Sunday, August 15, 2010

Amuk Sahur Di Perak, Kenapa Polis Lewat Tiba ?

Perhatian : Saya menulis perkara berdasarkan berita yang dilapor oleh Mingguan Malaysia 15.Ogos.2010 di ms 1 dan 4.
Apabila saya menulis perkara ini bukan niat saya untuk menyalahkan pihak polis. Selama ini saya adalah antara penulis-penulis blog yang sering mempertahankan polis jika ada sesuatu isu timbul berhubung dengan polis . Yang betul saya pertahankan, yang tidak betul saya kena kritik. Berkata benar walaupun pahit.

Sebagai contoh, dalam kes seorang pelajar yang mati ditembak polis di Shah Alam beberapa bulan lepas, saya pertahankan polis habis-habisan. Saya nampak polis tidak bersalah dalam hal tersebut. Ini kerana kecuaian datang dari keluarga mereka sendiri.

Sebelum anda terus membaca apa yang saya tulis ini, marilah kita sama-sama mensedekahkan Ummul Kitab Al Fatihah kepada En.Natri Shaharudin dan Puan Khairul Bariah yang telah kembali ke Rahmatullah dalam peristiwa berdarah pada pagi 4 Ramadhan 1431.

Al-Fatihah.......

Setelah membaca apa yang dilaporkan oleh MM hari ini, timbul persoalan dalam benak fikiran saya.

Kejadian si suami mengamuk dan menetak isterinya berlaku pada jam 5.15 pagi. Manakala mengikut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, polis tiba di tempat kejadian pada jam 8.30 pagi dan si suami juga mati ditembak pada jam 8.30 pagi.

Sila baca keratan akhbar ini terlebih dahulu sebelum anda terus membaca apa yang saya catitkan dibawah, supaya anda senang faham persoalan yang saya bangkitkan di bawah
[klik pada imej untuk membacanya dengan jelas]

Persoalan yang bermain di benak fikiran saya...

1) Adakah apabila polis tiba ditempat kejadian pada jam 8.30 pagi dan proses pujuk-memujuk berjalan sekejap sahaja, apabila tidak berhasil maka polis terus mengambil keputusan menembak mangsa ?

2) Kejadian berlaku pada jam 5.15 pagi , manakala polis pula tiba di tempat kejadian pada jam 8.30 pagi. Tiga jam lima belas minit dari masa kejadian berlaku. Mengapa sampai tiga jam ? Adakah kerana jiran-jiran lewat melaporkan kepada polis atau Polis Daerah Hilir Perak mengambil rehat untuk bersahur dari jam 5 pagi hingga 8 pagi atau mungkin juga polis daerah tersebut tidak cukup anggota ?

3) Adakah polis sudah tidak ada cara lain lagi untuk menenangkan pesakit mental sehingga terpaksa menembak mereka ?

4) Kenapa polis tidak tembak mangsa di anggota badan yang tidak boleh mendatang kematian seperti di bahagian kaki. Atau anggota polis yang menembak itu bukan penembak yang boleh menembak dengan tepat di tempat yang disasarkan.

Rakyat Malaysia masih ingat bagaimana seorang remaja yang mengamuk di Perlis beberapa bulan lepas juga mati ditembak oleh polis semasa usaha menenangkan mangsa dilakukan. Apakah polis tidak ambil iktibar dari peristiwa tersebut supaya pisang tidak berbuah dua kali ?

Setahu saya polis di negara kita adalah antara salah satu pasukan polis yang cekap dalam dunia. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana tidak berapa cekap dalam mengendalikan orang mengamuk, sehingga terpaksa ditembak. Lebih malang lagi orang yang mengamuk itu adalah pesakit mental.

Dengan berlakunya peristiwa begini, sedikit sebanyak boleh menjatuhkan standard pasukan polis kita. Seolah-olah polis tidak mampu berdepan dengan pesakit mental dan mereka terpaksa ditembak.

Apakah dalam pasukan polis kita tidak ada anggota-anggota polis yang terlatih untuk berdepan perkara sebegini dan menggunakan psikologi apabila berdepan dengan pesakit mental ? Atau tidak adakah alat-alat lain yang tidak boleh mendatangkan kematian kepada pesakit mental dalam usaha menangkap mereka.

