Saturday, June 26, 2010

Ribut Di Selangor : Team Gagap vs Team Dayus

Apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini ringkas sahaja. Tidak sampai 200 patah perkataan pun, tetapi ianya membawa mesej yang amat dalam dan bermakna kepada rakyat Selangor.

Sejak dari mereka menubuhkan kerajaan di Selangor pada 8 Mac 2008 hingga ke hari ini situasi politik di Selangor tidak pernah aman ataupun sentiasa bergolak. Dari sebuah negeri yang kaya dan maju ianya boleh menjadi sebuah negeri yang mundur dan bankrap.

Sekarang rakyat Selangor boleh menilai balik yang mana intan dan yang mana kaca. Oleh yang demikian berubahlah wahai rakyat Selangor sebelum Selangor mundur dan bankrap.

Sepertimana yang kita tahu konflik antara Azmin Dayus dan Khalid Gagap heboh diperkatakan dua tiga hari ini. Semuanya kerana kegilaan Azmin Dayus untuk menjadi MB.

Semasa kemenangan PKR pada tahun 2008 Azmin tidak berapa minat untuk menjadi MB kerana dia percaya dan yakin Anwar akan menjadi PM pada 16 september 2008 dan sudah tentu Azmin akan ada jawatan yang lebih baik dari jawatan MB. Kini peristiwa 16 September sudah menghampiri dua tahun Azmin masih lagi tiada apa-apa jawatan. Harapan tinggal harapan, Azmin tertonggeng Anwar sondol.

Setelah gagal di sana maka Azmin kembali mengacau di Selangor. Cerita ini sebenarnya bukan cerita baru, ianya telah lama kedengaran cuma tidak sekuat sekarang. Azmin semakin naik syok bila ada beberapa ahli parlimen dari luar Selangor yang sanggup menjadi tukang pukul canang kegagalan Khalid Ibrahim.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, orang-orang yang menyokong Azmin di sini ialah orang-orang yang kecewa kerana gagal mendapat perniagaan atau projek di Selangor. Sekarang mereka ingin menjadi hero untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dan mengangkat Azmin sebagai MB dengan harapan mereka akan mendapat durian runtuh sekiranya Khalid jatuh dan Azmin naik.

Belum pernah dalam sejarah politik negara ahli-ahli parlimen negeri lain sibuk mencampuri urusan politik sesebuah negeri. Inilah yang dikatakan PKR serba boleh,sama rata sama rasa depan belakang sama sahaja.

Sepanjang 50 tahun BN memerintah negara ini pernahkah anda semua lihat ahli parlimen dari Trengganu meminta MB Johor letak jawatan atau sepanjang 20 tahun Nik Aziz menjadi MB pernahkah anda dengar ahli parlimen PAS dari Kedah meminta Nik Aziz meletak jawatan ? (contoh)

Bila saya menulis begini bukan bermaksud saya menyokong Khalid Ibrahim. Khalid Gagap saya tak sokong, Azmin Dayus pun saya tak sokong. Bagi saya tak kira siapa, asalkan dia PKR maka kita mesti tentang habis-habisan. Haram bagi kita menyokong PKR kerana mereka mengangkat kaum nabi luth sebagai pemimpin. Sedangkan Nabi pun tak mengaku umat, kita pula nak angkat mereka sebagai pemimpin. Sorry....

Berbalik kepada apa yang berlaku di Selangor, Azmin tidak akan berjaya menjadi MB kerana Khalid Ibrahim mendapat sokongan padu adun-adun DAP. Azmin kena ingat DAP adalah rakan kongsi kedua terbesar di Selangor,mereka ada 13 kerusi. Tanpa sokongan mereka Azmin tidak akan dapat menjadi MB.

Bagi DAP Khalid Ibrahim adalah rakan mereka yang baik dan sanggup sehidup semati dengan mereka. Khalid berjaya memenuhi apa sahaja kemahuan mereka dan bagi mereka juga jarang anak melayu dapat bersifat begitu. Bodohlah mereka jika sanggup melepaskan Khalid dan memberi laluan kepada Azmin.

Lagi satu Azmin bukan anak Selangor jati, saya difahamkan dia dilahirkan di Singapura dan membesar di KL. Ada juga cakap-cakap mengatakan sekiranya Khalid tetap jatuh maka DAP akan minta Yaakop SaFari dinaikkan sebagai MB,itu pun jika mendapat perkenan Tuanku. Tetapi kalau nak diikutkan Yaakob pun tak boleh juga. Ini kerana Yaakop juga bukan anak Selangor, dia anak Johor.

Daripada adun-adun PKR melayu yang ada di Selangor sekarang hanya Khalid Ibrahim sahaja yang betul-betul anak Selangor dan tercatat dalam IC nya kod 10. Yang lain semua orang luar. Hancur rakyat Selangor, wakil rakyat semua orang luar Selangor. Ini satu lagi fakta baru yang menarik dan harus disebarkan kepada rakyat Selangor.

Pilihan terbaik yang ada sekarang untuk diangkat sebagai MB sekiranya Khalid berjaya digulingkan ialah tidak lain tidak bukan Datuk Dr Hassan ibnu Ali. Anak Selangor jati, berpengalaman sebagai pentadbir, disenangi oleh rakyat ,kakitangan kerajaan dan juga Istana. Soal PAS hanya memiliki 8 kerusi di Selangor bukan isu besar. Di Perak PAS hanya ada 6 kerusi sahaja tetapi Nizar Lambai boleh juga diangkat sebagai MB.

Bukan bermaksud saya menyokong Hassan Ali, tetapi saya menyatakan itu pilihan terbaik yang ada untuk sementara waktu untuk menyelamatkan Selangor dari terus hancur. Apa lagi pilihan yang ada, nak suruh Khalid bubar dun ? Ha ha ha....kalau dun Selangor dibubarkan pada hari ini saya tidak tahu apa untung nasib BN di Selangor.

Saya tidak tahu samada jentera p/raya mereka berada dalam keadaan bersedia atau tidak. Silap-silap dun bubar baru nak bentuk jentera. Tahun lepas lagi saya pernah mencatitkan di sini agar jentera p/raya sentiasa bersedia kerana segala kemungkinan boleh terjadi dalam politik Selangor. Jentera p/raya hendaklah sentiasa bersedia sepertimana anggota bomba bersedia di balai bomba menanti panggilan kecemasan.

Akhir kata baik si Gagap atau si Dayus, kedua-duanya tidak layak menjadi MB Selangor. Jika Azmin terlalu teringin sangat nak jadi MB tolong jelaskan kepada rakyat dakwaan Nallakarupan bahawa beliau dan Anwar bergilir isteri dan tolong buktikan kepada rakyat dengan telus status Afifa, anak siapakah itu ? Anak Azmin atau adik Nurul Izzah ?


2 comments:

Pak Din said...

DAP boleh terima ke si Azmin tu. Cakap Anwar pun DAP berani lawan.

Anonymous said...

ada .... ahli parlimen umno selalu suruh TGNA letak jawatan ... selalu jgn cakap x der .. lagi hampeh.. bukan setakat TGNK byk algi bro