Friday, June 11, 2010

Perlukah UMNO Selangor Dirombak ?

Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi UMNO tidak pernah menghalang ahli-ahlinya untuk menyuarakan suara mereka. Apatah lagi dibawah kepimpinan baru sekarang yang amat menitik beratkan suara ahli akar umbi.

Oleh yang demikian, hari ini saya ingin mengajak ahli-ahli UMNO terutamanya yang dari Selangor berbincang dan memberi pendapat anda semua berhubung dengan UMNO Selangor. Perlu atau tidak UMNO Selangor dirombak semula ?

Pada pandangan saya, UMNO Selangor sekarang berada pada tahap yang lemah dan ianya memerlukan suntikan baru. PKR di Selangor sekarang sebenarnya berada pada tahap yang cukup lemah. Bermacam isu dan pelbagai masalah. Tetapi, selemah-lemah PKR lemah lagi UMNO Selangor.

Mereka tidak cekap dan tidak pandai mengambil kesempatan diatas kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh parti yang memerintah Selangor sekarang. Saya tidak tahu dimana silapnya ?

Adakah kerana mereka sudah banyak lemak dan tidak mampu untuk bertarung lagi atau mereka hanya bersandarkan kepada keajaiban Datuk Seri Najib sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Dalam hal ini kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada DS Najib. Kita faham yang beliau seorang PM dan memegang pelbagai jawatan lagi. Satu negara perlu dijaganya. Belum lagi dikira urusan antarabangsa. Sudah tentu beliau menghadapi masalah masa.

Masalah yang saya nampak ialah orang-orang dibawah DS Najib yang gagal menjalankan tugasnya di Selangor. Jika keadaan ini berterusan dan tidak dibaiki dengan segera saya rasa kita boleh lupakan hasrat merampas kembali Selangor.

Antara yang perlu digugurkan daripada kempimpinan UMNO Selangor seperti berikut.

Noh Omar - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.
Gagal memainkan peranan dan memberi tumpuan kepada UMNO Selangor. Masih lagi mengamalkan cara politik tradisional sedangkan budaya politik sekarang telah berubah.

Mungkin juga kerana beliau tidak merasakan yang dia pembangkang kerana dia berada dalam pentadbiran kerajaan pusat. Apabila dia tidak merasakan dirinya seorang anggota pembangkang ,sudah tentu dia tidak bersemangat untuk berentap dengan kerajaan Selangor.

Jika khidmat Noh masih diperlukan dalam UMNO Selangor, maka dia perlu letak jawatan sebagai menteri dan beri tumpuan 100 % kepada UMNO Selangor. Jika dia mahu kekal sebagai menteri, maka dia boleh lupakan UMNO Selangor.

Suhaimi Ghazali - Ketua Pemuda UMNO Selangor
Mamat ini saya tidak perlu komen panjang-panjang. Satu Selangor sudah tahu tentang kematian pucuk akal fikirannya. Perjuangannya hanya untuk kepentingan peribadi.Beliau sesuai menjadi ketua murid (ketua pengawas) kepada murid-murid sekolah rendah.

Bukan lagi 100 % gagal, tetapi 1000 % gagal. Kalau saya nak tulis pasal mamat ini tiga hari tiga malam tak habis. Tetapi jika dia tidak digugurkan atau letak jawatan, maka saya akan tulis semua kisahnya dan kisah apa yang dia buat semasa dia menjadi adun Selangor dalam penggal yang lepas.

Satim Diman -Setiusaha Umno Selangor
Yang ini pun lebih kurang Suhaimi juga. Yang saya tidak boleh terima ialah sewaktu dia menjadi pengerusi majlis semasa majlis pengumuman calon Hulu Selangor. Setiausaha kepala otak apa kalau jawatan pemimpin tertingi pun dia tak tahu. Ada ke patut dipanggilnya Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden BN. Sedangkan dalam BN TSMY adalah Timbalan Pengerusi.Satim adalah salah satu contoh kegagalan UMNO memilih pemimpin.

Walaupun rupa kacak tetapi otak lembab. Gagal memainkan peranan dalam keadaan perang walaupun beliau orang lama. Menang tak banyak, hanya 45 undi sahaja tetapi tidak pernah insaf. Masa yang ada bukan nak digunakan untuk bekerja tetapi banyak dihabiskan di padang golf.