Selain 'taser gun' , mengapa polis tidak menggunakan bom asap (pemedih mata) atau semburan air yang sering digunakan semasa menyuraikan demontrasi haram ? Ini sekadar pandangan saya , polis mungkin ada alasannya untuk tidak menggunakan benda-benda itu.

Mungkin ada orang yang berkata, "orang yang menulis di depan komputer senanglah menulis, polis di padang bukan main susah dia tak tahu". Saya tidak bermaksud begitu , saya tahu tentang susahnya anggota polis yang bekerja di bawah, saya tahu penat lelah mereka, apatah lagi ada kalanya penat lelah mereka tidak berbaloi dengan gaji yang diterima.

Tetapi dalam kes ini kita juga kena fikirkan sifat kemanusiaan. Anak-anak menjadi yatim piatu dalam sekelip mata, apatah lagi disaat hari lebaran yang bakal menjelma. Ibu mati dibunuh ayah, manakala ayah mati ditembak polis. Cuba letakkan diri kita ditempat mereka, apa perasaan kita ?

Jika ayah mereka dapat ditangkap, kemudian dibawa ke hospital bahagia, sekurang-kurang anak-anak itu masih ada ayah walaupun ayahnya sakit mental. Kejadian ini mungkin tidak akan berlaku jika ayah mereka tidak kehabisan ubat dan sudah tentu si suami juga tidak berniat membunuh isterinya sesuka hati jika beliau tidak berpenyakit. Peristiwa ini akan meninggalkan kesan sehingga ke tulang hitam kepada anak-anak mereka.

Oleh yang demikian saya berharaplah agar polis dapat menjawab persoalan-persoalan yang saya timbulkan di atas. Buat masa ini saya secara peribadi tidak menyalahkan polis 100 % lagi dalam kes ini dan saya berharap orang ramai juga begitu. Kita sama-sama tunggu penjelasan dari pihak polis. Mungkin juga ada cerita lain yang kita semua masih belum tahu lagi. Wallahualam...








17 comments:

Anonymous said...

WAKTU KEJADIAN DIKETAHUI....WAKTU POLIS TIBA JUGA DIKETAHUI...PUKUL BERAPAKAH WAKTU LAPORAN POLIS DIBUAT PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBUAT ANDAIAN SELANJUTNYA...

KES MENGAMUK INI SUDAH TIDAK BOLEH DIPUJUK...KENYATAAN AMUKKAN BERLAKU KERANA UBAT KEHABISAN...KALAU UBAT DAH TIADA PUJUK MACAM MANA PUN TAK JALAN...CUMA TINDAKAN POLIS SELEPAS INI UNTUK ORANG AMUK INI ADALAH TEMBAK UBAT PELALI BUKAN PELURU YANG BOLEH MEMBUNUH MANUSIA...

Anonymous said...

Ada kawan saya bagitau latihan menembak utk polis, target mesti kepala dan tempat2 yg boleh mati.

Jadi kalau dah masa latihan suruh tembak kepala dan dada, masa praktikal automatik bidik pada kepala dan dada.

Sy ingat latihan menembak tu kena variety. Cam tembak target di kaki.

gapodio said...

Tuan,

Kan dia dah cakap tu, polis tiba jam 8.30 pagi SEBAIK saja dimaklumkan..
ni kes lambat inform polis la ni..

my assumption..

polis datang situ tapi derang tak diberitahu the real situation(dah ada orang yang mati).jiran dia cuma dengar orang minta tolong and pintu pagar berkunci.takleh nak check.
polis dah guna taser gun tapi still tak membantu.mamat tu plak ada parang.

kat balai polis ada ubat pelali ke?tak sure la plak.tapi kalau macam tu baik cadangkan polis pakai ubat pelali je untuk semua kes, dah tak payah pakai peluru hidup dah.

C++ said...

Bhai RBF...

Polis Malaysia hanya dilatih menembak cuma dikepala dan jantung sahaja....

Boleh katakan semua kes yang jadi.. memang polis Malaysia menembak kat area situ..

