Wednesday, May 26, 2010

Tanah KTM Di Singapura Tergadai ? Tindakan PM Tepat

Saya tidak mahu turut serta membincangkan perkara ini sewaktu hari pertama ianya diumumkan. Ini kerana sebelum saya masuk campur, saya perlu faham isu terlebih dahulu. Saya baca semua laporan-laporan di media dan apa yang saya tidak faham saya tanya kepada kawan-kawan yang lebih arif.

Sekarang saya telah faham sedikit sebanyak, maka saya cuba untuk berkongsi dengan anda semua mengikut fahaman saya. Jika saya salah tolong betulkan saya.

Isunya tidaklah besar mana pun. Malaysia tidak rugi apa pun dalam hal ini, malah lebih untung lagi. Hanya faktor sejarah sahaja yang membuatkan ada segelintir orang marah kepada kerajaan berhubung kes tersebut.

Benar, sejarah tidak boleh menipu kita dan sejarah itu penting. Tetapi dunia telah berubah, maka kita tidak boleh terus bernostalgia dengan sejarah. Kita nak marah kerana tanah kita 78 tahun 'diserahkan' kepada Singapura.

Bukan diserahkan, kita kena faham. Kerajaan kita pun bukannya bodoh sangat nak 'serah' tanah buta-buta kepada Singapura. Kita majukan tanah itu bersama Singapura dan kita memegang kepentingan 60 % dalam projek pembangunan tanah tersebut. Kita masih majoriti lagi. Malah Singapura bersetuju pula untuk tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor.

Singapura adalah sebuah negara yang kecil dan tanahnya cukup terhad. Pembangunan semakin hari semakin pesat, rakyat semakin bertambah . Sudah tentu mereka menghadapi masalah bagi menyediakan segala kemudahan untuk rakyat dan pelabur.

Oleh kerana tanah dan landasan keretapi KTM, Singapura telah terpecah dua sepanjang lebih kurang 30 km dari Woodlands hingga ke Tg Pagar. Ianya terhalang dengan landasan keretapi di tengah-tengah. Ini telah menghalang pembangunan mereka. Sudahlah tempatnya kecil, kemudian ada halangan pula, sudah tentulah mereka menghadapi kesukaran.

Tanah keretapi, bila berada disitu ianya sekadar menjadi laluan keretapi sahajalah sampai bila-bila pun. Bukan boleh mendatangkan hasil lain lagi. Setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Kemudian setiap tahun kita bayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.

Kita ini manusia yang ada akal fikiran kenalah berfikir sedikit, kena pandai cari jalan nak cari duit dan kembangkan ekonomi negara. Bukan setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Jika tanah itu boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan, mengapa kita perlu pertahankan hasil yang ciput. Kerana sejarah ? Kalau kerana sejarah maka tidak perlulah kita naik pesawat untuk pergi ke Mekah, naiklah kapal laut.
Utusan Online - klik sini
Bernama.Com - klik sini

Dalam isu ini kita tidak rugi apa-apa pun, hanya rugi sejarah sahaja. Dengan 60 % kepentingan yang dimiliki oleh Malaysia dalam pembangunan tersebut adalah sesuatu yang cukup bagus berbanding dengan kita terus pertahankan tanah itu sebagai tanah keretapi. Memang betul sejarah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi kita kena juga lihat situasi. Arak dan babi haram untuk orang Islam, tetapi jika kita berada di dalam keadaan darurat maka kita dibolehkan untuk meminum arak atau memakan daging babi.

Begitu juga dengan sejarah, jika kita ada pilihan sudah tentu kita pun mempertahankan sejarah tersebut. Lainlah jika Singapura itu sebuah negara yang luas dan tanahnya bertimbun-timbun lagi yang masih kosong. Jangan kerana keegoan kita kerana mempunyai tanah di negara orang, maka kita tidak fikir perasaan orang lain demi mempertahankan ego kita.

Pelaburan dalam bidang hartanah di Singapura atau di Malaysia membawa untung yang lumayan selagi kedua-dua negara ini tidak dilanda perang. Semakin hari pasaran makin naik. Kerancakan ekonomi Singapura sudah tentu ianya membawa tempias kepada Malaysia memandangkan kita jiran yang paling dekat.