Abdul Shukur Idrus - Ketua Penerangan UMNO Selangor
Gagal...gagal...gagal....cuba kita semua pakat-pakat tanya dia sepanjang dia memegang jawatan berkenaan sudah berapa kali dia turun berceramah. Bukan maksud saya ceramah yang dianjurkan olehnya, tetapi yang DIA SENDIRI BERCERAMAH.

Ramai ahli dan ada di juga di kalangan pemimpin UMNO yang sering mengutuk Datuk Ahmad Maslan, kononnya dia gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO pusat. Tetapi seteruk-teruk Ahmad Maslan di mata orang yang mengutuk itu, dia tetap komited menjalankan tugasnya. Seluruh negara dijelajahinya untuk berceramah dan dia berjaya dalam program Juara Rakyat yang dicetuskan olehnya, hingga PM pun mengiktirafkan program tersebut dan minta ianya diperluaskan lagi.

Apabila teringatkan Juara Rakyat yang dicetuskan oleh Ahmad Maslan, saya teringatkan arwah Tok Mat yang mencetuskan program Semarak semasa zaman Tun Dr M menjadi PM. Dan ternyata program-progran begitulah yang merapatkan pemimpin dan rakyat.

Semasa BN menjadi pembangkang di Trengganu dulu, pujian harus diberikan Datuk Seri Idris Jusoh dan rakan-rakannya. Mereka komited dalam usaha merampas balik Trengganu dari Pas. Akhirnya usaha mereka berjaya dan dalam pru 2004 BN berjaya tawan balik Trengganu. Saya masih ingat lagi bagaimana Idris Jusoh melancarkan Gelombang Biru bersiri. Di Selangor sampai hari ini Noh Omar dan Shukur belum mencetuskan apa-apa gelombang lagi.

Lihat gambar bernombor 26 di sini dan lihat juga laman web penerangan UMNO Selangor di sini. Laman tersebut dikemaskini 'setiap hari' nampaknya. Kalah Utusan Online, malaysiakini dan parpukari.

Cukuplah setakat ini dulu untuk kali ini. Saya akan menulis dengan lebih keras lagi selepas ini. Saya minta anda semua kemukakan pendapat atau suara anda disini. Maklumat daripada anda juga diperlukan tentang orang-orang di atas. Anda boleh hantarkan melalui komen atau e mel kan kepada saya di rbf_501@yahoo.com. Saya tidak akan siarkan alamat e mel anda.

Saya beri ruang seluas-luasnya kepada anda untuk suarakan pendapat anda demi menyelamatkan UMNO Selangor. Gunakan hak demokrasi anda di dalam UMNO demi kesinambungan parti keramat ini dan untuk menyelamatkan Selangor.



















18 comments:

Anonymous said...

Salam Bro rbf,

Inilah sebenarnya kumpulan sasaran untuk slogan: Selangor Bangkit!. Tak perlulah kita jauh turun ke rakyat marhaen, lihat dahulu mentaliti dan gerakkerja pemimpin UMNO Selangor.

Tapi, apa yang berlaku? Saya melihat ramai pemimpin UMNO gagal memainkan peranan yang efektif dalam isu-isu di Selangor tercinta ini. Mentaliti fuedal spt bersifat defensif seperti dalam kes judi bola terserlah. Sekali lagi, mentaliti ini sgt kuat dalam sanubari pemuda. Tabik spring bagi pemuda untuk membantah isu lesen judi, tapi suara pemuda hilang dalam isu-isu lain. Sifat defensif inilah yang telah menyebabkan Selangor tercintaku ini rebah tersembam ke bumi. Belajarlah dari pengalaman, dimana dgn asakan bertalu-talu, waima fitnah pun akan menjadi kebenaran. Inilah strategi pakatan haram. Jadi, pemuda harus berfikir bagaimana untuk menyerang semula. Klu tuan minat bolasepak, saya beri satu "wisdom thought" (dgn izin) " a good defensive tactic is to attack!". apabila diserang, baru nampak pemuda. tapi, apabila berpeluang menyerang, tidak menyerang. Yg diserang, PM, minta PM bagi portfolio kat tu haa.... Apa punya mentaliti...

