Thursday, July 15, 2010

1500 Orang Datang Demo Di Shah Alam ?

Saya tahu apa yang saya tulis dibawah ini tidak akan menyenangkan segelintir pihak-pihak tertentu. Tapi apakan daya, saya terpaksa berkata benar walaupun pahit. Saya tidak gemar mereka-reka cerita untuk membuatkan pemimpin syok. Perangai begitulah yang membuatkan parti jahanam.

Bukan senang bagi saya untuk menulis perkara ini di sini kerana ianya menjadi tatapan umum termasuk penyokong-penyokong parti lawan kita. Ibarat menepuk air di dulang kena muka sendiri. Tapi apakan daya ini saja medan terbaik yang saya ada untuk saya menyatakan pendapat saya agar ianya di dengar oleh pemimpin atasan.

Saya tidak ada akses untuk jumpa pemimpin atasan, dan jika saya menulis surat kepada pemimpin atasan sekalipun belum tentu ianya sampai kepada mereka. Mungkin di pertengahan jalan lagi surat itu sudah hancur. Jadi, jalan terbaik adalah biarlah saya menulis di blog saya sendiri.

Saya sengaja mengambil cuti hari ini hanya kerana hendak menyertai demontrasi membantah perlombongan pasir besar-besaran yang dianjurkan oleh UMNO Selangor dan Perkasa hari ini di Shah Alam.

Saya menjangkakan demo tersebut akan panas dan dihadiri oleh ribuan orang. Tapi sangkaan saya meleset. Hanya sekitar 300-400 orang sahaja yang hadir. Cuba anda bayangkan sebsar-besar negeri Selangor dan seramai-ramainya ahli UMNO di 22 bahagian di Selangor hanya itu sahaja yang mampu dikumpulkan oleh penganjur.Patutnya mestilah ada sekurang-kurangnya 2000 orang.

Hati saya berkata, kalau isu sepanas ini pun hanya itu sahaja orang yang dapat dikumpulkan bolehkah BN tawan Selangor kembali dalam pru akan datang ? Sukar, percayalah cakap saya sukar.

Apa yang terjadi hari ini boleh memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Kita tahu DSN tidak terlibat pun dalam merancang perkara ini, ianya dirancang oleh orang-orang bawahannya. Bila orang bawahan gagal ianya boleh memalukan orang atas. Apa saja yang melibatkan UMNO atau BN di Selangor pasti ianya akan terpalit kepada DSN sebagai ketua.

Satu lagi persoalan saya, kenapa perlu UMNO Selangor bergabung dengan Perkasa dalam menganjurkan demo hari ini ? Adakah kerana UMNO tiada kekuatan dan nak menumpang kapal Perkasa ? Apa yang saya tahu dan saya faham penubuhan Perkasa adalah untuk memperjuangkan hak-hak bumiputra. Perkasa bukannya dilahirkan untuk memperjuangkan isu-isu alam sekitar atau isu pasir.

Jika UMNO Selangor rasa mereka kuat dan mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat sepatutnya mereka berdiri atas kaki sendiri dan kumpulkan orang sendiri untuk demo hari ini. Jika bergabung dengan Perkasa pun dapat 300-400 orang apatah lagi kalau UMNO yang anjur sendirian, berapa orangkah yang datang ?

Selesai demo saya kembali ke kantin Masjid Negeri iaitu tempat berkumpul sebelum berarak. Ketika saya duduk minum sambil berbual dengan rakan-rakan tiba datang seorang pemuda UMNO yang kacak dan bertugas sebagai pegawai khas kepada seseorang mengeluarkan arahan kepada rakannya supaya beritahu semua blogger dan rakan-rakan mereka yang lain agar semua melaporkan atau memberitahu kepada sesiapa sahaja jumlah kehadiran peserta demo adalah 1500 orang. Gila !

Rakannya cuba membantah dengan mengatakan 1500 orang tak logik, hampir 1000 orang logik. Muka beliau kelihatan kelat-kelat kerana arahannya disanggah oleh rakannya. Pada hemat saya tujuan pegawai khas kepada seseorang mengarahkan begitu adalah kerana dia mahu angka yang sama juga sampai ke pengetahuan bosnya jika diberitahu oleh orang lain. Dia sendiri pun menyampaikan angka itu juga kepada bosnya.

