Wednesday, June 30, 2010

Khalid & Azmin Halau Melayu Dari Bandar

Inilah yang dikatakan lari mulut buaya dan masuk mulut naga.

Semasa BN memerintah Selangor sebelum PRU ke 12 tahun 2008, kepimpinan pada masa itu merancang untuk merobohkan dua blok rumah pangsa PKNS yang lama di Jalan Jelatek bersempadan dengan WPKL.

Rancangan BN adalah, mereka akan memindah keluar penduduk-penduduk asal rumah berkenaan kemudian roboh rumah lama dan bina rumah baru yang moden. Selepas siap penduduk asal yang dipindahkan sementara itu dipindahkan kembali ke rumah mereka yang baru.

Segala kos pemindahan akan ditanggung oleh pemaju dan penduduk akan diberi sedikit pampasan. Tiada sebarang bayaran untuk rumah baru itu. Jangkaan saya mungkin ada sedikit bayaran untuk kos guaman atau lain-lain tetapi bukan bayaran untuk harga rumah, walaupun rumah itu telah dinaik taraf.

Manakala untuk generasi-generasi kedua atau ketiga kepada penduduk asal rumah berkenaan akan diberi harga istimewa untuk membeli rumah berkenaan. Semua ini adalah untuk mengeratkan kasih sayang antara keluarga agar mereka tidak tinggal berjauhan dengan orang tua mereka. Lagi satu tujuannya ialah untuk mengekalkan majoriti bumiputera di kawasan tersebut.

Tup…tup…datang PRU 2008, projek tak sempat berjalan. Tiba-tiba Azmin Ali menjadi calon kawasan tersebut. Ada penduduk yang membantah projek kerajaan BN yang dirancang seperti diatas. Lalu ianya dijadikan modal kempen oleh PKR. Azmin berjanji tidak akan mengusik kawasan berkenaan dan penduduk boleh teruskan kehidupan seperti biasa sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor.

Akhirnya keputusan PRU 8 Mac 2008 memihak kepada mereka. Penduduk merasa lega kerana hasrat mereka tercapai. Rupa-rupanya langit yang cerah tidak berpanjangan, awan mendung berarak jua.Kerajaan PKR Selangor ingin meneruskan projek tersebut melalui PKNS, tetapi ianya bertukar menjadi projek yang lebih mewah.

Lebih malang lagi orang yang berjanji tidak mahu mengusik rumah berkenaan semasa kempen p.raya iaitu Azmin Ali dikatakan turut sama menghantar tiga nama syarikat kepada MB Selangor untuk dipilih sebagai pemaju.

Projek berkenaan bernilai RM 1.2 bilion dan difahamkan Azmin akan mendapat komisyen sebanyak 5 % jika syarikat yang dilobinya terpilih. Perkara tersebut dibincangkan antara Khalid dan Azmin di depan Anwar Ibrahim. Difahamkan Azmin mahukan wang 5 % tersebut sebagai bekalan p.raya untuk berdepan UMNO di Gombak dan Bukit Antarabangsa. Difahamkan juga Khalid berjanji di depan Anwar yang beliau akan bagi projek berkenaan kepada syarikat yang dibawa oleh Azmin.

Azmin tersenyum lebar tanda gembira, tetapi gembira Azmin tidak berpanjangan . Ingatkan panas sampai ke petang ,rupa-rupanya hujan di tengahari. Khalid memungkiri janji awalnya dengan Azmin di depan Anwar. Khalid memilih syarikat lain sebagai pemaju projek berkenaan. Daripada tiga syarikat yang dibawa oleh Azmin satu pun tidak terpilih.

Allah bayar ‘cash’ kepada penipu. Dia tipu penduduk rumah pangsa berkenaan kononnya dia tidak akan mengusik rumah berkenaan jika mereka berjaya menjadi pemerintah di Selangor. Tetapi akhirnya projek berkenaan diteruskan juga. Selepas itu Khalid Ibrahim pula tipu dia. Penipu dibalas dengan penipuan.

