Wednesday, April 28, 2010

TAKIYUDDIN SUDAH PANAS PUNGGUNG


Takiyuddin Hassan sudah panas punggung.

Ternyata apa yang dikatakan oleh saya disini tiga bulan lepas ada asasnya. Berita yang saya dapat pagi tadi mengatakan Takiyuddin dan isterinya tidak senang duduk semenjak saya tuliskan cerita tersebut.

Hinggakan laman web syarikat Jasa Teratai Holiday yang saya sertakan dalam tulisan yang lepas juga telah dibuang.

Nama RBF sudah mula meniti di mulut Takiyuddin dan isterinya. Mengikut maklumat yang saya terima syarikat berkenaan milik salah seorang isterinya, iaitu isteri tua beliau.

Memang betul juga apa yang saya perkatakan sebelum ini yang syarikat berkenaan menjadi pembekal tiket-tiket penerbangan kepada MPKB.

Saya juga difahamkan yang Takiyuddin mempunyai pejabat peribadi beliau di tingkat atas syarikat berkenaan di Jalan Maju Kota Bharu.

Untuk langkah seterusnya, saya serahkan pula tugas ini kepada Pemuda Umno Kelantan. Buatlah apa yang patut. Jangan biarkan Takiyuddin terus menipu rakyat Kelantan.

Banyak juga maklumat-maklumat lain yang saya terima semalam berkenaan Takiyuddin. Saya akan catitkan dilain kali. Antaranya ialah permainan 'wayang' beliau dalam kes perkahwinan Dr.Rosli yang dihebohkan kononnya melarikan anak perempuan orang untuk bernikah dan juga kes beliau terlibat dalam perniagaan dengan Thamrin Tun Ghaffar.

Jika sesiapa lagi yang ada maklumat tentang Takiyuddin sila emailkan kepada saya di alamat berikut rbf_501@yahoo.com. Biar saya 'lenjankan' dia cukup-cukup kali ini.

4 comments:

Anonymous said...

http://biz.yellowpages.com.my/jasateratai/

Anonymous said...

harap2 bukan fitnah...

aku xbantah, aku xsetuju...

cuma masa ni aku berkeceuali dr sebarkan berita yg belum soheh ni..

aku mungkin mati bila2 masa dr skang...

wan81 said...

harap jgn jadi mcm seorang ADUN umno kelantan dahulu..isu rasuah dan pelbagai salahlaku yg dikatakan dilakukan oleh Husam Musa dan kerajaan kelantan...

tgh2 syok kita duk hentam PAS, tetiba ADUN tu mintak maaf kata tu semuanya adalah fitnah, siap masuk paper lagi kenyataan mohon maaf kat exco PAS kelantan...xpasal2 blogger umno dpt malu...

Anonymous said...

takiyudin ni ada kes juga pasal perpidahan peniaga pasar lama mpkb ke bangunan baru sebelah dengan bazar buluh kubu.

pasar lama mpkb dicadangkan agar pihak bomba membuat laporan tidak selamat digunakan padahal takiyudin nak beli dengan harga yang agak murah untuk dibangunkan sebagai hotel ditengah bandar kota bharu.

peniaga di pasar lama mpkb terpaksa membayar harga kedai yang baru dengan ruang niaga lebih sempit.

blog add.