Thursday, June 24, 2010

Kisah Zahida : Perhatian Kepada Pembaca

Kepada pembaca-pembaca yang menghantar komen menyebut nama-nama orang yang dikaitkan dengan Zahida saya memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan komen anda.

Pelbagai nama yang diberikan. Ada mr m, ada mr l ada mr xxl dan ada mr sss.Blog ini tidak mahu menamakan sesiapa sehingga saya selesai membuat penyiasatan. Anda nak syak, anda nak kata atau anda nak teka siapa dia, itu terpulang pada anda.

Soal orang bercakap memang ramai orang bercakap.Macam-macam orang boleh kata dan berita ini pun telah lama tersebar. Saya pun dapat dari banyak sumber, cuma selama ini saya diamkan sahaja. Memandangkan baru-baru ini ada lagi satu sumber yang saya terima dari orang yang saya yakin boleh dipercayai maka sebab itulah saya memulakan penyiasatan saya. Tetapi saya tetap tidak berani menulis namanya sehingga siasatan saya selesai. Benar atau tidak benar saya akan beritahu anda kemudian hasil siasatan saya.

Sekiranya siasatan saya gagal menemui jawapan, maka pada waktu itu saya akan namakan orang yang berkenaan di blog ini dan minta dia nafikan perkara itu. Selagi itu tak nafi maka selagi itulah cerita ini akan berkeliaran. Penafian Zahida tidak boleh dipakai, kerana dia seorang pembohong.

Kadangkala ada segelintir artis perempuan bukan boleh percaya sangat. Ada masanya mereka sendiri yang mencanangkan kepada rakan-rakan mereka kononnya mereka ada hubungan dengan orang itu atau orang ini.Kerana apa ? Kerana nak glamor atau nak tutup kegiatan haram mereka. Mereka buat kerja haram dan dapat duit banyak. Bila ada rakan-rakan yang sudah mula bersuara atau pandang lain macam, maka mereka mulalah kata mereka dijaga oleh orang itu atau orang ini. Padahal tidak pun.

Beberapa tahun dulu, mungkin sudah lebih 10 tahun (saya tak berapa ingat), ada seorang artis wanita yang mencanang berita kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang kerabat Di Raja. Setelah lama berita itu tersebar dan sampai ke pengetahuan kerabat terbabit lantas kerabat tersebut menafikan yang dia mempunyai hubungan dengan artis tersebut. Saya masih ingat lagi pada waktu itu, semua media masa utama melaporkan berita tersebut.

Apa pun pada pandangan saya Zahida Rafik saya tetap cop dia sebagai seorang pembohong. Dalam wawancara dia berkata yang dia seorang anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama seperti yang saya tulis dan buktikan di sini semalam. Kemudian dia benarkan jurugambar merakamkan gambarnya terbaring dalam keadaan menggiurkan. Itu pandangan saya. Soal anda semua nak cop dia pembohong atau tidak terpulang kepada anda.

Zahida sama seperti Anwar Ibrahim, cuma dunia mereka berbeza. Anwar dalam dunia politik dan Zahida dalam dunia hiburan. Anwar , dalam negara kononnya dialah kepala anti yahudi. Di luar negara dia berkawan dengan yahudi. Hinggakan dia sanggup tulis surat untuk memohon perpindahan seorang teman wanita yahudi. Sini

2 comments:

Anonymous said...

aku tak minat cerita artis la, entah apa-apa kau !

Anonymous said...

bro, buang cerita artis dari blog kau, boleh cacatkan blog kau la