Wednesday, August 25, 2010

Zaki Zahid Seharusnya Malu Dengan Samy Vellu dan Khalid Yunus

Konfrantasi Indonesia-Malaysia bermula dari 1962 hingga 1966. Puncanya kerana Presiden Indonesia pada masa itu iaitu Sukarno (bapa kepada bekas presiden Megawati) bercita-cita tinggi untuk menubuhkan Malaysia Raya yang mencantumkan Indonesia dan Tanah Melayu (semenanjung).

Indonesia menentang keras usaha menubuhkan Malaysia iaitu mencantumkan Sabah,Sarawak dengan Tanah Melayu. Suruhanjaya khusus PBB yang ditubuhkan pada masa itu bagi mengambil pendapat rakyat dan mendapati rakyat Sabah dan Sarawak setuju dengan pembentukan Malaysia. Begitu juga dengan rakyat Tanah Melayu. Itulah sebabnya Tunku mengambil keputusan untuk membentuk Malaysia dan ini menimbulkan kemarahan Indonesia.

Kemuncaknya ialah pada 16.September.1963, iaitu hari pembentukan Malaysia yang mana menyaksikan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.

Peristiwa penawanan Konsul Malaysia di Medan telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.Maka pada 17.September.1963 sekumpulan anak muda Malaysia telah pergi membuat tunjuk perasaan di Kedutaan Indonesia di KL sebagai tindakan membalas dendam.

Antara anak muda Malaysia yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut adalah Presiden MIC sekarang iaitu Datuk Seri Samy Vellu dan Dato'Mohd Khalid Yunus (bekas timbalan menteri dan ahli parlimen). Khalid pada masa itu adalah seorang pemberita Utusan Melayu yang ditugaskan untuk membuat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut.
Tetapi mungkin kerana bersemangat, Khalid telah bertukar dari pemberita menjadi penunjuk perasaan pula. Beliau bersama Samy Vellu adalah orang yang menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan menggantikannya dengan bendera Malaysia.

Ketua pemberita Utusan Melayu pada masa itu Datuk Zainuddin Maidin yang turut hadir pada perhimpunan tersebut terpaksa mengambil alih tugas Khalid membuat liputan dan menulis berita mengenainya kerana beliau tidak lagi menjalankan tugasnya sebaliknya berada di barisan depan pemuda-pemuda yang berarak dari suatu perhimpunan ramai yang bermula dari Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Haru biru Datuk Zam kena pengangan Khalid, tetapi tak mengapalah, itu semua demi negara.

Setelah menurunkan simbol pancasila dan menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia, penunjuk perasaan telah mengheret simbol berkenaan dengan skuter dari Jalan Ampang ke kediaman PM (Tunku) di Jalan Dato Onn.

Setibanya disana mereka memanggil Tunku keluar dan mengusung Tunku kemudian mereka menyuruh Tunku pijak simbol berkenaan dan Tunku enggan pijak. Melihat Tunku enggan pijak, lalu mereka mengangkat Tunku dan meletakkannya di atas simbol berkenaan. Fuhhh...hebat...hebat,anak-anak muda ini memang hebat. Tiba-tiba Tunku berkata,"awatlah hampa buat aku macam ni" sambil air matanya bergenang keluar.

Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Tunku menafikan beliau memijak-mijak, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan memijak-mijak lambang tersebut.

Apa yang saya nak beritahu ialah tentang keberanian anak-anak muda pada tahun 1963 dulu. Orang Indonesia tawan Konsul kita, mereka pergi tawan Kedutaan Indonesia.

Hari ini, orang baling najis ke kedutaan kita , Pemuda Umno yang diketuai tokoh keparat Zaki Zahid hanya berani pergi hulur kertas di pagar Kedutaan Indonesia sahaja.

Potong telur dan bagi anjing makan sahajalah...

Kalau tak tahu malu dengan Khalid Yunus pun, malulah sikit dengan Samy Vellu.

Untuk mengetahui cerita penuh berhubung dengan Konfrantasi Inonesia-Malaysia sila klik link dibawah. Sumber itu juga yang menjadi rujukan saya dalam menulis artikel ini.

Arkib Utusan Malaysia

Wikipedia

3 comments:

Anonymous said...

yep Kj dan juak2 pemuda umno, smua bacul dan pondan....ade ke patut bg memo kt pagar jer...mcm sial juak2 pemuda umno ni....satu lg mana pi pemuda mca dan pemuda mic dan pemuda2 pakatan.....

Kj lagi sial....dia cukup belasah habis cikgu kt johor yg dituduh rasis (walaupn bukti x cukup)...tp bila maruah negara dimalukan oleh indon2 yg x pergi skolah...Pmuda umno hanya jadi pondan dan bapok siam .........

usir indon2 yg makin menyemak kt msia....yg gunapakai kemudahan awam, skolah , hospital dgn tidak perlu bayar cukai..

adoi said...

perketatkan kemasukan PATI lepas raya ni...tangkap sesiapa yg terlibat dlm membawa masuk PATI..humban masuk kedalam ISA je...

leman said...

setuju dgb RBF.. ketua pemudi pn teruk.. anak buah ap lagi.. kita ni jiran dan tuan rumah yg baik... terlalu baik.. sampai bangsa lain pun tindas tuan rumah, jiran tindas kita pun kita biarkan.. tiada tindakan dari menteri berkaitan.. lebih baik tukar menteri tersebut.. baik menteri kdn.. ketua pemudi... knp PM tiada bersuara utk isu berkaitan org Melayu... seoalah-olah nk cckp psl org melayu pn melayu... nampak sgt kurang jati diri...