Thursday, June 10, 2010

Kaduk Sudah Naik Junjung


Lihat video ini pada minit 7.35, seorang india berdiri atas meja,berceramah dan kutuk kerajaan.
Siapa india tersebut ?

Parlimen atau Dewan Rakyat sepatutnya dianggap mulia oleh semua wakil rakyat.

Bagaimanapun, sejak tsunami pilihnaraya umum Mac 2008 pemimpin atau wakil rakyat dari parti pembangkang kerap menyalahgunakan Parlimen demi mencapai agenda politik masing-masing.

Tengahari Rabu, Parlimen sekali lagi kecoh dengan tindak tanduk Ahli parlimen pembangkang mengambil kesempatan mengadakan ceramah menghentam kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Insiden tegang di bilik rehat VIP Dewan Negara itu menggambarkan seolah-olah pembangkang yang sudah menguasai kerajaan dan mereka bebas berbuat apa mereka suka tanpa mempedulikan peraturan dalam kawasan bangunan Parlimen.

Semuanya gara-gara tindakan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran menjemput sekumpulan 50 orang ahli dikatakan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke bangunan Parlimen jam 12 tengahari.

Pihak pengurusan Parlimen membenarkan Wakil Rakyat itu menggunakan bilik rehat tersebut kerana menyangka jemputan wakil rakyat terbabit adalah bagi tujuan perbincangan isu meritokrasi dan biasiswa membabitkan kaum India.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berucap dalam majlis itu dikatakan menghentam kerajaan serta BN dan cuba menanamkan perasaan benci ahli-ahli NGO yang hadir kepada kerajaan.

Kebetulan, beberapa Ahli Parlimen dari Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berada di ruang tetamu luar bilik rehat itu sedang berbincang dan terdengar bekas Menteri Besar Perak itu mengecam kerajaan.

Antara Ahli Parlimen yang berada di situ Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Menurut Idris, beliau mendengar dengan jelas pemimpin pembangkang itu mengecam kerajaan.

Beliau mendakwa, antara lain Nizar menyatakan kerajaan hari ini tidak boleh dibenarkan terus memerintah kerana menzalimi rakyat dan turut mengecam UMNO.

“Ahli Parlimen Bukit Gantang turut menyebut perkataan celaka dan menyumpah seranah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya ketika mengadakan sidang media selepas insiden tersebut.

Idris berkata, beliau masuk ke bilik rehat tersebut untuk menegur kenyataan Nizar manakala Bung Mokhtar masuk ke Dewan yang masih bersidang untuk mencelah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Idris turut dikecam oleh Nizar dan Kulasegaran malah ada ahli NGO terbabit menghalau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu keluar dari bilik tersebut dengan alasan perjumpaan itu tertutup dan pemimpin UMNO tidak diundang.

Ketika ini berlaku tolak menolak dan pertikaman lidah sebelum pihak kawalan keselamatan Parlimen serta anggota polis datang mententeramkan keadaan.

Menurut Idris, beliau bukan menganggu perjumpaan itu seperti didakwa oleh pemimpin pembangkang tetapi mahu menegur tindakan mengadakan ceramah politik di tempat yang tidak dibenarkan.

“Saya mahu mempertahankan kemuliaan dewan ini (Parlimen). Saya juga nak ingatkan pihak terbabit jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya.

Sementara itu Bung Mokhtar menjelaskan, Dewan Rakyat tidak sepatutnya dicemarkan orang luar dan kecewa tindakan ahli parlimen Ipoh Barat mengadakan perjumpaan politik di Parlimen.

Katanya, ada perkataan berunsur rasis disebut dalam perjumpaan dan ketika kekecohan tersebut.

“Saya sudah mengemukan usul kepada Speaker untuk menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat siapa punca kejadian tersebut dan mahu mereka yang terbabit dikenakan tindakan sama seperti insiden beberapa Pemuda UMNO yang didenda kerana dikatakan cuba menghalang wakil rakyat pembangkang,” katanya.

Kulasegaran pula menjelaskan ianya hanya satu perbincangan mengenai rasa tidak puas hati berhubung kuota biasiswa JPA dan kemasukan ke kolej matrikulasi antara kaum di negara ini, dan pihaknya telah cuba mengadakannya di bilik lain di Parlimen tetapi dimaklumkan tiada bilik kosong, kecuali ruang rehat anggota Dewan Negara.

