah hukuman Allah yg Maha Berkuasa....

Anonymous said...

salam

taniah kepada penulis artikel,

kalau diambik dari sumber terbukalah.
ada dua versi kejadian menembak itu.

cerita anggota polis.

polis menembak tayar dan kereta terbabas ke tepi. rakan suspek melarikan diri, tetapi suspek masih cuba memandu dan merempuh sekatan polis. untuk keselamatan polis menembak suspek.

cerita member suspek.
dikejar oleh polis, tetapi suspeek masih memandu dengan laju, polis tembak tayar, pemanduan kereta tidak terkawal tetapi masih tidak mahu berhenti dan peluru terakhir terkena kepala.

ini diambil dari sumber terbuka keterangan polis dan sahabat budak itu.

tetapi disini aku kata aku tidak boleh menyokong budak ini walau macam mana pun, ini kerana jika aku menyokong budak ini bermaksud aku menghalalkan tidakan yg salah menyalahi undang undang.

pekara ini boleh dielak
jika budak itu tidak keluar dari rumah, pada pukul 2 pagi.
jika budak itu tidak memandu
jika budak itu mengikuti arahan polis dan berhenti.

yg sini mangsa bukan budak itu, sebab sekarng polis telah dipersalahkan, segala fakta yg budak ini banyak melakukan kesalahan diketepikan kerana simpati budak itu bawah umur.

tetapi jika polis dipersalahkan bagaimana pula keluarga keempat empat angota tersebut.

kalau kita buat andaian lain pula, polis tiada semasa kejadian kemunkinan budak ini memandu laju dikejar motor kenderaan tidak dapat terkawal terbabas dua dua mati.

atau

budak ini memandu laju melarikan diri dan tidak dapat megawal kenderaan merempuh kenderaan awam yg lain dan menyebabkan kematian.

disini point saya simple pekara ini tidak akan berlaku jika mengikut peraturan undang undang.

apa guna undang undang dkuatkuasakan jika kita menyokong orng yg melanggar undang undang.

Anonymous said...

Tahniah pada RBF, artikel yg baik. seimbang dan tiada pre-empt judgement yg meloyakan seperti kebanyakan tabloid pembangkang..

dulu masa kmunculan awal RBF, penulisan nampak sngt dipengaruhi perasaan marah sehingga golongan atas pagar semakin menjauh.. sy pun marah juga pd pembangkang, ttp sy lebih suka penulisan sebegini. apapun terpulang pd RBF, anda punya blog, anda punya gaya.. be yourself

ruang bicara faisal said...

kpd anon 12.08

hujag anda cukup bernas dan cantik. SYABAS.

kpd anon 12.18 pula, t.kasih kerana sudi memberi sokongan kpd saya

hanizam said...

saya juga amat bersetuju dengan artikel ini...alhamdulillah, ibu mangsa juga tidak mahu isu ni dipolitikkan...tapi tak taulah kalau dah kena hasut dengan Pembangkang, jadi lain...

zaman sekarang memang dah jadi trend, mak bapak biarkan anak guna motosikal @ kereta tanpa ada lesen..semua tempat ada berlaku, baik dikampung @ di bandar...

tidak seperti zaman saya bersekolah dulu (tahun 90an), kalau nak bawak motosikal, ayah saya cakap kalau takda lesen, JANGAN HARAPLAH...ape ko nak cakap, cakaplah...

semalam saya ada berpeluang jumpa seorang polis trafik yang baru habis duty, berteduh sambil minum kopi & mengisi perutnya...dalam hati saya, penatnya abang polis ni, dengan tangan yang terketar sedikit menyuap makan, minum...saya mengagak mungkin disebabkan tugas serta cabarannya, menjadikan soal makan & minum di ketepikan seketika demi tugas yang telah diamanahkan...bukannya saya bermaksud tak makan langsung, tapi kerana kesebukan tugas, lupa segalanya...

selepas tu saya berboraklah terutamanya kes budak ni...katanya, dalam situasi ni, memang orang akan memandang negetif dengan polis dengan bermacam-macam andaian, tapi kena tengok gak pihak lain..mungkin disebabkan panik, takda lesen, dia lari, kalau dia berhenti, mungkin paling kuat pun, kena saman je...

tapi nasi dah jadi bubur, PDRM memang akan siasat anggota yang ada masa tu, adakah ikut prosedur semasa lepaskan tembakan..banyak lagi faktor akan diambil kira dalam siasatan...cuma orang ramai kena faham, polis pun manusia gak, tak lari dari KESILAPAN...yang salah tetap salah...

bila isu ni dipolitikkan, umpama polis je yang salah..mereka je betul..jika tak mereka yang jadi antara tulang belakang jaga keamanan negara, sape lagi??? jangan hina sangat polis bila jadi macam tu...sudahnya ape-ape hal, mereka (ahli politik) cari jugak polis...nak itu polis, nak ini polis...tu kalau ada keuntungan pada mereka, kalau tak ada ape-ape hasil, nilah jadinya....

begitulah antara topik perbualan saya semalam...

maaf, panjang sangat cerita saya ni, ape pun, kita sebagai orang dewasa @ penjaga, janganlah manjakan sangat bagi anak @ adik kita yang takda LESEN suka-suka bawak kenderaan...ambil tahulah kemana & masa mereka perlu pulang kerumah...jangan jadi macam kes ni...

TAKZIAH kepada keluarga simati...

pasa PDRM, anda masih lagi jadi kepercayaan rakyat MALAYSIA...

walaupun ada segelintir anggotanya KURENG skit...tapi semua tu boleh diperbaiki lagi...

