Monday, August 30, 2010

Boikot Celcom , Tidak Boleh Dipercayai Lagi

Selama ini saya sering mendengar rakan-rakan memberitahu saya yang Celcom tidak boleh dipercayai. Dan rakan yang paling kerap memberitahu saya tentang perkara ini ialah blogger Parpukari. Bukan setakat dia sahaja, ada lagi beberapa rakan lain yang memberitahu perkara yang sama.

Kata mereka, celcom suka membocorkan maklumat kita kepada orang lain dan kata mereka juga celcom adalah lubuk kepada puak-puak Pas dan PKR.

Selama ini saya mengambil sikap tidak peduli semua itu dan tidak mahu menulis perkara ini kerana tiada bukti dan juga tidak mahu bisnes mereka terjejas, tambahan pula celcom bernaung di bawah TM yang mana ianya juga sebuah GLC.

Tetapi hari ini , saya sungguh terkejut bila melihat beberapa akhbar melaporkan seorang CEO sebuah kolej swasta menyaman celcom sebanyak RM 20 juta keran mendedahkan sms dan rakaman perbualan telefon beliau. Masyaallah...

Macam ni punya syarikat kita nak percaya lagi ke ? Entah sudah berapa banyak tak tahu lah komunikasi-komunikasi antara pemimpin-pemimpin negara yang didedahkan kepada musuh luar atau juga musuh-musuh politik.

Boikot !

Boikot !

Boikot !

Untuk berita berkenaan sila klik di sini

Syabas kepada Puan Noor Haslina.

Setakat ini rbf nampak hanya syarikat mat saleh yang boleh dipercayai walaupun liputannya ada masalah di luar bandar. Syarikat mat saleh lebih berdisiplin dalam perniagaan dan mereka tiada kepentingan politik di negara ini.

Update: maklumat yang diterima oleh seorang pembaca yang dihantar melalui komen menyatakan celcom bukan lagi berada di bawah TM.

Bro,
Fakta salah tu, Celcom bukan di bawah TM lagi. Celcom adalah anak syarikat Axiata. Takde kena mengena dgn TM lagi. Ni usaha bangang yg dibuat oleh Dato Wahid, ex CEO TM dulu..

Kalau benar bukan lagi dibawah TM, apa nak tunggu lagi, kita pakat-pakat lanyak habis-habisan sajalah.

19 comments:

Anonymous said...

Kalau macam tu kita pakat boikot Bro....saya pun nak beralih ku DiGi jugak...

Semut Hitam said...

Salam Bro.
Itulah masalahnya. Kalau pakai Maxis, kata sokong India. Kayakan India je kata diorang.
Kalau pakai DiGi plak kata sokong cina.
Abis, pakai Celcom pun didedahkan maklumat ni apa cite?
Masalah betul la...

Anonymous said...

Bro,
Fakta salah tu, Celcom bukan di bawah TM lagi. Celcom adalah anak syarikat Axiata. Takde kena mengena dgn TM lagi. Ni usaha bangang yg dibuat oleh Dato Wahid, ex CEO TM dulu.

Anonymous said...

ISA kan je orang yang tak amanah tu, bukan susah nak cari siapa, polis Malaysia kan cekap.

esok report, 2 hari lepas tu panyangak tu dah kena tangkap.

Anonymous said...

yup, Celcom is no longer a TM Company. Diaorg dah diasingkan dibawah entiti Axiata, CEO Axiata sekarang adalah bekas CEO Maxis dahulu iaitu Dato Jamaludin. Manakala CEO Celcom kekal Dato Sri Shazaly.

Tapi Celcom masih lagi GLC, dan pemegang saham terbesar masih lagi Khazanah Nasional ;-)

pada pendapat saya, ini kerja orang2 persendirian/individu didalam celcom, bukan melibatkan CEO atau chairman.

Anonymous said...

umobile ada maaa. TuneTalk pun ada maaaa...


-www.rahsiatunetalk.com-

AMCO said...

Samanlah kalau berani... kerana Celcom ada kena mengena dengan saham UMNO

Anonymous said...

Aduhhhh susahla macam ni....aku dah lama pakai Celcom ni... ingatkan ini yang terbaik.. kata maxis, ananda punya, digi cina punya, umobile baru lagi, tak mantap, tune talk - tony fernandez ada share...abis tu camne?

Anonymous said...

Saya setuju!ada sesuatu yang tidak kena dengan Celcom mengenai bayaran perkhidmatan.Semasa melanggan Celcom bayarannya dikatakan sebagai seperti pakej"ini",setelah beberapa lama lain lagi bayarannya jadi pakej "itu" pula macam-macam bayaran dikenakan macam tak masuk akal.Kita nak sokong syarikat melayu tetapi macam-macam ada bayaran tersembunyi.Kawan -kawan saya banyak sudah menukar ke Maxis dan Digi.

Anonymous said...

celcom memang celako lah. servis pun mcm taik. bagus jugak dia bkn di bwh TM lagi. kalau tak hancuss GLC

Anonymous said...

Maxis dgn DIGI ok laa... tahap keselamtan kira terjamin, bukan canang canang orang nak main log in system, siap berpassword. ini mesti keja orang dalam jugak, celcom boleh trace system dan code staff yg buat dajal ni, mesti dapat komisen dr org luar yg suh buat kerja ni. Itu yg aku tahu kat maxis punya system, tak de kompromi suka hati mak bapak dia nak buka akaun org kecuali face to face,kalau kerap kali buka akaun org tanpa customer request, sah mmg ada dalang ni, kerap kerja ni private insvestigation yg kadang rajin upah org dlm telco buat kerja mcm ni, masak laa ko celcom, aku mmg tak caya celcom dari dulu lagi, aku guna maxis ni kira dari adam sebelum maxis ambik alih pai sekarang....alhamdulilah...

