Friday, June 18, 2010

Kelantan Fiesta & Kewujudan Gerila Di Kelantan


Di saat blog-blog pro pembangkang sibuk mencanangkan kegagalan majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010, tetapi apa yang saya nampak tiada satu pun media atau blog pro kerajaan tampil menjelaskan kedaaan sebenar.

Pada saya kita tidak boleh salahkan blog-blog pro PAS atau PKR jika mereka memutar belitkan cerita sebenar. Itu kerja mereka, maka mereka kena lakukannya. Tak mungkin kita nak harap mereka pula yang nak jelaskan bagi pihak kita. Klik di sini

Saya cuba berusaha mendapatkan penjelasan dari rakan-rakan yang berada di Kelantan bagi mengetahui perkara sebenar dan seterusnya dapat jelaskan kepada anda semua.

Hari rabu PM mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kelantan. Bermula dari pagi hingga ke malam. Pagi di Kota Bharu, petang di Tumpat. Ribuan orang hadir dalam program PM di kedua-dua tempat berkenaan.

Malah PM mengambil langkah lebih berani lagi apabila memasuki 'Zon Pas' iaitu sekitar bangunan PAS Kota Bharu dan sempat makan tengahari di sebuah restoran yang berada di sebelah bangunan PAS.

Kemudian pada sebelah petang pula PM menghadiri perhimpunan dengan masyarakat siam di Tumpat. Lebih kurang 8000 orang rakyat Kelantan hadir pada majlis tersebut , bukan setakat siam sahaja dengan yang melayu-melayu pun turut hadir.

Pada sebelah malamnya mengikut jadual asal PM sepatutnya hadir merasmikan Fiesta Kelantan 2010 di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu.

Tetapi program tersebut terpaksa dibatalkan kerana saya difahamkan ada usaha mensabotaj program itu akibat dari tindakan penganjur yang membatalkan ucapan Nik Aziz dalam majlis itu dan juga kerana hujan lebat yang melanda Kota Bharu sejak dari jam 8.00 hingga 11.00 malam.

Sebab utama ucapan Nik Aziz terpaksa dibatalkan ialah kerana tidak mahu peristiwa Nik Aziz mengambil kesempatan untuk 'berceramah politik' dalam program itu, sepertimana yang pernah terjadi sewaktu Nik Aziz berucap di majlis pelancaran ECER beberapa tahun lepas yang dirasmikan oleh PM ketika itu, iaitu Pak Lah.

Bukan anda semua tidak tahu perangai puak-puak PAS. Mereka ini jenis sakai, tidak pandai membezakan majlis dan di mana mereka berada. Semua tempat mereka hendak berpolitik. Dari majlis kenduri kahwin hingga ke tempat orang mati atau dari dalam masjid hingga dalam jamban, semuanya mereka nak berpolitik.

Berang akibat slot Nik Aziz berucap dibatalkan, maka puak-puak PAS mula buat hal. Selepas sahaja mereka tahu perkara itu, saya difahamkan mereka terus ke stadium mengambil balik kerusi-kerusi milik agensi kerajaan negeri di pentas utama yang telah disiapkan susun aturnya.

Punca utama mereka berang kerana niat jahat mereka untuk memalukan PM di depan rakyat Kelantan melalui ucapan Nik Aziz tidak kesampaian. Pengalaman lepas sudah ada, mengapa pula kita nak biarkan ianya berulang. Bodohlah seseorang itu kalau nak biarkan dirinya dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak dua kali.

Lagi pun dalam muktamar PAS yang baru berakhir, mereka telah memutuskan untuk tidak ada sebarang kerjasama lagi dengan UMNO. Dah putus begitu, mengapa lagi perlu terhegeh-hegeh untuk berucap bersama PM dari parti UMNO di atas satu pentas ? Tentulah ada udang sebalik batu. Tak lain tak bukan adalah kerana niat jahat.

Usaha untuk mensabotajkan majlis tersebut tidak berakhir disitu. Saya difahamkan juga bekalan eletrik yang terputus di stadium semasa Tok Pa hendak merasmikan majlis itu adalah sebahagian dari usaha sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya sungguh terkejut apabila membaca tulisan yang ditulis oleh exco tolol Kelantan di sini,kononnya hujan ribut yang melanda Kelantan semalam dan bekalan eletrik yang terputus di stadium adalah kerana eratnya Kelantan dijaga oleh pengawal langit dan bumi.

