Wednesday, June 30, 2010

Polis !!! Lagi Perhimpunan Haram Di KL

Selama ini saya tidak pernah sesekali mengkritik PDRM di dalam blog ini. Hari ini adalah kali pertama saya nak kritik. Bukan niat saya untuk mengajak pembaca memandang serong kepada polis, tetapi sekadar meluahkan pendapat.

Dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini sudah beberapa kali pihak-pihak tertentu menganjurkan perhimpunan haram di KL. Bermula dengan BERSIH kemudian PPSMI dan yang terkahir ialah Gerakan Mansuhkan ISA. Nama penganjur lain, nama perhimpunan pun lain, tetapi orang tetap yang sama.
Tetapi nampaknya pihak-pihak ini semakin hari semakin galak untuk menganjurkan perhimpunan haram. Pada 3 Julai ini (sabtu) satu lagi perhimpunan haram akan diadakan di KL. Kali ini bagi membantah lesen judi. Seperti mana yang dilaporkan di sini dan di sini.

Kenapa semakin hari mereka semakin galak ? Sebabnya ialah kerana polis berlembut dengan mereka. Tiada langsung tindakan tegas diambil oleh polis atau mahkamah terhadap individu-individu yang menganjurkan perhimpunan tersebut.
Sebagai contoh ialah perhimpunan GMI yang diadakan tahun lepas. Yang ditangkap oleh polis ialah orang ramai yang hadir dalam perhimpunan tersebut. Sudah hampir setahun peristiwa itu, tetapi sehingga ke hari ini kepala barua kepada perhimpunan tersebut iaitu Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi GMI) tidak pernah ditangkap oleh polis atau didakwa di mahkamah kerana menganjurkan perhimpunan haram dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Kerana sebab-sebab itulah yang membuatkan mereka makin galak menganjurkan perhimpunan haram. Sebab mereka tidak takut kerana beberapa kepala perhimpunan haram yang lepas-lepas tidak didakwa di mahkamah. Lepas begitu sahaja.

Jika dulu rakyat KL pening kepala dengan masalah banjir kilat yang kerap melanda KL yang boleh melumpuhkan aktiviti seharian di ibu kota. Kini masalah banjir sudah selesai selepas Terowong Smart beroperasi. Tetapi timbul penyakit baru pula, iaitu penyakit perhimpunan haram. Dari akhir 2007 hingga ke sabtu ini sudah dan akan ada 4 perhimpunan haram diadakan di KL sepanjang tempoh tersebut.

Mereka-mereka ini tidak ada otak, mereka hanya ada otak untuk fikir pasal politik sahaja, pasal kesusahan orang ramai tidak pernah mereka fikirkan. Setiap kali perhimpunan haram diadakan hampir lumpuh ibu kota jadinya.

Jalan sesak, peniaga tutup kedai, bas sangkut, pemandu teksi tak boleh cari makan, kawasan kotor, harta awam rosak dan beberapa masalah lain lagi.

Oleh yang demikian saya berharap polis dapat mengambil tindakan yang betul-betul tegas kali terhadap penganjur. Jangan biarkan mereka bermarajalela. Semakin hari mereka semakin naik lemak disebabkan tindakan ‘mesra’ polis terhadap mereka selama ini.

Setiap kali sebelum perhimpunan berlangsung, kita semua boleh lihat betapa bengisnya polis memberi amaran keras di kaca-kaca tv atau surat khabar . Amaran tersebut diberikan kepada penganjur dan juga peserta.

Bila perhimpunan berlangsung pula polis tangkap ikan-ikan bilis sahaja. Ikan jerung yang menjadi kepala tidak ditangkap. Kemudian bila sudah ditangkap beberapa jam dilepaskan dengan jaminan polis.Kepala penganjur bebas ke sana sini. Habis setakat itu sahaja.

Sebab itu mereka naik lemak, kerana mereka tahu polis ‘mesra’ dengan mereka. Selepas itu mereka buat pula perhimpunan. " Ah tak kisah, jangan takut polis hanya bagi amaran ja, jangan bimbanglah, tak kena punya" mungkin itu kata hati kepala-kepala penganjur perhimpunan.
Terbalik motosikal polis mereka kerjakan

Saya nak tanya pegawai-pegawai polis , tidak rasa tercabarkah anda semua dengan manusia-manusia yang mempermain-mainkan anda dan undang-undang negara ?