Tujuannya supaya bos dia rasa gembira dan seronok dan bos dia pula pergi beritahu bos yang lebih atas daripadanya juga angka yang sama. Bos kena tipu dengan anak buah, bos pula pergi tipu orang lain. Samalah seperti murid-murid sekolah yang cikgu tanya "faham tak ?" mereka jawab "faham cikgu". Bila datang peperiksaan tak boleh buat dan keluar keputusan semua dapat E. Cikgu pula kena marah dengan guru besar.

Orang-orang begitulah sebenarnya yang merosakkan parti. Mereka laporkan perkara-perkara baik, puji bos dan ampu bos supaya bos seronok. Bos tak tahu perkara sebaliknya yang berlaku di bawah. Bila datang pilihanraya dan keluar keputusan, hancur.

Kalau saya nak syok atau nak tunjuk ek kepada parti lawan kita saya pun boleh tulis jumlah yang hadir hari ini 1500 orang. Tetapi buat apa saya nak tulis begitu kerana ianya boleh membuatkan orang mentertawakan saya. Kena ingat juga, pelbagai pihak media ada di sana tadi, tak mungkin media pun nak lapor jumlah kehadiran tadi 1500 orang kerana ianya tidak logik.

Yang berarak dari masjid negeri seperti dalam gambar diatas, anda agaklah sendiri berapa orang. Yang menunggu di depan Bangunan SUK lebih kurang 50 orang, kemudian Pemuda Gombak sampai lebih kurang 80 orang. Sampaikah 1500 orang ?

Sudahlah, buanglah perangai lama. Zaman sudah berubah, politik juga sudah berubah, budaya bodek dan budaya ampu sudah tidak boleh pakai lagi zaman sekarang kerana ianya boleh menghancurkan parti.

Saya rasa sudah sampai masanya DSN merombak kembali UMNO Selangor. Tak usah buang masa lagi nak beri peluang kedua, ketiga dan seterusnya. Masa berjalan begitu pantas, tiba-tiba sudah habis penggal dan p.raya terpaksa diadakan.

Kalau DSN nak rombak UMNO Selangor, saya mencadangkan DSN memberi ruang kepada orang-orang muda yang bertenaga dan kreatif. Orang yang masih lagi pakai kot atau seluar jalur-jalur sudah tidak relevan lagi di zaman politik sekarang.

Lagi gambar-gambar 1500 orang yang datang ada di sini dan juga di sini

20 comments:

Apai Ngelai said...

syabas bro,

Beza kita dengan puak pakatan rakyat ialah kita tidak 'multiply' jumlah peserta semata-mata nak tunjuk sokongan rakyat dah beralih arah. Kalau 400 katakan 400. kalau 500 katakan 500.. kita tak rugi, BN tak hilang apa-apa, dosa pun tak dapat...

Anonymous said...

bro,
umno memang tidak membudayakan demonstrasi. demonstrasi ni anwar yg ajar. so itulah satu2nya khazanah yg dia tinggalkan untuk rakyat malaysia yang akan lekat sampai kiamat bila dia dah mati nanti.

memang demo ni bagus utk saiko org atas pagar. tapi cayalah x ramai org setuju demo2 ni. undi senyap tu yg berbisa.

mungkin lu sudah biasa berdemo2 ni masa lam team dia org dulu. so lu dah terbawak2 sampai sekarang. tapi lu cayalah, gua satu famili atas pagar punya pengundi. tapi tengok negeri we all berlubang pun dah naik bengang tahap maksimum.

last pru memang we all ajar itu jawa. tapi next pru we all x tau lagi la. lu sendiri boleh agak.

tapi gua setuju lu punya cadangan bagi muka baru dan muda2 kasi manage ini negeri.

gua suka baca lu punya blog...

adios..

gondol

Anonymous said...

Persatuan belia felda kat kampung pun boleh kumpul lebih 400 org utk buat demo bantah isu felda bangkrap baru ini... UMNO selangor amat lemah ketika ini... Tak de langsung tanda kebangkita.... mengapa?

Prisoner said...

satu perkara yang betul betul realiti, UMNO di selangor terutamanya ada sindrom, semua pakat lepas tangan, dari situ saudara boleh tengok bahawa yang di pilih semuanya adalah hasil dari salah pemilihan.

saya juga pengundi atas pagar, tapi secara tradisi orang tua saya semuanya menyokong UMNO kerana sayangkan AGAMA dan BANGSA.

