Saturday, May 22, 2010

Mike Kapar Cuba Main Wayang Kulit

Satu negara kecoh hari ini kononnya ahli parlimen Kapar yang sedang berperang pasir dengan kerajaan Selangor kononnya akan adakan sidang media khas di Shah Alam.

Jemputan yang dihantar agak kelabu asap kerana tidak tahu siapa penganjurnya dan tidak tahu apa motif sidang media. Hanya diberitahu sidang media khas.

Motifnya nampak tergantung dan membuat semua orang tertanya-tanya sidang media apa. Dan sudah tentu dalam fikiran semua orang mungkin ianya sidang media untuk umumkan keluar parti.

Pada sebelah pagi beberapa wartawan cuba menghubungi Mike untuk mendapatkan pengesahannya. Pelbagai versi jawapan yang diberikan olehnya kepada wartawan-wartawan tersebut.

Ada wartawan yang dia nafikan kononnya dia akan adakan sidang media. Ada wartawan yang dia tak nafikan. Ada wartawan yang dia kata tunggu, saya akan hubungi anda kembali. Berbelit-belit sekali. Manakala sehingga antara jam 12 hingga 1 tengahari masih belum ada sebarang penafian rasmi di blog beliau.

Bila keadaan begitu, sudah tentu ianya meninggalkan seribu satu pertanyaan dalam fikiran para wartawan. Betul atau tidak betul ? Sebagai wartawan sudah tentu mereka tidak mahu terlepas untuk membuat liputan berita-berita hangat bagi dihidangkan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Akhirnya ramai wartawan mengambil keputusan untuk pergi ke Shah Alam, jika tak pergi bimbang ianya betul. Apabila semua sudah berkumpul di sana masing-masing buka cerita masing-masing. Ada wartawan yang kata ," aku call dia kata tak betul", ada pula yang kata "aku call dia kata tunggu" dan sebagainya.

Jam sudah 2.30 petang, bayang Mike masih belum nampak. Ada wartawan yang menghubunginya, tetapi dia tidak menjawab panggilan. Menghampiri jam 3 petang seorang wartawan wanita TV 3 menghubungi Mike dan beliau menjawab panggilan tersebut dan seterusnya menafikan yang dia akan mengadakan sidang media khas.

Dalam masa yang sama juga seorang wartawan memberitahu yang blog Mike telah mengeluarkan kenyataan menafikan dia akan adakan sidang media itu. Sini

Akhirnya semua wartawan angkat punggung dan pulang dengan tangan kosong.

Dua persoalan yang ada di sini...

Mengapa Mike tidak nafikan di dalam blognya sejak awal pagi atau tengahari dan menafikan kepada semua wartawan yang menghubunginya ?

Mengapa Mike memberi jawapan yang berbeza-beza kepada setiap wartawan yang menghubunginya untuk mendapat pengesahan ?

Ini bermakna beliau memang mempunyai niat supaya khabar angin tersebut dipercayai oleh semua orang dan beliau berniat ingin meninggalkan seribu satu pertanyaan dalam fikiran para wartawan agar mereka jadi pening.

Hasil daripada apa yang terjadi ini saya boleh rumuskan seperti berikut.

Semua ini adalah mainan wayang kulit yang dimainkan oleh Mike sendiri. Tidak mustahil beliau menyuruh orang-orang tertentu atau tidak mustahil juga beliau sendiri yang menghantar jemputan kepada wartawan kononnya beliau akan adakan sidang media khas.

Sebab itu beliau namakan sidang media khas,bukannya sidang media pengumuman keluar parti. Disini kita boleh nampak taktik yang beliau gunakan agar dia boleh nafikan yang dia nak keluar parti.Sengaja dikaitkan dengan dua Adun Kedah agar tumpuan tidak terjurus ke arah beliau sahaja.

Tujuan dia berbuat adalah kerana...

Agar namanya tidak tenggelam dan terus dimainkan oleh media. Orang seperti dia adalah orang yang ingin sentiasa menjadi tumpuan media. Sebab itu dia suka mainkan benda yang gila-gila.

Contohnya, pada hari sabtu 8 Mei 2010 dia hantar sms kepada semua media kononnya dia memberi tempoh 72 jam kepada MB Selangor untuk membersihkan Kumpulan Semesta. Jika tidak dia akan bongkarkan segala penyelewengan dalam Kumpulan Semesta.

Masuk hari ini sudah melebihi 300 jam, tapi habuk pun tiada. Kemudian bila SPRM nak soal siasat dia, dia kata tidak percaya kepada SPRM dan hanya akan membuat laporan polis sahaja kerana katanya dia lebih percayakan polis.

