Thursday, May 27, 2010

Apabila Bulan Mengambang, Khalid Samad Mula Meracau

Pada mulanya saya agak terkejut semalam apabila membaca berita di malaysiakini yang Khalid John Samad tiba-tiba sahaja mencabar Ezam untuk bertanding melawannya di Shah Alam dalam PRU akan datang. Sini

"Aik....apa ke halnya, hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba buka mulut cabar Ezam bertanding di Shah Alam" kata saya.

Ohh....baru saya teringat, hari ini (semalam/rabu) adalah 13 Jamadilakhir. Oh...musim bulan mengambang rupanya, patutlah dia meracau. Khalid John Samad memang alergi dengan bulan mengambang.

Setiap kali musim bulan mengambang dia akan buat hal. Bulan lepas iaitu bulan Jamadilawal semasa musim bulan mengambang juga, dia buat hal dengan polis. Dulu dalam Muharram pun sama juga, dia buat hal pasal kalimah Allah. Selepas itu dia buat hal dengan JAIS.

Mengikut kata orang tua-tua, orang yang meracau setiap kali musim bulan mengambang ialah orang yang kurang sihat atau dipanggil putus wayar, manakala dalam istilah rasmi dipanggil penyakit mental.

Kita sering mendengar, membaca atau melihat kejadian orang-orang yang mempunyai masalah mental membunuh ibu bapa sendiri, bunuh anak sendiri, bunuh suami atau isteri sendiri. Kebanyakan ianya berlaku antara 10-20 haribulan Takwim Hijrah, iaitu waktu bulan sedang hendak menaik antara 10-15hb dan waktu bulan hendak menurun antara 15-20hb.

Begitu jugalah dengan Khalid John Samad, setiap kali tarikh tersebut muncul, maka dia akan buat hal. Cuma dia tidak sampai ke peringkat teruk lagi. Tetapi jika tidak dibawa berubat dengan segera ianya boleh menjadi semakin teruk.

Harap-harap Hassan Ali atau Roslan Sms boleh tolong bawa Khalid pergi berubat sebelum dia buat hal yang lebih pelik. Manalah satu hari nanti, dia buka semua pakaian dan berlari bogel keliling parlimen Shah Alam.

Satu benda yang saya menarik perhatian saya semalam dalam sidang media dia. Pada mulanya dia ucap tahniah kepada Ezam diatas perlantikannya. Selepas itu dia kata pula yang Ezam memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang.

Inilah yang saya katakan si kitol Khalid tersebut putus wayar. Apabila dia kata "memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang" ianya membawa maksud masuk dewan tanpa melalui p/raya.

Bangang sungguh si kitol ini. Mana ada orang masuk Dewan Negara melalui p.raya, sesiapa yang dilantik sebagai Senator maka bolehlah orang itu masuk Dewan Negara. Yang masuk melalui p/raya adalah Dewan Rakyat. Ezam bukannya masuk Dewan Rakyat, dia masuk Dewan Negara.

Inilah akibatnya bila terlalu ghairah nak tunjuk pandai, akhirnya kebodohan sendiri terserlah. Apa cerita pula senator-senator yang dilantik oleh negeri-negeri yang dipimpin oleh pak-khatan rakyat ? Masuk ikut pintu belakang juga ke ? Hassan Shukri, bekas timbalan presiden PAS pernah jadi senator, masuk ikut belakang juga ke ?

Inilah akibatnya bila menyokong orang yang suka main belakang. Dia tidak ingat yang lain, dia hanya ingat belaaaakangggggggggggg saja.

Ikuti ulasan sahabat saya di sini

Seorang lagi sahabat saya pernah mempunyai pengalaman menaiki pesawat yang sama dengan si kitol tersebut dari KLIA ke Sibu. Katanya dari sebelum naik pesawat di balai mengunggu di KLIA hinggalah ke Sibu dia memerhatikan gelagat si kitol tersebut.

Mulutnya pok...pek...pok...pek, tidak berhenti-henti. Yang itu tak kena, yang ini tak kena, orang itu tak kena, orang ini tak kena. Termasuklah pramugari, pramugara dan hinggalah kepada kapten yang pandu pesawat, semuanya tak kena. Sampaikan dia boleh kata kapten yang pandu pesawat itu tak pandai pandu pesawat. Pramugari yang tunjuk demo keselamatan sebelum pesawat terbang pun dia kata tak betul juga.

Sampai di Sibu, dia buat hal dengan imigresen pula. Menjerit sana-sini.

Apa punya orang macam ni ? Jawabnya, orang gila lah.....

Sambung di sini




6 comments:

Anonymous said...

Kenapa tak suruh dia bawak kapal terbang tu? Lepas tu rempuh mana-mana bangunan. Bila terehempas, nanti akan dikatakan ini adalah konspirasi UMNO... Gempar satu dunia.

joe said...

orang gila jangan dilayan, jangan dilayan orang gila!

Anonymous said...

Bro org singaporecabar khalid utk bawakan bible original yg pakai nama ALLAH.Bible English dari europe pun tak ada.Sebelum dia gila lagi baik kita suruh pergi cari bible tu.Semoga Allah buka kan pintu hati dia.

Anonymous said...

Baguslah kalau Ezam bertanding di Shah Alam. Ramai Melayu Shah Alam tak sokong Khalid Samad lagi. Banyak isu yang buat Melayu kecil hati dengan sikap beliau. Suka tuding jari kepada orang lain. Tidak pernah mengaku kesilapan sendiri. Sudah tak nampak lagi banner dipasang majlis beliau bersama kelab penyokong pas seperti pada tahun 2008 dan 2009. Ceramah pun sudah jarang sekarang. Kenapa? Pasti ada sebabnya.

rentaka said...

Khalid ni serupa mcm serigala jadian la ye bro..?
Bark at the moon..
Kalau gitu, kena berubat cepat ni...bagi dia minum air rendam punai nuar..mungkin blh normal semula.

ishak ali said...

mcm penakut jer admin blog ni,nak komen pun kena tapis dlu...nilah namanya umno,parti pembela agama bangsa negara,parti pertahan kalimah Allah,tp biler najibrosmahawangadek halalkan judi boasepak,membisu seribu bahasa lak,kecut telok msg2,pilah wat demo kat masjid shah lam ker,dataran merdeka ker bantah kes judi bola ni..ataupun vincent tan dah blanja ko org mkn duit judi gak,heheheeheheheh....