Friday, May 28, 2010

Khalid Samad Diminta Kemaskan Janggut - SD Johari

Tulisan di bawah ini saya terima melalui e mail yang dihantarkan oleh saudara SD Johari Hj Yassin berhubung cabaran Khalid John Samad yang mencabar Ezam bertanding menentangnya di Shah Alam dalam pru akan datang. Untuk pengetahuan anda, saudara SD Johari adalah bekas Setiausaha Pemuda PKR Pusat dan bekas Ketua Pemuda PKR Selangor di zaman Ezam memegang jawatan ketua pemuda PKR

SD Johari bersama Ezam

Khalid Samad umpama Lembu Sabung yg sentiasa meliar "Membuta Babi" mencari sasaran yang hendak ditanduk kerana merasakan diri terlalu hebat dan mendapat sokongan serta tepukan hadirin ketika di gelanggang. Sedangkan Si Lembu lupa bahawa dia hanyalah seekor lembu permainan yang di permainkan oleh Matador. Oleh itu cabaran dari Si Lembu Sabung tak perlu sedikit pun di ambil serius malah boleh saja untuk di tertawakan.

Oleh itu, cabaran Khalid boleh diumpamakan seperti anjing menyalak singa, singa tak menoleh, anjing terjelir lidah. Cabaran supaya Ezam bertanding di Shah Alam bukan perkara besar hingga perlu panggil sidang media. Jika tidak Ezam sekalipun, InsyaAllah UMNO bahagian Shah Alam yang mula saya kenali hati budinya miliki pimpinan yang berjiwa mulia, rendah diri dan lebih berakhlak dari Khalid. Jadi cabaran anak jantan tak perlu menunggu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Jika telor masih dalam kerandut, saya cabar Khalid segera letak jawatan agar perhitungan sokongan rakyat bestari Shah Alam dapat disegerakan.

Khalid bukan lah aset berharga buat PAS khususnya PAS pro Ulama yang terbeban dengan kenyataan-kenyataan bebal Khalid yang dilabelkan kufur oleh Prof Dr Haron Din kerana menyekutukan Allah apabila bersetuju Allah digunakan di Gereja2. Bermaksud Khalid setuju Allah itu tidak ESA seperti kepercayaan penganut agama Kritian. Bagi PAS pro Islam Liberal bawaan tokoh ulung pengamal HOMOSEKSUAL tersohor, Sheikh Anwar Ibrahim mungkin Khalid penting sebagai pencacai muda penyuci najis supaya Anwar terus nampaknya macam suci.

Kenyataan Khalid berhubung perlantikan YB Senator Saudara Ezam Md Noor, memperlekehkan perlantikan yg dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang melantik Senator Dewan Negara. Maka, kenyataan Khalid ternyata berbau ala-ala bebal tahap Mendo Mummet, pandai sikit dari Goblok.

Kenyataan Khalid berhubung lesen sukan judi sekadar merupakan kenyataan dari seorang munafik yang kununnya menentang lesen judi dan pusat hiburan sedangkan sejak PAS menguasai Parlimen Shah Alam,rumah-rumah urut dan bar sudah mula tumbuh dua tahun yang lepas. Pusat hiburan, judi dan rumah urut yang berselirat diluluskan di serata Selangor mencapai pertumbuhan yang amat membanggakan. Pada masa yang sama, dalam isu rampasan arak di Shah Alam yang disergah arah oleh Ronie Liu agar dikembalikan dan soal isu penjualan arak di kawasan melayu, Khalid tiada usaha menentang.

Nasihat saya kepada Khalid Samad agar kemaskini janggut. Itu sajalah nasihat saya kerana politikus seperti Khalid tak memerlukan nasihat yang banyak. Cuma sekiranya jiwa belum hitam, fikiran belum di liwat, lembutkan dan buka lah hati, tenang dan bukalah fikiran, berlapang dada dan ikuti lah dengan amat-amat telita setiap perbicaraan kes Anwar liwat Saiful dengan adil demi mencari kebenaran dan bersama menghumban pemimpin jijik ke dalam penjara.

SD Johari Hj Yasin

8 comments:

Anonymous said...

Utk SD johari saya ada kemuskilan disini.Saya rasa saudara seorang yg telah kecewa dlm perjuangan dan lemah mental.

Saudara dikatakan Ketua AMK suatu ketika dahulu. Sudah tentu pd waktu itu saudara adalah penentang kuat UMNO yg tak ada taranya. Mengapa saudara keluar PKR tentulah jawapan "klise" - hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan terutamanya Anwar Ibrahim. Perlu ditanya kpd puakx seperti saudara, adakah perjuangan saudara pada masa itu adalah memperjuangkan Anwar Ibrahim dan bukan perjuangannya. Ini dua perkara yg berbeza.

Jika memperjuangkan Anwar Ibrahim tentulah saudara kecewa kerana Anwar tidak dapat membalasnya tapi kalau saudara memperjuangkan perjuangannya tentu ramai rakyat akan menyokongnya. Saudara sendiri tentu faham bahwa Anwar tidak minta supaya dia dibela tapi Anwar mahukan perjuangannya diteruskan oleh rakyat menghadapi kezaliman kerajaan Umno sekian lama.