Cukup setakat itu kisah penipu tipu penipu dan penipu kena tipu dan akhirnya dia kecewa lalu meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Berbalik kepada projek yang dinamakan Datum Jelatek oleh Kerajaan PKR Selangor. Penduduk telah dipindahkan dan mereka diberikan pampasan bermula dari RM 250 ribu hingga RM 450 ribu. Wow….
Kerja meroboh sedang dijalankan. Saya ke lokasi jumaat lepas

Oleh kerana pampasan yang diberikan tinggi maka mereka tidak diberikan rumah baru di situ apabila projek siap kelak. Senang cerita beginilah “aku dah bagi kau duit banyak, kau pergi cari rumah sendiri dan segalanya sendiri, jangan kacau kami lagi”. Mengikut maklumat hanya ada 19 keluarga lagi yang belum berpindah kerana tidak bersetuju dengan tawaran tersebut.
Kawasan tersebut akan dijadikan bandar kosmopolitan. Bangunan setinggi 45 tingkat , ada rumah , ada pejabat, hotel ,pusat membeli belah dan sebagainya. Difahamkan harga rumah yang bakal dijual kelak bermula dari RM 500 ribu ke atas.

Apabila harga RM 500 ribu berapa kerat sahaja melayu yang mampu beli. Sudah tentu ianya akan dimonopoli oleh kaum lain. Dari kawasan yang majoritinya melayu bertukar menjadi minoriti. Tanah PKNS juga telah bertukar menjadi hak milik bukan bumi.

Sebagai contoh anda boleh lihat keratan yang saya letakkan dibawah ini. Iklan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia 28 Mac 2010 (isnin). Rumah mewah yang kuota bumi pun tak habis dijual di KL sampai terpaksa iklan dalam surat khabar. Jadi sekarang kita boleh agaklah siapa yang bakal memonopoli Datum Jelatek ? Yang dalam kuota pun tak terjual, apatah lagi yang di luar kuota.
Apabila isu Kg.Baru timbul, tiba-tiba Khalid Ibrahim cuba menjadi hero kononnya dialah wira melayu Kg.Baru. Tetapi yang dia halau melayu dari bandar dia tak nampak. Mana dia Dr Lo Lo yang cuba nak jadi jaguh di Kg Baru ? Kenapa tak turut jadi jaguh di Jelatek ? Inilah yang dikatakan gajah depan mata tak nampak tapi kuman di seberang laut dia nampak. Opssss saya lupa , memang betul Dr Lo Lo boleh nampak kuman di seberang laut sebab mata dia luas.

Tindakan memberi pampasan beratus ribu kepada penduduk tanpa menggantikan rumah adalah kerja nak menjahanamkan bangsa. Faham sendirilah orang melayu jika dapat duit banyak ,rumah tangga yang dibina berpuluh tahun pun boleh runtuh.

Masa sekarang mungkin mereka seronok sebab duit tengah ada lagi. Bila duit dah habis kelak mula lah buat hal. Sebab itu amalan UMNO mereka kurangkan pemberian ikan, tetapi mereka lebihkan pemberian batang pancing. Sebab apa ? Sebab tak nak jahanamkan bangsa dan mereka nak anak bangsa berusaha sendiri untuk maju.

Akhir kata sekali lagi saya nak ulangkan pepatah seperti di pembuka bicara kepada penduduk asal Rumah Pangsa Jelatek, Lari Mulut Buaya Masuk Mulut Naga.

Laporan yang sama juga boleh dilihat di sini

3 comments:

My Longest Yard said...

Bro,

U punya artikel mengenai Zahida Rafik kena 'copy n paste' di website Beautiful Nara.

http://beautifulnara.com/anak-bongsu-dalam-keluarga-yang-teguh-agama/

Cuba pegi check.

mm said...

Orang melayu sendiri yang mengesahkan kebodohan mereka.Respek kepada keluarga yang tak mahu berpindah tu.Walau pun dah lama tak lalu dikawasan itu kerana berpindah ke kawasan lain di negeri Selangor,harap orang melayu kat situ akan terus ramai.Dan ucapan bangsat kepada orang yang mengkhianati melayu melayu kat situ.

Anonymous said...

kupasan yang menarik.terima kasih rbf kerana mendedahkan siap dengan bukti yang lengkap.biar rakyat selangor buka mata apa yang berlaku atas kesilapan mereka sendiri kerana protes tak berpuas hati habis tergadai semua