Pemimpin UMNO di selangor masih canggung nak buat kerja-kerja pembangkang, bila dah tidak dapat kuasai sebuah negeri, mindset mereka ni dah set bahawa tiada apa lagi yang tinggal dan perlu di kerjakan di Selangor ni. Paling nyata, tiada lagi pemimpin atau pemandu hala dalam UMNO sleangor yang boleh menyelamatkan UMNO selangor kemungkinan pada PRU lepas.

Sayang, PR tadbir selangor dengan reputasi teruk, tapi lagi teruk dan longlai UMNO selangor.

PakSulung said...

Assalammualaikum wmt,
Elok le tak ramai yg datang. Cukuplah sekadar menunjukkan rasa tak suka dgn pembangkang.
Tak ada faedahnya buat kerja memekik melolong membantah sebegitu.
Tengok le apa jadi dgn negara Arab dan orang Islam di negara lain. Suka buat tubjuk perasaan dan bakar bendera serta patung pemimpin zionis, tapi Yahudi dok gelak dan kerja mereka tetap berjalan dgn lancar.
So, dlm kontek rompakan pasir di S'gor ni cukup sekadar menyedarkan orang Melayu dan kaum imigran cina DAP mengenai apa yg telah mereka lakukan semasa dan selepas PRU 12 lalu.
Sebut fasal S'gor, Pak Sulung teringatkan jasa dan bakti Allahyarham Dato' Harun Idris....
Tidak siapa dapat menafikan bahawa apa yg dinikmati Melayu zaman ini adalah kerana tindakan Dato' Harun 41 tahun dahulu.

jiwakita said...

salam....

biar ada demo dari tiada langsung..
atau biar sedikit janji tujuan sebenar terlaksana...bukan tunjuk
kekuatan atau tunjuk kebodohan...

buat biar ikhlas bukan dibayar!!

kita tahulah jika wang ditabur..pasti
bukan hanya berbas-bas sahaja orang datang.. mahu berlori-lori pasir bertimbun dituang!!

jiwakita said...

salam....

biar ada demo dari tiada langsung..
atau biar sedikit janji tujuan sebenar terlaksana...bukan tunjuk
kekuatan atau tunjuk kebodohan...

buat biar ikhlas bukan dibayar!!

kita tahulah jika wang ditabur..pasti
bukan hanya berbas-bas sahaja orang datang.. mahu berlori-lori pasir bertimbun dituang!!

wmu350 said...

hahahaaaa....betul la umno masih belum berubah 100%...aku sendiri kawan bagi tau 1000....hampehhhh punya kawan.....terima kasih rbf kerana maklumat yg amat menyelesakan untuk kita mendapat maklumat...salam

Anonymous said...

Kenapa masih perlu bermain dengan number..2 semua tdak penting..

Anonymous said...

saya pun sama dengan anon gondol...cuma lain sikit pendapat sebab tak nak hadir demo...saya pulak lihat umno ni dah teruk sebab..contoh..rbf keluar artikel yg mengatakan tentang suhaimi kp selangor itu ini..lepas tu pulak parpukari tak suka si khairy dan kata itu ini...kita rakyat atas pagar bukan nak dengar benda tu semua..saya khairy tak kenal suhaimi tak kenal rbf atau parpukari pun tak kenal..cuma tak suka lah cara politik cantas menyantas...boleh dikatakan kami 1 keluarga penyokong umno yg bukan ahli (kira atas pagar jugak la..)..kami nak semua bersatu demi perjuangkan nasib melayu...sama2 melakukan kerja...kami rakyat biasa puaslah yakin kan jiran2 org pakatan rakyat utk menyokong umno balik...dgn senang jiran kata..."umno bertelagah sesama sendiri..dlm blog cuba lihat hari ni..." apa kami nk katakan lagi..ada hati jugak nk pegi demo bantah pasir tu...bengang jugak tanah tumpah darah berlobang..tapi bila kenang balik tak bersatu..contoh.."sipolan ni anjur demo kita tak perlu pergi..sipolan lain ok" smpai bila nk settle..malas lah nk join cara hipokrit mcm tu...ini pendapat saya..begitu juga rbf ada pendapat sendiri...yg contoh itu hanya contoh..tak ada kena mengena dgn saya...bagi saya siapa yg naik kita sokong..bila org lain pulak juga kita sokong..org cara lain2...janji utk org melayu...syabas jugak 400 org yg hadir..sekurangnya itu saja kita mampu utk berjuang dari berpeluk tubuh...salam rbf...

