Monday, June 21, 2010

Senarai Hitam Saman Ekor : Kerajaan Perlu Hebahkan Awal

Setelah membaca apa yang ditulis oleh saudara MSO di sini baru saya pun teringat untuk membicarakan hal yang sama.

Baru-baru ini ada seorang pembaca menghantar e mel kepada saya minta saya tuliskan perkara ini. Tetapi oleh kerana masa yang terhad saya tidak berkesempatan untuk menulisnya.

Selain dari e mel pembaca berkenaan saya juga turut mendengar cerita daripada rakan-rakan dan ahli keluarga tentang masalah yang sama.

Saya tidak berniat untuk meminta kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang telah dikeluarkan, tetapi notis awal kepada rakyat itu penting. Selain notis awal harga saman sebanyak RM 300 juga agak tinggi.

Tindakan kerajaan kali ini amat mengejutkan rakyat. Selama ini saman yang ditandatangan sahaja yang disenarai hitamkan jika penerima saman tidak membayarnya. Saman ekor tidak pernah dimasukkan dalam senarai hitam.

Tetapi semenjak ada pelbagai makmal NKRA yang diwujudkan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan penyampaian kepada rakyat nampaknya saman ekor juga turut dijadikan bahan uji kaji dalam makmal berkenaan.

Apa gunanya tubuh makmal untuk meningkatkan penyampaian kepada rakyat tetapi rakyat pula dikejutkan dengan hasil kajian makmal berkenaan.

Saya tidak berniat mempertahankan pesalah-pesalah jalanraya. Undang-undang tetap undang-undang. Tidak kira siapa, peliwat , pelacur, gay, ketua umum atau penasihat ekonomi sekalipun kena patuh kepada undang-undang.

Kalau boleh kerajaan beri ruang sedikit kepada rakyat untuk menjelaskan saman-saman ekor yang mereka ada. Janganlah terlalu tergesa-gesa. Tiba-tiba sahaja rakyat nak bayar cukai jalan atau lesen memandu tidak boleh kerana ada saman ekor yang belum dijelaskan. Kena pula saman ada 5-6 keping, lagi parah.

Satu saman RM 300 x 5 saman = RM 1500, gaji pula sebulan RM 2000. Tolak bayar saman RM 1500 tinggal lagi RM 500. Sewa rumah belum bayar lagi, ansuran kereta belum bayar, lampin anak tinggal 5-6 helai, susu anak pula nak habis. Ahhh....tak payah bayarlah saman,nanti tak cukup duit. Naik kereta tanpa cukai jalan atau tanpa lesen. Jumpa polis lari kerana takut kena saman lagi sedangkan saman lama tak terbayar lagi. Polis kejar tak berhenti, polis ingatkan penjenayah lalu polis pun tembaklah dan peluru pula kena kepala dan terus gollllll. Tinggallah isteri jadi janda dan anak-anak jadi anak yatim. Kerana apa ? Kerana tak boleh bayar samannnnn.

Rakyat lakukan kesalahan lalu lintas, bukannya jenayah. Undang-undang tetap undang undang, buat salah kena bayar saman. Cuma kalau boleh minta kerajaan bertolak ansur sedikit.

Cadangan saya....

Beri tempoh sehingga penghujung tahun 2011 kepada rakyat untuk jelaskan saman-saman ekor yang tertunggak. Ini kerana rakyat boleh bersedia dan mereka boleh simpan atau cari wang untuk membayar saman-saman berkenaan.

Kepada yang ada banyak saman pula mungkin mereka boleh bayar sebulan satu saman atau dua saman sehingga akhir tahun depan.

Jangan sekat sekarang untuk orang yang mempunyai saman ekor tertunggak dari membayar cukai jalan atau lesen memandu. Beri peluang kepada mereka sehingga akhir tahun depan.

Sekiranya sehingga tempoh yang diberikan tamat dan penerima-penerima saman masih lagi tidak menjelaskan saman mereka, barulah mereka disenarai hitam untuk memperbaharui cukai jalan atau lesen.

