Saturday, August 28, 2010

DAP Cuba Mencabar Titah Tuanku

Saya rasa amat berbangga dengan ketegasan KDYMM Sultan Selangor berhubung isu Ahli Parlimen Serdang memasuki sebuah surau di Selangor yang heboh diperkatakan sekarang.

Sebaik sahaja isu timbul di muka depan Utusan Malaysia semalam , sepantas kilat Tuanku menitahkan MAIS melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau terlibat. Itulah buktinya Tuanku amat mengambil berat tentang kesucian Islam selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.

Tetapi hari ini laman web yang terkenal dengan sikap anti islam dan melayu iaitu malaysiakini menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah yang turut 'menitahkan' MAIS supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Dia juga bukan sahaja 'menitahkan' malah turut berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang dan mengantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.Klik di sini

Anda semua lihatlah bagaimana kurang ajarnya mereka. Mereka cuba nak tunjuk lagak kononnya mereka lebih berkuasa dari Sultan. Mereka cuba untuk mengajar orang-orang Islam tentang Islam.

Harus diingat kuasa terhadap MAIS terletak dibawah Sultan Selangor, bukannya dibawah maharaja DAP. Sebagai seorang exco dia bukannya tidak tahu perkara ini, saya yakin dia tahu. Tetapi kerana sikap besar kepalanya, dia sengaja membuat provokasi tersebut supaya keadaan menjadi lebih panas dan juga hendak menunjukkan kepada kaumnya bahawa dia boleh lawan titah Tuanku. Begitulah kurang ajar dan mereka berani kurang ajar kerana apa ? kerana mereka tahu Pas dan PKR akan melindungi mereka.

Saya perhatikan, sepanjang dua tahun lebih mereka memerintah Selangor, tidak pernah terdengar atau nampak sebarang tindak-tanduk Tuanku atau Istana cuba mencampuri urusan pentadbiran negeri. Malah Tuanku sering menasihati rakyat Selangor tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan fahaman politik agar hidup bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain.

Begitu juga selepas keputusan pilihanraya yang lepas. Tuanku boleh menggunakan kuasanya untuk tidak membenarkan PKR, DAP dan Pas membentuk kerajaan. Ini kerana tidak ada satu parti pun dikalangan mereka yang mendapat majoriti dan ditambah pula pada masa itu mereka tidak bergabung secara rasmi. Tetapi Tuanku tidak melakukan semua itu kerana Baginda bersifat adil dan hormat pada pilihan rakyat. Disini kita boleh melihat dengan jelas sikap tidak memihak kepada mana-mana pihak dan bebas politik seorang Sultan.

Tuanku tidak pernah menghalang mana-mana wakil rakyat dari mana-mana parti hatta dari DAP sekalipun walaupun terkenal dengan sikap cauvinis untuk memasuki Istana. Jika Tuanku nak halang, Baginda boleh halang. Tetapi tidak, ini menunjukkan sikap adil Baginda. Jika seorang Sultan boleh hormat dan patuh pada sistem dan undang-undang yang ada pada hari ini, mengapa orang-orang politik tidak boleh hormat dan patuh pada titah Sultan yang berpaksikan sistem, undang-undang dan hukum yang ada.

Saya nampak dan saya dapat rasakan yang Tuanku tidak gembira dengan apa yang ada sekarang. Saya dapatkan rasa juga yang Tuanku rasa pemerintahan Baginda sejak dua tahun lepas dan sehingga pru akan datang adalah satu pembaziran. Ini kerana Baginda tidak dapat menumpukan tugas Baginda dengan sempurna dan terpaksa membuang masa kerana melayan kes-kes politik melampau yang semakin hari semakin menjadi.

Seorang rakan wartawan ada memberitahu saya, sepanjang bulan Ramadhan Tuanku menghabiskan tiga minggu untuk berbuka puasa dan bertarawih bersama rakyat di seluruh pelusuk Selangor. Ini menunjukkan Baginda seorang Raja yang prihatin kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Tetapi mengikut rakan wartawan tersebut yang boleh dikatakan hadir semua majlis berbuka puasa Tuanku untuk membuat liputan, beliau perhatikan sikap-sikap orang politik tidak kira apa parti sekalipun termasuk Umno yang tidak menghormati Tuanku.

Seperti yang kita maklum, ada sesetengah daerah di Selangor dimana wakil-wakil rakyat mereka bercampur. Ada adun dari BN dan MP dari pakatan atau sebaliknya. Rakan saya memberitahu kebanyakan tempat bukan semua wakil rakyat ada untuk menyambut dan berbuka puasa bersama Tuanku. Jika ada wakil BN, tiada wakil pakatan dan sebaliknya. Inilah menunjukan sikap permusuhan politik antara mereka tidak pernah habis dan tiada penyelesaiannya.

Ahli-ahli politik Umno atau BN pun kenalah beringat sikit. Jangan bila ada masalah sahaja mulalah berarak ke Istana sambil menjerit DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU sampai nak terkeluar anak tekak, tetapi bila Tuanku turun tempat anda batang hidung pun tak nampak.

Kepada sahabatku sekalian, ingatlah kekuatan bangsa dan negara ini terletak pada Raja. Raja adalah payung kepada rakyat. Maknanya tempat rakyat berteduh, jika koyak payung itu dimana lagi rakyat nak berteduh ? Sebab itu kita kena jaga payung tersebut jangan sampai koyak atau diterbangkan angin.

Saya bagi satu contoh, semasa orang tua kita masih hidup, kita tidak menghormati atau menghargai mereka,bila mereka sudah meninggal dunia maka mulalah kita bersedih atau menyesal. Ada masanya kita akan keluar perkataan begini "kalau ada ayah atau ada mak tidaklah jadi begini". Ayat 'kalaulah' sudah tidak putus-putus dari mulut. Menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Begitu jugalah dalam kita menjaga kedudukan Raja-Raja Melayu. Jaga dan hormatilah intitusi ini seadanya. Jangan sampai ianya musnah atau hilang. Jangan sampai satu hari nanti keluar dari mulut kita atau anak cucu kita "kalaulah ada Raja, tentulah kita tidak jadi begini". Menyesal kemudian tidak berguna...

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku


7 comments:

Anonymous said...

sauk la bro ...

rakyat selangor said...

saya menyokong pendapat rbf
Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan politik dan hormat kerajaan yang ada.tetapi mereka tak hormat Sultan

Anonymous said...

PAS ada utk mempertahankan DAP pada bila2 masa. parti islam aka parti setan.

ajak

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Cucu Atok said...

Salam.... nampaknya perkara ini makin lama makin melarat.... apa yang di buat oleh menteri amaran ni? banyak perkara yang tidak selesai..... Kalo dulu muka dia mesti ada tapi lani tada pun .. kecut telo ker......

Anonymous said...

sultan selangor adalah seorang raja yang baik dan sering mendengar masalah rakyat.semoga allah merahmati pemerintahannya.

Anonymous said...

Daulat Tuanku. Patik sebagai rakyat Negeri Selangor merafak sembah memohon KDYMM Tuanku Sultan agar diambil tindakan kepada penganjur program tersebut. Tindakan mereka mengulangai perbuatan yang sama seolah-olah memperlekeh dan menghina agama islam. Patik sebagai rakyat menjunjung kasih serta taat setia kepada KDYMM Tuanku dan menyokong penuh diatas apa sahaja tindakan yang bakal diambil kepada penganjur majlis tersebut.

Daulat tuanku