Diorang tak pandai nak tembak kat tempat lain...

Anonymous said...

setuju dgn anon 2:21 AM

tapi kes orang gila mengamuk bukan berlaku hari2. tidak semua anggota polis berkemahiran menghadapi kes sebegini, apatah lagi kes amuk bersenjata, tidak kira waras atau tidak. dalam situasi sebegini maklumat awal sebelum tindakan diambil, akan menentukan keputusan samada tangkapan dibuat melalui kaedah rundingan atau melemahkan / mencederakan atau pun tembakan maut. mungkin (persepsi), latihan dilapang sasar adalah tembakan tepat... maka target telah dicapai.

Anonymous said...

salam..
Menurut mereka yang kenal dgn arwah..memang arwah dah lama camtu (3suku..tak sepenuhnya gila,masih boleh bekerja dll)..pernah court arah berpisah dgn arwah isteri sbb berbahaya..tapi dia nak rujuk balik..sudah takdir Allah SWT disuratkan begitu..
Polis Langkap pun dah kenal sangat mat natri ni sbb kes amuk dan ditahan di balai..abis2 pun kena inject doktor,tahan la sebulan dia tak mengamuk..mungkin hari tu dianggap amuk2 biasa je..
Tak pasti pulak bila polis sampai sebenarnya kerana balai polis langkap dekat je dgn taman mawar tu..mungkin sb dah sampai..cuma mungkin arahan saiko atau arahan tembak tu perlu tunggu b.polis daerah.
Ape2 pun takziah buat mangsa..dan semoga rohnya dicucuri rahmat..

-don- said...

setuju dengan anon 2:21am

laporan polis dibuat pukul berapa itu kita tak tau. jadi, tak boleh salahkan dorang kalo datang lambat. jiran2 tu yang patut disalahkan. langsung takde hati perut nak tolong. polis kena pinjam senapang mergastua yang ada ubat pelali utk kes amuk mcm ni. bukan tembak guna peluru hidup.

Anonymous said...

salam, saya pun tertanya2..apakah peranan jiran2 mangsa..mengikut akhbar, allahyarham si isteri telah dtg ke rumah jiran unt minta tlg..tp kenapa jiran buat endah tak endah dan alasan tdour diguanakan?

lagi 1, ada jiran yg dengar bunyi bising dlm pukul 5, tp kenapa buat tak endah saje? dlm hal ini, 150% kesalahan itu adalah terletak pada para jiran yg hanya mementingkan diri sendiri. wallahualam.

EyCa ZaKaRiA said...

saya setuju tentang peranan jiran2 sekitar rumah mangsa...mangsa telah datang meminta tolong sebelum kejadian itu berlaku,malah anak mangsa juga datang untuk meminta bantuan menyelamatkan ibu mereka..tapi jiran2 endah xendah kan sahaja..

saya juga tetarik tentang pandangan jiran yang mengatakan mangsa seorang yang peramah dan memahami situasi keluarga mangsa..tetapi mengapa mereka tidak mahu menolong mangsa sedangkan mangsa sangat memerlukan bantuan masa itu..sekurang2 dengan kehadiran 3-4orang jiran tetangga dapat juga menyelamatkan mangsa dari mati...selain dari polis yang sampai lewat di tempat kejadian,saya juga menyalahkan jiran2 yang sangat2 mementingkan diri sendiri...semuanya sudah terlewat untuk disesalkan...mungkin memang takdir mangsa untuk meninggal cara yang begitu,tetapi dengan adanya bantuan dari jiran2 atau pihak polis yang sampai awal,mungkin dapat menghalang si suami dari bertindak ganas dan menyelamatkan anak mangsa dari menjadi yatim piatu...

Anonymous said...

kat kpg aku di Pilah.. dulu macam tu tetak org polis hantar hospital gilo kat seremban.. mengamuk lagi hantar hospital.. Kopereal tu kato org gila tu manusio jugak..last 1 hari Koperal tu sedang minum pagi di tetak di belakang badan..coma lamo jugak..cakap jao sonang lah kau orang..jika dada kemalangan atau apo apo ramai orang tolong.. Tolong tengok lepas tu bantai polis.. bangkai mak bapak sendiri yg bersepai di jalanraya nak beranak pun tak mau kutip Polis dan bomba aja buat pas kutuk pergi lah org melayu/cin di malaysia

Pendekar Melayu said...

yang salah adalah jiran..elok semua jiran disitu ditembak sekali..biadapnya jiran..

