Semalam blog GAP melaporkan ura-ura tentang adun BN Sri Serdang yang juga setiausaha UMNO Selangor iaitu Dato' Satim Diman bersedia meletakkan semua jawatan beliau termasuk jawatan adun dan juga jawatan ketua bahagian.Disaat berita tersebut masih lagi menjadi tanda tanya , tiba-tiba saya mendapat petunjuk baru hari ini. Mungkin berita yang menjadi tanda tanya itu akan bertukar menjadi kenyataan.
Saya difahamkan pagi semalam (khamis) telah berlangsung mesyuarat adun-adun BN Selangor di Shah Alam. Difahamkan Dato' Satim tidak menghadiri mesyuarat tersebut.
Sepatutnya beliau sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan juga Timbalan Ketua Pembangkang Dun Selangor wajib menghadiri mesyuarat penting tersebut dalam menentukan hala tuju BN bagi merampas balik Selangor daripada PKR.
Adakah dengan ketidakhadiran beliau ke mesyuarat penting tersebut semalam adalah petanda yang beliau akan melepaskan semua jawatannya ?
Sama-sama kita tunggu penjelasan daripada Dato' Satim samada benar atau tidak beliau akan meletak jawatan.
8 comments:
Salam Sdr rbf,
Nampaknya, msg bloggers dan commentators telah sampai ke kumpulan sasaran. Alhamdullillah, keadaan panas ini diharap dpt membuka ruang baru untuk kebangkitan semula UMNO Selangor.
Kepada yang tidur, kami ingin anda bangkit, masih ada peluang yang sanggup diberikan. Kepada yang tiada mampu, anda lebih tahu apa kesimpulannya, terutamanya Ketua Pemuda UMNO Selangor, Sdr Suhaimi Ghazali.
-Melayu Bangkit!!!-
Please Make Nation of Muhammad Very strong
Put this loge in your blog
And please help me for make
this Campaign Internationality in anther blog of Muslim
I am from Makkah and I don’t no English very well only Arabic
Thank you
God bless us
The Link
http://krkr111.blogspot.com/2010/06/campaign-one-body.html
kebanyakan adun BN tak buat keje, wake up, ni bukan zaman 90 an...pengundi laa ni sangat kritikal...kalau tak buat keje berundur jer laa...
Aiseh, ni kawasan ana.....
Sama-sama kita berdoa bagi bn lingkup..
Apa depa buat selama niii....selepas Retreat Selangor di PD. Aduuuh...letiiihlaa macam nii. Berapa orang pimpinan atasan yang jadi laguu ni.Pimpinan di akar umbi jadi macam anak ayam kehilangan ibu...tercungap-cungap..
salam, faisal
ko tulis la sikit, apa cerita kumpulan amran ahmad DAP menang dalam pemilihan baru NUJ Utusan Melayu.
umno bangang tahap lembu..penyokong dia lagi bangang drpada pemimpin dia...umno for dummies
Post a Comment