Masuk 2012 kerajaan dan rakyat buka buku baru pasal saman. Siapa kena saman mereka kena jelaskan dalam tempoh yang ditentukan. Jika tidak mereka akan disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu. Tiada lagi excuse-excuse.

Lagi satu, kalau boleh harga saman RM 300 direndahkan sedikit. Selepas 2012 kalau nak kena RM 300 pun kenakanlah. Pada masa itu rakyat telah bersedia. Hebahan kepada rakyat penting, biar ianya sampai ke segenap pelusuk. Jika hebahan telah dibuat dan mereka tetap berdegil, maka mereka tanggunglah akibatnya.

Punca utama saman ekor boleh tertunggak banyak adalah kerana sikap kerajaan juga. Selama ini kerajaan tidak tegas melaksanakan penguatkuasaan. Jika selama ini penguatkuasaan tegas, tiadalah saman ekor menimbun.

Kenapa selama ini kerajaan tidak senarai hitamkan penerima-penerima saman ekor dari memperbaharui cukai jalan atau lesen ? Sekarang bila dilaksanakan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan penerima harus membayar sekaligus semua saman sebelum memperbaharui cukai jalan atau lesen.

Kasihanlah sikit kepada rakyat. Mahkamah pun boleh kasihankan kepada kerajaan apabila hakim mengurang denda Tian Chua dari RM 3000 kepada RM 2000 tanpa dirayu oleh Tian Chua kerana hendak mengelak diadakan PRK akibat kos yang tinggi.

Tengoklah betapa kasihannya hakim berkenaan kepada kerajaan kerana tidak mahu wang yang banyak digunakan oleh kerajaan untuk PRK. Jika mahkamah boleh bertimbang rasa hingga begitu kepada kerajaan , tak mungkin kerajaan tidak boleh bertimbang rasa kepada rakyat, sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu Rakyat Diutamakan.


27 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya amat bersetuju dengan saudara rbf. Tentang saman ekor ni, kadangkala saya sendiri was-was kesahihannya. Pengalaman saya sendiri, dah beberapa kali surat saman ini sampai di rumah. Yang peliknya, kereta saya ni jenis lama, kalau nak pecut pun laju tak la sampai 80 km, tapi kena saman katanya bawa melebihi 110 km. Logik ke tu? Saya pun pelik dengan dasar kerajaan sekarang ni. Semuanya seolah-olah nak menekankan rakyat aja. Kalau terdesak kerana keadaan ekonomi sekarang, carilah alternatif lain. Dapatkanlah nasihat dari mantan pm kita, Tun Dr Mahathir. Sewaktu beliau kegawatan ekonomi pun pernah berlaku tapi beliau bijak menguruskannya, tanpa menekan dan membebankan rakyat pun. Kalau berterusan menekan rakyat dengan kompaun itu ini, ditambah pula dengan kenaikan harga barang-barang terutama bahan makanan asas seperti gula, tepong, ayam dll yang tidak dapat kerajaan kawal, saya rasa kerajaan sekarang akan kecundang di PRU 13 nanti. Masa masih belum terlewat untuk kerajaan memperbetulkan pentadbiran yang nampaknya seperti ada yang tak kena.

Muhammad Ali Fathanah

Anonymous said...

Kalau boleh bayar 300 tu bayar 3 x lagi bagus. tak pun ganti dengan kerja khidmat masyarakat ke, kalau orang kaya tak pe lah 300 tu celah gigi je, kalau orang gaji 1500 kebawah macam mana pulak. mau susah hati, sebab banyak lagi nak bayar, kereta dah tentu 200/300 sebulan rumah lagi, makan lagi, minyak lagi, sesak sesak, dulu tak pe lah inflasi tak tinggi, minyak 150 sebulan dah cukup, sekarang 250 baru cukup, tu tak masuk nak jalan-jalan, dah le bukan semua tempat ada perkhidmatan awam seperti bas yang ikut time. kerajaan dok bagi peruntukan kat KL/Penang macam lah kat tempat lain tak nak perkhidmatan murah dan cekap.

sekarang nak kahwin pun kena pikir 1000 x.

