Monday, July 26, 2010

SSDE Kapar: Pendirian PAS Dalam Isu Kalimah Allah

Malam tadi saya ke Sementa untuk mengikuti siri road show SSDE bahagian Kapar. Walaupun dalam keadaan hujan, ceramah tetap diteruskan dan jumlah kehadiran juga menggalakan. (gambar sekitar majlis ada di bahagian bawah)

Empat orang penceramah menyampaikan ucapan malam tadi. Bermula dengan tuan rumahnya iaitu Datuk Rahman Palil, kemudian Datuk Noh Omar, Datuk Satim Diman dan Zahid Mat Arip.

Agak terkilan sedikit kerana ucapan Zahid tidak panjang akibat beliau lewat tiba, kerana sebelum itu beliau berceramah di Ijok. Manakala Datuk Noh pula selepas selesai berceramah di Sementa beliau pergi berceramah ke Ijok pula.
Zahid sampai jam 11.45 dan terus berceramah. Tepat jam 12, penganjur sudah terima isyarat lampu kuning dari Ketua Polis Klang yang memberitahu hanya 15 minit sahaja lagi dibenarkan. Jika tidak tindakan akan diambil. Terlajak juga sampai jam 12.20, maka penganjur telah menerima isyarat lampu merah dari Polis Klang. Tiada pilihan, sebelum 'kepala merah' sampai penganjur minta Zahid berhenti berucap.

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua satu perkara menarik yang dikatakan oleh Zahid berhubung isu Kalimah Allah.

Anwar Ibrahim sokong penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain. Harun Din pula kata, kufur jika menyokong penggunan Kalimah Allah oleh agama lain. Maka sudah tentulah Anwar telah termasuk dalam golongan orang-orang yang kufur.

Mengikut Zahid, pendirian PAS dalam isu Kalimah Allah seperti berikut 'boleh guna, tapi jangan salah guna'.

Zahid memberi satu contoh,

Dalam kampung kita ada seorang manusia yang bernama Ali. Ali ini memang kaki lahanat,pantang lihat perempuan semuanya dia tutuh, tidak kira anak dara, janda ,bini orang atau sebagainya.

Dalam kampung itu juga ada seorang yang bernama Pak Mat dan Pak Mat ini ada seorang anak dara yang berusia 18 tahun dan cun melecun serta menjadi idaman ramai jejaka-jejaka di kampungnya.

Satu hari Ali datang ke rumah Pak Mat dan meminta izin dengan Pak Mat untuk membawa anak dara Pak Mat bercuti selama 3 hari 2 malam ke Bangkok.

Boleh ke Pak Mat jawab begini ? "baiklah Ali, kau boleh bawa anak dara aku untuk pergi bercuti, tapi jangan salah guna" Perghhhh...##***@@@!!!###

Bolehkah kawan-kawan sekalian ?



Dulu mana orang yang sanggup dengar ceramah UMNO dalam hujan begitu. Sekarang ?













11 comments:

ArenaMalaya said...

'Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.' Al-Ikhlaas,1-4.

Tidak kira PAS atau UMNO perlu menolak penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain. Hanya puak liberal yang bersungguh2 bagi guna.

PAS yang perjuangkan Islam (jika dan hanya jika perjuangkanlah) perlu nyatakan pendirian kukuh. Kalau ikut juga Brader Anwar...hancus.

Anonymous said...

SELANGOR BAGAI CACING KEPANASAN...

Cerita Kedai Kopi Lyrics
(Featuring Salam)

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Anonymous said...

Sama ke penggunaan kalimah Allah dengan cerita anak Pak Mat?????
Gi belajar bagi habis dulu la bro......
Bab perbezaan benda dua tu pun tak lepas lagi, nak ulas hal yang lebih2 lagi.......
Pesanan gua... Gi belajar habis dulu....

pemikir said...

Bro,

Tahniah kerana masa dan tenaga yg di beri ke ceramah Umno Selangor. Terasa bahang kebangkitan Umno Selangor seperti Umno Terengganu sewaktu Gelombang Biru dahulu.

putrajayareformer said...

Salam...

1.pada saya x salah kalo bukan Islam guna perkataan Allah, asalkan tidak disalahgunakan.Ia sebagai satu cara mendekatkan mereka kepada Islam..Saya ada sorang kawan, dia bangsa Cina..dulu dia selalu tanya pasal Allah & Islam, pastu sering nak tahu pasal Islam..then dia buat kajian dan perbandingkan kelebihan/kelemahan Allah berbanding tuhan dia...Akhirnya, dia temui jawapan dan masuk Islam..Alhamdulillah..

2. saya nak tanya, kalau memang mereka x boleh guna perkataan Allah, nape dlam lirik lagu Negeri Johor pun ada perkataan Allah;-
"Allah peliharakan Sultan"...
jadinya yang bukan Islam x boleh nyanyi lagu ke?cmne kat perhimpunan sekolah atau pejabat2 kerajaan?---tu contoh lah..

