Wednesday, May 26, 2010

Anak Sebagai Talian Hayat Terakhir Samy Vellu

Ini bukanlah kali pertama Samy Vellu menghadapi krisis dalam MIC. Sudah berpuluh krisis yang dihadapi oleh Samy Vellu sepanjang kariernya dalam politiknya dalam MIC.

Selama ini setiap kali beliau menghadapi krisis, ada saja orang-orang lain yang di dalam MIC akan bangkit mempertahankan Samy.

Tetapi tidak lagi kali ini,kebanyakan mereka berdiam diri atau melawan Samy. Akibat tiada lagi orang yang sanggup ke depan untuk mempertahankannya, maka bangunlah anak lelakinya terkulat-kulat seorang diri mempertahankan bapanya.
Mungkin kerana kurang pengalaman dan tidak tahu bagaimana cara nak mempertahankan bapa, maka UMNO yang diserang dan disalahkannya dalam krisis yang dihadapi oleh MIC.

Kalau benar UMNO jahat atau nak hancurkan MIC mampus UMNO tak bagi kerusi Hulu Selangor kepada MIC. Pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapi UMNO sewaktu hendak menentukan calon bagi kerusi berkenaan.

Dua puluh empat sehari Najib ditekan agar kerusi berkenaan diambil dari MIC dan diberikan kepada UMNO. Tetapi UMNO tidak sejahat itu, mereka tetap juga beri kerusi berkenaan kepada MIC atas dasar semangat setiakawan BN.
Mungkin Vell Paari lupa hal ini gamaknya. Mana tak lupanya, dalam fikiran dia hanya ingatkan bekas kekasihnya iaitu seorang pelakon drama K.Sujatha yang mati membunuh diri kerana meminum racun rumpai.

Oleh yang demikian tidak perlulah Vell Paary hendak melalak tidak tentu pasal. Terimalah hakikat bahawasanya bapa dia beban yang cukup berat yang sedang digalas oleh BN sekarang.




Nantikan di rbf jam 12.00 tengahari ini berkenaan kisah tanah negara 'tergadai' di Singapura.



2 comments:

Anonymous said...

Setuju..dah tak ada pemimpin lain yg nak pertahankan Samy Velu..Vaal Paari ialah anaknya..T.Mohan pulak suku sakatnya..Timbalan Presiden pun suku sakatnya..apa macam ini..

Anonymous said...

Lalu satu hari datanglah kawan Ali yang bernama Samad dan mengajak Ali buat usahasama untuk menukar tanaman serai dikebunnya >>> itu bermana Ali masih lagi usaha tanahnya lagi tapi kes singapura serah tanah dari 100% jadi 60%- lagi laa BODOH!!! (Umpama Ali pajak tanah dia kpd kwn nya)