UMNO Selangor memerlukan gerakan tersusun bagi mendapatkan undi mutlak. Mana perang saraf? Mana ceramah gaya old school untuk terus berhubung dengan pengundi yang tiada akses kepada blog? Mana dia penerangan? mana? mana? mana? UMNO Selangor harus bergerak, bergerak dan bergerak. UMNO Selangor "must educate its members and voters". Mohon yang malas buat kerja .... resignlah.... yg tak efektif, resignlah.... terutama Ketua Pemuda UMNO Selangor, Sdr. Suhaimi Ghazali, ikon manifestasi kegagalan tanpa sempadan di Selangor.

Berubah sebelum rebah. Nak menang ke tak nak?

Aku Pejuang Kecil
-Melayu Bangkit!!!-

Apai Ngelai said...

SALAM,

NAMPAK GAYA, UMNO SELANGOR KENA BUAT TRANSFORMASI DARI SETIAP SUDUT. KELEMAHAN INI AKAN MENJADI PUNCA SELANGOR AKAN TERUS DIJAJAH PEMBANGKANG DAN SAUDAGAR PASIR.. KENA BERUBAH SEBELUM DIJATUHKAN BUAT KALI KEDUA.

mat nisfu said...

Kesimpulannya.... UMNO Selangor memang hampeeh habis. Pemimpinnya bak kata org utara .. darai. ( Adik beradik pondan le tu ).

Kalu Najib masih x sedar situasi ini, sahle , next PRU, PKR terus perintah Selangor.

Anonymous said...

Kalau x de suntikan imbuhan duit mmg x geraklah wahai UMNO Selangor , x kan x perasan kot selama ini wanglah yang jadi penggerak utama ..hehe...
Semua nak imbuhan , kerja malas , transformlah jadi robot apa pun .. UMNO dah x releven , haha ... fikir2kanlah .. salamat maju jaya... kalau kalah lagi PRU nanti transformlah jadi bakul sampah...

-Ahli UMNO-

Ruang Balun Faisal said...

Aik, nak rombak apa nye ni faisal? Umno selangor bukan 'We Have The Numbers' ke? Hahah. Ko tau apa masalahnya dgn umno selangor ni? Masalahnya org mcm ko ni, yg ko sibuk nak cakap psl politik buat apa? Cakap takde isi, baik ko ckp psl artis, ikutla sikit bini ko tu, ko tak takut bini ko dah ke? Hahahah blogger yg paling ckp takde isi dan syok sendiri mmg ko laa..kita kalah next pru nanti pon mmg sebab ko la faisal, takde org lainn...

Anonymous said...

Bagus bro... kata2 berani inilah yg kami tunggu pemuda2 dlm selangor nie.. aku sebagai anak klang sendiri kecewa.. dok tunggu2 apa pun tarak.. hampeh.. tue pasal ramai pemuda pemudi sini dah serong ke arah pkr.. so jgn salahkan mereka jika trus kalah dan kalah.. tak mustahil umno selangor leh pupus... aku harap ia tidak.. perlukan perubahan mendadak.. bg aku Noh Omar tue sendiri boleh blah.. aku tak nak org cam dia.. cakap berdegar2 apa pun tarak...

Anonymous said...

Masalahnya anda juga. Masa inilah anda kutuk , tetapi masa PRK ke semua anda puji semata-mata utk menangkan calon BN. Kalau mcm ni berterusan, memang tak perlu susahlah pemimpin BN utk bekerja keras krn masa kempen p/raya , blogger mcm saudara asyik puji sana-sini. Mentaliti otak pemimpin UMNO & BN memang mcm ni , janji menang pilihanraya. Sepatutnya anda tak perlu sngt condem ke PKR, PAS @ DAP, kerana org akan semakin menyampah pd BN khususnya UMNO. PRK hulu Selangor, kalau tidak krn Najib tawarkan duit pd peneroka , tentu BN qakn lingkup.

Anonymous said...

UMNO Selangor sudah hilang taring. Buat baik pun Pembangkang salahkan UMNO juga. UMNO sudah banyak berjasa kepada orang Melayu. Berilah semangat agar UMNO terus berjuang pertahan hak Melayu. Semoga UMNO sahut cabaran RBF untuk berubah.

Abu Abdullah Anas Al Banji said...

