Sunday, July 25, 2010

Wow !!! Gelombang SSDE Melanda Selangor.


Sepanjang saya mengikuti ceramah-ceramah anjuran BN atau UMNO, malam tadi adalah kali pertama saya dapat rasa ada satu aura yang lain. Kebiasaannya ceramah-ceramah mereka membosankan, tetapi malam tadi lain macam rasanya.

Setibanya saya ke kawasan berhampiran tapak ceramah kelainan sudah dapat dirasai. Pertama sekali adalah kerana lalulintas yang perlahan untuk ke tempat ceramah di Pandamaran yang terletak dalam dun Pelabuhan Klang. Kedua, kelihatan kenderaan yang banyak diletak di kiri kanan jalan sebelum sampai ke tempat ceramah. Perkara-perkara ini bukan menjadi kebiasaan dalam majlis-majlis ceramah anjuran BN atau UMNO.
Dalam hati terasa seperti nak pergi dengar ceramah PAS pula rasanya. Saya sendiri pun terpaksa meletak kenderaan agak jauh dari tempat ceramah dan terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sana. Sebiji sama nak pergi dengar ceramah PAS.
Ketiga, bila melihat petugas-petugas berada di tepi jalan memegang lampu picit bagi melancarkan kesesakan lalulintas. Kemudian ada pula anak-anak muda di tepi jalan mengedarkan risalah-risalah tentang kebaculan dan kemunafikan kerajaan pak-khatan rakyat Selangor kepada pengguna-pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.Perkara ini tidak pernah saya lihat berlaku dalam ceramah-ceramah UMNO atau BN, tetapi ianya perkara biasa bagi PAS atau PKR.
Kemudian ada pula peniaga-peniaga yang membuka gerai menjual makanan dan minuman. Kebiasaannya gerai-gerai hanya wujud dalam ceramah PAS dan PKR. Di sini ada sedikit perbezaan kerana ditapak ceramah BN malam tadi tidak terdapat gerai-gerai yang menjual ubat kuat atau ubat tenaga batin yang kebiasaanya sinonim dengan majlis-majlis ceramah PAS atau Harakah.

Kemudian lagi, sistem pembesar suara yang menggunakan corong membuatkan ceramah dapat didengar dari jarak yang jauh dan jelas. Dari tempat saya letak kereta lagi saya sudah boleh dengar dengan jelas suara Ezam membalun Mahfuz Omar berhubung dengan akhbar Washington Post yang dikaitkan dengan Anwar baru-baru ini.

Cara Ezam menyampaikan ceramah malam tadi saya terbayangkan Ezam yang saya pernah lihat sewaktu kemuncak zaman reformasi 10 tahun lepas. Sungguh bertenaga dan balunnya maksimum. Setakat cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang seperti Nik Nazmi Mata Sepet Sebelah atau Amiruddin Shaari Otak Bergegar (perasuah pasir) nak lawan Ezam tak payahlah. Mereka masih jauh lagi ketinggalan, kalau kencing pun masih lagi berbuih maka bolehlah lupakan hasrat nak berlawan dengan Ezam.
Secara jelas malam tadi Ezam memberitahu bahawa Wan Azizah sendiri yang menyatakan kepadanya tentang perangai buruk Anwar. Perkara itu dinyatakan selepas Azizah tidak tahan lagi dengan perangai buruk Anwar yang masih melakukan kerja sondol-menyondol walaupun selepas keluar dari penjara.

Bermula dari situ, Ezam mula berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar. Beliau merasakan perjuangannya selama enam tahun memperjuangkan Anwar hanya sia-sia sahaja. Ini kerana pada masa itu beliau belum tahu tentang tabiat luar tabie Anwar.

Setelah mengetahuinya dari mulut isteri Anwar sendiri ,maka Ezam terpaksa mengambil satu keputusan yang amat berat dalam hidupnya demi prinsipnya yang tidak mahu bersengkongkol dengan seorang peliwat.

Ezam juga memberitahu bagaimana Saiful Bukhari berjumpa dengannya dan beliau cuba mengaturkan Saiful untuk berjumpa dengan empat orang ulama PAS. Sesiapa yang ingin mengetahui secara lanjut cerita ini boleh datang mendengarnya sendiri dari mulut Ezam di 15 lagi lokasi ceramah SSDE yang akan diadakan sebelum menjelang Ramadhan ini.

Apabila Ezam menyertai UMNO , juak-juak PKR mula menuduhnya sebagai pelacur politik. Kononnya beliau mendapat 2 juta untuk menyertai UMNO. Ezam bersumpah dengan nama Allah bahawa tiada satu sen pun yang diterimanya apabila menyertai UMNO.