Saya bagi satu contoh, Ali memiliki sebidang tanah yang cukup subur yang diwarisi oleh ayahnya. Sejak berpuluh tahun dulu, tanah tersebut digunakan oleh ayah Ali untuk menanam serai sebagai sumber pendapatan mereka. Apabila ayah Ali meninggal dunia, Ali mewarisi tanah itu dan dia juga terus menanam serai di tanah peninggalan ayahnya.

Pendapatan yang Ali perolehi sama sahaja daripada dulu sampai sekarang, iaitu sekitar RM 1000 hingga ke RM 1200.00 sebulan. Kalau naik pun sikit sahaja, kerana harga serai tidak pernah naik mendadak atau mengalami faktor kekurangan bekalan. Bulan Ramadhan pendapatan Ali mungkin lebih sikit kerana permintaan tinggi dan dia boleh main harga.

Pendapatan Ali tepu setakat RM 1200 sahaja. Ali tidak berpeluang menambah pendapatannya kerana tidak mahu menukar kepada tanaman lain walaupun dia tahu tanahnya yang subur itu boleh mendatangkan hasil lebih lumayan. Ini kerana Ali mementingkan nilai sejarah yang ditinggalkan oleh ayahnya.

Lalu satu hari datanglah kawan Ali yang bernama Samad dan mengajak Ali buat usahasama untuk menukar tanaman serai dikebunnya kepada menanam asparagus. Samad menunjukan kira-kira kepada Ali dengan menanam asparagus Ali berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 4000 sebulan. Ini kerana harga asparagus lebih mahal dari serai yang berharga dua kupang untuk tiga batang.

Agak-agak anda yang mana Ali pilih, dia pilih untuk mempertahankan tanaman serai yang diwarisi oleh bapanya yang hanya mendatangkan pendapatan RM 1200 sebulan kerana faktor sejarah atau dia pilih untuk berkongsi tanaman asparagus dengan Samad yang boleh mendatangkan hasil RM 4000 sebulan ? Jawabnya, bodoh bin banganglah Ali jika dia pilih untuk terus untuk menanam serai.

(sekadar contoh sahaja untuk mudah difahami, bukannya saya bermaksud Ali itu Malaysia dan Samad itu Singapura. Situasi berbeza antara rundingan Malaysia dan Singapura, cuma saya nak menunjukan gambaran bahawasanya jika tanah itu boleh memberi hasil yang lebih daripada apa yang kita ada sekarang, mengapa kita nak mempertahankan yang beri hasil sedikit)
M Star - klik sini
Berita Harian Online - klik sini

Begitu juga dengan pembangunan projek-projek diatas tanah milik KTM di Singapura, kita akan mendapat untung yang lebih lumayan berbanding dengan kita terus mempertahankan tanah keretapi kerana faktor sejarah yang hanya mendatangkan hasil entah berapa sen sahaja sehari.

Tidak timbul isu tanah kita tergadai kepada Singapura seperti dicanangkan oleh pak-khatan rakyat. Tidak tergadai pun, malah harta kita makin bertambah di Singapura apabila projek itu siap kelak kerana kepintaran PM kita. Itulah yang membuatkan pembangkang dengki, lalu mereka putar belit cerita kononnya tergadai untuk membakar sentimen rakyat agar bencikan PM.

Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya sambung sikit kisah ini.

Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah syarikat Singapura.

Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun 1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.

Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.

Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun 2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat terbabit.

Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45 tahun lepas.

Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih 'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu tanah di Singapura.

Kalau Pas perintah negara ini jangan kata blok L atau M, dari blok A1 sampai Z10 pun mereka gadaikan. Pas akan gadai apa sahaja yang boleh mendatangkan duit kepada mereka hatta rambut halus isteri mereka sekalipun. Jika isteri pun mereka boleh jadikan taruhan melalui taklik untuk kepentingan politik mereka, tidak mungkin rambut halus isteri , mereka tidak akan gadaikan jika ianya berharga.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin melontarkan soalan dibawah ini sebagai penutup.

