Tuesday, May 18, 2010

PENDEDAHAN KISAH RASUAH MOHD AMAR DI KELANTAN


Seperti mana di jangka Exco Kerajaan Kelantan tidak berani untuk menjawab kisah yang saya bangkitkan di sini lapan hari yang lepas.

Semalam MTRK juga telah membuat laporan polis berhubung perkara yang sama seperti mana yang ditulis oleh kickdefella di sini.

Kisah sebenar

Pada tahun 2008 sebuah ladang milik Yayasan Islam Kelantan iaitu Ladang Keruing di Relai Gua Musang telah dijual kepada sebuah syarikat swasta dari Johor. Nama syarikat tersebut Suurban Sdn Bhd.

Keluasan ladang tersebut 7500 ekar dan luas bertanam 1572 ekar.

Seorang wanita bernama Norihan telah menjadi orang tengah dalam urusniaga ini. Beliau membawa tauke yang bernama Kuek dari Johor ,syarikat Suurban Sdn Bhd berjumpa dengan Mohd Amar melalui Hj Rahim dari Perak. Siapa Hj Rahim ? Saya akan ceritakan kemudian...

Semasa 'deal' jual beli tersebut berlangsung, difahamkan tauke Kuek telah bersetuju memberi sumbangan sebanyak lebih dari RM 3 juta kepada Pas Kelantan. Saya ulang balik ya, SUMBANGAN, bukannya rasuah. Rasuah hanya untuk BN. Untuk PAS sumbangan atau derma. Jangan terkeliru ya. PAS tidak rasuah, untuk mereka SUMBANGAN.....

Persoalannya kemana wang 3 juta itu pergi ? Difahamkan ianya tidak sampai kepada Pas Kelantan. Sehingga ke hari ini Mohd Amar tidak berani menjawab perkara tersebut.

Selepas 'deal' selesai Hj Rahim yang berusia 60an telah membeli sebuah kereta Merchedes berharga RM 600 ribu untuk dihadiahkan kepada isteri barunya yang berusia 27 tahun. Manakala Norihan hanya makan tulang sahaja, kerana isi telah dirembat oleh orang lain.

Khabarnya juga Mohd Amar ada di hadiahkan kereta mewah oleh tauke yang berkenaan sebagai balasan kepada urusniaga tersebut.

Nampaknya ahli-ahli Pas telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka kononnya mereka sebuah parti yang miskin dan memerlukan sumbangan orang ramai untuk berentap dengan BN.

Setiap kali ceramah orang ramai diseru untuk berkorban kononnya untuk perjuangan Islam dan diiringi dengan ayat-ayat Quran menyeru derma dihulurkan. Semasa kutipan derma berjalan pula dengan penuh syahdu pengerusi majlis atau pemimpin Pas berselawat atau bertakbir untuk membangkitkan semangat pendengar agar menderma lebih.

Tetapi duit-duit yang didermakan oleh orang-orang kaya, syarikat-syarikat dan tauke-tauke disumbat ke dalam poket pemimpin mereka. Bila parti tiada duit, ahli yang menjadi mangsa dan di minta berkorban.


4 comments:

life is not a fairy tale dude said...

Sumbangan dari ahli PAS sentiasa diminta. Apa pula sumbangan kerajaan PAS kepada rakyat dan ahli PAS?

Ketuanan Melayu

Anonymous said...

tahu dah, dah tahu, manusia sama aja, kena kat org sedap tergesa2 dia mengata, terkena kat dia, cepat2 hendak ditutup, dinafikan dgn pelbagai alasan cerita. hei munafik.................org tak tahu pun ALLAH tahu,tibalah masanya nanti kalau ko ada IMAN.

Mohd said...

1. Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.
Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!
2. Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!
3. DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura. Orang Melayu tak usah haraplah nak jadi pembangkang! Spt di Singapura sekarang mana ada pembangkang? Jika ada akan dibawa ke mahkamah dgn tuduhan yg remeh-temeh dan dikenakan denda sehingga tak terbayar dan jadi muflis. Ini sebab mahkamah di Singapura menyebelahi Kerajaan. Kalau tidak hakim akan hilang pekerjaannya! Bila dah muflis nak berpolitik pun tak boleh.
4. Contoh di Selangor, kita dah nampak bagaimana ketua pembangkang Khir Toyo dah disingkirkan buat sementara dari Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun ADUN2 DAP yg dah jelas menyelewengkan peruntukan wang rakyat kpd kroni2nya boleh terlepas dari tindakan mahkamah kerana tak cukup bukti. Pada hal kita semua telah melihat voucher2 dan dokumen2 yg telah keluar dlm blog2.
5. Perhatikanlah walaupun DAP tahu Anwar memang bersalah, tetapi utk memperalatkannya, kes liwatnya akan dilengah2kan sehingga tetangguh sampai ke PRU13, dimana Anwar akan menjadi PM utk sementara waktu.
6. Lepas itu bolehlah Malaysia yg ada petroleum dibawa masuk ke Singapore dan menjadi boneka Amerika Syarikat. Ingat tak hari itu ada bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew datang berjumpa dgn TGNA? Buat apa ya?
7. Saya tak mahu cadangkan apa2 yg boleh dilakukan oleh kaum Melayu. Sememangnya kaum Melayu ni bodoh sombong. Pandai tak boleh diajar. Fikirkanlah sendiri. Janganlah menang sorak tetapi kampung tergadai.
Allah hu Akbar.

Anonymous said...

hahahahaha pas mmg hampass!..mkn dah tak pandang kiri kanan lg. semua dia balun. perbuatan sumbangan yg semakin sumbang!

pas bodoh totok!