Monday, May 24, 2010

Mugilan Perlu Tukar GAS kepada GASP

Nampak gayanya cara politik samseng yang diamalkan oleh Samy Vellu masih belum tamat. Tidak kira masa BN kuat atau lemah, itulah caranya dalam mempertahankan kuasanya.

Lawan sikit pecat, lawan pecat. Itulah Samy Vellu. Apabila dia pecat Mugilan, saya rasa dia akan bertemu buku dan ruas kali ini.

Tindakan Mugilan melancarkan GAS tepat sekali. Tetapi ianya akan menjadi amat tepat jika Mugilan lancarkan GASP (Gerakan Anti Samy & Palanivel)

Pada saya kedua-dua mereka ini harus ditendang keluar dari MIC untuk memastikan kaum india kembali kepada MIC.

Kedua-dua mereka ini adalah sampah sarap yang mengganggu kelancaran pengaliran air sungai. Apabila sampah banyak, maka pengaliran air akan tersekat, lama-kelamaan ianya boleh menyebabkan banjir. Setakat buang sampah sahaja (samy) tidak mencukupi. Sarap (palanivel) juga perlu dibuang.

Sebab apa saya kata Palanivel juga perlu dibuang ? Ini kerana imej beliau telah tercalar teruk semasa PRK Hulu Selangor tempohari. Beliau ditolak oleh rakyat disana, kerana tidak membuat kerja semasa berpenggal-penggal menjadi MP di sana.

Jika dalam satu parlimen pun beliau tidak boleh buat kerja, bagaimana dia nak jaga MIC seluruh negara ? Percayalah cakap saya , MIC akan menjadi lebih lemah jika Palanivel memegang jawatan presiden.

MIC perlu perubahan total, bukannya perubahan sekerat-sekerat. Jika kita melihat kepada pemimpin-pemimpin lain dalam MIC yang ada, ianya lebih baik dari apa yang ada di pihak pak-khatan rakyat.

MIC ada Datuk Subramaniam, Dr.Subramaniam, SK Devamany, P.Kamalanathan, S Murugesan, Mugilan dan ramai lagi. Mereka semua ini hebat-hebat, berpelajaran, muda dan segak berbanding dengan yang bodoh-bodoh dan berkarat yang ada dalam pak-khatan rakyat, seperti Gobalakrishnan, Kulasegaran, Sivakumar dan beberapa orang lagi.

Tetapi orang-orang india tetap memilih yang bodoh dan berkarat sebagai payung mereka kerana mereka tidak mahu bernaung di bawah MIC disebabkan oleh Samy Vellu.

Saya yakin anak-anak muda yang saya sebutkan nama diatas mampu membawa perubahan kepada MIC jika mereka diberikan peluang dan orang-orang india akan kembali bersama MIC.

Kepada Mugilan, saya mendoakan kejayaan anda. Tetapi jangan lupa satu iaitu GASP , bukannya GAS.

4 comments:

Wake UP! said...

Kalau masyarakat India sendiri dah menolak Samy dan Palanivel, sudah tentu mereka lebih arif dengan prestasi kerja mereka.

MIC adalah parti kaum India yang patut membela nasib orang India. Jika itu pun mereka tak boleh buat, pemimpin yang tidak bekerja tu harus meletak jawatan dan beri pada orang muda.

PKR=Illmuninati.

Anonymous said...

penentang samy vellu dalam MIC perlu menubuhkan satu lagi parti iaitu MIC (baru)...biar rakyat india bernaung dalam parti MIC (baru) dan kuasa presiden dan cwc mesti dihadkan....kalu tak sampai mampos laa presiden nak pegang kuasa macam samy tu...

hanizam said...

memang patut Presiden & timbalannya diserang sebegitu rupa...

aku ingatkan Parti Makhal Shakti bila ditubuhkan MIC akan goyang, tapi di samy & Timbalannya lagi putar alam...

MIC tu macam pok dia yang punya..nak jadi macam DAPpig..PARTI Anak Beranak...

Anonymous said...

aku ske tgk gambar yg samy velu dgn palaniveil di edit dengan gambar roberto carlos dgn ronaldinho. kelakar siot