Anonymous said...

pasal brg and minyak apa mcm bro...brovo BN

Anonymous said...

salam Rbf ..

huhh ...nampaknya penyakit orang melayu [UMNO] masih tak sembuh , penyakit masih bersarang dalam diri kebanyakan pemimpin dan penyokong ,
rasa cinta , rasa sayang pada negeri dan parti belum meyakinkan ,

penyakit mengampu , membodek , cari nama , cari harta , nak naik cepat masih berleluasa ...apa jadahnya nak suruh blogger kata jumlah yg darang Demo 1500 ? sedangkan yg datang tak sampai pun 700 orang ? gila ke ??

apapun , tindakan yg dibuat Umno itu sekurang2nya telah mengetuk pintu 'pembohongan dan penipuan ' pembangkang ,
kalau dengan segala kejalangan yg dibuat itu pun orang Melayu selangor masih tidur tak sedar diri dirompak , masih lena dan senyum tertawa , maka tunggulah masanya kehancuran selangor ..

Anonymous said...

Walupun UMNO naikkan minyak... kami tetap akn sokong UMNO.

Anonymous said...

ishhh2....aku pun same.kl UMNO naik 100% aku tetap sokong UMNO..he2..idup umco

Shahrul said...

naik setakat 5 sen je. sekurang2nya tak mcm zaman pak lah dulu, mengelabah sampai naikkan minyak hingga 78 sen. so jangan la kecoh macam naik 50 sen pulak. pembangkang memang suka ambil kesempatan bila kes mcm ni berlaku. biasala pakatan ranap nak hidupkan survival politik mereka yang makin hari makin teruk dan tercalar...apa2 pun aku tetap sokong UMNO/BN tunjang kekuatan MELAYU dan RAKYAT MALAYSIA. daripada aku sokong pakatan haram,rela aku jadi atas pagar.

Anonymous said...

datang 100 ke..200 ek...1000 ke..tu tak menjadi kekesalan saya sangat...tu tak penting tapi yg menjadi masalah adalah sikap..iaitu membodoh dan membanggangkan rakyat dengan kata2 yg hadir 1500 tapi yg sebenarnya sebaliknya...tu la yg orang tak suka..banggang..!masih tak belajar dan tak fahamke...sapa2 yg masih nak buat keje bodoh ni tolong ubah la pendekatan tu...sekarang orang dah dapat sumber dari pelbagai sudut la...apasala nak cakap lain buat lain...faham!

Anonymous said...

inilah contoh masyarakat subsidi , kerajaan naikan 5 sen je pun bising seolah esok nak kiamat , apa benda yag tak naik dalam dunia ? semua benda akan naik harga apabila sampai masanya ...ini realiti kehidupan ,

usahlah hanya tahu mengharapkan segalanya murah ,segalanya mudah dan segalanya senang ,

janganlah hanya kerana 5 sen dijadikan isu , biarlah kita matang dalam berfikir ....

Anonymous said...

Bro,

Yang isu ketua perhubungan umno selangor yang bengap ni tak nak ulas ker?

http://www.youtube.com/watch?v=z-QGd29e_eI&feature=player_embedded

Zack

Anonymous said...

yer la minyak naik 5 sen...berapa gelen ko isi minyak 1 hari..kalu sebulan, kalu setahun..kali dgn jumlah yg guna kenderaan..senang2 jer rakyat kna rompak..kata ekonomi bagus..realiti hampeh..ko amik kisah x yg berpendapatan rendah..yg dok kampung...minyak naik of coz barang keperluan lain akan naik...aku x tau la plak kalu gaji ko tu mcm ceo. Penubuhan petronas utk sapa sebenarnya..dh la bg la pr perintah plak..x rugi mana pon..next election tukar lagi gomen kalu stail perintah pon sama dgn bn...sudah sudah la

Anonymous said...

sapa kata demo anwar yg ajar..masa nk demo nk tubuh malayan union tu anwar ada dh ker, kes natrah, 13 may sapa pnya kerja tu..apasal KJ pon demo gak..otak letak mana bro