Anonymous said...

kes mcm ni x leh nak elakkan lagi jadi bahan politik...sama2 la kita ambil iktibar kes ini...ape yg RBF hujahkan tu saya sokong..

manlukeman said...

tahniah...kali pertama saya bersetuju dengan penulisan saudara..

Anonymous said...

Semua andaian penulis diatas tidak tepat.

Yang betulnya, kalau la budak itu tidak dilahirkan ke dunia, tidak lah akan berlaku peristiwa ini.

Anonymous said...

kalau polis x tembak, kereta tu terus dipandu laju, kemudian langgar makcik tua baru blk meniaga nasi kukus kemudian makcik tu meninggal, polis jugak salah.

elok semua jadikan ni tauladan. perbaiki mana yang perlu. Wallahualam...

Kuda Perang said...

Yalah tu, ulasan 'ikhlas' mengikut sedap mulut tanpa mengetahui hujung pangkal cerita yang sebenarnya.... kita je yang bijak n cerdik....

Wan Perlis said...

undang2 ciptaan manusia kadang2 tidak adil

Anonymous said...

owh camtu ke abg faisal..menurut polis kawasan saya yang membaca laporan..polis tersebut yang berada di belakang kereta tembak untuk mempertahankan diri kerana terancam, seorang polis lagi berada di cc kereta sebelah pemandu mengarahkan supaya keluar selepas terbabas. si pemandu/mangsa telah mengundurkan kereta..dan seperti ingin melanggar polis yang berada di belakang...

Qaira Tsamaratulqolbi said...

Aku setuju sgt pd yg kata semua ketiga2 pihak mmg bersalah.. sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor ini. Nak kenal anak2, cubalah kenal2 dulu dgn kwn2 anak tersebut.. Jika dh cukup berusaha, barulah serahkan pd takdir Ilahi..
Takziah pd keluarga arwah... semoga bersabar dengan dugaan ini.

Anonymous said...

Salam,
takziah pada kpd keluarga Allahyarham dan juga sdr.rbf.
Disini patut kami semua simpati kpd dua2 pihak dan cuba menelesaikanya bkn pi tmbh minyak dan nyalakan api.
Apa lah pembangkang ini tunjuk baik sgt...bila buat demo membawa bdk2 bawah umur dan gula2 kan mereka utk demo.Ini satu lagi gimik pembangkang gunakan utk milege murah.
Dan kpd ibu bapa patut kami kena pantau pergerakan anak2..sbb saya pun ada anak yg akan menduduki PMR sama dgn mangsa..walau beliau duduk di asrama tapi masih bertanya ttg kawan2 dll.Ni tak zaman sekarang ibu bapa (kebanyakan)masing2 sibuk dgn hal sdri.Bila dh jadi sesuatu baru nak salahkan org lain knp? Kpn kami tak perihatin mcm ibu bapa kami menjaga semasa kami remaja?Zaman dulu2 tak prnh jadi kes mcm ini sbb kami takut dgn org tua kami....knp sekarang kami tak bolh laksanakan benda yg sama.?

..: SYARiFAH ZULiKHA AL-YAHYA :.. said...

salam nurani/salam cendekia rbf,maaf m'ganggu.iya benar kalau difikirkan kembali,rasa2nya itu salah ibu bapa s'diri tegar m'benarkan anak keluar malam2/m'mandu kereta tanpa lesen.atau mungkin juga polis itu tidak b'niat untuk m'nembak atau mungkin juga polis itu hamlar tapi kira difikir2kan kembali,hal ini sudah t'maktub dalam kitab qadarNya dan kita perlu reda.apa2 yang t'jadi punya hikmahnya t'sendiri.wallahualam/terima kasih.

-syarifahzulikha@gmail.com

Anonymous said...

Saudara faisal,
pada pendapat saya anak2 yang masih remaja dan belum matang akalnya akan bertindak sedemikian,
Masa kita remaja dulu pn selalu memberontak kalau kemahuan kita dihalang. Samala contohnya disini, cuma tindakan dia melarikan diri telah menimbulkan syak kepada polis dan dibalas dengan tembakan?
Ibunya memang boleh dikata bertanggungjawab tetapi bukan 100%.
Saya kurang setuju apabila saudara seperti meletak kesilapan ni pada mangsa dan saudara mangsa.
Beberapa persoalan asas saya disini:
1. Kenapa polis mula2 bertindak dengan menembak? ini bukan cerita koboi?
2. Ada komen tulis menyampah dengan ibubapa yang tak awasi anak. Adakah anda tidak menyampah dengan sesetengah anggota polis yang dikatakan tidak amanah?
3. Saya paham polis berkerja keras menjaga keamanan. Tetapi adakah anda akan aman jika semua aksi kejar-mengejar polis disertai tembakan?
4. Saya tengok sekarang seolah2 polis dipihak BN dan mangsa di pihak PR. Adakah ini betul? Tinggalkan pandangan ini, kita judge mana betul dan mana salah. Adakah kita tidak boleh berpandangan sama dengan pihak yang lain view politiknya jika mereka dipihak benar dalam kes ni???


Saya sekadar menulis agar kita semua sedar kita semua ni manusia.
Polis atau mangsa juga manusia. Jadi siasatan telus mesti dilakukan. Yang salah tetap salah.

Apabila berlaku pada orang lain kita dengan senang memihak kepada pihak yang kita rasa benar dari kayu ukur kita, Apabila kena dibatang hidung, kita saja betul orang lain tetap salah.
Fikir-fikirkanlah, "don't make ur jugdement clouded by political views"
"Mari sama2 kita tegakkan kebenaran!"