Tuesday, July 27, 2010

Pencurian Pasir 'Bersepadu' Di Hulu Selangor

Semalam saya menerima sms dari seorang teman yang memberitahu mana-mana blogger yang ingin mengikuti rombongan bersama media untuk melihat satu kawasan yang berlaku kecurian pasir di Selangor diminta berkumpul di Tol Rawang jam 10.00pagi.

Saya mengambil cuti hari ini semata-mata untuk mengikut rombongan ini. Ini kerana saya juga ingin melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku sebenarnya.

Lokasi yang dituju ialah Kampung Kambing Susu,Mukim Serendah yang terletak dalam Daerah Hulu Selangor.



Kerajaan Selangor telah menetapkan dua jenis permit melombong pasir di Selangor.

1) Permit Pasir Lombong (pemegang permit pasir lombong tidak dibenarkan melombong pasir dari sungai, hanya melombong di lombong sahaja)

2) Permit Pasir Sungai (pemegang permit pasir sungai tidak dibenarkan melombong pasir di lombong, hanya melombong dari sungai sahaja)

Jika pemegang permit melanggar syarat ini maka permit mereka akan digantung oleh Pejabat Tanah dan Daerah.

Di Selangor semua permit dikeluarkan kepada Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (monopoli).Kemudian KSSB akan sub kerja-kerja melombong kepada kontraktor-kontraktor yang terdiri dari kroni-kroni mereka.

Harus diingat, kontraktor yang dipilih tidak berurusan terus dengan Pejabat Tanah dan Daerah. Yang berurusan dengan mereka ialah KSSB. Segala tanggungjawab atas kepala KSSB. Permit mereka, lombong mereka, kerja siapa yang buat belakang kira.

Berapa KSSB bayar kepada kontraktor mereka itu mereka punya pasal. Pejabat Tanah tidak ambil tahu semua itu. Yang mereka tahu KSSB pegang permit lombong pasir dan mereka kena patuh peraturan serta perlu bayar royalti RM 3.00/tan kepada Pejabat Tanah.

Sebaliknya lain pula yang berlaku, KSSB yang sepatutnya menjadi pelindung kepada harta negeri, tetapi mereka pula yang mencurinya. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

Taktik pencurian yang sungguh licik dilakukan oleh mereka. Sekali pandang memang anda tidak menjangka yang mereka sedang mencuri pasir. Tambahan pula lokasinya yang agak jauh dari kawasan orang ramai dan anda terpaksa berjalan kaki lebih kurang 100 meter di dalam semak untuk melihat bermulanya tempat pencurian.

Gambar dibawah akan menceritakan segalanya. Saya minta maaf, kerana saya tidak pandai dalam bidang grafik dan hanya itu yang terbaik yang mampu saya ‘persembahkan’ untuk kawan-kawan semua yang berada diluar sana. Saya harap kawan-kawan semua dapat memahaminya.

Situasi asal sebelum kecurian pasir berlaku

1 ) Arah aliran air Sungai Selangor (anak panah panjang no 1) mengalir terus ke arah anak panah no 1 yang pendek.

2) Garisan kuning no 2 adalah tebing sungai yang kini sudah dipecahkan.

3) Benteng yang sudah lama dibina oleh JPS untuk memerangkap pasir. Pasir akan terperangkap di benteng (no 4) dan air mengalir melintasi atas benteng tersebut.

Dulu air sungai ini dalam dan benteng tersebut tenggelam. Kenapa sekarang cetek ? Temui jawapannya di bawah nanti. Untuk pengetahuan anda juga air sungai ini mengalir agak laju.Selepas tertubuhnya KSSB dan kerja-kerja melombong pasir bermula , tebing sungai ini telah dipecahkan. Air sungai yang sepatutnya mengalir terus melintasi benteng telah melencong ke sebelah kiri. Akibat lencongan tersebut maka sungai telah menjadi cetek dan sungai yang berada di sebelah sana telah mati kerana air tidak dapat mengalir terus akibat benteng JPS lebih tinggi dari paras air.

Air sungai terus mengalir ke sebelah kiri. Ke mana air sungai tersebut mengalir dan apa yang dibawanya ? Temui jawapannya di bawah.
Air sungai yang mengalir tadi (anak panah kuning) rupa-rupanya masuk ke lombong pasir milik KSSB (anak panah biru no 1). Apa yang dibawa oleh air sungai itu ? Jawapannya di bawah.
Air sungai yang mengalir ke lombong tersebut rupa-rupanya membawa duit. Duit ? Ya, duit ! Apabila di jual maka pasir bertukar menjadi duit. Air sungai yang mengalir tadi membawa pasir sungai masuk ke lombong milik KSSB yang kemudiannya disedut oleh pam KSSB (anak panah kuning). Apakah ini bukan mencuri namanya ? Sila jawab wahai ular-ular sawa yang sedang melengkor kekenyangan setelah membaham bonus 6 bulan.

