Tuesday, May 25, 2010

PAS Sama Seperti Perompak Yang Tabur Duit Sebelum Merompak

Saya sungguh terkejut melihat pendedahan yang dibuat oleh Unspinners di sini dan juga di sini.

Setelah mentelaah apa yang dicoretkan oleh Unspinners, lantas saya teringatkan kes rompakan tabur duit yang pernah terjadi di KL beberapa tahun dulu.

Sekumpulan perompak warga asing pernah menggegarkan KL pada tahun 2004 dan 2007. Caranya, mereka menabur wang yang kecil ke lantai sebelum merompak wang yang besar.

Dalam kejadian pada April 2004, tiga pengawal keselamatan dirompak beg berisi RM1 juta di KLCC akibat terpedaya helah sekumpulan lelaki dipercayai dari Amerika Latin yang menabur beberapa mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Tiga pengawal berkenaan sedang membawa beg yang berisi wang RM 1 juta yang diambil dari sebuah bank di KLCC untuk dibawa ke kenderaan kawalan keselamatan yang berada di luar KLCC dan seterusnya membawa wang itu ke ibu pejabat bank berkenaan.

Ketika sedang berjalan menuju ke kenderaan mereka, tiba-tiba mereka ternampak wang dolar Amerika dan ringgit Malaysia bertaburan di atas lantai.

Apabila melihat wang bertaburan diatas lantai, apa lagi, lalu mereka meletak beg yang mempunyai wang RM 1 juta yang sedang dibawa mereka diatas lantai dan mereka mengutip wang yang sedang bertaburan itu.

Bagaimanapun mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh beberapa lelaki Amerika Latin yang kemudiannya melarikan beg yang mengandungi wang RM 1 juta yang diletakkan atas lantai sebelum menghilangkan diri.

Kejadian dengan modus operandi yang sama pernah juga berlaku pada Oktober 2007, apabila sekumpulan penjenayah warga asing turut menaburkan wang sebelum melarikan wang tunai RM300,000 daripada pengawal keselamatan di sebuah bank di Bukit Bintang.

Samalah dengan Pas, mereka tabur cerita itu ini tentang UMNO dan BN, selepas itu bila rakyat sudah syok dan laklok dengan cerita yang mereka tabur , mereka melarikan wang ahli.

Disaat mulut mereka sedang berceramah kononnya BN rasuah, salahguna kuasa dan MIC tipu pemegang saham Maika tetapi dalam diam-diam tangan mereka bergerak kaut duit masuk dalam poket jubah atau dalam kilas kain pelikat. Pendengar tak sedar yang Pas tengah kaut duit kerana syok mendengar ceramah kononnya BN itu jahat. Akhirnya RM 45 juta duit ahli Pas sendiri lesap. Padan muka....

Moral of the story, Pas adalah perompak dan ahli-ahli PAS pula sama dengan pengawal keselamatan yang ditipu oleh perompak tersebut. Pengawal keselamatan hilang kerja akibat kerakusan perompak dan kelalaian mereka, ahli Pas pula hilang duit akibat kerakusan pemimpin dan kebodohan mereka.

Itu bab duit Kohilal, belum lagi kita kira bab duit ceramah. Semenjak kewujudan Pas sehingga kini entah berapa ratus juta pun kita tidak tahu yang telah dikutip oleh Pas. Saya masih ingat lagi di tahun 80/90an dulu, setiap kali ceramah Pas bukan setakat duit sahaja yang diminta oleh Pas, barang kemas pun mereka minta untuk di dermakan.

Mereka tidak paksa, tapi cara mereka membakar semangat pendengar seolah-olah ianya memaksa. Apabila ianya diiringi dengan seruan-seruan takbir, ayat-ayat Quran dan selawat sudah tentu ianya meruntum jiwa pendengar ceramah. Tanpa disedari, seolah-olah dipukau golongan wanita yang mendengar ceramah membuka cincin atau gelang atau rantai leher mereka lalu disumbat ke dalam kantung derma yang sedang menunggu bagai mulut buaya di depan mereka.

