Monday, June 28, 2010

Krisis Di Selangor Mungkin Ada Rahmat Di Sebaliknya

Pasangan pembohong sejoli Anwar dan Azizah boleh belit apa sahaja mengikut kehendak lidah mereka berhubung dengan ding dong ding dong yang sedang berlaku di Selangor.

Yang pastinya apa yang diumumkan oleh burung kakak tua semalam adalah pembohongan. Difahamkan Khalid tidak pernah meminta untuk mengundurkan diri sebagai pengerusi PKR Selangor kerana ingin memberi tumpuan kepada pentadbiran. Skrip itu semua disediakan oleh Anwar dan dibaca oleh burung kakak tua manakala diangguk oleh Khalid.

Dengan perlantikan Azmin semalam maka terbukti sudahlah teori 3A yang diperkatakan selama ini benar. Pusing macamana sekalipun hanya 3A ini sahaja yang berkuasa penuh dalam PKR.

Perlantikan Azmin semalam sebagai pengerusi PKR Selangor adalah langkah kedua untuk menobatkan Azmin sebagai MB Selangor. Langkah pertama telah pun dilakukan minggu lepas oleh kumpulan G15. Yakinlah, satu hari nanti Khalid akan tetap tercampak keluar dari tingkat 21 Bangunan Darul Ehsan,tetapi belum tentu Azmin dapat melompat masuk.

Baiklah, kita tinggal kisah parti penyokong kaum nabi luth. Saya sebenarnya ada hasrat untuk disuarakan di sini. Sewaktu saya menulis perkara ini saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang ahli Umno, tetapi saya meletakkan diri saya sebagai seorang rakyat biasa yang beragama Islam dan berstatus bumiputra.

Saya berpendapat apa yang berlaku di Selangor sekarang adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat-umatnya. Allah ingin melihat sejauh mana cerdik umat-umatnya mengambil kesempatan di atas perkara ini. Allah ingin melihat bagaimana kesungguhan umatnya yang selama ini sering melaung memperjuangkan agama,bangsa dan negara bersatu mengembelingkan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membuktikannya. Pengorbanan antara satu sama lain amat diperlukan dalam hal ini demi kepentingan rakyat. Dan inilah masanya untuk membuktikan cakap-cakap yang sering dilaungkan selama ini.

Peluang untuk Khalid Ibrahim kekal sebagai MB semakin tipis, manakala Azmin pula tidak layak menjadi MB kerana dia bukan anak jati Selangor dan menghadapi masalah moral yang teruk. Orang yang terbaik untuk diangkat sebagai MB sekarang ialah Datuk Dr Hassan Ali. Saya ada nyatakan di sini dua hari lepas kenapa dia layak.
Untuk membolehkan Hassan menjadi MB yang selesa agak sukar kerana penguasaan kerusi DAP lebih besar dalam DUN Selangor berbanding kerusi PAS. Itu belum dicampur lagi dengan kerusi PKR liberal atau PKR cina.

Hanya melayu boleh tolong melayu dan Islam mengajar kita menolong sesama umat. Apa kata jika adun-adun UMNO yang ada mengambil kesempatan ini dengan menyokong Hassan sebagai MB dan seterusnya wujudkan kerajaan campuran bagi membolehkan PAS-UMNO memerintah Selangor.

Kedudukan di Dun Selangor sekarang ialah, PKR 14, DAP 13, PAS 8, BN 20 dan Bebas 1. Jumlah semuanya ialah 56 kerusi. Untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah perlu ada 29 kerusi. Jumlah tersebut cukup jika PAS,BN dan Bebas bergabung. Gabungan PKR dan DAP hanya tinggal 27 kerusi sahaja.

Jika Umno benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara maka inilah masa untuk membuktikannya. Walaupun kerusi yang Umno ada melebihi jauh dari apa yang Pas ada tetapi Umno harus berkorban sedikit. Beri jawatan MB kepada Pas dan tujuh adun PAS yang ada lagi diberi jawatan exco. Umno ambil tiga exco sahaja. Rakyat harus diutamakan, tiada salahnya jika memberi jawatan kepada mereka demi kepentingan agama , bangsa dan negara. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Nak bergaduh sesama sendiri pun setakat mana sangat. Satu hari nanti aku usung jenazah kau dan kau usung jenazah aku. Aku sedekah Al-Fatihah untuk kau dan kau sedekah Al Fatihah untuk aku.

Jika ini berlaku ianya satu rahmat yang besar untuk umat Islam di Malaysia menjelang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selepas itu kita ramai-ramai pakat bentang sejadah di Stadium Shah Alam dan jemput Tuanku Al Sultan Selangor sembahyang terawih bersama rakyat. Hassan Ali jadi imam 10 rakaat dan Khir Toyo pula 10 rakaat. Fuhhhhhh....sudahlah kawan-kawan saya tidak dapat meneruskan tulisan lagi, bulu roma sudah meremang rasanya ,hati sudah sayu dan mata pula sudah nak berair. Sambung lain kali.





