Saya sungguh gembira melihat komen-komen yang ditinggalkan oleh rakyat yang begitu membanggakan berhubung isu subsidi yang ditulis oleh saya dalam dua tulisan terakhir di blog ini.Saya membawa komen-komen tersebut ke sini agar ianya mendapat perhatian pihak berkenaan dan juga semoga ianya boleh dibincangkan lagi oleh rakyat-rakyat yang lain.
Komen untuk artikel bertajuk, Negara Bangkrap ! Apa Barang ? Berapa Subsidinya ?
Komen 1 kiriman Jalak Lenteng
salam bro rbf..
Kerajaan mudah cakap bahawa semua ada subsidi. Pendek kata, mula bangun tido lepas tu keluar rumah sampai nak tido semula, semua yg kita guna ada subsidi dari kerajaan.
Kita akui kerajaan membantu membayar apa yg jadi keperluan rakyat. Cuma kita confuse bila kerajaan cakap bagi subsidi tapi jumlahnya tak tau berapa..
Secara mudahnya, katakanlah mula bangun tido kita terus ke bilik air dan mandi.
Okey..air itu subsidi tapi jumlahnya berapa? Lepas tu sarapan..masak sarapan guna gas subsidi gas berapa? begitulah seterusnya bersambung dgn aktiviti harian lain yg mana ada aktiviti makan, minum, pengangkutan, pelajaran & bagai2 perkhidmatan lain...namun, subsidinya tak berapa jelas jumlahnya dlm seharian hidup kita?
Yg pasti, dlm masa sama kita bayar juga, barang & perkhidmatan tu..bukan dpt free je..!
Jadi, saya setuju benarlah pandangan RBF agar kerajaan tunjukkan kpd rakyat details setiap barangan dan perkhidmatan sehari-hari yg dikatakan ditanggung subsidi oleh kerajaan tu. Semoga dgn penerangan lengkap itu, ianya dpt mendidik rakyat utk berjimat cermat di samping membantu memakmurkan negara.
Cuma, kerajaan kenalah telus dlm perbelanjaan wang negara. Jgnlah pulak, tiap-tiap hari rakyat dihidangkan dgn berita ; ada pegawai kerajaan kena cekup rasuah sana rasuah sini. Ataupun ada anak syarikat kerajaan berniaga tapi rugi ratus2 juta. Kalau mcmtu nampak sgt kerajaan ni tak pandai mengurus dan mentadbir...jadi jgnlah mendungukan rakyat yg tiap-tiap hari makan hati asyik bersabar je!
All out secara purata katakan 25j rakyat belanja RM10 sehari barangan bersubsidi.
25juta X 10 X 365 = rm 91 billion
Rm 10 ini lah merangkumi kos kesihatan, kebajikan, pendidikan dan biasiswa, petrol, gas memasak, gas dan elektrik, tol, penerbangan pedalaman, kereta api, minyak masak, gula, tepung, beras, makanan laut dsbg.
Komen 1 kiriman Zaharah
Nak tambah sikit berkenaan Orang Singapore ni.. kenapa bila rakyat malaysia pergi singapore langgar undang-undang kecil,kena saman kereta ke apa ke tak boleh keluar singapore kalau tak bayar saman dulu..
kenapa orang singapore dengan senangnya keluar masuk malaysia walaupun langgar undang-undang sana sini..
kerajaan bodoh ke? kenapa nak jaga sangat orang singapore tu??
aku seru supaya JPJ dan Polis salurkan maklumat saman ke Imigresen di SEMPADAN dimana kalau mereka ni tak bayar saman jangan benarkan mereka keluar dari malaysia.dan denda hendaklah 2 kali ganda daripada rakyat malaysia..
Tu tak masuk lagi yang seludup gula kat sempadan, kalau boleh tangkap dan dakwa, Mandatori Penjara 6 bulan kalau denda-denda ni diorang boleh bayar punya, yelah kalau denda 3 ribu, 10 hari kerja seludup pun dah balik modal.
kalau boleh guna tentera atur dekat sempadan 1KM = dua orang. jangan tentera Marah pulak ni kira time berperang juga dengan tentera semut.. kalau dapat tangkap 1 orang bagi bonus 10 ringgit. aku sure ramai tentera nak gi sana.
Patutnya kalau di sempadan tu siapa nak isi minyak kena tunjuk IC. Kalau IC warganegara Singapura atau Thailand, jangan bagi subsidi. Tu cara paling mudah nak kira.
Komen 4 kiriman Abu Garcia
Aku dah hangat hati betoi bila kerajaan mula dok acah-acah nak tarik balik subsidi bebrapa barangan pengguna. Alasan yang Jala berikan adalah negara mungkin bangkrap menjelang 2016.
Tidakkah menteri-menteri yang bertanggungjawab ambilkira potensi perkembangan ekonomi atau peningkatan pendapatan rakyat pada masa itu. Tiadakah usaha yang mereka boleh lakukan untuk membantu rakyat mencapai tahap pendapatan tinggi.
Yang menjadi isunya sekarang adalah kenapa bila timbul isu subsidi, yang mereka nampak cuma gula, tepung, susu dan minyak. Semuanya begitu dekat di hati rakyat jelata. Bak isi dgn kuku, kolestrol dgn darah.
Kenapa kerajaan tidak pula mahu memansuhkan subsidi jutaan ringgit yang dinikmati industri atau korporat. Begitu banyak subsidi diberikan kepada IPP (Independent Power Producer), Kilang Simen, Kilang Besi, Industri Binaan dan begitu banyak lagi. Kenapa tidak ditamatkan sahaja subsidi mereka.
Tolonglah fikir lebih sikit. Pendekatan si Jala ni pun bukannya bijak sangat. Nak untungkan MAS, jual bangunan. Woi, akupun reti la kalau mcm tu!
salam..
bro hanya sentuh tentang minyak kereta subsidi, tapi bagaimana dengan keperluan harian seperti gula, tepung, dan barangan lain yang disubsidi oleh kerajaan. bayangkan hampir 2 juta pekerja asing beli barangan tersebut yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat tempatan. KPDNHEP tak nampak ke benda ni, kalau nak tarik balik subsidi, tarik balik dulu barangan yang disubsidikan ni pada pekerja asing.

2 comments:
SUBSIDI
Aku bukan anti kerajaan kerana kerajaan pernah bagi aku kerja lebih 30tahun. Tapi aku tak suka penyelewengan yang dilakukan oleh orang yang di dalam kerajaan
SUBSIDI
Siapa yang untung? aku tak berani nak tuduh, tapi setiap kali ada dasar pemberian SUBSIDI ada sahaja orang politik yang dapat duit tepijak. Contoh: Subsidi minyak masak , siapa yang untung atas angin ? aku tak berani bagi tau takut kena saman, tuan2 carilah siapa mereka ini
dulu pihak kerajaan ada mencadangkan akan mengenakan rm5-rm10 setiap kenderaan yang memasuki Malaysia di Tambak, tapi ia telah dibantah oleh pihak kementerian pelancongan kerana tidak mahu jumlah kedatangan pelacong dari singapore dan negara2 lain berkurangan...
keistimewaan kepada rakyat asing:
1) cukai jln free
2) Minyak subsidi
3) saman (die org buat bodoh jer)
4) dapat membeli barangan keperluan yg bersubsidi
5) memandu secara merbahaya
from boyesen...
Post a Comment