Tuesday, May 18, 2010

POLIS HARUS TAHAN KHALID IBRAHIM

Sepertimana yang kita tahu pagi ahad yang lepas 16 Mei 2010 Ahli Parlimen Kapar telah menerima ugutan bunuh dan dua keretanya telah disimbah cat merah.

Punca kepada kejadian tersebut adalah kerana kes kecurian pasir yang lantang diperkatakan oleh YB Mike sekarang. Lihat di sini

Seperti yang kita tahu pendedahan YB Mike tidak menyenangkan banyak pihak di Selangor termasuk MB nya sendiri.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian yang menimpa YB Mike. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).
Pada pandangan saya orang yang pertama yang harus polis dan siasat ialah MB Selangor sendiri. Ini kerana pada sebelah petang hari kejadian Khalid Ibrahim secara terbuka telah mengatakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindak balas berikutan dakwaan beliau wujud amalan rasuah dan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi kegiatan melombong pasir. Lihat di sini

Dalam hal ini kita semua boleh nampak bagaimana terdesaknya seorang MB yang tidak mahu rakyat melihat penyelewengan dalam kerajaan pimpinan beliau terbongkar.

Oleh yang demikan saya berpandangan bahawa MB Selangor terlibat atau tahu dalang yang menyimbahkan cat dan meninggalkan nota ugutan kepada YB Mike kerana awal-awal lagi dia telah berpesan agar YB Mike perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindak balas.

Jika beliau tidak tahu mustahil awal-awal lagi beliau telah berpesan kepada YB Mike akan tindak balas yang bakal dilakukan.

Oleh yang demikian saya berharap dengan kenyataan oleh Khalid Ibrahim tersebut polis telah mendapat petunjuk baru dalam kes ini. Siasatan harus dilakukan dengan segera dan jangan tertangguh-tangguh hanya kerana beliau seorang MB.

Ikuti juga ulasan di sini


2 comments:

Pemerhati said...

Polis spt biasa akan mengambil masa yg lama utk menyiasat dan akhirnya kata tak ada bukti. Buang masa aje

shonzu said...

Wahh... memang sesuai Selangor digelar Darul Samseng. Menteri Besarnya pun bercakap seperti seorang gangster apatah lagi anak buahnya kerajaan negeri samseng ini. Pelacur VVIP dah ada, paderi VVIP dah ada, Mak lampir VVIP ada, samseng VVIP pun dah ada, semua itu kerna berketuakan samseng gagap balaci setia punahsihat RM1 Al-Juburi la tu.

Baguslah masa untuk mereka ini pun tak lama. Hanya tinggal setahun dua je lagi... lepas tu boleh bungkus baju balik kampung. Hahahaha......