Anonymous said...

salam,
saya x setuju. dah brp kali kjaan bg peluang. logik perkara ni mudah. kena saman anda kena bayar. x kira saman ekor, tahan dsbnya. dah brp kali polis bg can. bahkan dkt surat saman pun dah kata boleh buat rayuan kurangkan saman dlm masa 2 minggu. knp x pegi buat rayuan? salah sendri jugak. bak kata org putih, 'u must face the music'. kalau boleh kuntau2 x payahlah kjaan saman org bila buat kesalahan. basis pd kjaan flip flop inilah. kjaan kesian sikit x jd kejar penyaman. jd jgnlah salahkan kjaan je kalau kjaan jd flip flop. sbb rakyat pun sama x bleh pakai flip flop. suma atas nama rakyat didahulukan. kenyataan tuan contradict dgn tujuan. xde sapa suka kena saman. tp kalau kena mesti bayar. maaf ckp tuan sebenarnya mengajar rakyat spy flip flop. jd x perlu defend dgn kata 'sy bukan nak defend pesalah jraya bla, bla, bla'. ini suma lip service semata.

teras 4 rukun negara : kedaulatan undang2

jentayu.

Anonymous said...

Salam Bro RBF,

NKRA ( Nak kena Rakyat Ajerrr ) memang sebuah badan yg professional sebab di gaji unt buat kerja. Tapi PM, TPM, Menteri2 dan wakil2 rakyat adalah yg dilantik oleh rakyat unt menjaga kepentingan rakyat.

Takkan puak2 ni nak jaga hati pengundi cina saja kot. Mcm mana dgn pengundi2 lain yg ada kereta tapi gaji kecik, anak banyak & ada yg hutang bank pun banyak yg mana kebiasaanya puak2 melayu dgn india la tu sebab tak pandai jual VCD haram tepi jalan.

Buatlah apa yg patut, tambah istana satu lagi pun baik jugak sebab nak jaga hati org melayu ka tu ?

Kalau RAKYAT DIUTAMAKAN so biarlah rakyat yg menentukan PR13 ni. Bukan susah !

Anonymous said...

saya kena saman ekor semasa memandu kereta di jalan Gurun Kedah.sabit kesalahan tidak pakai topi keledar.heran juga sejak bila pandu kereta kena pakai topi keledar.p pejabat trafik di yan polis kata tak pa,dia print resit dgn tertulis NFA.ini adalah tangkap muat untuk kota saman sebulan angota terbabit.sunguh menyusahkan saya yang tinggal di penang.

AsRuL said...

x semua saman yg kena byr utk bukak black list tu...katakan ada 3 saman, cuma byr saman yg black list tu jek utk renew road tax dan insurance..biasanya 1 saman dr 3 saman tu jek yg diaorg black list...sbb sy pun dh terkena bln ni...tp yg pelik saman 2008 diaorg x black list, taun 2009 plak yg di black listnyer...tahun 2010 Alhamdulillah x bwk kete laju2 lg...
sbnrnyer byk kali kn kerajaan bg peluang...diskaun sn sini utk ops sikap...tp bile saman x diendahkn mcm sy ni..ngelabah bile kena black list..ape pun rakyat bole cek saman melalui sms dan fwdkn detail kat email msg2...bole tau kena 'tembak' bile, tempat, jenis saman (had laju etc)
saman soal lain...judi cetak rompak etc soal lain...
namun soal pengurangan saman tu sy setuju la jgk..bygkn yg pendapatan rendah, tp road tax mati tgh bulan, kena pulak black list...haru jgk.. :)

Kenn said...

Pengalaman saya mengenai saman ekor ini adalah begini.

