Wednesday, June 23, 2010

Lagi Kritikan Terhadap Pemuda Umno Selangor

Semenjak blog ini membicarakan tentang UMNO Selangor saya banyak menerima e mel dari pembaca-pembaca.

Pelbagai versi cerita yang saya terima. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca yang sayang dan cintakan UMNO.

Kepada penghantar e mel yang saya belum siarkan lagi e mel mereka harap bersabar. Saya akan keluarkan satu persatu mengikut keperluan semasa.

E mel yang paling banyak diterima ialah tentang Ketua Pemuda Umno Selangor, dan memandangkan pada masa ini 'pasaran' terhadap KPUS tinggi, maka kita fokus terhadap dia terlebih dahulu sampai dia mengundurkan diri atau diundurkan. Selepas itu baru kita masuk bab orang lain. Sebab apa ? Sebabnya dia tak berubah. Waktu orang nak mesyuarat dia pergi luar negara.

Pada saya, orang seperti Suhaimi tidak perlu diberi peluang lagi. By hook or by crook dia mesti tinggalkan jawatan KPUS.

E mel di bawah ini saya terima dari seorang pembaca bernama Nik Ronnie Liu.

Sdra RBF, Ini adalah serba sedikit tentang punca kelemahan UMNO dan Pemuda di Selangor. Sebenarnya banyak lagi, jika hendak didedahkan. Saya sebenarnya merasa sedih. PR berkuasa sehingga kini bukan kerana kekuatan mereka, tetapi kerana kelemahan kita, UMNO.

Lihat sahaja berapa banyak isu dan kesilapan yang dilakukan PR, mengapa UMNO tidak lantang membidas? Dimana Pemuda UMNO Bahagian- bahagian di Selangor dan Pemuda UMNO Selangor itu sendiri?


1.Isu kandang babi mega di Sepang. Mana tentangan UMNO dan Pemuda UMNO Sepang? Walhal, Ketua Pemuda Sepang adalah Ketua Pemuda Selangor?


2. Isu Elizebeth Wong bogel. Kenapa tidak dihangat dan dimanipulasikan? Lihat bagaimana desakan PR ketika isu Chua Soi Lek dahulu, sehinggakan beliau terpaksa meletakan jawatan.


3. Isu Xavier berceramah di Masjid. Kenapa Pemuda Selangor senyap? Begitu juga penentangan Nik Aziz terhadap titah Sultan. Kenapa Pemuda tidak menjadi wira mempertahankan Sultan kita?

4. Isu projek pembinaan UiTM dan Yayasan Basmi Kemiskinan di Hulu Selangor? Dimana suara tentangan Pemuda UMNO Hulu Selangor. Tidakkah Pemuda sedar pentingnya UiTM pada orang Melayu?


5. Isu Arak di Shah Alam. Mana suara Pemuda UMNO Shah Alam? Tentangan setakat sekali dua sahaja? Tiada kesan dan tiada impak pun.


6. Isu rumah urut, curi pasir dan banyak lagi isu yang UMNO tak berjaya menjadi juara menentangnya bagi pihak rakyat. Relevankan cogankata UMNO Juara Rakyat yang baru dilancar baru baru ini?
Banyak lagi isu sebenarnya. Tapi bagi saya, jika isu-isu diatas Pemuda dan UMNO Selangor berjaya juangkan pun cukup memadai. Ingatlah, kita kini pembangkang.

Itu cuma sebahagian, banyak lagi isu-isu lain.

Kalau rasa tidak berdaya menjadi Pembangkang yang baik dan agresif, letak jawatan. Masih ada ramai lagi ahli UMNO di Selangor yang ikhlas berjuang kerana sayangkan Agama dan Melayu di Selangor ini.
Jangan asyik memikirkan tembolok anda sahaja yang perlu diisi. Harta yang anda perolehi saya rasa, cukup sudah sampai 7 keturunan!!! Undurlah jika anda sayangkan Islam, Melayu dan Selangor..


E mel anda berkenaan Suhaimi dialu-alukan. Sila hantarkan kepada saya di alamat rbf_501@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

buang ajer laa dia ni..macam Tun M cakap, kalau ada bahagian badan yang berpenyakit eloklah dia buang saja...

Anonymous said...

1. isu kandang babi..... mana suara pemuda selangor?

2. isu Eli bogel .... mana suara pemuda selangor?

3. isu Xavier ceramah .... mana suara pemuda selangor?

4. isu UiTM & YBK .... mana suara pemuda selangor?

5. isu Arak di Shah Alam .... mana suara pemuda selangor?

6. isu rumah urut & byk lg .... mana suara pemuda selangor?

...... mana ade suara lagi.....

1. dah abis digunakan masa kempen Pemuda Bahagian....

2. dah abis digunakan mase kempen Pemuda Malaysia.....

3. dah abis digunakan mase lobby projek...

4. sedang digunakan untuk lobby jadi calon PRU akan datang

Anonymous said...

Penyakit nie bkn kat Slangor jer la..leh di katakn kebanyakan serupa jerk.. kes kat tempat aku..ketua pemuda bahgian sama nasib ngn Khairi..hua..ha..ha..menang ketua pemuda , tapi x dpt apa2 projek..padan muka..pembelot.masa nk bertanding pikat pemuda pakai kem Mukris dan menang gi KL sokong KJ..kan haram j****...nama tu..leh bitau plak org kg kata dia tukar kem sbb Mukris macam x berwawasan..hah ..sekarang rasa kan.

Anonymous said...

PRU 13 makin byk la negeri jatuh kat pembangkang