Siapakah dulu yang pernah melaungkan akan menggadaikan Putrajaya kepada Sultan Brunei jika Barisan Alternatif memerintah negara ini ?

Sekian



31 comments:

Anonymous said...

pada aku lah isu tu selesai tapi jambatan di tambak Johor tak selesai macam mana tu, nak tarik tali dengan isu apa lak, kira Singapore dah kira boleh bangunkan kawasan tu, kawasan tambak johor masih kotor air nya, cadangan jambatan terus ke atau bengkok.

ruang bicara faisal said...

bro, saya nampak isu itu boleh diselesaikan. hubungan kita dgn singapura makin pulih, satu hari mereka mesti setuju. cuma ianya memakan masa sikit.

kesilapan pak lah ialah kerana dia membatalkan projek tersebut. sepatutnya dia tangguhkan dulu.

ada lagi benda yang kita boleh tarik tali. ingat 60 % kita pegang dalam projek berkenaan.

Anonymous said...

Begitu bodohkah Singapura memberikan keuntungan kepada Malaysia jika keuntungan kepada Singapura adalah kecil.

Sudah pasti keuntungan kepada Singapura adalah jauh lebih besar dari keuntungan 60% kepada Malaysia.

MyIdea said...

Kalau tanah tu kita tanam rambutan, kita akan dapat kutip hasil setahun sekali.

Sy menunggu jawapan dari TDM..

Jawapan kepada persoalan terakhir tu ialah PAS..

Wassalam

tebing tinggi said...

Bodoh sangatkah rakyat Malaysia untok menilai untong - rugi.

Bodoh sangat ke rakyat Malaysia untok berpaut kapada sejarah yang tidak menguntongkan.

Sebenarnya rakyat serik dengan tindakan pemimpin yang tidak cermelang(lebih kapada kepentingan diri)dan akhirnya !,yang rugi rakyat juga. Pemimpin datang dan pergi,Negara tetap wujud sahinga kiamat.

Sejarah juga telah mengajar kita bagimana tindakan-tindakan pemimpin Melayu terdahulu "yang tidak bijak" ,dan kita anak-cucunya sekarang ini menagong kesilapanya.


1sekolah >1bahasa 1Malaysia

ruang bicara faisal said...

saudara tebing tinggi, keuntungan untuk singapura tidak kecil, dan untuk kita juga tidak kecil. situasi menang-menang.

kau senang, aku senang
kau tak rugi, aku tak rugi
asalkan bahagia

tak kan kita nak tunjuk gedebe kita dalam negara org walaupun ianya tanah kita.

ruang bicara faisal said...

dalam tulisan ini saya dah kata, KALAU SAYA SALAH TOLONG BETULKAN SAYA.

saya menulis perkara berdasarkan pemahaman saya drp apa yang saya baca di media dan juga sumber kawan-kawan.

Anonymous said...

Faisal
Dalam isu KTMB ini saya penuh yakin dengan keputusan kerajaan. Dah tentu perkara ini dianalisa, dinilai dan ditimbang untuk kebaikan kedua2 negara. Lagi pun, tak salah berbaik dengan jiran...rezeki murah...

Kesian pembangkang...kena baca cerita Ali & Samad...baru boleh faham...he he he.

Anonymous said...

Bro saya org spore dan setuju dgn tulisan bro.2 me yg penting tanah di Johore di beri balik pada krjaan
johore.... tanah johore punya ayer spore control

TIDAK LUPA SEJARAH said...

Kadang-kadang apa yang kita yakin betul pada hari ini, terbukti salah di masa yang akan datang. Siapa yang membuktikan salah itu, tidak lain tidak bukan adalah SEJARAH.

Oleh itu dalam kes ini aku hanya serah kepada sejarah untuk tentukan kerana ianya melibatkan perjanjian dengan negara orang lain. Kalau dah buat perjanjian, bukan boleh batal-batal lagi.

Kalau sejarah membuktikan tindakan DSN ini suatu yang bijak dan menguntung, maka aku percaya seluruh rakyat akan sanjung beliau, tetapi jika sebaliknya, aku percaya hanya saudara mara beliau sahaja yang tak mengutuk beliau.

Belajarlah dari sejarah kerana sejarah adalah Guru paling agung.

