Tuesday, May 25, 2010

Syabas ! Beginilah Cara Orang Bekerja

Seperti biasa, setiap hari saya akan menghabiskan masa waktu pagi antara satu hingga ke satu jam lebih untuk membaca akhbar kesayangan keluarga kami sejak turun temurun iaitu Utusan Malaysia.

Dari muka depan hingga muka belakang saya baca semua tidak kira ruangan komentar, selak, cuit, forum termasuklah ruangan sms pembaca, semuanya saya baca dengan teliti. Tak mainlah baca akhbar percuma di utusan online, tiada kelas. RM 1.50 saja, bukan mahal sangat pun.

Semalam (isnin) sewaktu membaca ruangan sms pembaca di bahagian forum saya tertarik dengan satu sms yang dihantar oleh pembaca yang menggunakan nama Babah.
Beliau meminta Pemuda UMNO Shah alam agar tidak mengikut cara PKR iaitu mengagih kek. Katanya banyak masalah kami penduduk pangsapuri.

Saya tertanya-tanya apa kena mengena pula agih kek dengan PKR. Kek bukannya ekslusif untuk PKR sahaja, kita pun makan kek juga.

Saya tertanya-tanya lagi, apa masalah dia di pangsapuri ? di mana ? blok berapa ? pangsapuri mana ? Semua itu tidak dinyatakan. Jadi bagaimana orang nak menolong dia.

Tetapi dia bernasib baik kerana apabila saya melihat ruangan forum di Utusan Malaysia hari ini (selasa) Ketua Pemuda UMNO Shah Alam telah respon kepada rungutan Babah.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada KP UMNO Shah Alam kerana mengambil berat komen yang dilontarkan kepada mereka walaupun ianya komen yang cukup pendek dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya dalam akhbar berkenaan.

Ini menunjukan KP berkenaan prihatin dengan masalah rakyat dan beliau membaca apa yang ditulis oleh akhbar walaupun ianya kecil. Ini bermakna beliau mentelaah betul-betul akhbar berkenaan daripada berita besar hinggalah ke berita sekecil-kecilnya.

Beliau sanggup meluangkan masanya untuk menatap apa yang ada di dada-dada akhbar dan yang paling saya kagum ialah beliau mengambil tanggungjawab untuk respon kepada masalah tersebut.

Inilah baru boleh dinamakan Juara Rakyat....

Bravo Pemuda Shah Alam !

Di kesempatan ini saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Utusan Melayu di atas pembinaan bangunan pejabat baru. Disaat puak-puak sebelah sana kononnya melancarkan kempen boikot Utusan tetapi Utusan masih lagi boleh membina pejabat baru. Ini menunjukan kempen mereka tidak memberi kesan apa-apa kepada Utusan.

Kasihan Amran Ahmad kerana tidak sempat merasa bekerja di pejabat baru.

4 comments:

Anonymous said...

rbf...tak kirala ko ada masalah personal dgn amran ka tapi org tu dah tak kerja dah yang ko sibuk pasal apa, ko pun bukan tau sangat pasal masalah dalaman utusan, opis kat kl RM90 juta, kat negeri ada yang masih sewa walaupun kalau beli tak sampai RM5 juta pun...

Wake UP! said...

Tahniah saudara Azhari Shaari kerana begitu prihatin dengan persoalan yang dikemukakan oleh Babah tu.

Jangan jadi macam Ketua Pemuda UMNO pusat tu.

Tools of the Illuminati in Malaysia.

Anonymous said...

jek jgn tak jek.. juara rakyat la katakan..ruangan nombor 4 angka mesti jadi juara..hu..hu.

MyIdea said...

Dah pihak PKR gagal dalam tugas mereka.. BABAH tu bagi hint kepada pemuda UMNO. Orang dah kasi jalan.. teruskan je la..