Ianya berlaku beberapa tahun sudah. Saya menerima saman had laju. Saya tahu itu bukannya saya kerana:-

i) Had laju yg dicatit adalah 180km/j. Saya tak pandu kereta selaju itu dan kereta saya kereta biasa aja.

ii) Tempat kesalahan adalah tempat yang tidak pernah saya sebelumnya.

iii) Waktu dan hari saman itu adalah waktu dan hari berkerja saya (disebuah negeri yg lain dari tempat/negeri yang disaman).

Saya beruntung kerana ada kenalan di pejabat polis yang menyaman, lalu didapati kereta yang membuat kesalahan pandu laju itu adalah kereta lain. Ianya sebuah kereta mewah, color yang hampir sama dgn kereta saya dan no platenya juga hampir sama (cuma angka no. plate nya terlebih satu drp angka no. plate kereta saya)

Kalau tak ada kenalan, memang amat rumit bagi saya hendak membuktikan bahawa saya sebenarnya innocent. Prinsip saman juga nampaknya terbalik dari prinsip kehakiman.

"Anda memang bersalah sekiranya tidak dibuktikan innocent" (tidak seperti "you are innocent if not proven guilty)

Keadaan menjadi lebih rumit apabila saman itu sampai, kadang-kadang 2-3 tahun selepas tarikh kejadian yang didakwakan berlaku.

Ada laluan biasa yang kita lalu untuk balik kampong, pergi bercuti, urusan biasa, urusan pejabat dll. Apabila 2-3 tahun baru saman sampai, kita pun jadi ragu-ragu samada benarkah kita melewati tempat tersebut pada waktu dan tarikh yang didakwakan? Ini penting bagi saya sebab RM300 tu banyak tuan! Nak merayu sekalipun banyak juga kerjanya lebih-lebih lagi saman tu dah makan bertahun.

Anonymous said...

haa bila kena saman baru tau..kalau tidak dia lah orangnya yang handal dijalan raya,dah ada had laju tak mau ikut,kalau langar orang mati nyawa mana boleh ganti,satu dua ribu saman apa ada berbanding dengan nyawa.dah buat salah bayaar aja le,kalau tak mampu jual kereta.

Anonymous said...

MATTEMPE
as.kum,

Kebetulan pulak, kes yg sama jadi kt aku hari ni. nak renew roadtax pukul 9pagi tadi tak boleh.
Insurans dah seatle minggu lepas, pegi pej.Pos, tak boleh. Kena rujuk JPJ. Rupa2nya, saman nama Abg aku. Kereta nama dia. 8 saman woo. Nak suruh dia bayar saman, macam aku ni poils pulak.
Habis aku macam mane. kau kejar aku,dia kejar kau...

hanizam said...

takpe bro, harap-harap menteri yang suka bagi AMARAN tu bacalah ape yang rakyat luahkan...bagi amaran skit pada polis yang buat kerja ikut sedap tekak je...

saman-saman gak, tapi tengoklah betul-betul no dalam skrin tu...satu lagi, kalau yang ditangkap makan rasuah tu, humban je dalam kolam buaya, senang...

buat rosak nama pasukan & agama je...sebab dalam islam pun kata benda RASUAH tu HARAM...tapi ada gak yang masih buat...baik masuk kapiaq...semua depa balun...halal @ haram takda masalah...

Anonymous said...

Kerajaan kenaan ingat, apa-apa juga perkara yang menyusahkan rakyat perlu dielakkan. PRU 13 bukan jauh sangat lagi. Salah satu sebab kecundaangnya banyak kerusi di PRU12 dahulu adalah kerana rakyat terhempet dan kealpaan kerajaan dari mendengar rintihan rakyat.

Anonymous said...

biasanya yang kena saman kita yg naik ketera2 kecik je, cuba tengok yg laju kat higway semuanya kereta CC besor tapi yg tu tutup mata je,

paloibinmulau said...

alahai awat biol sgt. kalau tak mau kana saman ikut le peraturan. jgn buat salah. asyik nak salahkan kerajaan je. salah sendiri tak mau hingat.