Assalamu alaikum sdr Faisal

Pendapat saya, kelemahan UMNO Selangor ini sepertimana pertubuhan siasah yang lain, berpunca daripada perpecahan yang meretak kesetiaan ahli sehingga ke akar umbi.

Sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaiannya. Amatlah jelas betapa kini parti Muslim Melayu Malaysia dahagakan pemimpin yang berkarisma dan berani bagi menyatukan pemikiran dan hati rakyat, terutamanya di Selangor.

Semoga usaha mengetengahkan pemimpin seperti ini tidaklah dihalang oleh kelompok dalaman melalui amalan jijik politik cantas yang didalangi gejolak nafsu kuasa dan pangkat yang bakal merosakkan umat Muslim Melayu Malaysia.


Sekian dan Wassalam
http://muslim-melayu-malaysia.blogspot.com/

gabnx potong dua said...

Ruang Balun Faisal tu cam org yg kena perli je.. hahaha.. rilek le bro! sapa mkn cili, dia yg terase pedasnya... wakakakakakakakakakakakka

hanizam said...

memang patut pun YB Noh Omar letak jawatan sebagai menteri...tumpukan perhatian pada local je...

PRU 13, tanding DUN...Parlimen bagi Pok Khir...ada rezeki jadi MB...telent dah ada, cakap leserjet...memang YB PAKATAN kecut telur...

harap YB ambil perhatian komen ikhlas blogger...


JANAGN MIMPI BASAH lak...konon dapat rampas selangor dalam mimpi...

Anonymous said...

Bro Faisal,
Sebagai pemuda yg duduk di Dengkil, kami sepakat utk tidak bersetuju dgn kenyataan yang bro keluarkan mengenai Ketua Pemuda kami. Sepanjang menjadi ADUN khususnya, YB Dato, telah menunjukkan satu komitmen yang cukup tinggi dan akhirnya, dikecewakan oleh mantan MB. Apa punya turr daa. Namun jiwa yg tebal dengan kesetiaan kepada parti, beliau bangkit utk terus menabur bakti kepada UMNO bersama-sama barisan exco yang tidak kurang hebatnya. Sokongan dari ketua-ketua pemuda cawangan di bhgn Sepang adalah tidak berbelah bagi. Adalah lebih baik saudara jaga tepi kain di negeri saudara sendiri dari sibuk2 di negeri orang yang mana saya yakin saudara sendiri tidak buat homework dgn apa yang saudara tulis. Setakat dapat maklumat dari sumber2 yg tah apa2 dan dimasukkan kedalam blog ni, ternyata telahan saudara seperti kera kena belacan.
Apa yang kami lakukan tak perlulah utk dipertontonkan kerana bukan itu matlamat kami. Pada hemat kami, blogger2 seperti saudara inilah yang semakin menambah parah pada UMNO.

-Pemuda UMNO Dun Dengkil-

Anonymous said...

Apa salahnya kalau tiru stail PAS buat ceramah. Naik lori jer..

Pilah ke setiap taman perumahan yg ada. Tak perlu ada kenduri besar2. Yg penting buat promosi besar2an supaya org tau.

Kasi topik gempaq, sure menjadi.

azman said...

Assalamualaikum sdr RBF

Bukan ape rbf dorang ni penuh ngan puak puak...kalau puak tu buat puak ni tak sokong, abih mcm mano?. Lagi satu yang saya lihat, dorang takut kalau tercuit nanti tokak,kudis,panau, kurap kayap dan segalanya,yang selama ini ditutup rapat dengan memakai baju UMNO.

Sepatutnya Najib nampak, tapi sebok membuatkan dia tak dapat memuktamadkannya.Dia biarkan kebodohan PR yang membukakkan mate rakyat Selangor.Dan diharapkan blogger semua di selangor jangan jemu membantu mencelikan mate rakyat Selangor.

Sebagai rakyat taklah kita susah sangat kalau PR perntah pon,kita dapat gak makan mcm biasa, ape ku kesah, dapat gak naik keta kesana kemari.Tengok kat Kelantan dorang tak mati pon.

UMNOAPCO said...

UMNOAPCO dah tak releven .. pulus
sudah putus !!! Masa untuk meroyan sudah mula .. akhirnya ugut mengugut untuk melompat ke Pakatan akan bermula.