Anonymous said...

PM memang pintar. Kita tunggu, bank penasihat mana yang akan dipilih untuk syarikat JV tu? Lihat Sime Darby, rugi mencecah billion tapi yang kaya?? Cina India Melayu Bank.


X Peon BBMB

Anonymous said...

sebab xtengok sejarah la kita asyk gadai tanah kita je..lihat berapa banyak tanah n harta negara dah tergadai...berapa banyak nilai sejarah negara dah xde..

pastu dapat tanah marina bay(bkl tempt judi terbesar di dunia)..

anda menyatakan bhawa pas bakal melepaskn lbh byk tnah kepada ngara2 asing..berikan bukti..xnak dengan laporan akhbar shj...bukti..ppl talk with proof..bukan sebarangan shj

satu lgi..bila DS Najib nk jwb psl isu jual blok minyak ke brunei..RM320 billion..?anda bayangkn..btapa rmai rkyt miskin akn terbela..pendidikan percuma ke pringkt universiti..

Media Cyber said...

now i understand... :) tq RBF

Anonymous said...

Nampak gayanya, strateji PM kita membuat usahasama di tanah KTM sudah memberi gambaran bahawa Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor tak jadi lah.

Sebabnya, bila Stesyen KTM di pindah ka Woodland, keretapi tetap juga melintasi Selat Tebrau. Keretapi, jika sejauh selat tu mana boleh lalu jambatan bengkang bengkok dan tinggi.

Saya berpendapat elok KTM dari utara sampai sendat di Johor Bharu saja. Stesyen yang paling selatan di situ. Pasal apa pulak nak buat di Woodland?. Melintas sikit saja Selat tu dah sampai ka Woodland, lepas tu patah balik ka Malaysia.

Tiadanya jambatan bengkok yang TDM mahu tu, yang rugi Malaysia. Kapal kita yang nak ke Pasir Gudang tak boleh lalu Selat tu, sebab ada jalan keretapi. Dan kapal kita dari barat ka Timur, nak singgah di Pasir Gudang, kena lalu selatan Singapor, baya cukai lagi.

Selain dari itu, Malaysia rugi kerana perairan pelabuhan Pasir Gudang akan semakin cangkat, kerana ada kegiatan menambak berhadapannya dari sebelah Singapor. Jika ini boleh dihalang, tak mengapa. Tapi, apa yang kita tahu penambakkan itu sekarang semakin kritikal, kerana pasir2 yang dari Kembodea dan pasir curi di Selangor di bawa kesitu amat banyak. jika dibiar, perairan Pelabuhan Pasir Gudang boleh terkambus semuanya.

Sabenarnya, strateji TDM nak kan Jambatan Bengkok ini dibuat juga adalah hasil pandangan jauh beliau, diantaranya beliau bertujuan nak menyelamat ekonomi serta perairan negara. Ini menunjukkan belaiu bimbang lama kelamaan Pelabuhan Pasir Gudang akan ditutup.

Apa pun, perjanjian persefahan yang dibuat dengan pehak mana pun, harus difikir jauh. Memang perjanjian mengenai tanah KTM di Tanjung Pagar itu, kita 60% dan Singapor 40%, kerana tanah itu pulak saperi 'gold-price', tetapi percaturan meletakkan stesyen KTM itu di Woodland, jambatan bengkok tak jadi, Selat Teberau tertutup, Pelabuhan Pasir Gudang mundur, perairan Selat sebelah Malaysia semakin mengecil, ini 'win-win' ka?.

Mana pi pakar2 ni semua?. MB Johor yang dulunya Pensyarah Ekonomi kat UM dulu takkan tak nampak. Jangan syok nak bagi kaya dan hebat negeri dengan pembinaan Kota Iskandar jeeeerr.. dah lupa pikir strateji pelupusan tanah kepunyaan negara semakin bertukar tangan kapada orang lain.