Saya tidak nafikan dan semua orang ramai tahu yang muka bumi ini dijaga oleh pengawal langit dan bumi. Bukan sahaja Kelantan, malah seluruh dunia. Sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Allah.

Tetapi kenyataan bangang dari exco tolol berkenaan bertujuan nak mengelirukan orang ramai. Walaupun tidak diberitahu secara terus terang dalam tulisannya tetapi dia cuba memberi gambaran kononnya Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz ada 'mukjizat' atau karamah tertentu, sehinggakan orang yang mengusik atau menentangnya akan diberi balasan serta merta.

Saya ingatkan penyokong-penyokong PAS totok yang bingai di kampung-kampung sahaja yang percayakan benda-benda tahyul begitu. Rupa-rupanya seorang exco yang belajar tinggi-tinggi pun bingai juga.

Wahai exco samdol, kalau Kelantan erat dijaga oleh pengawal langit dan bumi tiadalah banjir besar yang melanda Kelantan setiap tahun sampai tenggelam bandar Kota Bharu. Kalau Kelantan dijaga erat tiadalah kemarau panjang sampai berbulan-bulan melanda Kelantan hinggakan padi mati ,buah kayu tak menjadi dan bekalan air di Kelantan terganggu berbulan-bulan.

Kalau aku nak jadi samdol macam hang, aku pun boleh jadi. Aku pun boleh kata kehadiran PM ke Kelantan semalam membawa berkat, kerana hujan turun dengan lebatnya setelah berbulan-bulan rakyat Kelantan menunggu hujan. Tapi aku tidaklah se'dol hang. Kalau aku dol sekalipun, aku hanya rakyat biasa dan bukannya exco seperti hang.

Habis cerita bab exco tolol, masuk pula cerita kononnya program ala- ala gerila telah wujud di Kelantan seperti yang diceritakan di sini. Dari Kota Bharu hingga ke Pengkalan Chepa mereka 'buru' PM. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh Polis. Apakah Malaysia sudah menjadi seperti Sri Lanka ?

Sebelum ini kita sering mendengar nama gerila dikaitkan dengan Gerila Tiger Tamil Eelam di Sri Lanka. Tetapi sekarang nampaknya gerila juga telah wujud di Kelantan. Jangan biarkan pemimpin kita berada dalam keadaan bahaya. Polis harus siasat siapakah dalang di sebalik NGO yang bertindak sebagai gerila itu.

Sehebat-hebat perancangan manusia , hebat lagi perancangan Allah. Semua niat jahat PAS untuk memalukan PM di Kelantan tidak menjadi dan dipatahkan satu persatu.

Nik Aziz nak malukan PM dalam ucapan perasmian Kelantan Fiesta- Tidak menjadi

Nak sabotaj program PM di Stadium- Tidak menjadi

Nak buat program ala-ala gerila depan PM- Tidak menjadi.

Itulah wajah sebenar sebuah parti yang kononnya berjuang atas prinsip Islam. Perangai mengalahkan syaitan dan iblis.

Bila melihat apa yang mereka buat kepada PM, maka saya rasa cukup sudahlah Kerajaan Pusat nak tolong lagi Kerajaan Kelantan. Manusia seperti itu tidak perlu ditolong.



16 comments:

Anonymous said...

Jika Tok Pa dan rakyat boleh berada di stadium walaupun ribut dan hujan melanda, mengapa DS Najib tak kelihatan?

Sesuaikah dengan slogan `Rakyat didahulukan'?

Anonymous said...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)...

jgnlah penulis cuba manmbah2 perkara yg tidak pasti kesahihannya...

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah,
berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Anonymous said...

good one RBF! keep on writing, memang seronok baca blogs RBF!!

Anonymous said...

PAS BUKAN ISLAM DAN ISLAM BUKAN PAS...PAS adalah party yg mencemar kesucian agama serta menjatuhkan martabat bangsa....Nik Aziz smakin riak dgn kuasa yg ada pd nya yg telah membuatkan dia telah lupa dia sedang di uji oleh TUHAN....

Anonymous said...

"Nik Aziz nak malukan PM dalam ucapan perasmian Kelantan Fiesta- Tidak menjadi

Nak sabotaj program PM di Stadium- Tidak menjadi....."

hahahahah...jilat ludah muka sendiri...Noktah..

Anonymous said...

kesian Tok Pa...sepatutnya PM Najib turun jugak program ni..x kisah la ada org nak sabotaj atau tak..yg penting rakyat dah tunggu kat stadium.jgn jadikan alasan sabotaj,hujan lebat...kita rakyat dah biasa merasa semua nih...