Inilah cara nak pulun pulus yang sedang putus .. cacamarba lah grombolan United Mungkee ini ha ha ha ha ha ha .. sempoiiiii.

Anonymous said...

Setengah thn 2010 dah masuk. Sejak S'gor dirampas PR pD Mac 2008 hinggalah hari ini, tlh 2 thn 3 bln berlalu. Nmpknya tsunami hilang arah tuju, bangkrup idea & strategi serta luntur jatidiri & semangat perjuangan telah melanda pemimpin UMNO S'gor..lebih 2 thn langsung tiada gerakan (spt Gelombang Biru T'ganu) yg meyakinkan utk ambil semula S'gor kecuali cakap2 & janji2 retorik waktu retreat, PRK H.Sel, ucapan2 pemimpin S'gor di mana-mana shj..Cukupkah itu semua utk menewaskan kerajaan PR di S'gor ini?..UMNO hanya ada 20 kerusi, parti komponen susah nak hrp utk bantu. 20 kerusi itu pun hmpir 1/2 menang majoriti tipis..Cnth Dato Satim maj. hanya lebih 45 undi. Jgnlah mimpi disiang hari, jgn jadi ayam jantan kokok berdegar tapi ekor penuh bergelumang tahi. Ambillah pndgn, teguran & kritikan sbg sesuatu yg positif, jgn egois & punya sindrom penafian kpd realiti..BERUBAH ATAU REBAH.- PANGLIMA HITAM.

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro Faizal..

UMNO SELANGOR PERLU DIROMBAK

Kedangkalan YB Noh bin Omar selaku timb pengerusi umno sgor sudah terserlah...mlm tadi sekali lagi YB Noh menjadi pembohong besar..bg tau kat berita UMNO sgor sudah buat prog dn sdg rancang prog padahal habuk pun tarak...sembang boleh tahan...SUBUR dn jadi JUBUR..kotak ikan berisulasi dh jadi keranda..skrg sibuk pulak nak bela lembu..itulah pemimpin tertinggi UMNO Sgor yg palaing pandai bermuka-muka...semua jawatan nak di sapunya, tak cukup sebagai TIMB Pengerusi UMNO Sgor dan Ketua bah Tg Karang...skrg pulah dah jadi penyelaras UMNO Bah Sabak Bernam dan Bah Pandan...konon nak jadi hero dan penyelamat, tp sepanjang jadi penyelaras langsung huru-hara bah di buatnya...bukan menyelesaikan masalah ttp lagi menimbulkan masalah...selagi ade YB Noh dalam UMNO selagi itulah sgor akan terus di bawah Pakatan Rakyat...aku selaku pemimpin kecil UMNO dah jemu dgn gelagat YB Noh yang suka bermuka-muka berpihak kepada yang salah sebab dia kroni...org yg dah di gantung dalam UMNO pun nak di sanjung-sanjung...UMNO ini bukan hak mutlak YB Noh sorang...INGAT!!!!grass root sedang memerhatikan gelagat anda..YAB Perdana Menteri dan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sgor harus melakukan rombakan dgn gugurkan NOh selaku timb...ambik semula YB Khir Toyo utk membangkitkan aroma perjuangan UMNO...kite perlukan pemimpin muda yang kuat dan bukannya kuda tua yang dah semput...sudah 2 tahun setengah sgor dibawah PR...ape tindakan UMNO Sgor...kalau bukan YAB Dato Seri Najib suruh buat juara rakyat kat Hulu Selangor maka UMNO sgor akan terus kaku dan bisu...UMNO Sgor bukan sekuat dahulu di setiap bahagian ade sahaja masalah masing-masing..tapi masalah yang paling besar adalah YB NOH BIN OMAR...bersalam dengan orang pun bukan nak pandang muka..inikah namanya pemimpin yang mesra rakyat...kalau salam tangan PM sampai cium tangan, sah dia ni kaki ampu, bodek kuat dan kaki kipas..saya bukan dengki dengan YB Noh tetapi krn sayangkan UMNO perkara seumpama ini harus dibongkarkan...UMNO Sgor harus melakukan transformasi... drpd Ketua UMNO Caw Tok Khalifah

mryap said...

Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
52100 KUALA LUMPUR