"Ini adalah tempat yang rakyat boleh datang, bukan hanya terhad kepada mereka yang tertentu," katanya yang mendakwa telah menjemput wakil MIC untuk menghadiri perbincangan itu tetapi tidak ada yang hadir.

Antara pemimpin pembangkang yang berada dalam perjumpaan itu adalah Lim Kit Siang serta Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu, Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mendengar usul tersebut meminta masa untuk mendapatkan laporan berhubung kejadian itu sebelum membuat keputusan.

Bekas Pengerusi BNBBC yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Seri Shahrir Samad turut kecewa melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang berbuat sesuka hati berceramah di dalam premis bangunan Parlimen.

Beliau yang juga bekas menteri dan sudah lama menjadi Ahli Parlimen berkata dimasa lampau hal-hal ‘ luar biasa’ seperti ini tidak pernah berlaku.

“ Jangankan di kawasan rehat Dewan Negara malah di kawasan letak kereta Parlimen sesiapapun tidak boleh berceramah baik dari pembangkang ataupun Barisan Nasional.Dalam pagar kawasan Parlimen ada peraturan dan mesti dihormati.

“Ruang berceramah bagi Ahli Parlimen dalam kawasan ini ialah di dalam sidang Dewan Rakyat,”ujarnya.

Dipetik dari Agenda Daily

Ini bukan kes pertama, tahun 2008 Gobalakrishnan pernah membawa geng-geng hindraf menyambut hari jadi di bangunan parlimen.

11 comments:

mek wok said...

Diberi betis hendakkan peha!

amieiezam said...

nanti puak lahanat tuh akan buat twist and turn la...kata diserang dan dimaki hamun terlebih dahulu...

Anonymous said...

Salam Bro rbf,

Inilah yang dinamakan budaya samseng jalanan, yang menghasilkan politik jalanan, dan parti carcamarba jalanan, yang menggunakan institusi terhormat ala-ala makbapak diorang yang punya. Ditambah pulak oleh khalipas dgn fatwa makihamun, cacimaki itu halal, ini lah yang terjadi.

Agak2 klu dioran perintah malaysia, apa yang terjadi?

Masih ada gak yang menyokong ye...

-Melayu Bangkit!!!-

Mr.Uda said...

Ini menunjukkan kelemahan Menteri yg menjaga halehwal parlimen YB Nazri Aziz, konon nak tunjuk dia baik sangat bertolak ansur & demokratik konon. Banyak tindakannya yg lepas silap memberi muka kpd pembangkang hingga tidak hormat pada undang2. Saya percaya kalau pembangkang memerintah selepas ini bermacam-macam peraturan akan dibuat bagi menyekat kebebasan rakyat.

Anonymous said...

RASIS? BIAR LA APA PUN PUAK TU NAK BUAT.TAK PERLU HEBOH-HEBOH.SELAMA NI PUN DAH BANYAK PUAK TU BUAT TAPI TAK ADA JUGA TINDAKAN APA-APA DARI PIHAK KERAJAAN.MANA ADA YANG BERANI NAK AMBIL TINDAKAN KAT PUAK TU.RELAX JE.BAGI TERUS KEISTIMEWAAN KAT PUAK TU.-ASP-Z-

Anonymous said...

Perkara sial oleh Dapig dam Puak Ajaran Setan begitu tak akan terjadi zaman tun M. Sbb zaman tu zaman roti telor.

joe said...

mana hisham???

cafemlm.com said...

salam bro rbf,


apakata rbf minta yb ibrahim ali jemput kami
semua ahli perkasa pergi buat ceramah dibilik rehat yb2.kami pun nak juga mempertahankan kouta bumiputra dari dirampas olih puak2 yang tak sedar dek untung.
kalau mereka bolih desak kami juga berhak untuk mempertahankan hak kami..dasar pak kaduk naik junjung...

bigben said...

Nizar ni dah melampau. Baru-baru ni dia hina Melayu dan menghasut orang2 bukan Melayu macam2. KDN pula buat pekak je. Kalau dah pekak lebih baik jadi Badak! Bila orang tegur, dok sengeh macam Beruk Mak Ye!

blogenstarz said...

Babi suntut Anjing.Keluarlah manusia seperti itu...JAHANAM

Anonymous said...

Nizar ni bapak dia ANJING, mak dia BABI, isterinya BABI HUTAN, anak2 dia BAJINGAN, yakni kacukan BABI, ANJING dan BABI HUTAN. DATUK dan NENEK si NIZAR ni adalah BABI2 yang diimport dari CHINA satu masa dulu...