Sunday, June 20, 2010

Kerajaan Kebajikan ? Masalah Kecil Pun Tak Boleh Selesaikan

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan tentang seorang penduduk yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah Klang yang menerima ugutan bunuh, selepas persatuan tersebut mengadakan bantahan kerana kerajaan negeri Selangor gagal menyelesaikan masalah kerosakan lif di pangsapuri itu. Klik di sini

Penduduk turut mengemukakan masalah mereka kepada Ronnie Liu iaitu exco yang menjaga kerajaan tempatan, tetapi Ronnie tidak turun melawatnya.
Mengikut penduduk masalah yang dihadapi oleh mereka sudah berlarutan selama 10 bulan. Cukai pintu mereka bayar, bayaran penyelenggaraan juga mereka bayar. Tetapi mereka terpaksa memanjat tangga untuk naik ke rumah yang tinggi. Inikah yang dinamakan kerajaan kebajikan ? Ptuihhhh....

Penduduk sudah puas mengadu masalah mereka kepada kerajaan negeri, tetapi tiada tindakan yang diambil. Akhirnya penduduk tiada pilihan, maka mereka beralih arah pula dengan meminta bantuan kerajaan pusat.

Penduduk meminta bantuan Datuk Teh Kim Poo iaitu penyelaras BN Parlimen Klang dan Datuk Teh pula telah memanjangkan masalah penduduk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Orang jadi wakil rakyat aku pun nak jadi wakil rakyat, orang jadi exco aku pun nak jadi exco, orang jadi kerajaan aku pun nak jadi kerajaan , akhirnya kerajaan pusat juga yang menanggung masalah.

Tak payah nak temberanglah kononnya nak jaga kebajikan rakyat atau nak merakyatkan ekonomi Selangor , kalau masalah kecil pun tak boleh selesaikan. Akhirnya rakyat tertipu,kroni dapat berpuluh ribu, rakyat dapat 25 sen.

3 comments:

Anonymous said...

Lift rosak pun nak ugut bunuh hehehhahahahah apa le baahalol sangat...masalahnya orang besat Pakatan Rakyat tak duduk rumah pangsa dia orang duduk rumah banglo....

Wake UP! said...

Ni mesti kongsi gelap dari DAP ni yang ugut ni.

Polis patut cuba kesan nombor panggilan yang dibuat itu.

Anonymous said...

Wake Up, jgn harapkan sgt pihak polis nak siasat atau kesan nombor panggilan tu, habih kuat pun dia bagi alasan telco tak bagi kebenaran. dah terkena pada kawan saya. buat repot berjela2, suruh kesan tapi tak boleh. bila pengadu dah dapat perangkap pemanggil, mintak polis datang membantu pun tak mahu, sibuk la itu la ini la, apa hal? ini bukan cerita rekaan tapi benar2 terjadi pada kawan saya yang gambar isterinya dirakam bogel sewaktu mandi dan diugut oleh pemanggil yang tak dikenali. kepada PDRM, tingkatkanlah prestasi. klu dulu2 masa kecil nmpk aje polis dah risau : aku ada buat salah ke? sbb tu aman aje negara. skrg, langgar lampu merah depan polis pun x apa kan? hahaha ... mcm x besa pulak no.