20 comments:

Nor Faznita Bt Md Nor said...

Saya rasa satu cadangan yang diluar kotak yang cukup baik dari saudara Faisal. Allah maha mengetahui. Sekiranya cadangan saudara Faisal ini benar-benar baik untuk agama, bangsa dan negara semoga terlaksana hendaknya.

Saya pun bergenang air mata dan meremang bulu roma membaca cadangan saudara.

wmu350 said...

ni first time saya nak komen....kalau saya berkuasa dan berpengaruh dalam saya akan bersama2 dgn saudara..100% saja sokong...tak payah pusing sana pusing sini....adik abang kena la bersatu..lupa yg lama..salam

wakjo said...

sokong 110%!!

pemimpin2 sume jgn asyik nk susahkan rakyat aje.
buang ego masing2.
hidup kat dunia ni pon bkn selamanya.

selamat berfikiran bijak! :)

Anonymous said...

Salam...bro dulu mcm ada satu rancangan serupa macam ni....tapi senyap sahja ia berlalu. Aku turut berdoa ia menjadi kenyataan. Hancur dah Selangor dibuatnya

Anonymous said...

Ayoh Melayu Selangor......apa lagi ditunggu...bersatu kita dalam pakatan UMNO/PAS.Bergerak sekarang dan jom kita bentuk kerajaan baru.Dengan itu kita akan dapat hapuskan kemungkaran yang telah dibawa DAP dan PKR. Kita sokong Dr Hassan jadi MB, orang UMNO timb.MB dan kerusi exco boleh bagi2 sama rata demi perpaduan Melayu dan agama Islam.ALLAHUAKBAR..........

Kama At-Tarawis said...

Satu cadangan yang sangat bernas. Ketepikan ego dan bersatu sesama Islam. Sokong, sokong dan sokong.

Anonymous said...

Jika UMNO Selangor sudah ON tapi PAS wat dek.. sama aje ending. UG pasti boleh dilaksana dgn komitmen dari PAS. Persoalannya adakah Hassan berani menungkah arus demi Islam dan Melayu?

My Longest Yard said...

demi Islam dan Melayu, bersatulah kita hendaknya.

nescaya semuanya akan stabil.

Anonymous said...

TUAN..
SAYA PON PERTAMA KALI TULIS DALAM KOMEN NIE..
CADANGAN YANG BAIK TAPI, DI PERAK TELAH GAGAL KERANA ADA KUMPULAN FANATIK PARTI YANG TAK SAYANG BANGSA MELAYU/ISLAM.
MD SAAD

Anonymous said...

saya ailent reader blog tuan..
ini komen saya buat kali pertama.

formula brilliant yang tuan kemukan.
pas menang dah teraju utama..
umno pun juga menang...

yang penting ...melayu selangor menang keseluruhan......


harapan saya ia nye akan jadi kenyataan...

Anonymous said...

Bro,
Sebelum ko dok cadang abis PRU12 ari tu diorang dah berkampung kat Glenmarie diskas benda ni. Ikut perancangan awal semua dah on. Yg jadi hal pemimpin tertinggi PAS. Selagi DSAI dok control dorang ni selagi tulah keputusan takkan berubah. Byk kali dah bro. Apa yg kita perlu buat, kita pakat2 bantu PAS utk yakinkan mereka agar PAS keluar dari PR.

wmu350 said...

pas lak tak minat...aduh apa kita boleh buat..sabar je la

yg aku pelik,apasal la nik ajis tak boleh terima bersama umno...kat kelantan sana DAP tak de,diorag tak kesah la...aku pun tak ralat sangat....tapi apa jadi kita rakyat melayu kat selangor..pas selangor harus berani memikirkan yg kelantan dgn selangor berbeza..apa salahnya pas bersama umno...yg untung melayu/islam....napelah ni pun susah sangat...kebal betul nik ajis..haji hadi & ust nasa pun diam...ni semua dah tak beul ni...aku dapat rasa..semua ni pasal jaga hati...dunia memang macam ni...susah!

Anonymous said...

sokong 200%

pedutorres said...