Paradigma inilah yg Anwar tekankan supaya rakyat cerdik berfikir dan tidak menjadi bebal utk mengurus diri sendiri dlm menentukan hak sbg rakyat supaya tidak di perbodohkan oleh Umno sepanjang masa.

Saya tidak mahu menyentuh tentang ketuanan Melayu, hakx keistimewaan Melayu, itu semua termaktub didlm perlembagaan.Soalnya adakah ianya dilaksanakan atau telah pun invalid?

Saudara boleh berfikir dgn cara saudara dan kami juga boleh berfikir secara waras dlm apax hal didalam politik negara tanpa terikat dgn propaganda umno. Kami rakyat yg bebas berfikir sendiri..

Anwar bukan Idola mutlak bagi kami tapi kami bersimpati dengan perjuangannya membawa M'sia kepada yg lebih cerah dan kami akan bersama menggalas perjuangannya (bukan dirinya) dlm mengharungi persada politik negara. Ingat, kebangkitan rakyat telah tidak terhalang dan masingx menunggu akan tiba waktunya untuk bertukar kerajaan. Dan saya percaya pd ketika itu saudara pun akan turut serta menyertai, kerana apa, kerana itulah diri saudara, dimana ada gula disitulah ada semut.

Anonymous said...

padan muka khalid!!!

ishak ali said...

alahai sd johari budak dan barua ezam soros..penakutnya kamu ni..mentang2 dah dpt duit byk habuan najib altantuya,skrg mulut bkn main laser yer...kamu teruskan lagi kerja2 terkutuk kamu ni bersama mat sesumpah ezam ni..dlu mase kamu dlm PKR,bkn main hentam umnoapco,rasuah,penyelewengan,skrg dah bertukar orbit lak,braper yer mat ezam bg ko duit tiap bln...

aku nak tanya ko,ape pendirian ko pasal krajaan umno pakai penasihat apcoyahudi dlm pentadbiran kerajaan?pastu pulak,aper reaksi ko pasal najib halalkan judi bolasepak ni?ko dgn ezam raja sesumpah ni cuber belek2 KItab Quran atau hadis,ader tak nas2 atau dalil menghalalkan judi bola ni?
aku nak nasihat ko and the gang,insaflah,taubatlah,sudah2 lah jd barua umnoapco ni...

joe said...

muka kalid beserabut!

lawak said...

anon 12:13PM ni tau ke erti perjuangan?bukan memandang rendah tetai dari kata yg dilontarkan seolah2 sudah lama bergelumang di dalam politik(walhal tidak).Tahukah kamu siapa anwar sebenarnya?agenda perjuangannya?matlamatnya?..mungkin anda hanya hanya mengetahui berita2 dari pihak alternatif sahaja yg tidak akan membongkar siapa anwar yg sebenarnya.Anda kata anda menyokong perjuangannya bukan 'dia'.Betulke?buka mata buka minda,jgn asyik duduk di lingungan anda sahaja kerana itulah jalan mudah untuk minda anda dikelabukan dan dikhayalkan dengan cerita2 penglipur lara yg anda amat sanjungi itu..

PartiKeRanjang said...

Perjuangan anwar perjuangan demonstrasi yg menghiasi setiap sudut jalanan semata2 mencari publisiti dan populariti.

konon perjuangan anwar perjuangan suci,tapi masa jadi timbalan perdana menteri semua projek habis disapu dek dianya kroni.

konon bila orang dia lompat semua pasal 2 juta diberi,padahal takde bukti cuma nak spin buat berita terkini,yang pasti masa ghaffar baba menarik diri,yang tabur wang yang politik wang ANWAR IBRAHIM yang empunya diri.

rinandamku said...

pada saudara ishak ali , ada tak baca hadis ?..saya singkatkan' kalau yak mampu mengubah dengan tangan , ubah dengan doa ,kalau tak mampu dengan doa/mulut , biarlah hanya membenci dengan hati 'makna dia lebih kurang gitu ..
soalnya , kelantan dperintah oleh siapa ? bukankah ada kuasa dengan tangan untuk mengubah segala bentuk judi dan penjualan arak disana? kenapa sampai sekarang tak berubah ? selangor bagaimana pula ? PAS kena buktikan sesuai dengan janji2nya ..

Anonymous said...

Saya mengenali sdr SD dari kecil lg sebagai seorang yg tidak byk bercakap dan sentiasa menurut arahan serta rajin serta komitmen dalam setiap perkara ...tapi agak lurus bendul sikit.,inilah yg menyebabkannya pada ketika dulu 'bercelaru' di dalam benak fikirannya menurut perintah siapa ketuanya tg telah mendoktrinnya supaya kerja..jangan banyak bercakap dan ikut sahaja. Walaubagaimanapun, tahniah kerana telah mengakui kebenaran, manakala tuduhan yg mengatakan sdr menerima wang untuk 'berpaling', saya harap ianya tidak kerana perkara tersebut. Andainya wang menjadi pilihan sdr, sdr tidak akan 'kemana-mana'.Teruskan perjuangan yang belum selesai.Saya sentiasa berharap apa jua kebenaran akan terbukti.