Tuesday, June 22, 2010

KP UMNO Tidak Hadir Mesyuarat Kerana Keluar Negara


Apa nak jadi dengan UMNO Selangor ni ?

Malam tadi berlangsung mesyuarat pengurusan UMNO Selangor

Amat mengejutkan apabila tiga orang penting dalam pengurusan UMNO Selangor tidak datang mesyuarat tersebut.

Mesyuarat pengurusan yang terlibat tidak ramai. Mereka yang terlibat hanyalah Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Penerangan. Hanya tujuh orang sahaja.

Daripada tujuh, jika tiga sudah tidak hadir mesyuarat, apa benda yang nak di mesyuaratkan lagi ? Lagi ada hati nak tawan Selangor ke ? Lupakan saja !

Jika mesyuarat penting pun tidak boleh datang, lebih baik undurkan diri sahaja. Ramai lagi orang lain boleh berkhidmat kepada parti. Jangan pegang jawatan untuk dijadikan pekasam.

Tiga orang yang tidak hadir ialah

Dato' Satim Diman - Setiausaha

SUHAIMI GHAZALI - KETUA PEMUDA

Datuk Fateh Iskandar - Bendahari

Satim tak datang alasannya ialah ada urusan lain. Ok, tak mengapa itu masih boleh diterima. Mungkin malam tadi ada tahlil di kawasannya, kerana dia seorang adun.

Yang boleh membuatkan hati ahli UMNO Selangor terbakar ialah apabila ketua pemuda tidak hadir mesyuarat kerana berada di luar negara.

Luar negara beb.....luar negara......luar negara !

Apa ke jadahnya dia ke luar negara ? Siapa dia ? Dia menteri ke ? Dia MB ke ? Dia ahli parlimen ke ? dia pengerusi GLC ke ?

Orang bawahan duduk sibuk berperang dengan pembangkang, dia sebagai ketua pemuda pergi ke luar negara di saat mesyuarat penting berlangsung.

Apa ke jadahnya ke luar negara ? Tolong jawab Suhaimi....




8 comments:

Anonymous said...

Kalau ke Indonesia - Cari Isteri no 2

Kalau Ke Thailand - Service Mata

Kalau Ke Singapore - Banyak ke duit wei, 2.30 = 1 Dollar

Kalau ke Australia - Tengok Asset

Kalau ke London - Tengok Mahligai Indah.

cuba tambah lagi..

Pandangan Orang Kampung said...

Saudara,

Barangkali mereka yakin UMNO masih kuat dan mampu merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Anonymous said...

Salam Bro rbf,

KPUS buat hal lagi.

"Sepanjang menjadi ADUN khususnya, YB Dato, telah menunjukkan satu komitmen yang cukup tinggi dan akhirnya, dikecewakan oleh mantan MB."

"Namun jiwa yg tebal dengan kesetiaan kepada parti, beliau bangkit utk terus menabur bakti kepada UMNO bersama-sama barisan exco yang tidak kurang hebatnya".

Ingat ayat diatas? Kita bagi dia peluang untuk jelaskan. Apa dia buat di luar negara.

Tungggguuuuuuuuuuuuuu........

-Melayu Bangkit!!!-

selangor said...

apa nak jadi dengan KP Selangor nie..dia patut lebih fokus dalam membantai pakatan rakyat.Program dgn rakyat tak perlu didahulukan sangat..ramai lagi pemimpin umno selangor boleh hadir...apa plan KP untuk isu pasir?isu ratu bogel?..di selayang, MPS dah naikkan sewa kedai dariapda RM250 ke RM470 sebulan...apa KP nak buat? takkan nak buat bodo jer..megat KP Gombak takkan tak tau citer nie?

Anonymous said...

ambik je tindakan tatatertib..dan tukarkn je ketua pemuda s'gor tu...hampeh! org bekerja keras dia santai kat luar negara...
harap YAB Presiden UMNO tegas atas perkara camni....nk harap KP UMNO tu tak payah le..dia pun serabai gak..hampeh tebu...

Anonymous said...

Habis tu yg Setiausaha pun tak dtg? Dikhabarkan sllu takde program penting, apa tindakannya?..Minit Mesy ada ke? SU kerja punya kerjalah ye..buat, bentang & catit..KPI apa nak bg kt UMNO S'gor ni? Apa KRA yg digunakan? Entahlah..mau ruyup lagi PRU 13 ni. Aduhai DS Najib..tolonglah ambil perhatian & tindakan yg sewajarnya. Kami grasroot sgt sygkan UMNO, nak sgt BN ambil S'gor ni..Pls do something - PANGLIMA HITAM

SELANGOR said...

PANGLIMA HITAM- PLEASE DO SOMETHING?

DS Najib - Pengerusi ... sudah pasti sibuk dgn urusan negara ... serah tanggungjawap "do something" pada Timbalan,

DS Noh - Timbalan Pengerusi ... pun sibuk juga... kena uruskan budget kementerian utk disalurkan ke parlimen nya, kena pulak jaga dua bahagian angkat.

sampai terlupakan bahagian sendiri - tak buat apa2 walaupun dah 4 penggal jadi MP tanjong karang

Anonymous said...

bro. aku rasa die keluar negara sebab jadi tokey judi bola yang kantoi kot..

hari tu kan utusan ada keluar yang ada org kenamaan jadi tokey judi bola, pastu lari ke luar negara bila kantoi dgn polis.

ntah2 die mmg betol tokey judi bola!!!