Anonymous said...

masalahnya celcom da ambil byk kemudahan utk liputan yg luas kat mane2 shj sejak dulu lg..
nak ambik yg lain mcm tah pape tah.
memang patot saman.xde kene mengena umno ke ape ke.
biar padan muke.
aku pon penah terkena maklumat nombor dlm hp aku dicuri sbb ade sorg kwn aku ni kenal sorg kwn die yg keje celcom dan suruh dapatkan nombor dlm rangkaian nombor aku itu!
broadband celcom yg x penah gune utk call pon tetibe boleh ade msg dr nombor lain utk promosi benda tah apa2.ni la celcom!

Anonymous said...

bodoh punya kerja jer....akai adaka..

Anonymous said...

Salam bro,

Sudah sampai masanya pengguna Melayu memberikan maklumbalas yang benar dan jujur yang lahir dari lubuk hati. 'Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit' tidak boleh dijadikan sentimen kepenggunaan bagi membantu entiti ekonomi bangsa terutama kalau 'paha kiri' tadi tidak langsung memikirkan tentang 'paha yang kanan'.

Sudah sampai masanya orang Melayu memberikan sokongan yang membina saja. Ini bermakna , mana-mana entiti yang secara sedar atau tidak mencemarkan imej dan mengguris perasaan Melayu harus mendapat maklumbalas yang sepatutnya. Usah terlalu apologetik apatah lagi memberikan sokongan 'memkhatib buta' terhadap pihak yang tergamak menconteng arang ke muka bangsanya sendiri.

PENGGUNA MUKMIN

Anonymous said...

saman je untung dia dah banyak,aku pon nak tukar semula ke maxis

Anonymous said...

Maxis pun tak boleh percaya.

Aku selalu dikacau kompeni credit card dengan sms dan call yg tak henti-henti. Jadi aku pun minta maxis no hphone subsidiary (no kedua). Kemudian aku pakai no baru tu khas untuk ahli keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja dan offkan no utama (maknanya tak pakai) Kira-kira private-line lah.

Aku enjoy privacy ni hanya lebih kurang sebulan dan tak semena-mena aku dapat sms dari kompeni credit card yg sama melalui no hphone baru ni. Macam mana benda ni boleh terjadi? Siapa yang bocorkan?

Aku dah call Maxis dan maki hamun dia orang. Lepas ni ingat nak tukar ke Celcom, tapi pasai ada cerita terbaru ni nampaknya terpaksalah pi ke DIGI.

Anonymous said...

Salaam,

Bro RBF, aku ni adalah pekeje celcom. Bagi aku ni adalah keje staff celcom yg tak amanah. Sememangnya polisi mana2 Telco tak akan bocorkan rahsia pelanggan. Pernah dulu celcom pecat staff die yg buat keje macam ni lepas tu Celcom kena double saman dari pelanggan dan juga ex-staff sendiri. Sebenarnya ni le antara dilema melayu diberi tanggungjawab tapi tak amanah. Tapi kami juga ada menyumbang kepada masyarakat, cuma org tak nampak. Kalau sempena ramadhan ni contohnya ada staff2 celcom bergerak kerumah anak2 yatim dan madrasah pengajian anak2 islam melayu utk menyumbang sebagai khidmat sosial. http://uskt.blogspot.com/. Lagi satu yg kebanyakkan org tak tahu semua Telco ada access ke maklumat pelanggan. Tapi yg menjadi masalah pada Celcom ni ialah ada staff yg tunjuk terlebih bijak samada utk diri sendiri atau nk tlg kroni die. Org mcm ni le yg menyusahkan hidup org lain termasuk kami staff Celcom yg amanah bekerja utk maintain kemajuan syarikat di mana Celcom Axiata ni masih lagi GLC walaupun dh diasingkan dari TM tapi khazanah masih pemegang share terbesar. Saya setuju pelanggan bebas memlilih mana2 telco yg lebih berintegriti. Cuma Celcom ni 90% adalah melayu Islam dan byk bagi bisness pada kontraktor2 melayu sama mcm polisi TM jugak. Saya pun marah dgn apa terjadi tapi apa boleh buat ada org melayu yg suke tunjuk hebat sampai org dh tak percaya dgn Celcom.

Pak Din said...

Aku setuju hal amanah dan tak amahanh nih.. Ingat senang2 ke company telco nk dedahkan hal-ehwal private customer dia.. tak kan x takut saman kot..

Dan lg 1, celcom nih majoriti engineer dan technician dia Melayu.. atas dasar itulah aku still stick dgn Celcom for 8 years dari tahun 2002 lg.. guna nombor yg sama spanjanga 8 tahun tuh!!!

sbb apa?? sbb aku tak nak duit aku byr bill handset dibayar ke dalam mulut-mulut anak haram yg turn back memaki hamun melayu.. tngok Maxis dan Digi.. berapa kerat engineer dan technician melayu dlm tu?? setakar panjat- tiang tuh mngkin melayu tapi eksekutif2 yg meraih pendapat lebih2 dari pemanjat2 tiang??

anda nilaikan sendiri...

Anonymous said...

maxis pun ada kos tersembunyi. skang ni aku convert no aku ke celcom. takde pun masalah. tu sume kerja staff yg tak amanah. takkan nak bagi duit kita kat Maxis dan digi. tak sanggup aku.

ex-maxis