Azmin Ali juga turut tidak terlepas dari serangan Ezam malam tadi. Secara jelas Ezam memberitahu yang Azmin seorang lelaki yang dayus. Pada pandangan saya (rbf) saya dapat menyimpulkan maksud dayus yang dikatakan oleh Ezam ialah berkenaan dengan perkongsian isteri (Shamsidar) antara Azmin dan Anwar. Azmin tidak layak menjadi MB Selangor kata Ezam. Banyak lagi cerita-cerita menarik yang dinyatakan oleh Ezam malam tadi dan yang tidak pernah kita dengar dari mulutnya selama ini. Oleh itu saya merasakan lebih baik anda datang dan dengar sendiri di telinga anda di 15 lagi lokasi ceramah SSDE.
Selesai Ezam menyampaikan ceramah giliran Pengerusi BN Klang,Datuk The Kim Poo pula menyampaikan ceramah. Beliau menceritakan bagaimana Ronnie Liu menipu penduduk setinggan di Jalan Papan Pandamaran. Ada di kalangan perempuan-perempuan tua cina yang mengamuk dan tunjuk tangan tepat di atas muka Ronnie kerana sikapnya yang suka menipu.

Banyak projek-projek kerajaan pusat yang dijalankan di Pandamaran yang kemudiannya Ronnie datang dan mengaku projek itu dilakukan olehnya. Walaupun agak pelat sedikit tetapi Datuk Teh menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Beliau faham yang majoriti orang yang hadir mendengar ceramah adalah bangsa melayu dan tempat ceramah juga di kawasan melayu. Ini berbeza dengan sikap seorang dajal akhir zaman yang menyampaikan ceramah dalam bahasa inggeris ketika berceramah di kampung melayu juga di Klang sepertimana yang pernah saya laporkan beberapa bulan lepas di sini .
Selesai Datuk Teh, tiba pula giliran exco Pemuda Umno Pusat iaitu saudara Lokman Nor Adam menyampaikan ucapan. Secara jujur saya katakan, pujian 5 bintang wajar diberikan kepada saudara Lokman yang menyampaikan ceramah begitu berkualiti sekali. Beliau bercakap dalam bahasa yang mudah difahami dan menjelaskan segalanya-galanya. Isu Apco, penyundalan di Selangor, PAS, PKR,liwat dan beberapa perkara lagi. Senang cerita semua ada dan cukup rasanya.

Saya amat terkejut apabila Lokman menceritakan pengalaman beliau semasa dalam ISA bersama anak Nik Aziz yang ditahan kerana KMM dan beberapa tahanan lain yang ditahan kerana JI. Lokman memberitahu bagaimana mereka –mereka yang ditahan kerana aktiviti keganasan dan yang taksub dengan Nik Aziz serta Hj.Hadi merancang untuk mengebom kilang arak di Shah Alam.

Kata mereka kerana kilang arak tersebutlah yang membuatkan runtuhnya akhlak rakyat Malaysia. Tetapi kini , sejak 2008 hingga kini apabila kerajaan campuran PKR serta PAS berkuasa di Selangor sudah dua kali kilang arak berkenaan memperbaharui lesen mereka tanpa sebarang masalah.

Sepatutnya inilah masa terbaik yang ada dan perlu digunakan oleh PAS untuk menutup kilang arak berkenaan. Hajat tersebut sudah lama PAS pendam, tetapi apabila ada peluang mereka tidak menggunakannya.

Mengikut Lokman sewaktu beliau pernah berceramah bersama Mat Sabu satu ketika dahulu, Mat Sabu pernah berkata jika mereka berjaya bentuk kerajaan malam ini maka esok pagi sebelum ayam berkokok lagi PAS akan tutup semua pusat-pusat hiburan. “Itu dulu Man, dulu lain sekarang lain, dulu tak dapat duit, sekarang lim guan eng sudah suap duit ke mulut”.

Lokman juga menceritakan bagaimana Wan Azizah 'menutuh' Anwar dalam bilik di Hotel Quality Shah Alam di depan beberapa ahli parlimen PKR sebaik sahaja Saiful membuat laporan polis.

Diringkas cerita, banyak cerita-cerita menarik dan info terkini yang boleh didapati dalam siri Road Show SSDE. Saya cadangkan anda pergilah dengar sendiri. Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini memang lain dari yang lain. Tak percaya ? Datang dengar sendiri.

Serangan-serangan yang dilakukan dalam ceramah sungguh menggerunkan, tidak lagi seperti dulu yang mana bila mula saja berceramah cerita pasal pembangunan hingga ke akhir ceramah.

Sekalung tahniah kepada UMNO Selangor kerana berani membuat perubahan dan mula bertindak sebagai pembangkang. Semoga momentum ini berkekalan sehingga ke pru akan datang.