Terima kasih.

Kalam Timur said...

Salam Bro RBF,

Mohon cilok gambar2 SSDE Sementa. Saya tak bawa kamera mlm tu.

Terima kasih.

Anonymous said...

Nama Allah dlm lagu negeri johor tu merujuk kpd Allah Yg Maha Esa. Allah yg 1. Tidak beranak dan di beranakkan. Tapi Allah yg nk digunakan oleh org2 kafir nie merujuk kpd tuhan dia org, yg bercaya tuhan tu ada anak. kena faham lah dulu isu nie.

Bukan nya org kafir tk blh sebut perkataan Allah. Huh.... perkara senang pn nk di susahkan.

aliffnajmi said...

Anon 9:13.
Knp perlu RBF bold & besarkan perkataan "tapi jgn salah guna"?

Nampaknya anda perlu belajar memahami dan menghayati maksud tersirat dari kisah yg tersurat.

Bingai @ Bangang said...

Setahu aku Allah adalah Tuhan segala kejadian TETAPI bukan tuhan segala agama.

Isu disini ialah nama khas ALLAH itu digunakan di dalam penerbitan Kristian.

Kenapa isu ini tidak berbangkit di kalangan orang-orang Cina yang mengikut kepercayaan datuk nenek moyang mereka? Kebanyakan mereka tidak berugama dan hanya mempercayai dewa-dewa atau hantu-hantu.

DAN MENGAPA HANYA ISU INI TIMBUL DI KALANGAN ORANG KRISTIAN SAHAJA? Tidak di kalangan penganut Buddha, Hindu dan lain lain?

Apakah ini salah satu cara pemesongan akhidah secara halus dan terancang untuk generasi akan datang? LU PIKIR LAH SENDIRI!

Prolog:
"Nak pinjam bini boleh tak? Aku janji TAK SALAH GUNA sebab aku tak suka pun lubang kunyit!"


aku yang bingai
Suami power di Tendang Terajang

e-Direktori Bloggers Malaysia

Anonymous said...

Ini faktanya,
1)Agama pembawakkan Nabi Allah Isa dipanggil Nasrani atau Nazareq mengambil sempena tempat asal Isa a.s. Mereka orang Yahudi dan agama itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja kerana Isa a.s adalah Mesayah (al-Maseh) atau juruselamat yang dijanjikan Allah untuk kaum yahudi dalam perjanjian Allah dan kaum Musa.
2)Jadi yang dimaksudkan Allah dalam ayat yang saudara sertakan tadi adalah tentang kaum Yahudi yang menganut agama Musa dan kaum Yahudi yang menganut agama Isa. Sudah pasti tauhid mereka tentang Allah sama dengan penganut agama Muhammad S.a.w.

3) Bermulanya Kristianity itu daripada surat-surat Paulus, seorang jenderal Rom yang ditugaskan untuk memerangi kaum Nasrani tetapi akhirnya terpikat dengan agama itu lalu mewujudkan satu fahaman baru yang berasaskan agama Isa a.s tetapi dipengaruhi oleh kepercayaan Greek kuno tentang dewa bapa, anak dan ibu.
(Sila rujuk surah2 Paulus dalam "Perjanjian Baru Versi B.M dan Indon yang menggunakan Allah merujuk kepada tuhan trinity)

3)Agama ini dipanggil Roman Katolik berpusat di Rom dan asas kepada pecahan kristian lainnya termasuklah yang ada di malaysia ini.

Jadi agama kristian bukanlah bermaksud agama Nasrani walaupun sesetengah tempat dan negara memanggil mereka Nasrani.

Allah merujuk kepada ketuhanan esa (tunggal) yang dikongsi kepercayaan oleh Yahudi, nasrani dan Islam.

TIADA nama tuhan Allah dalam Roman Katolik tulin dan maznab2 seumpamanya di dunia ini, melainkan digunapakai di Indonesia dan malaysia Timur tanpa dipastikan tujuannya (mungkin atas tujuan dakwah atau mengelirukan)

Maka jelasnya tuhan Allah maha esa hanya merujuk kepada tuhan orang Islam, Yahudi dan Nasrani SAHAJA. yang mana kita berkongsi ketauhidan dan kebenaran.
Oleh kerana itu dibolehkan nikah dan makan sembelihan Yahudi dan Nasrani YANG BENAR TAUHIDNYA SAHAJA.

jADI SAUDARA RASA PERLUKAH KITA MEMPERTAHANKAN, ATAU MENGIZINKAN KEKELIRUAN GENERASI ISLAM AKAN DATANG?

Anonymous said...

di sabah sarawak benda ni tak ada isu pun... cuma di semananjung shj umno nak jadikan isu... toksah cakap benda lain melayu pun dari dulu sampai sekarang tak pernah bersatu... umno/vs pas