Itulah kehebatan Pas, mereka boleh membakar semangat orang ramai kononnya untuk perjuangan Islam. Tetapi akhirnya orang ramai ditipu oleh mereka dan yang kayanya pemimpin mereka juga.

Kita kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua atau bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan daun pisang, lama kelamaan ianya berbau juga. Begitu juga 'keislaman' Pas, ianya tidak dapat ditutup dengan kopiah atau serban, satu hari tanduk syaitan akan tumbuh jua diatas kepala menembusi kopiah atau serban.

Semakin hari tembelang Pas makin pecah. Daripada kes menantu, kes balak, kes tajaan haji, dan kes Kohilal. Itu belum lagi Unspinners mendedahkan penyelewengan dalam HaraMkah. Lama kelamaan daun pisang tidak cukup lagi untuk menutup bau busuk bangkai Pas. Akhirnya kita pakat-pakat tutup hidung, angkat dan humban ke laut cina selatan.

Kepada ahli-ahli Kohilal, jangan melawan atau protes. Jika anda melawan tiada 'syurga' untuk anda. Jika anda diam, tunduk dan redha dengan apa yang berlaku, maka 'syurga' sudah pasti untuk anda. Jika nak 'syurga' yang lebih besar atau layanan vvip dalam 'syurga' kelak, tambah lagi pelaburan dalam Kohilal.

Yang ini bila nak jawab ???

13 comments:

Anonymous said...

salam bro RBF,saye sunguh2 tertarik ngan tulisan anda tu.terhibur sungguh saya.jawab la perlahan2 wahai puak2 hamPAS.tk payah gopoh2,relex2 je.lagi pun kiamat lambat lg.

Mohd said...

Sampai bila ahli2 PAS nak sedar ni?
Mereka akan sedar apabila DAP sudah berkuasa di Malaysia nanti!

Anonymous said...

pas parti laknat yang di ketuai oleh si laknat juga

Kimizo said...

berita yang tak ada nilai langsung
ingatkan cerita apa tadi

whiteorange said...

AKU TENGOK DALAM SATU CERAMAH PKR, ADA BUDAK BAJU BIRU KUTIP DUIT MASUK DALAM BAG PLASTIK,

PAS N PKR = PUNYA STRATEGI YANG SAMA

SAMA SAMA MENGEMIS PURA PURA SUSAH ... TAKEBEERRRR

nazmi said...

tp ramai sgt a ustz2 ahli pas.. mcm ustaz harun din, ustaz shamsuri, ustaz azhar idrus.. takkan depa ni sesat gak kot

Anonymous said...

nazmi said...

tp ramai sgt a ustz2 ahli pas.. mcm ustaz harun din, ustaz shamsuri, ustaz azhar idrus.. takkan depa ni sesat gak kot

kalu diorang x sesat.. korang lah yang sesat..

hanya betul dan sesat je yg ade...

lu pikirlah sendiri

mauhahaha

mat li said...

cerita sampah...

megat hakim said...

macam2.....tapi kalau tak tahu cerita sebenar lebih baik diam...sebab kalau cerita tu tak betol....paham2 je la kan. Skang ni semua main kutuk2. BN kutuk PAS, PAS plak kutuk BN balik. Tak boleh ke kedua-dua parti ni bergabung atas dasar ISLAM??

Hisyam said...

Sampah

Anonymous said...

Tuan Tanah ni agaknya tak baligh lagi. Pi baca buku sekolah nunnnn! He he

Anonymous said...

inilah suatu blog yg paling bagus yg dihasilkan oleh org yg tak ada otak.....

Anonymous said...

cerita kosong takde satu pun disertakan dengan fakta. UMCO nie mmg suke borak kedai kopi laaaa..... mungkin sbb dh terlalu tua kot....