Saya difahamkan pasir di kawasan lombong berkenaan tidak banyak dan sepatutnya sudah pun habis. Sebab itulah mereka sedut pasir sungai pula dan sampai ke hari ini pun masih belum habis lagi.

Untuk pengetahuan anda, pasir sungai dikategorikan sebagai pasir kotor dan harga pasarannya antara RM 12-13/tan sahaja. Manakala pasir lombong pula perlu dicuci terlebih dahulu dan dikategorikan sebagai pasir cuci dan harga pasarannya RM 18-21/tan.

Itu sebabnya mereka lencongkan pasir sungai ke lombong,dan kemudiannya mereka sedut serta cuci dan dapat jual dengan harga yang mahal,supaya tahun ini mereka boleh dapat bonus lebih dari 6 bulan.

Oleh yang demikian saya mencabar DO Hulu Selangor menggantung serta merta permit yang telah dikeluarkan kepada KSSB di lombong Kampung Kambing Susu kerana mereka telah melanggar syarat permit serta mencuri .Arahkan mereka bina semula tebing sungai yang telah diruntuhkan.

Manakala Khalid Ibrahim@Sahak Gobek pula harus menggesa semua pihak pengurusan KSSB meletak jawatan dengan segera. Jika mereka enggan letak jawatan maka Sahak Gobek harus pecat kesemua mereka. Mereka semua tidak amanah dan tidak jujur dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Jika hari ini Sahak Gobek mengatakan dia malu kerana kejadian seorang Ahli Majlis DAP Selangor menggunakan kepala surat Ronnie Liu untuk meminta projek, maka Sahak Gobek juga perlu malu dalam isu ini. Apatah lagi semua-semua bos-bos besar di KSSB adalah orang yang dipilih olehnya sendiri.
Gambar diatas pula menunjukan laluan keluar dari tapak lombong. No 1 adalah laluan yang ada penimbang. Manakala no 2 pula tanpa penimbang.

Mengikut prosedur, semua lori yang telah diisi dengan pasir perlu melalui laluan timbang bagi memastikan berapa banyak muatan pasir yang dibawa keluar direkodkan untuk tujuan bayaran royalti kepada Pejabat Tanah (RM 3/tan) dan KSSB (RM 4/tan).

Anda tahu apa yang terjadi ? Saya difahamkan oleh seorang penduduk tempatan yang kebetulan berada di gerai berhampiran. Katanya, jika 100 lari sehari membawa pasir keluar, mungkin 60 lori ikut laluan timbang, manakala 40 lori lagi ikut laluan biasa. Aduhhhhh...cekap...cekap.....

Yang 40 lari siapa punya ? Biasalah, siapa ampunya lagi jika bukan DAP ,PKR, Pejabat Tanah dan Daerah serta KSSB. Pencurian bersepadu.Hasil rompakan dibahagi 4.

Lori pasir siapa yang kawal ? Sudah tentu taikun-taikun dan mafia-mafia. Siapa kepala mafia di Selangor ? Ronnie Liu mewakili DAP.

Exco yang jaga pasir siapa ? Yakob Sapari mewakili PKR.

Siapa yang dapat permit ? KSSB

Yang keluar permit ? Pejabat Tanah dan Daerah . Siapa bosnya ? DO Hulu Selangor.

Mohon SPRM siasat dengan segera perkara ini.

Lagi bukti penipuan mereka di kawasan yang sama ada di sini.

Semua sudah ada, jika SPRM tidak bertindak juga tak tahulah apa nak dikata lagi.

Apa jawapan yang akan dijawab oleh Kerajaan PKR Selangor sekiranya ditanya oleh wartawan tentang perkara ini ?

"oh, ini semua berlaku di zaman kerajaan terdahulu"

"semua ini kerja UMNO"

Yang lain-lain saya serahkan kepada kawan-kawan semua untuk meramalkan apakah jawapan mereka. Hantarkan melalui komen.








3 comments:

hanizam said...

bro, pasni tolonglah datang ke KG.Berjuntai Bestari...datang ramai-ramai untuk tengok sendiri ape yang PAKATAN dok rompak pasir lombong kat sana...

kat blog OYABUN ada disiarkan, orang kg. aku buat demo sebab kawasan yang PAKATAN tarah semakin dekat dengan kawasan rumah dan tak berapa jauh dengan UNISEL...

geram betul aku dengan ape yang berlaku...takpe, minggu ni aku memang balik, kalau ada depa buat demo, aku akan join sekali...

HARAM jadah kerajaan PAKATAN ni...

Proudmalaysian said...

hurmmm
menyokon kafirun menentang islam ternyata haram
mencuri pun haram

no komen..
cuma.. ap yg dduk kat kerusi empuk tuh da kene gam ke kat bontot? smpai xleh bangun tgok ape yg jadi kt bawah ni

FAN said...

Ini semua kerja UMNO..kami tak tahu apa apa pun..UMNO memang jahat dulu kini selamanya..
"Jawapan pasti daripada manusia bebal PR"