Pulakkkk dah..... sebelum ini dia lah yang kuat hentam polis dan membuat pelbagai tuduhan terhadap polis. Sekarang dia percayakan polis pula. Anda boleh nampak tak dia punya belit ? Samalah bila wartawan hubungi dia bila nak dapatkan pengesahan PC hari ini. Ada yang dia nafi dan ada yang dia tak nafi.

Berbalik kepada isu sidang media khas hari ini (sabtu), selain untuk mencari glamor ianya juga untuk menaikan saham Mike sendiri. Ini kerana pada hari khamis lepas dia ada menerima sms dari Pembantu Khas kepada Exco Selangor Xavier Jeyakumar seperti dibawah

Mike, U jangan kurang ajar… MB Khalid orang Melayu..kita Melayu dalam PKR sakit hati…jangan biar kami MELAYU maki u depan Public… kami MELAYU dah lama sabar tengok perangai u – RAZAK Ketua Penerangan Kota Raja – c.c – S/U Kota Raja – YB Tian Chua, YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution

Apa yang saya nampak, tujuan dia buat gempak kononnya sidang media khas akan diadakan ialah untuk membuatkan orang-orang dalam PKR sendiri gelabah dan pemimpin-pemimpin PKR akan menyalahkan si penghantar sms terbabit, kononnya kerana dialah yang menghantar sms tersebut sehingga menyebabkan Mike keluar parti.

Apabila si penghantar sms terbabit dipersalahkan secara langsung Xavier juga akan turut dipersalahkan.Ini kerana penghantar sms tersebut adalah orang kanan Xavier. Apabila Xavier turut sama dipersalahkan ianya satu kepuasan kepada Mike. Ini kerana Xavier adalah musuh politik Mike.

Itulah yang saya nampak dengan apa yang terjadi pada hari ini. Tidak lain tidak bukan hanyalah mainan wayang kulit tuan punya badan sendiri hanya semata-mata nak dapatkan populariti dan mainan politik.

Akhirnya ramai wartawan dan blogger yang tertipu dengannya, termasuklah saya sendiri yang turut sama menyiarkannya di sini.

Saya harap Ahli Parlimen Kapar tidak menyalahkan media, jika jemputan sidang medianya selepas ini tidak dihadiri oleh para pemberita. Jangan kerana anda hendak bermain politik, orang lain yang anda politikan.




6 comments:

jiwakita said...

salam....

agak-agaknya saje...bermain
dibenak semua...

1-terima ugutan baru,takut kluar..
2-tawar-menawar tutup kes..
3-selesai $$$ under table..
4-gimik politik..
5-telor masuk kedalam..
6-tugas 'gempak' dah selesai..
7-kencingkan semua pihak dah abis

atau lebih dari itu...tunggu jer kesudahannya..

Anak Melayu63 said...

MORALNYA...jangan cepat percaya akhirnya terpedaya, lebih-lebih lagi jenis manusia lidah berbelit bercabang...

jadilah blogger dan wartawan yang sentiasa mendapat maklumat yang betul...makanya, manusia macam Ahli Yang Berhormat macam Mike tu sudah tak layak dipanggil Yang Berhormat tapi elok tukar Yang Beruk...Bangang...Bingung...Bongok...Babi...

Nyusahkan orang...apa dia dapat...glmaour...ayuh semua blogger, bagi dia glamour...buat gambar dia tengah kencing berdiri...sakit betul aku dibuatnya...jangan layan lagi orang macam ni...kalau dia nak lompat pun mesti ada niat berbelit-belit dan bakal menyusahkan orang...

Anonymous said...

rbf...ko janganla nk salahkan orang lain pula, yang pembangkang tu satu hal la dah memang macam tu yang ko pun satu lahabau bingai pi masuk dalam blog benda yang belum sahih pasal sidang media tu buat apa, nampak sangat ko ni memang jenis serbu ja...bingai

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abu Garcia said...

Inilah yang dikatakan "SANDIWARA". Bro Anwar Bin Ibrahim (BABI) adalah pengarahnya. Drama ini digarapkan untuk mengalih pandangan masyarakat dari beberapa isu panas termasuk Liwat, Penyelewengan Kohilal, Kedah Goyang, Saman YBK, Curi Pasir, TBH Terjun Bangunan dsb.

Jadi, kita jangan percaya bahawa MP Mani akan lompat parti, selagi ianya tidak berlaku.

whiteorange said...

Dia ingat lakonan dia akan dibayar mahal !!! Poooorah

Hero tua !! PKR tak mau bayar, BN lagi tak sudi