Erman Shayid said...

Pertama harus di ingat bahawa ajal mangsa sudah sampai dan keadaan matinya disabitkan macam itu.... Polis pula bertindak mengikut laporan yang diterima. Dalam kes ini orang yang gila memang sukar untuk dikawal. Samada polis yang mati atau orag itu yang mati.

Kalau polis yang mati nanti orang ramai akan kata pula mengapa tidak tembak sahaja... dah tau dia gila. So dalam hal ini polis yang menjadi mangsa... tembak salah tak tembak pun salah. Setakat yang saya tahu polis tiada ubat pelali sebab tak ada sejarah lagi. Apa-apa pun kita tunggulah laporan dari pehak polis.

CodeNameSomaliPirate said...

Salam RBF

Peluru hidup tidak boleh digunakan untuk tembak harimau atau gajah, tapi ORANG boleh!

Rasanya salah kerajaan jugak sebab dua-dua jabatan (PERHILITAN dan POLIS) dibekalkan senapang tapi peluru lain-lain. Polis dapat peluru hidup, Perhilitan dapat peluru ubat pelali!

Wallahualam.

syima said...

kita tak blh jg nak salahkan kelewatan pihak polis sbb pihak polis pn dimaklumkan lewat oleh jiran mangsa..bg saya, kesalahan adalah 100% peratus pd jiran tetangga mangsa yg tak ambil peduli apa yg berlaku dipersekitaran...mungkin jg alasan masing2 sibuk bersahur tp tak kan seorang pn tak dengar bunyi riuh rendah dan suara mangsa yg meminta tolong...apa salahnya trs menelefon ke pihak polis...ini nk tunggu sampai 3 jam br nk telefon polis...semuanya sudah terlambat..

Dan kenapa polis trs tembak si mengamuk tu, kita tak tahu perkara sebenar...seperti dlm laporan media, pihak polis tlh cuba membuat tembakan taser gun tp tak berjaya malah saspek semakin agresif...dgn tangan saspek yg memegang parang dan terus-terusan menetak mayat isterinya, apa lg yg blh dibuat oleh pihak polis selain menembaknya dgn peluru hidup? sama2 la kita fikirkan...hanya org2 yg berada di tempat kejadian saja yg tau apa yg berlaku sebenarnya...

TAKZIAH buat keluarga mangsa dn AL-FATIHAH buat arwah saspek dan mangsa...

-don- said...

selain peluru ubat pelali, polis juga patut dilengkapi taser gun dan paintball gun yang guna peluru black pepper mcm yang polis kat US pakai.

taser gun ni boleh buat kejang otot bila kena tembak, konfem takleh melawan kalau kena. black pepper bullet pula kalau kena boleh ganggu deria mcm mata, hidung, etc. dan konfem suspek tak boleh buat apa2 selain kesat mata dan hidung je sebab kepedasan. alat2 ni lagi sesuai untuk kes2 amuk mcm ni, dari guna peluru hidup.

selain tu, kalau takda kes amuk atau saja2 nak test power, boleh juga guna untuk tembak juak2 pakatan yg suka sangat buat demo. kita boleh tengok efek dia mcm mana.

Anonymous said...

Don ko ni buat lawak pulak nak pinjam senapang mergastua.

Vizard-sama said...

RBF sy org area2 situ gak..balai langkap 2 dekat jer..bkn jauh pun xsmp 500mtr pun mustahil la xleh smp awal..tp 1 jer sy nk ckp polis area langkap and tapah memg kurang lah tang wat keje..bkn nk tuduh..tp da penah kne..dorg nie pemaleh..ad org ats br nk beria keje..tp bab nk suap laju..xcaye suh sprm dtg cek..kompem dpt tgkp..sy bkn nk tuduh sume polis kat c2..tp segelintir jer..tp takziah kat kuarga 2..yg sedih anak2 dia 2..