Sunday, May 16, 2010

KECEMASAN DI TENGAH MALAM: BN SAKIT, KEDAH NAZAK

Dua berita cemas yang diterima di tengah malam
1) BN hadapi laluan yang amat-amat sukar di Sibu. DAP berjaya dalam kempen saat akhir. Ceramah akhir DAP di bandar Sibu berjaya menarik hampir sepuluh ribu orang cina. Lautan manusia yang hadir, sehingga ada rakan-rakan wartawan yang berjalan kaki dua kilometer untuk ke sana.


2) Berita yang baru diterima lagi, MB Kedah sudah tiada pilihan lagi melainkan membubarkan dun. Menurut berita yang diterima oleh seorang rakan saya PAS Kedah telah mengarahkan ahli-ahli mereka supaya berkumpul dan mengepung Wisma Darulaman dan kediaman rasmi MB.


3) Daripada apa yang saya tahu, BN Kedah sebenarnya telah cukup bilangan adun untuk membentuk kerajaan tetapi difahamkan ianya belum mendapat restu DS Najib. Apa sebabnya saya tidak pasti.

8 comments:

life is not a fairy tale dude said...

PAS tak berkemampuan mentadbir dengan baik.

reject politicians using religion

ahqim genius said...

Di Kampung Hilir Sibu, seorang nenek berusia 73 tahun bersemangat dan bertenaga melakukan persiapan bagi menyambut pemimpin nombor satu negara yang dijadualkan melakukan tinjauan mesra pada saat-saat akhir berkempen malam tadi. Orang kampung sudah ramai yang dijemput, segala hidangan minuman juga disediakan, bendera BN gah di keliling rumah, bangga untuk menyambut pemimpin besar. Tapi malangnya berita mengejutkan diterima, nenek tua difahamkan pemimpin membatalkan kehadirannya,muka nenek mula berubah, anak mata mula merah, air mata mula menitis, sambil mengeluh panjang seperti ada beban besar ditanggungnya. Tidak kisah pemimpin datang atau tidak tetapi bagi nenek, air matanya bukan sedih sebab pemimpin tidak datang tapi memikirkan bolehkan BN menang esok jika situasi itu dijadikan kes. Bagaimana dia ingin berdepan dengan orang ramai yang telah dijemput olehnya untuk menyambut pemimpin dengan meriah tadi? Terpacul keluar pada mulutnya situasi seumpama itu kemungkinan besar mampu merubah sokongan, apa tidaknya, 50 meter di sebelah pihak PAS dan PKR berapi-api berkempen meskipun hanya menayangkan video, di mana pula BN? Nenek itu yang 40 tahun dalam politik mungkin tidak akan berganjak menyokong BN tetapi bagaimana yang baru kenal makna pilihan raya? Itu yang nenek sedang fikirkan ketika itu, dengan senang sahaja pembangkang di sebelah akan menjadikan ia sebagai isu, angin sokongan mungkin boleh berubah dek perkara kecil seumpama itu. Nenek cemas dan gelisah untuk mencari apakah alasan terbaik untuk memaklumkan kepada orang ramai yang masih tegak di tepi jalan menanti kehadiran yang ditunggu meskipun sudah satu jam berlalu. Sedangkan ini kawasan Melayu,pengundi Melayu yang sentiasa memenangkan pemimpin tidak mengira calon itu Cina atau bangsa lain, janji dia mewakili kerajaan sudah pasti dipangkah tetapi apa sudah jadi malam tadi mungkin mewujudkan cerita lain esoknya (hari mengundi). Kalau menang Alhamdulillah tapi jika sebaliknya, nenek mungkin hanya mampu menggetap giginya, meraup tangan ke mukanya, bersandar lesu, menahan kepedihan apa kesudahannya nanti...

Anonymous said...

tipulah RBF nih... klu betul mesti malaysiakini dah lapor cerita nih.. media2 lain pun senyap jer..

sama jugak mcm cerita ADUN selangor nk lompat.. dan BN nk bentuk kerajaan di selangor.. tapi hapah pun tarak... tipu jer RBF nih..

Anonymous said...

RBF,
Membohong adalah dosa.Menyiarkan berita yang tidak benar ada;ah satu pembohongan. Kalau nak ampu BN, ampulah itu hak kamu tetapi janganlah mengada-adakan cerita yang tidak ada.

Anonymous said...

RBF tak nak komen pasal JUDI BOLASEPAK yang UMNO LULUS kan tu ke?

mohamed said...

Let us face the fact. Chinese will form a chinese govermwnt in this country if they can. And they will not invite us. Read the bintang tiga history: for chinese communist read chinese.

If DAP win it is a natural progression on their road map.
What is there to be surprised?

I strongly believe this fact is sinking slowly into the mind of our present young Malay Leaders

ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT said...

anon may 16 2.43 a.m.

malaysiakini kau tu maha mengetahui ke? apa yang malaysiakini suapkan kat kau tu 100% telus ke? betul, benar dan bersih tanpa bias ke?

masih setia said...

Bro sekelian, gunalah akal yg allah anugerahkan, pandai2 lah berfikir yg baik dan buruk tp jgn sampai jadi pecacai kpd bangsa lain demi kuasa. dh tok guru pun penah krja kemas, pastu hina kemas pulak. jadi, luuu pikir lah sendiri.