Anonymous said...

aku sebanarnya setuju kalau kerajaan naikkan saman kepada rm3000..satu saman..sebab aku tahu yang byk kena saman ni org2 umno..

Anonymous said...

Cam sial saman ekor nieee... kenapa polis x buat speed trap pastu road block kat depan? atleast orang boleh sign dan tau dia kena saman...x kelam kabut waktu nak idup road tax nanti...kepada menteri2 tu pikiaq laa sikit rakyat nie... cuba tengok keta depa mesti banyak saman punya ... tp nak wat camna depa menteri...contoh tinted dah laaa x bagi rakyat pakai tinted gelap tapi depa guna guna x paa... awat depa jaa tau panasss...
Betul gak kata Abg najib PM kita.. RAKYAT DIDAHULUKAN.. ( semua rakyat kena keluar duit dulu..) PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ( Projek masuk duit poket depa utama dulu ).. PRU13 nanti kita pakat ramai jatuhkan UMNOOOOOOO...

Anonymous said...

kita sepatutnya sokong usaha kerajaan.
kalau bukan sumber saman, mana lagi kerajaan nak dapatkan sumber untuk kemajuan negara.Rakyat harus bekorban untuk kerajaan...

patutnya esok dah kena kuat kuasakan benda nih.. maklumlah.. duit byk sgt dlm poket nih.. takde tmpt nak pegi.. baik bagi kat kerajaan..

Anonymous said...

Kerajaan dah jadi perompak di atas nama undang-undang.Undang-undang dijadikan kambing hitam untuk melindungi kegiatan rompakannya.

Anonymous said...

terlambat pulak nk komen isu ini...

ini belom lg diikutkan saranan ketua pengarah jpj yg 'memaksa' rakyat utk jelaskan saman2 dlm masa tertentu...

apa pon saya x setuju dgn kaedah saman -utk duit!!

ya, memang kalau da langgar undang2 kene saman-bayar.tetapi...knp mesti bayar dgn duit?

dahla minyak naik ape semua naik...
lagi rakyat pening dan tertekan.
ape duit rakyat ni utk support kerajaan ke?
sepatutnya knp tidak diganti dgn kaedah lain spt membuat kerja2 masyarakat sapu sampah,longkang dll...??

saya berpendapat kaedah ini lagi berkesan dan lagi memberi pengajaran.setakat byr duit-mereka yg bergaji besar kereta pon besar tidak ada masalah utk menyelesaikannya tetapi apa akan jd jika ceo syarikat besar kene saman dan didenda sapu sampah??
bukan setakat ceo,sesiapa juga akan lebih gerun utk memecut tak kire peringkat umur dan kedudukan.itu lebih efektif.
apatah lg 'keistimewaan' malaysia ialah cuaca yg panas...
nah..jika dilaksanakan ia jd serampang tiga mata-memberi pengajaran-menjaga kebersihan-mendidik pemandu dan juga kita akan menjadi masyarakat pembersih krn akan lebih menghargai kebersihan selepas kene denda.
harap rbf dapat mempertimbangkan ini utk 'diperjuangkan'oleh blog rbf yg dari rakyat utk rakyat...bukannya idea dr golongan atasan yg bergaji besar...

jali jawa said...

Aku rasa yang dok marah org yg luah kena saman ni takdak kereta pun.. bodoh tak pakai otak bg komen.
Luahan blogger ni adalah supaya diberi notis yg cukup dulu. Gazetlar yg pdrm nak sekat r/tax kalu tak bayar! baru kami prepare duit & alert atas jalan. Itu pun start lar b/list tu kat satu tarikh baru. Ni dah brapa thn takde masalah, tiba2 jek kena b/list, saman lama plak tu.

