Monday, June 21, 2010

Wow ! Kayanya Kerajaan Kelantan


Tahniah.....

Semua orang nak kerja, Kelantan banyak kerja membangun bersama Islam dan PAS pula banyak kerja ceramah yang perlu dilakukan. Sebab itu tiga orang exco ada dua timbalan.

Saya difahamkan, sepanjang memerintah Kelantan, belanja mengurus Yayasan Islam Kelantan melebihi RM 800 juta sementara belanja pembangunan tak sampai 10 %. Kerja mereka hanya bayar gaji sahaja, membangunnya tidak ada. Diwujudkan pelbagai jawatan agar kroni-kroni mereka dapat gaji.

Rakyat Kelantan patut berbangga kerana wakil rakyat yang mereka undi semua jadi orang besar.

Semua Timbalan Exco yang dilantik telah mendapat tunggakan gaji mereka semalam bermula dari bulan januari 2010.

Ohh....dapat gaji rupanya, ingatkan kerja amal. Banyak betul duit kerajaan Kelantan ya ? Penyokong PAS dibawah sering diminta berkorban untuk perjuangan parti dan perjuangan Islam, tetapi pemimpin di atas dapat gaji.

Bukan perjuangan Islam yang diperjuangkan, sebaliknya perjuangan untuk mereka jadi orang besar yang diperjuangkan. Bila menang mereka dapat jadi orang besar dan seterusnya dapat gaji atau elaun. Rupa-rupanya penyokong kena tipu beb....padan muka.

Negeri-negeri maju seperti Selangor dan Johor setiap exco ada seorang timbalan sahaja. Tetapi di Kelantan lagi hebat, ada exco sampai dapat dua timbalan. Ya lah, almaklumlah Kelantan sebuah negeri yang sibuk. Sibuk apa ? sibuk berceramah....



2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro rbf,

Demi untuk mempertahankan satu-satunya benteng negeri umat islam Pasberg, merangkap serambi mukah, ceramah umum mesti diteruskan. Klu boleh, dalam 1 hari ada 3 ceramah lagi bagus iaitu pagi, petang dan malam. Harus rbf faham yang kemajuan membawa kesesatan dan kemungkaran. Biar negeri tak maju, yang penting berkah dan dirahmati tok guru selipar. Seperti yang terdapat dalam laporan blog bahawa terdapat rumah maksiat di kelantan, itu adalah daripada UMNO. Begitu juga lesen minuman keras, itu pun kerja UMNO. Yang tebang balak, orang UMNO, yang kebas duit kohalal, orang UMNO. Jalan2 tidak berturap, kadar peningkatan penghidap HIV, kemunduran, semua disebabkan oleh orang UMNO.

Maka sebab itu, amPAS memerlukan ramai timbalan exco supaya mudah menyampaikan fitnah-fitnah ini kepada rakyat jelata bahawa segala keburukan, kemunduran di negeri ini adalah disebabkan UMNO. Pendek kata, mmg kerja mereka berceramah 90%, dan kemajuan itu 10%. Klu kemajuan takdak langsung pun takpe, lebih syok maki, caci, fitnah orang lain sebab tuan guru dah kasi green light. Apatah lagi, acara cacimaki ini, mereka dibayar.

Sekian, terima kasih.

-Melayu Bangkit!!!-

Anonymous said...

saya nak tambah sikit..sebab tok guru dah gerenti syurga pada ahlul pas sekelian