Anonymous said...

Tak ngapa la program Najib tak menjadi. Apa nak buat dah ditakdirkan lagu tu....

Tapi bab kau tolak ketentuan Allah yang turunkan hujan dan ribut tu nampak sangat kau ni angkuh kepada Allah.

ruang bicara faisal said...

kpd anon 5.01

jgn sempitkan fikiran anda. Baca betul2 apa yg saya tulis. kemudian jelaskan part mana yg saya tolak ketentuan Allah dan part mana yg saya angkuh kpd Allah.

Saya hanya menyatakan yg exco tolol cuba memberi gambaran kononnya kerana karamah nik aziz lah hujan turun dgn lebat dan eletrik terputus.

secara terangan2 saya menyatakan semua org tahu yang seluruh muka bumi ini dijaga oleh penjaga bumi dan langit iaitu Allah SWT dan sbg org islam kita wajib percaya kpd Allah.

Anonymous said...

sabar bro RBF....
ini menunjukkan PM semakin mengancam pakatan rakyat(PAS khususnya) neh...mereka rasa tergugat...tue sebab diorang dok pakat2 sabotaj la...ada perang gerila la...bayangkanla kltan tue kan kononnya kubu kuat dia...kalo btol kuat ngape perlu nk sabotaj...ape nk ditakutkan....
hehehe

unik syoga asli said...

Samdol2 pas ni memang suka cari salah orang kendian jatuh hukum.Bila hujan ribut turun sampai orang tak ramai turun,dia kata karomah tok guru,kelantan dijaga penjaga 7 petala langit 7 petala bumi.Bila banjir negeri dia,dia cakap ujian untuk hambaNya yg soleh,tapi kalau banjir negeri bukan pas dia cakap bala sebab banyak buat dosa.Begitulah seterusnya semua yg baik dapat kat dia,orang lain jahat belaka.Maklumlah ahli sorga

ReentryCapsule said...

Kalau dah JAKUN SAKAI tu SAKAI jugak budak² PAS ni.Diorang ni mana pandai bawak diri dalam majlis.Lagi pulak kalau dah berkumpul ramai-ramai macam KALDAI.Lagi la semangat JAMBAN diorang tu membara.Tengok bola pun GADUH,BAKAR,VANDALISME.Takde ADAB dan TERTIB.PAS+KELANTAN =SOHAI.

Pigi Dahh sama lu Tarbiyah PAS...!!!

Anonymous said...

Salam,

Jangan jadi manusia yang munafiq. Dan jangan Menghina mana puak s[t mana anda menghina puak SAKAI.

Saya sikit tak heran dgn perangai org2 AMENO macam awak. Dasar pencacai tak tahu bersyukur !!

Anonymous said...

Patutnya yang turun adalah kit siang, guan eng, eli bogek, nuar berahi barulah puak pas turun habis-habisan memberi sokongan. kalau puak kafir haramjadah nipas sanggup buat apa saja.

Melayu itu UMNO, Islam itu Islam

Pas or all, israel for all

Pas = israel

Anonymous said...

betapa bangang dan busuk hati nya penulisan blogger yg mcm ni...bawak2 ler ingat allah banyak2. penjilat politik ni kemana nya

Anonymous said...

Syabas dan tahniah atas artikel yg memberi kesan kepada penyokong bangang PAS...Sekurang-kurangnya mereka mulai sedar dengan sikap jahat pemimpin mereka yg selalu menjadikan apa saja program sbg pentas politik jahat mereka....
Semoga Allah tunjukkan lebih kehancuran dan kebinasaan atas kebiadaban mereka...
Semua fitnah terhadap pemimpin no 1 negara insyaallah kita lindungi bersama...selagi PAS bersekongkol dgn DAP dan PKR jgn haraplah Allah swt akan membantu mereka memenangi PRK-13...kita sama2 tunggu dan lihat...teruskan usaha anda blogger yg cintakan Malaysia..!!!

Anonymous said...

1. Bukankah asalnya majlis akan dirasmikan YM Pemangku Raja? kenapa di saat-saat akhir program diubah dan membelakangkan YM Pemangku Raja dan kerajaan Kelantan selaku tuan rumah? UMNO tidak profesional..

2. Turunnya hujan pada malam itu adlah rahmat Allah pada bumi Kelantan... pada majlis UMNO? (bala ke?Ujian ke?) wallahualam..

3. BTW ada pelik ke kalo kerajaan UMNO selalu diskriminasi Kerajaan Kelantan??!!