Nasibla depa2 ni yg selalu kena guna jalan yg ada speedtrap terutama jalan balik kampung, bukan semua laju2. Aku pun sedang terkena untuk 1 saman tunggal kat K.Lipis pd pkl 10mlm pd thn 2008 (bkn musim cuti), 1 saman & blacklist terus tekejut aku masa nak mbaru r/tax. Sign board halaju pun takde nampak & jalan mmg kosong, speed lar sikit tak sampai 100km/j pun. Aku ni jenis ikut undang2 jgk, beratur takde cilok2.

Ada member aku saman ada 12, tak pun kena blacklist (dah call PDRM 03-7966 2263), speeding 2 biji yg max, dua2 thn 2007? Ada main random ke PDRM ni? Mana adil aku yg 1 saman jer pun dah kena b/list!! Cuba rakan2 check rakan2 lain, mesti ada yg terlepas. Apakah method/kriteria dipakai guna utk blacklist ni? Ni yang tak jelas ni..kereta baru jer ke yg kena? Kang kena lagi PRU nanti.

Anonymous said...

adoyai.

xde ke pemimipin2 sama ada dari kerajaan atau pakatan yang ingin membela nasib kita. rakyat dh terhimpit teruk ni. nak mkn pun dh tersa sakit, trpaksa ikat perut lbih 2 lg bila hujung bulan.

tolong lah YB YB semua suarakan masalah rakyat seperti kami ini.

1. supaya kerajaan perimbangkan dan mengkaji semula tindakan2polis ini dalam isu saman ekor.

2. rakyat x rasa untung ape2 pun bila kerajaan cakap ekonomi sudah pulih. malah rkyat rs susah hati sb yang rakyat tahu, bile kerajaan cakap ekonomi pulih, OPR akan naik. bayaran pinjaman rumah makin naik, interest kete pun makin naik. ekonomi negara mungkin pulih, tapi ekonomi rakyat makin terhimpit dan rasa tertindas. apalah guna ekonomi yang pulih kalu rakyat makin jadi papa kedana.

ancieh said...

bila polis kuatkuasakan undang2..kata kerajaan salah..inmi UMNO punya pasal..nanti pilihanraya 13 kita pangkah pembangkang lah..mcm2..ini semua peraturan dan undang2 yg telah lama termaktub di dalam perlembagaana..kita semua kena ikut..tak ada kena mengena dengan sesebuah parti atau kerajaan yg memerintah..kalau Pakatan Rosak memerintah nanti..adakah mereka akan hapuskan semua saman ekor ini? sudah tentu tidak..bila polis tak kuatkuasakan undang2..kata polis tidur tak buat keja..buat keja salah..tak buat keja lg salah..cua tengok di negara barat kenapa mereka semua jauh lebih maju daripada kita? sebab mereka ikut undang2 dan peraturan..tidak dinafikan ada juga mereka yg engkar.. tetapi bila kita hendak mendisiplinkan rakyat...rakyat sendiri tidak suka dgn cara mereka didisiplinkan... paling kita suka adalah buat benda salah...tak kena tangkap takpe..kena tangkap...ha...mcm2 alasan..helah..kata ni tak betul..tu tak betul..padahal yg buat salah tu dia sendiri... cuba jadi gentleman sedikit.. bayar je saman kalau buat kesalahan lalu lintas... kalau tak nak kena saman..ikutlah peraturan jalan raya... tak susah lah............

Anonymous said...

maaf mencelah.. bengang betul la baca komen2 org yg marah2 org kena saman.. oitt bodohh!! ko ingt kitaorang suka2 hati ker nk langgar undang2?? cuba ko bace balik komen2 dalam nie.. mostly sumer x sedar yg diorang kena saman.. tau2 jer surat smpai kt umah.. sekarang nie masalah dier nk bayar duit saman 300 tue.. klau x bayar x boley renew road tax.. bukan sumer mampu bodohh!!.. kalau boley diberi sedikit tempoh.. boley gak kitorang kumpul duit nk baya saman 2.. kire ok la org yg kena 1 saman.. klau yg kena smpai 5 6 saman.. nk pk sal belanja rumah lg?? anak bini? family kt kmpung?? segala bapak loan umah keter sumer.. aduhhh.. 2 pon x reti nk pk ker?? berperikemanusiaan la sket.. bukan sumer org kaye cam ko lahanat!!! jijik siall org camniee..