Satu lagi soalan saya , kenapa kepala penganjur demo GMI iaitu Syed Ibrahim Syed Noh tidak ditangkap atau didakwa sehingga kini ?

10 comments:

Anonymous said...

kan bagus kalu dieorg nih buat perhimpunan daftar pengundi..
lagi bagus..pastu pilih la sape parti korang nak pilih...

Anonymous said...

aku pun hairan , napa PDRM macam takut sangat nak bagi pengajaran pada manusia2 laknat ni ?

PDRM seolah patah taring , yg ada cuma mulut dengan gusi je , taring dah kena cabut oleh para pemimpin pembangkang ,
kalau beginilah keadaan , PDRM jgn berkecil hati apabila masyarakat memandang dorang sebagai pak pacak ja , jadi patung penanda jalan ,

harapan rakyat ialah , PDRM kena main kasar sesekali , jgn biarkan para perusuh bermaharajalela sesuka hati , tangkap ketua penganjur dahulu , tangkap kesemuanya , PDRM kena dengar suara rakyat , rakyat dah boring asyik2 ada Demo , menganggu orang ramai dan peniaga kecil , jalan sesak dan sebagainya ,

PDRM diharap lebih berkesan , jgn terlalu lembik dan lembut , tak ada maknanya , rusuhan dan Demo demi Demo ini harus dihentikan ,

john said...

skrg nie bukan leh suka2 tangkap bro...nanti ada le tukang canang kata polis kejam....

Anonymous said...

kang polis pulak kena dakwa dimahkamah. menteri boleh bg amaran je....x berani ambik tindakan tegas.
mmg pelik dan ajaib klau yg menganjur tu x ditahan....knp ya?
udah udah le tu..dh kerajaan x lulus dh lesen judi x yah le nk berdemotrasi...byk benda lain yg boleh dibuat kat rumah tu...hari sabtu luangkn le masa bersama keluarga.....

Anonymous said...

bukannya apa..dia orang dah bagi persepsi yang buruk tentang polis jadi polis pun takutla kot2 kena ugut saman juta2 pasal tu la sekarang ni polis2 dh slow down dengan puak bewak ni

Anonymous said...

Yg nk berdemo tu la melayu2 bodoh nak mampos..ada ko nampak orang2 cina ke india ikot sama2 korang terlalak-lalak..demo untuk menguntungkan bangsa lain..menyusahkan warga kota..

Anonymous said...

En John

Pedulikan tukang canang tu...diaorang tak leh buat apa2...kita ada undang2...kalau leh tukang2 canang tu tangkap skali..kepada pak polisi jlnkan t/jawap anda...tangkap melaun2 niiii...lebih2 lagi ketua segala barua melayu Aljuburi...

Anonymous said...

Pecat Musa Hasan dari KPN, lantik jadi senator dan seterusnya lantik jadi Menteri Dalam Negeri.Rasanya setelah itu baru pihak Polis akan betul-betul bertindak.Sekarang ini pihak kerajaan (KDN) pun tidak pernah keluarkan arahan untuk bertindak.Jadi puak-puak tu berasa boleh buat sesukahati saja.Kepada pihak Polis sesekali perlu juga bersikap keras.Tak perlu la tunggu arahan dari pihak mana-mana untuk bertindak.Kalau dah benda salah depan mata,bertindak lah.Jangan sampai dah melarat baru nak buat,dah tak guna.

Mesin Taip Buruk said...

Ni masalah bila menteri jaga polis penakut dan lembik. Dah tiba masanya menteri jaga polis serah pada mereka yg lebih bertelur...

Erman Syahid said...

Polis bukannya takut.. polis hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.. kalau tangkap sekalipun bila masuk mahkamah dilepaskan buat apa. Undang-undang sekarang ini boleh dipertikaikan..Buat salah tak buat pun salah itulah hakikatnya, yang manjadi mangsa polis......menteri nak tolong ke.. menteri pun pondan, amaran.amaran itu je yang dia tahu.
Ini lah akibatnya apabila sesebuah kerajaan itu tidak kuat... tepuk dada tanya Tun dol.