Wednesday, June 23, 2010

Tiba-Tiba Zahida Muncul Buat Penafian

Hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja Zahida Rafik muncul dalam sisipan mega Utusan Malaysia 15 Jun 2010 menafikan dia sebagai seorang perempuan simpanan. Empat muka surat dikhususkan untuk beliau. Hebat....

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya banyak menerima info berkenaan hubungan Zahida dengan seseorang. Sebelum cerita ini keluar dalam akhbar seperti di bawah, saya ada bercadang untuk menulisnya di blog ini. Tetapi saya menangguhkan buat seketika kerana saya perlu menyelidik terlebih dahulu maklumat-maklumat yang diterima, walaupun maklumat yang diterima ada asasnya dan dari orang yang boleh dipercayai.

Ibarat orang beri kita seekor ayam. Jika ayam itu busuk buat apa kita nak ambil atau makan , jika kita ambil sekalipun sekadar ambil untuk menjaga hati si pemberi. Selepas ambil belakang dia kita buang.

Jika yang diberi pula adalah ayam yang elok, mana mungkin kita makan terus ayam itu. Sudah tentu kita potong ,bersihkan, cari rempah, cari santan , garam, gula, asam jawa dan sebagainya. Selepas itu baru kita masak dan hidangkan untuk dimakan. Barulah sedap di makan. Samalah juga dengan menulis blog, orang bagi kita maklumat sudah tentu kita kena cari lagi bahan-bahannya sebelum dihidangkan kepada pembaca.

Saya ada menghubungi beberapa orang untuk untuk bertanya kisah ini pada awal bulan jun. Selidik sana selidik sini, tiba-tiba Zahida muncul untuk membuat penafian. Mungkin perkara ini telah bocor. Mungkin Zahida telah terfikir, sebelum perkara ini meletup di blog, lebih baik aku buat penafian di akhbar terlebih dahulu.

Tapi tak mengapa, apa yang dikeluarkan di akhbar adalah cerita versi Zahida. Saya pun ada cerita versi saya. Apa pun yang keluar di akhbar saya tidak peduli, saya tetap meneruskan penyiasatan saya dan setelah segalanya selesai saya akan tulis.


Ini versi akhbar, RBF pun ada versinya yang tersendiri. Surat khabar menulis ada etika, blogger mana ada etika. Kita tidak bertuan kepada sesiapa. Tuan kita adalah RAKYAT


Yang dia ceritakan di sini bisnes itu sahaja. Ada lagi bisnes yang dia tak cerita. Kita tahu dia dapat bisnes membekal sesuatu kepada dot...dot...dot... Itu saya akan tulis nanti
Ha...ha..ha...wa...kah...kah....kah...kah....
Lihat apa yang dia kata semasa diwawancarakan oleh wartawan mega. Ini di ms 2
Lihat pula gambar ini di ms 3. Macam inikah anak dari sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama ? Jika di sini secara terang-terangan dia telah menipu pembaca adakah anda semua nak percayakan penafian yang dia buat sebanyak empat muka surat ?



Akhir kata
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

Tungguuuuuuuuuuu..................

15 comments:

mamarempit said...

pegang pd agama ye??? agama ape???
aduhaii...anak sape la ni...

Mozas said...

artis malaysia tu...

Malaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/malaysiakini-batu-api-melagakan-dr-mohd.html

Anonymous said...

wah dah jadi blogger dunia hiburan pulak?

Anonymous said...

Agama apa?

Buka dada mengiur tuuu..

Pehhh..

Anonymous said...

Salam bro rbf

Tolong tgk sikit kes dr asri ni. byk yg komen negatif pasal dia. Kata wahabilah, wahabulah sebab takut dia masuk umno punya pasal.
Byk artikel yg membangkang pendapat dr asri tapi tiada pun satu yg sudi unt berbincang secara ilmiah. Semua sombong dan mugkin irihati dgn pencapaian dr asri atau pun kebanyakkannya ulama melayu yg tak boleh di tegur.
Tolong la bro tulis pasal kes ini.

