Tuesday, May 25, 2010

Tahniah Kepada Pemuda Pas, Saya Sokong Misi Anda

Sekalung tahniah kepada Pemuda Pas kerana berani mengambil langkah untuk mengedarkan risalah tentang judi di semua premis judi seluruh negara. Sini

Saya sokong misi anda 100 %. Teruskan perjuangan anda.

Tetapi saya nak pesan dua perkara

1) Jangan lupa kemaskini laporan atau gambar misi anda setiap hari. Jangan hanya sekadar buat pengumuman gempar, tapi bila turun padang dua tiga risalah sahaja diedarkan, kemudian cabut. Kalau boleh buat benda ini besar-besaran. Gempur kedai judi habis-habisan.

2) Jangan pula apabila Lim Kit Siang, Guan Eng atau Karpal Singh 'batuk' tiba-tiba Pemuda Pas batalkan misi ini dan kemudian bagi alasan ada masalah teknikal.

Kepada kaki-kaki judi yang beragama Islam, berjaga-jaga gerak-geri anda diperhatikan oleh Pemuda Pas. Silap langkah gambar anda tengah tikam ekor masuk blog.

Ingat Nasaruddin Tantawi, janji mesti dikota. Jangan sesekali tarik hand brake sekiranya terdengar 'batuk' DAP, PKR atau golongan erdogan dalam PAS.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, kita sama-sama lihat setakat mana kejantanan Pemuda Pas dalam hal ini.


10 comments:

Anonymous said...

jangan kita harap kan mat publisiti je si tantawi ni .ramai orang kena kelentong dengan tantawi.kj dalam pas adalah tantawi.

Anonymous said...

tantawi tu bukan nama dia, dia saja bubuh je buat glamor.

dia bukannya lahir di tantaw mesir.

VoidDance said...

abis kau buat apa? cuma berkata-kata sinikal sajakah?

aku tak kisah pemuda pas nak buat apa tapi biar mereka buat. kalau kita sinikal mengenainya, tidak tidak lebih daripada mempersendakan sesuatu yang amat sensitif. ingat, kata-kata kamu itu tidak lebih tebal dari sehelai kulit bawang dalam mempersendakan agama.

kalau pemuda pas itu sendiri menggunakan agama sebagai agenda politik, sekurang-kurangnya mereka menggunakannya untuk membasmi kemungkaran juga. jangan persoal ketidakfahaman aku mengenai tulisan kamu. tulisan kamu memang bersifat sinikal.

Anonymous said...

podah tantaik

lesen judi kementerian kasi tapi lesen premis judi kerajaan tempatan kasi.

kenapa judi masih ada di selangor, perak (zaman nizar), dan kedah?

bila nak tutup kilang carlsberg di shah alam? Kuasa ada pada pas.

Takut ke pada dap hehehe ...

Anonymous said...

aahh tantaik kencing masin lahh!!

Anonymous said...

ek eleh korang ni poyolah...sepatutnya orang islam bersatu untuk halang judi bola ni tak diperli2 pulak. Sedarlah sikit HARAM tetap HARAM. nak tutup kilang Carlsberg ye..Orang islam pun ada syer dlm company tu..Baik kau suruh PM 1MESIA yg tutup kilang tu..nk berkokok tak kena tempat taik bersepah..mcm ali rustam la korang..ngate org dia yg lebih..

Pemerhati said...

Ada jugak la usaha Pemuda PAS utk mempertahankan agama. Pemuda UMNO ada?
Balik2 ayat suruh tutup kilang arak, kedai judi dll.. Nak kata korang ni bodoh memang la bodoh.
Sapa yang bagi lesen? Ingat bila lesen dah dikeluarkan, senang2 ke nak tarik balik. Negara ni bukan takde undang2. Takkan korang nak nafikan undang2 pulak. Kalau nak harap Pemuda UMNO nak mempertahankan agama, mmg tinggal harapan jelah. Paling sedih, bila masuk waktu zohor (masa persidangan pemuda bahagian), berapa kerat je yg ada kat surau.

MyIdea said...

Lain macam aje bunyi..apasal judi bola tetiba naik..judi lain camna..

Pemerhati said...

At least ada usaha nak bangkang.
Daripada mengaku Islam tapi dok diam je dan takde sekelumit pun rasa nak membantah bahaya tu.
Nabi Muhammad SAW bagitau dalam satu mafhum hadis, "tahap iman yang paling lemah sekali ialah benci lihat kemungkaran dengan hati."
Tapi kalau asik nak membenarkan je apa yang kerajaan lakukan walaupun terang2 tak betul.. Lu Pikir La Sendiri.
Yang penting persidangan cawangan 29 Mei ni aku dan bbrp orang lain termasuk pemuda takkan hadir. Kita tgk sama-sama berapa byk cawangan yg tak layak utk hantar wakil ke persidangan bahagian nanti..
Jaga-jaga..gelombang tolak UMNO telah mula melanda dr orang UMNO sendiri.

Anonymous said...

sokong rbf 100%. jgn la kalian marahkn si budak rbf nie. die tu kn penakut.. jd keja die dok suruh2 jer.. tu pun disebalik blog. nk harap die trun edar risalah? xtau la. aku rase lebih sarung dari keris. hahaha.. byk da bukti yg rbf nie memang penakut.. klu nk tau nilai dari posting die sblum2 nie.. see u next time.. tu pun klu ko brani r..