p/s: aku rse yg komen soh ikut undang2 nie msti jenis pengampu bos kt tmpt keje.. dari care ko komen pon ak dpt agak.. ko jenis pe bos ckp hangguk2 pale.. kipas bontot bos.. takut nk beri pndpat.. terkemut2.. klau ader event2 syarikat msti dier la yg tnjuk rajin kt bos.. etc..

Anonymous said...

satu lagi.. kepada lahanat yg marah2 org kena bayar saman niee.. tnggu la keta ko adik beradik/ membr pnjam then bawak laju.. lepas 2 3 bulan datang surat sman ekor.. time 2 ko pk la sendiri.. ikut undang2 konon.. siall!!!

Anonymous said...

aku rs kerajaan skrg ni dh syok sdiri. diorg dh rs cm bgus sgt. kuar paper sane, kuar paper sini. diorg x amik peduli rkyt2 kt bwh nink mkn pon ikat perut. ko tggu la pru13, sbagai blsan duit ku yg telah ko amik shingga aku trpaksa mkn biskut je mlm2, kali ni aku n kenkawan ku yg lain x akn lgi sokong bn.

Anonymous said...

Betul tu..kalo nak buat Speed Trap buatla..pastu kat dpn tu buat road block, tahan kereta yg melebihi had laju..so orang akan tau yg dia ade kene saman..ni tak, time nak renew roadtax baru tau ade saman..notisnye takde pun..polis ckp diorg hantar tp mane? ramai yg tak dpt notis saman tu.. pastu suruh byr sekaligus semua saman tu..ingat keje cop duit ke ape..kalo btul buat salah xpe jugak..tp kalo kes tersalah saman, apa brg? tau la gomen dh xde duit sgt, tu yg beriye paksa suruh bayar saman smpi saman ekor pn diorg pakse gak,walaupun saman ekor ni questionable...

Anonymous said...

Saya pernah kena saman di Karak Highway semasa dalam perjalanan menghantar anak ke polikteknik di Kuala Terengganu. dalam masa perjalanan 3 hari 3 malam yang jarak melebih 1000 kilometer, hanya itu lah sahaja saman yang saya kena. Kalaulah saya memang seorang pemandu yang suka memandu laju, dah tentu 4 atau 5 dan mungkin 10 saman dalam menempuh perjalan yang begitu jauh. Mungkin pada ketika kena perangkap itu, saya leka setelah penat berjalan jauh.Apa salah jika polis memberi amaran bahawa operasi had laju sedang dijalankan.Tak perlulah perangkap2 kerana operasi tersebut untuk mengingatkan/mendidik pengguna.Sudah tentu saya akan memandu mengikut peraturan dan tak perlulah surat saman dikeluarkan.
Saya cadangkan supaya pihak polis mengadakan operasi sebanyak yang boleh dan pengguna diberitahu akan adanya operasi tersebut. Jika dalam keadaan demikian pun masih ada pengguna yang melangar peraturan, baru lah boleh dikenakan saman maksima.
Jika peraturan ini dilaksanakan, polis tidak mengeluarkan terlalu banyak saman dan dengan itu tidak lagi menguruskan saman saman tertungak.

Anonymous said...

Tak apa. Teruskan dengan blacklist tu. BN akan tetap utuh, Rakyat terutamanya Melayu memang mudah lupa. Jangan bimbang. Datang sahaja pilihanraya, serang peribadi pemimpin mereka(pembangkang, berilah sedikit prasarana, highlightkan pemimpin BN turun padang, inysaallah, Melayu lupa punya.
Terima kasih...
ikhlas dari,
penyokong tegar BN.