Thursday, June 17, 2010

Umno Selangor Terlalu Lesu

Di bawah ini adalah tulisan yang dihantarkan oleh seorang pembaca kepada saya melalui e mel.

Salam RBF..

1. Payah nak ceritakan apa yang dah berlaku pada UMNO di Selangor. Terlalu lesu sehinggakan grass root dah mula fedup dan hilang semangat.

2. Orang bawahan cuba nak sampaikan ‘hint’ kepada UMNO pusat namun kerana kecekapan dan pandai berpolitik puak2 ini maka segala maklumat yang sampai kat atas..sepi berlalu..

3. Kami dibawah kurang mengerti apakah strategi sebenar yang hendak dilakukan oleh UMNO Selangor..sepi sangat..kalau MB Selangor yang gagap terkentut pun, boleh kedengaran..sampai sepi begitu sekali…

4. Agaknya nak nengok PR di Selangor bangkrap, baru nak bertindak..Hello abang2 kat dalam perhubungan UMNO..Kalau camnilah cara nak bertindak..bertambah payahlah kalau/jika PR di Selangor pulih dari kecedaraan..Lingkup UMNO kat Selangor..

5. Wahai PM, DS Najib..dengarlah rintihan grass root ahli UMNO..bertindaklah segera. Janganlah terlalu baik sangat dengan puak2 ini..jangan terlalu sangat terhutang budi dengan puak2 ini. Bagilah peluang kepada mereka yang berpontensi bakat sebagai pemimpin untuk memimpin.

6. Wahai PM, DS Najib..ketahuilah bahawa kami di grass root sangat2 berharap ditukar kepemimpinan perhubungan UMNO negeri Selangor. Jangan hilangkan semangat kami. Kami gusar kalau ahli UMNO di Selangor dah fedup seperti PRU12..jatuhnya kerajaan Melayu Melaka dahulu kerana pemerintah tidak mendengar rintihan rakyat.

7. Wahai PM, DS Najib..ketahuilah kalahnya UMNO di Pelabuhan Kelang bukan kerana hebatnya PKR tetapi ahli UMNO dah fedup. Cuba bayangkan, ahli PKR ketika itu tidak sampai 800 orang sahaja..

Akhir sekali, jika rintihan kami didengari..janganlah ada dikalangan atau penyokong perhubungan UMNO negeri Selangor yang ada sekarang merajuk atau cuba nak sabotaj..kami beri amaran..jangan cuba nak membangkitkan kemarahan ahli grassroot UMNO..sesal dahulu berpendapatan..sesal kemudian buruk padahnya..

Salam

Amin Al-Amin.

4 comments:

Anonymous said...

"membangkitkan kemarahan ahli grassroot UMNO..sesal dahulu berpendapatan..sesal kemudian buruk padahnya.." waaa da jadi garang nampak abang kita ni?? Bro wa takot lu nanti yg akan menyesal!!

ReentryCapsule said...

Aku bukan ahli UMMNO atau PR.Tapi aku tengok kebanyakkan ahli UMMNO ni ada Sindrom Kecut.Semua main pendam-pendam tunggu sampai dah jadi NANAH baru nak cerita.

Anonymous said...

Dengar Wak cakap...Wak bukan kroni Mamat Tyson ( Muhammad Mohammad Taib)
berbadan "taf" "sendor" tapi Wak lihat skg tak ada seorang pun tokoh UMNO Selangor yang sekuat macam Mamat Tyson, nak kata lembek liuk, lembut dak jugak tapi ada yang macam tersipu-sipu bila kena debik dengan Mamat Khalid dan Mat Khalid ? tak ada " anti body" langsung, Wak walau pun makan tempe tapi Wak dapat buat andaian, kalau lah macam ini berterusan..memang susah nak ambil Selangor balik..

Satu hari Wak jalan-jalan kat Stadium Shah Alam pasal nak beli Tempe bungkus..Wak lihat satu habuk pun tak yang bersemangat UMNO semuanya sudah tukar..?? Wak nak tanya tak ada ke yang rasa ralat dengan setuasi itu ???

Anonymous said...

Salam Bro...

UMNO Sgor yang suatu ketika dahulu merupakan jentera yang paling gagah dan ampuh, tapi kini sudah terkulai kaku, tak bernyawa dan lemah. Ape tindakan UMNO sgor mengenai isu pasir, isu video elizabeth wong, isu janji-janji PR PRU 12 dan banyak lagi. kite lihat tiada penyelarasan dalam menghentam kjaan PR, wakil rakyat BN/UMNO buat statement sendiri-sendiri tanpa ada hujahan dari UMNO Sgor. mane ketua penerangan, dah terang lagi bersuluh tapi masih lagi meraba-raba. ketua pemuda pulak langsung tiada strategi untuk mendapatkan kembali sokongan pengundi muda. hajat hati nak wakil rakyat tapi tanggungjawab yang dah di beri pun tak mampu di laksanakan. hingga skrg pun aku tak kenal sapa ketua puteri UMNO sgor...ape di buatnya, mana strategi untuk membantu jentera BN. lansung tak pernah turun ke bahagian-bahagian, sama lah jugak dengan ketua wanita. ape nak jadi dengan UMNO sgor ni?? masa zaman khir toyo dulu ade jugak lah nampak pergerakan dan strategi, aku bukan nya suka sangat dengan khir toyo tapi dia lebih baik daripada noh omar yang sibuk mengkayakan Mazli (Bagan)org tanjung karang semua dah tahu!!!sekiranya UMNO sgor tidak berubah maka UMNO/BN akan terus rebah. hasrat untuk menawan semula sgor hanyalah mimpi di siang hari...maaf...drpd ahli UMNO yang sayangkan UMNO