Anonymous said...

Buat dosa kering aje..Tak de kerja lain ke. Ini lah rupa melayu yang tak sedar diri. Otak kau orang dah gila. Jaga tepi kain orang aje. Malu la Melayu.

Anonymous said...

Blogger hiburan nak tulis pasal politik? Patutlah macam hampas. Takde isi langsung. Duduk mengadap laptop 24 jam, pastu cari keburukan orang sana sini letak kat blog. Yang tak sebulu semua ko hentem. Yang sama bulu ko puji melangit. Jijik la bro. Tapi kalau ko nak tulis pasal artis dan dunia hiburan seronok gak aku membacanya. Dari ko merapu meraban tak tentu pasal cerita pasal politik. Pergi belajar apa itu politik dulu la baru bole tulis ttg politik. Kalau tak mmg takde maknanya..
Teringat lagi kata2 keramat ko.. We have number... Nombor apa? Nombor ekor. Haprak punya blogger.
Eh, jangan lupa ye sambung kisah Zahida ni. Kalau ada kisah2 panas artis yg lain2 pun bole gak.

Anonymous said...

kesian anon kat atas neh....
agaknya dia br bukak blog RBF nie kot...alooo
tlgla selak2 posting2 yg lama....
byk pasai politik....
yg ini pon mungkin ada kaitan ngan politik...kan ada kaitan ngan VVIP tuh...minat juga nk tau sape VVIP tuh...
oh ya..kalau nak ludah pasal we have the numbers...jgn lupa ludah anwar ibrahim skali...dia pon dok sebut2 jugak we have the numbers...hihihihi

Anonymous said...

anon 7:07
kau ckp rbf haprak pnye blogger..
so betol yg atas ni ckp..anwar pon pernah ckp we have number..so anwar haprak ke x..?cube kire dari dulu bape bnyak anwar janji..?bape kerat dyer buat..?mane bukti2 dia kate dia nak keluarkan..?smpai sekarang habuk pon xda!!

Anonymous said...

Anon June 24, 2010 1:47 AM,

Jadi RBF ni anak didik Anwar la ye..
Wakakakakaka.. Patut la bebal.
Ko suruh aku selak posting lama2?
Buang masa. Sebab apa buang masa?
Sebab baca 'hampas'. Jgn ko nak defend sangat budak RBF ni. Sbb dia dan blogger seangkatan dia UMNO makin rosak dan terus diperlekeh lawan. Sorry la bro.

Anonymous said...

Anon june 24 1:47am,

Mcm meluat aku baca cara posting kau ni.. Main hentam keromo je!

RBF tulis psl we hv d numbers tu sbenarnya nak sindir anwar & pnyokong2 pakatan rebah. Itu cuma reverse psychology la bro! Kangug & kawus tuud kau ni!

Anonymous said...

Kah kah kah kah kah kah...

Budak2 kencing bercabang berblog. Cam gitu la jadinya.

ReentryCapsule said...

█ Makcik-makcik ANON pengecut kat atas. Ini blog dia suka hati kepala hotak dia la dia nak tulis hapa pun.

█ Dia nak posting kucing dia terberak cirit pun korang pedulik hapa.Takde saper paksa korang baca pun.

█ style aku kalau aku tak suka atau menyampah aku terus blah je.Takder nak MEMBEBEL-BEBEL macam Mak Cik Kiah.

█ Anon kat atas tu jeles sebab tak tahu mcm mana nak bukak blog.Chaaiittt!!!Tara guna punya ini Anon.Cakap-cakap aja pandai.

Anonymous said...

Bukan takde. Tapi banyak. Yg pro BN ada. Yg pro PR pun ada. Malas nak publish macam ko sbb page ni page haprak. Jadi sesuai publish utk benda2 haprak je.

Anonymous said...

orang biznes pun susah nak berniaga. artis otak kosong dan peraga cleavage boleh mewah kerana biznes?