Ingat ya..., Lim Kit Siang tak akan bangkit isu saperti ini walau dimana saja dia bercakap. Sebabnya, Singapor itu adalah TOK NEK, TOK WAN AND SIFFU NO 1 DIA. DIA SEDANG FIKIR DAN KETAWA,BIAR MAMPUS MALAYSIA INI DI TELAH OLEH SINGAPURA.

okyyyy... byyy... assalamu'alaikum.

orang lekio said...

salam.
sape yg bagi tanah singapura terlepas begitu je? apa untungnya malaysia? tolong bagi justifikasinya.
air johor punya, loji singapore punya, apa barang, beb.juan air kt diorg murah. bila beli balik kena kencing.. adoyai!
dalam perjanjian2 yg sedemikian, rakyat tak pernah untung. ahli politik n suku sakatnya saja yang untung.

Anonymous said...

kalo kat kelantan tuh...tanah kubur digadai buat hotel xpe pulak....xde sape ke yg nk memaki hamun sampai menjejes air liur...hehehe

Anonymous said...

To anon 2.54pm,

sy sangat2 setuju dengan pandangan sdr..

awie958 said...

terima kasih banyak abg faisal kupasan yang begitu menarik lengkap dengan sumber2 rujukan.saya jadi lebih faham bila siap dengan contoh lagi.teruskan mengarang artikel2 yang berguna untuk nusa dan bangsa.

Anonymous said...

yang perlu beri penkjelasan adalah tanah seluas 210 hektar di iskandar yg akan dimaukan bersama spork.

adakah:

1. ekslusif utk spork sahaja atau terbuka kpd pelabur asing lain

2.adakah mesti jv dgn spork 50-50 atau terbuka....dimana syarikat msia boleh beroprasi tanpa JV dgn spore

avatar @ agendabangsa.com

ikan todak said...

Ok, mungkin ada benarnya perjanjian yang UMNO buat dengan Singapore ttg hal ini..Dan mungkin jugak win and win situation...Tapi "win" itu siapa yang akan paling byk dpt...? Adakah 100% "win" itu akan disampaikan kpd rakyat Malaysia...? Paling kurang pun, rakyat Malaysia cuma akan dpt 10-20% je, dan selebihnya akan pergi ke poket-poket kroni-kroni dan Najib sendiri..Sejarah berulang kembali..

whiteorange said...

TAHNIAH RBF ATAS POSTING INI.

AKU AMBIL SIKAP

1. AFTERALL NEGARA ITU NAMANYA SINGAPURA, YANG PERNAH DIMILIKI MELAYU. KALAU SINGAPURA BOLEH DISERAH, APALAH ADA PADA TANAH KTMB TU. AFTERALL KITA DAPAT FAEDAH JUGA.TAK KENA RAMPAS PUN DAH KIRA BAIK SEBAB SINGAPURA HANYA HALF YAHUDI

2. YANG MEREKA BISING BISING KONON NAK JADI JUARA NI APA PASAL? DAH CHEK LOM TANAH TOK NENEK KAU YANG DAH DIGADAI MAK BAPAK KAU DULU ...?

3. YANG AKU INGINKAN CUMA JAMBATAN BENGKOK YANG DAH TAK PERLU DIBENGKOKKAN LAGI SUPAYA LALUAN SELAT JOGOR LEBIH EFISIEN.

sri mersing said...

Salam saudara,
Sy setuju dgn pendapat saudara dan InsyaAllah akan terbukti keputusan tersebut akan membawa manfaat.Hsien Loong pun sebenarnya dah penat dgn isu ini yg dibawa dari zaman KuanYew.Kuan Yew mmg x boleh bertemu dgn Mahathir,kalau bertemu apa pun tak selesai.

Sy lihat najib sudah bawa generasi baru malaysia dan singapura ke landasan baru.Selama ini kita pandang S'pore sbg 'seteru',sekarang kita kena byk buat peluang ekonomi dgn mereka.

Memandangkan kita dpt lebih dpd apa yg kita bagi,rasanya takda apa yg nak dijadikan isu.

asemal said...

Penjelasan mengapa tanah KTMB di Singapura tidak dibangunkan
26/05/2010 8:30pm

PUTRAJAYA Mei 26 – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Singapura tidak boleh dibangunkan sebelum ini berikutan wujud sekatan bagi penggunaan tanah itu.

"Saya ingin jelaskan perkara ini. Kebelakangan ini terdapat media dan blogger yang tertanya-tanya tentang tapak tanah itu.