Salam RBF,

Saya sokong dan setuju beribu2 peratus! Jom ramai2 komen posting ni tanda sokongan! Kita sama2 doa..

hanizam said...

pada aku, kalau PAS selangor keluar dari PAKATAN sesat, ape pemimpin depa boleh buat, paling kuat pun, nak pecat....

tang bai'ah tu, bukan ADUN tu lompat parti pun, depa masih lagi dalam parti sesat tu, cuma bergabung dengan UMNO je, nak bentuk kerajaan campuran...

bersatu untuk umat islam...jadi maner yang sebelum ni tak boleh buat sebab DAP yang control, bila dah bergabung, hapuskan maner yang patut...

kalau betul jadi bergabung, hapuskan kedai yang dok jual arak...hapuskan kedai judi...lumpuhkan rumah maksiat, pelacuran & rumah urut yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan...

Sekretariat Parlimen Kota Raja said...

Dalam kebebasan berblog abang wajar menyatakan pandangan peribadi abg, itu jgn siapa pun menafikannya.

Nak jadikan HA sebagai MB ikut formula abg, ini kerja berat dan hampir mustahil kecuali dengan izin dan kehendak Allah, kami akar umbi PAS tak boleh terima (hati kami keras macam batu bang... keras-sekerasnya, lagi pun kami ikut Tok Guru bang bsama PR)

Lagi pening bang ... bila Umno Selangor lantik Mat Sapu sebagai "Ketua Pemikir". Dia ni glamour bang, dah lama peristiwa berlalu orang tetap ingat jasa dia bagi penyapu kat YDP HS tu bang.

Dia ni hebat bang, dulu buat kempen pembangkang sifar, last-last dia jadi pembangkang.

Adoiiii, cdngn bagus ... kerja berat bang ... kena perbetul yang asas dulu kut.

CucuAtok said...

Salam....cadangan oleh rbf ini sangat sangat saya setuju... Ini adalah di sebabkan kerana karekter Dr Hasan Ali yang amat aggresif itu....Bukan kerana saya menyokong PAS....TIDAK SAMA SEKALI...tapi saya telah mengikuti kursus beliau semasa beliau belum lagi bergiat dalam politik dahulu....Soeorang yang sangat berkarismatik dan berdedikasi dalam membentuk jiwa remaja saya pada ketika itu...
Saya sama sekali terperanjat kerana beliau menjadi ahli PAS padahal ini lah ciri ciri pemimpin yang berani dan aktif dalam menjalankan tugas.....
Sukacitanya saya berpendapat andai kata para blogger dan pemimpin UMNO memujuk beliau untuk masuk UMNO kerana terus terang saya katakan kalau ULAMA MUDA masuk UMNO bukanlah bermaksud Ulama yang tua tak boleh....Depa ni pun pandai pandai juga cuma simpan kuku dalam jari jer.....
Percayalah depa ni kalu di beri tugas, saya berkeyakinan besar akan kemampuan depa dalam menjalankan tugas(bukan cakap kosong saja)dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.....
Sesiapa yang pernah mengikuti kursus motivasi beliau(summer camp) tahulah akan kemampuan beliau dalam memimpin bangsa Melayu...Salam 1 Malaysia

Anonymous said...

Bertuah BEB... PAS mahu kompromi dengan UMNO. PAS kan dah Berbai'ah Jatuh Talak 3 kalau lompat PAKATAN (parti). Sayang oi bini-bini cantikkk..

PAS pun sayang dunia lebih dari akhirat.. Syurga Tok Nik dah jamin...

DIN.

zasss said...

Kita orang awam ni aje yg sayangkan agama dan bangsa kita tak bersyarat.Tak kisah siapa jadi MB asalkan Melayu Islam yg sama2 sayangkan Islam dan Melayu.

Tapi ahli politik lain fikirannya.Masing2 ada kepentingan politik dan poket yg perlu dijaga.Kepentingan politik dan poket melebihi kepentingan agama,bangsa dan tanahair.

Dulu lagi masa baru2 PRU12 lagi kan dah bincang benda ni.Khir toyo siap jadi tukang tuang air nak pujuk ahli pas join venture tubuhkan kerajaan Melayu Islam Selangor Bersatu.Diorang dah pakat2 nak bagi jawatan MB dan exco pada pas,umno sekadar cukupkan korum pun takpelah,janji negeri kita tak tergadai.Mula2 dah ok dah tapi last2 bila sampai ke atas, rancangan hanya tinggal rancangan.Kepentingan parti rupanya melangkaui kepentingan agama dan bangsa.The rest is history.

Begitu jga di Perak dulu,ke hulu ke hilir tok mufti harussani pergi jumpa pemimpin2 pas nak jaga negeri,tak mau jatuh kat bangsa asing,tapi last2 ada saja petualang yg lebihkan dendam dan percaturan politik machiaveli mengatasi segala2nya.

Begitulah nasib kita,orang2 Melayu..

panas said...

masalahnya pas ni banyak ulamak wahabi dan umno pula pengikut ahli sunah wal jamaah ,payah mereka nak bersatu dgn umno .