12 comments:

Anonymous said...

thanks RBF kalau baca malaysiakini depa hanya shot meja dan kerusi kosong..lepas tu cakap 250 org jer yang hadir..tp tengok macam lebih ramai dari itu..kalau rbf ada video, harap upload di youtube :P Hidup UMNO dan Hidup Melayu!!

Mctheory said...

Salam Bro rbf,

Semangat yang jarang dapat dari ceramah UMNO. Semoga semangat ini berterusan hingga ke pru ke 13.

Gerakan AK47 said...

Gelombang kebangkitan UMNO di Selangor telah bermula! Balun habis, habisan!

Kita lihat apa anwar dan pas nak cakap apa setelah pimpinan UMNO membogelkan segala kedurjanaan mereka!

Inilah yang kita mahu! PKR langsung tak tahu memerintah! PAS hanya pandai menggunakan agama untuk menipu umat islam! DAP pula hanya pandai mengungkit hak orang melayu! Komunis perlu dinyahkan dari bumi Malaysia.

Hanya melayu yang bebal saja masih sanggup menyokong Pakatan Rosak! Haram mengundi pr dalam PRU 13!

Sudah terlalu lama UMNO difitnah sesuka hati mak bapak dia. Anwar cakap ikut sedap mulut dia saja. Apa saja yang berlaku semuanya salah UMNO! Dia meliwat pun salah UMNO! Dia melutut kat yahudi pun salah UMNO! Dia mengorat bini orang pun salah UMNO! Lancaulah Anwar!

Sekarang masa untuk UMNO balun dia pulak! Anwar, tolong jangan buat muka sedih, muka 10 sen! Jawab kalau kamu benar! Bukan setakat Top gun Selangor, semua pimpinan UMNO selangor perlu bersama-sama membalun habis-habisan. Jangan tidur! Tunjukkan UMNO memang bersatu hati, berpadu tenaga, dalam menghadapi puak dajal Pakatan Rosak akhlak!

Aku pun pergi meninjau keadaan ceramah, sungguh hebat! Aku kagum dengan UMNO Selangor yang mendapat satu kekuatan tersendiri! Tahniah UMNO! Terus berjuang! Rakyat bersama dengan UMNO!

Anonymous said...

Syabas Kepada Semua ... ini yang kita nak . Serang bertalu talu
jangan bagi muka .
Kini bukan Zaman bertahan lagi ... keadaan sekarang dah melampau.
Kalau dibiarkan .... Punah ranah BUMI BERTUAH INI.
Hadirkan diri beramai ramai ... Ceramah lain dari yang lain.
Penceramah ... gua Respeck.
SELEMPANG MERAH & PENGIKUT KIYAI SALLEH KIRIM SALAM.

Anonymous said...

Bro....
Jadual ceramah utk 15 tempat tu dimaklumkan dlm blog.....bolehkah diwar warkan pada orang ramai.....baru goncang geng PR.

Anonymous said...

balun bro ..selamatkan selangor, dan semua negeri jajahan PAKATAN selamatkan mLAYASIA.... jangan bagi muka dkt geng-geng mulut busuk hahahha...hidup UMNO hidup BN

Kama Irahsa said...

bro, malaysiakini tak berani nak siar kenyataan ezam pasal pengakuan wan azizah tu..apa kata bro promote vide ucapan ezam bab pengakuan wan azizah tu jer..

ProudMalaysian said...

aslkm
tahniah satu malaysia bersatu
semua bangsa dan agama duduk di bwh satu payung yang sama
bagus2

aku rindukan saat2 semua bangsa ada hub yg erat.. zaman the legendary tun dr mahathir.. tolong lah bw kami semua ke zman tersebut ds najib.. kami semua dokong dan sokong anda

Jeffry said...

"TERKULAI TENGKOK" AL JUBOREE BILA EZAM KASI BALUN NON-STOP KEHKEHKEH..SYABASS BETAA

Anonymous said...

Salam tuan, nak tanyalah, ceramah ni takkan buat kat Selangor jek? macam kat area tempat tinggal saya kat Seremban ni biler lagi saudara Ezam nak datang balun pembangkang? kami rakyat marhain di Negeri Sembilan konfem akan memenuhi setiap ceramah jika saudara dan rakan-rakan datang ke tempat kami.

Anonymous said...

Sepang bila????? Bila nak sampai sepang???? Berani turun sepang ke??? Turun sepang, Suhami KP Selangor yang dijadikan Allah pendek kena bagi ceramah gak wooo... Takkan KP Negeri tak di bagi tempatttt......

ejarll said...

inilah namanya perjuangan, bkn asyik menanti di hentam. tahniah buat UMNO selangor.

UMNO d johor masih lemau dan lembik...menanti utk kalah PRU akan dtg agaknya...UMNO johor bergerak bler ada pilihanraya sahaja