“Mungkin mereka samar-samar tentang adanya sekatan penggunaan tanah berkenaan,” katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di kementeriannya di sini.

Katanya, sekatan yang dimaksudkan adalah tapak tanah itu hanya boleh digunakan bagi tujuan perkeretaapian.

"Jika tapak tanah itu digunakan bagi kegunaan lain selain dari perkeretaapian, ia bukan saja disekat, ia tidak dibenarkan mengikut perjanjian sedia ada.”

"Malahan kalau itu berlaku ia juga bermaksud KTMB akan kehilangan tapak itu. Kita tidak berbuat demikian sebab kita patuhi perjanjian sedia ada.”

Ahad lalu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd. yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. – Bernama

Anonymous said...

Orang yang menulis ini adalah orang yang pentingkan duit semata-mata. Orang yang menulis ini adalah orang yang tidak kenal bagaimana orangnya rakyat s'pore ini kebanyakkannya. Kalau nak untung... kenapa kadar tol link kedua hendak diturunkan? Kalau nak untung... kenapa tak minta s'pore menilai semual harga air yg dibekalkan kpd s'pore? kalau nak untung... kenapa tidak minta 90% Malaysia.. 10% s'pore.
Hakikatnya... kita ni dulu, kini dan selamanya telah dan akan diperbodohkan oleh s'pore.
Sedarlah..wahai rakyat Malaysia kerana akhirnya tanah negara kita akan tergadai kepada bangsa asing.

Anonymous said...

tahniah rbf atas ulasan anda..sebenarnya kalau pentadbiran najib nak menang besar pru 13, buat je jambatan bengkok..konfirm undi rakyat msia terutamanya melayu naik 70%..nak naik 10% lagi suro isteri pakai tudung, 10% lagi buat suruhanjaya diraja pasal kes limbang, mv agusta,ex- gratia dll..nak tgk telus ke x pentadbiran pak lah dulu..dapat 90%..10% lagi tu jatah utk penyokong totok pkr dan pas.kalau nak menang le.kalau nak menang ikut jalan berkelok-kelok dan x tentu lg menang, teruskan la budaya membodek skrg..bagi la duit bnyk2 kat cina yg sokong pembangkang..yg sokong kerajaan x dapat pape..kerajaan mcm x tau je rakyat msia(melayu) ni sensitif sikit dengan perkataan singapura.kalau da tau tackle hati rakyat dlm isu2 berkaitan singapura.

-azman-

Anonymous said...

Hakikatnya, sejarah menyatakan Lee Kuan Yew tidak pernah respek kepada orang Malaysia (Melayu) kecuali mempergunakan mereka untuk kepentingan dirinya.

Harap-harapnya Melayu zaman sekarang tidak mudah tertipu lagi sepertimana melayu zaman dahulu.

Boleh sesiapa terangkan kenapa dalam tiada angin, tiada ribut tiba-tiba PM pergi Singapore dan buat keputusan yang begini penting.

Alizul said...

Salam Saudara Faisal,

Saya telah memberi pendapat tentang hal ini di dalam blog saya. Saya telah tekankan bahawa kita tidak tahu apa yang sebenarnya tersurat dan TERSIRAT dalam perjanjian POA, selain dari apa yang disiarkan dalam media dan blog. Pendapat saya ditulis dalam konteks kekaburan atau ketiadaan fakta sebenarnya, sehinggalah (saya berharap) DS Najib dengan telus mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sekarang kita perhatikan berbagai pendapat pro dan kontra di dalam alam siber. Pandangan saudara ada asasnya, namun saudara tidak boleh abaikan pendapat yang diberi oleh anon 2:54pm di atas.

Hujah saudara lebih menekankan faktor keuntungan ekuiti 60%-40% dari nilai sejarah tanah terlibat. Bagaimana pun, tanah KTMB bukan saja ada nilai sejarah tetapi juga nilai strategik. Dalam rundingan Malaysia-Singapura tentang tanah tersebut, ia sepatutnya digunakan sebagai "leverage" atau "bargaining power" untuk selesaikan isu-isu lain seperti jambatan bengkok, bekalan air ke Singapura, dan lain-lain yang dibangkitkan oleh anon 2:54pm dan pemberi komen lain. Perkara ini telah juga dibangkitkan oleh blogger Akhramsyah.

Namun, nampaknya DS Najib tidak mengambil kira faktor "leverage" ini. Saya agak kecewa beliau tidak menggunakan peluang keemasan ini untuk menyelesaikan isu-isu lain yang telah menjadi duri dalam perhubungan kita dengan Singapura.

Blog saya dan Akhramsyah juga bangkitkan isu pendapat rakyat. Saya telah memberi reaksi penduduk di sekitar kawasan saya di Johor Bahru, yang jelas tidak menyenangkan. Mungkin mereka tidak dapat maklumat yang tepat dan telus dari DS Najib atau kerajaan. Apabila maklumat tepat dan telus tidak dibekalkan, makin kuranglah keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Pada masa ini, keyakinan rakyatlah yang mesti ditingkatkan, bukan dikurangkan. Tempoh masa menjelang PRU 13 semakin singkat.

Bila kita sebut nilai sejarah, ia bukan terhad kepada nilai sejarah tanah tersebut. Kita jangan sekali-kali lupa sejarah perhubungan negara kita dengan Singapura yang kita semua sudah sedia maklum. Pemimpin Singapura bukannya bodoh. They are smart people, in the sense that they will not agree to anything that do not benefit them. Kepintaran inilah yang perlu diteliti oleh pemimpin kita. Dan kita jangan lupa Tun Mahathir yang tidak kurang pintarnya pun menghadapi kesukaran menyelesaikan isu-isu terlibat.

Dan sejarah jugalah yang akan menentukan "wisdom" keputusan Najib ini. Kita semua mahu berfikiran positif, tetapi dalam sejarah perhubungan kita dengan Singapura, pernahkah kita menang dalam rundingan isu-isu dua-hala terlibat? Pernahkah Singapura mengalah seperti Malaysia mengalah dalam, antara lain, isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei?

Anonymous said...

Perkara penting Negara patut di bahaskan dahulu dengan rakyat sebelum apa2 tindakan diambil selaras dengan slogan rakyat didahulukan. Kehilangan pulau batu putih masih terasa sakitnya, dan kesakitan itu ditambah dengan penyerahan blok L dan M. Kini ditambah pula dengan tanah KTMB di Singapura. Mengapa isu sebesar ini diputuskan dengan mudah semudah ABC? TDM yang bijak dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun pun tidak membuat keputusan semudah itu. Ada apa sebenarnya ye?

Anonymous said...

dalam nk membicarakan isu sebesar macam ni, berbicara lah dengan fakta ynag tepat. bukan sekadar padangan dan analogi serta contoh yang melihatkan kita kurang bijak.
Perlu melihat secara lebih menyeluruh. Bukan hanya dari aspek sejarah sahaja, banyak lagi aspek lai yang perlu disentuh, contohnya dari prospek sektor hartanah. Belum pula di kira daripada perincian 60% daripada ekuiti yg dikatakan berpihak kepada Malaysia itu juga, bagaimana perincianya?
Dalam dunia yang semakin maju, minda rakyat semakin berubah. Hanya fakta yang mampu mempengaruhi minda.
-Sekadar berkongsi pandangan..

Anonymous said...

Saya rakyat Malaysia, Bangsa Melayu Malaysia. Saya tidak rela seinci pun tanah Melayu digadaikan walau dalam apa bentuk sekalipun. Melainkan sehingga titisan darah yg terakhir. Mengapa begitu mudah seorang PM menggadaikan tanah Melayu yg kerana untuk merebutkan "share" dalam perniagaan tersebut..? Tahukah kamu semua, bahawa "share" boleh berpindah milik pada bila2 masa.?? Kalau rugi macam mana..? Fikirkanlah wahai bangsaku.?

Pahlawan Melayu said...

Bukan ego tapi kedaulatan negara kita tercalar demi kepentingan duit. Pembangunan mereka terbahagi dua itu masalah negara diaorang. Masalah negara kita sape yg nak tolong. Pasal Pulau batu putih, ada dia nak bagi peluang kat kita.