Friday, August 13, 2010

Kamera Pengintip Dijumpai Di Rumah RBF

Saya telah menemui sebuah kamera tersembunyi di dalam rumah saya pagi tadi. Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti seharian RBF.

Ketika bangun untuk bersahur jam 4 pagi ini saya terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik , saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya.

Saya sudah teliti rakaman berkenaan, tiada apa-apa yang berjaya dirakamkan oleh perakam berkenaan melainkan gambar kain langsir rumah saya sahaja.

Ini kerana perakam itu diletak dibelakang langsir, maka sudah tentu langsir itu menjadi penghalang untuk perakam tersebut merakamkan gambar-gambar lain.

Saya tidak akan membuat laporan polis dan hanya akan melakukan siasatan sendiri. Saya juga telah berpesan kepada anak dan isteri saya agar meningkatkan kawalan keselamatan di rumah saya sewaktu saya tiada di rumah.

Persoalannya di sini:

Kenapa si pengintip ini terlalu ngok sangat ?

Apa ke jadahnya kalau nak mengintip letak perakam di belakang langsir, apa yang nak dirakamnya ? Nak rakam aktiviti orang atau nak rakam aktiviti langsir ?

Lain kali kalau nak mengintip letaklah perakam yang kecil sikit, janganlah letak perakam yang saiznya sebesar tapak tangan orang dewasa.

Tolong pastikan juga bunyi amaran bateri lemah disetkan kepada 'silent mode'.

Tamat


Percayakah anda pada cerita saya di atas ?


Percayakah anda pada cerita ini ? Klik sini

Ha ! Ha ! Ha !

Wa...kah...kah...kah...kah..

Semuanya nak divert isu sahaja. Sudah tak tahan dengan serangan bertalu-talu dan pembohongan demi pembohongan yang didedahkan. Akhirnya kamera pengintip yang menjadi mangsa untuk tutup pembohongan.

Kalau berani buatlah laporan polis. Pencerobohan pejabat ketua kerajaan negeri bukan benda main-main,ianya satu perkara serius.

Dalam kes curi pasir bukan main lagi salahkan polis kerana tidak membantu. Apabila pejabat sendiri diceroboh, tak mahu pula minta bantuan polis. Pelik !

Saya menyeru kepada rakyat negeri Selangor yang prihatin dan sayangkan kepada MB Selangor agar membuat satu laporan polis tentang perkara ini.

Rakyat Selangor tidak boleh pandang enteng perkara ini. Ianya satu perkara yang serius dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas mesti diambil terhadap penceroboh.

Ini soal keselamatan seorang MB, apatah lagi ianya MB kita semua. Sayangilah MB anda, dan tolonglah buat laporan polis sebagai tanda kasih dan sayangnya anda pada beliau dan juga tanda keprihatinan anda terhadap keselamatan MB anda.

Jika hari ini ada orang boleh ceroboh pejabatnya dan letak perakam video, tidak mustahil satu satu hari nanti pejabatnya diceroboh lagi dan diletak bom pula. Jika ditakdirkan bom itu berbunyi terlebih dahulu sebelum meletup dan dapat dikesan oleh MB bom itu berada di belakang langsir, tidak mengapalah. Buatnya bom itu terus meletup tanpa sebarang amaran atau tanpa sempat dikesan oleh MB, apa nak dikata. Waktu itu, nasi sudah menjadi bubur.

Sebagai rakyat Selangor yang prihatin, sudah tentu anda semua tidak mahu pisang berbuah dua kali. Bertindaklah sekarang, tolonglah buat laporan polis sekarang bagi pihak MB anda. Biar polis siasat, tangkap dan dakwa penceroboh berkenaan secepat mungkin.

Mana dia Pemuda Pas yang pernah buat laporan polis tak masuk akal terhadap blog RBF satu masa dulu ? Nah ! sekarang pergilah buat laporan polis terhadap kes ini. Ini kes penting, kes pencerobohan pejabat MB dan keselamatan seorang MB, pergilah buat laporan polis. Klik sini


13 comments:

Anonymous said...

apa kata RBF sendiri yg buat laporan polis. tak payahlah tunggu dan suruh org lain buat. :)

-kelisa

Anonymous said...

Tu yang kata kaki kencing tak belajar macam mana nak kencing.Dok ikut kaki kangkang kencing, bersepahlah jadinya. Sama juga dengan kes ni, kalau ia pun beli lah kamera yang cun sikit baru RM100 lebih je. Songlap duit pasir berjuta-juta. Nak kencing orang beli kamera mak datuk, nala punya besar. Tak praktikal langsung. Lepas tu letaklah dekat tempat yang stategik sikit. Banggang betul lah puak - puak ni nak pusing isu, last kena batang konek sendiri... ha.ha..ha..

Bingai @ Bangang said...

Aku setuju sangat benda ni dilapurkan kepada polis. Atau memang penyokong sendiri nak intip MB? Barulah ada keTELUSan.

RBF,
Are u ok?

hehehe

YB = Yang Bingai @ Bangang
1. Telco & Post - Program Tipu?
2. Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

hanizam said...

kah..kah..kah...memang lawak cerita ni...tapi dialog diakhir babak tu sepatutnya...

"eh,macam kenal kamera ni...tapi, kalau orang nak intip aku, gunalah yang kecik skit, kat kedai bersepah ada jual..bodoh punya pengintip...macam keldai"

pastu...

"laaaa, ni kamera aku rupanya, ape punya dol aku letak kamera kat belakang langsir, pastu tengok aktiviti tut..tut..aku sendiri..."

ha..ha..ha..saje melawak bro....
memang isu terkini ni menunjukkan kebodohan PAKATAN nak alihkan isu panas masa kini...

aku jamin, keldaian PAKATAN yang buat lapuran polis pasal ko tempoh hari akan senyap..sebab bos busat suruh macam tu..kenalah ikut...

hanizam said...

tengok je sampai tahap maner kebodohan mereka di bulan mulia ni...tuhan tu maha adil, kalau selama ni asyik dok bersilat nak tegakkan benang yang basah, kali ni ambiklah balasan yang sepatutnya...

Anonymous said...

hgahahhahahahha...betul tu rbf..apa kata bloggers selangor buat laporan polis....kalau khalid mati kena bom , dah tak ada modal nak bubuh pr yang gagap angkara MBnya.....

Anonymous said...

kelakar pagi jumaat.. pecah perut dibuatnya

mrakunman said...

khalid gagap ... ha ha ha.. kelakar punya cerita

Anonymous said...

Kamera? berapa lama ketahanan bateri kamera tu...ke pakai kuasa solar disebalik tingkap?. Hahahaha....ni semua nak divert isu lain..bodoh sungguh.

Syazwan said...

haha...
ape la korg nie...
aku pn x tau nk ckp ape...
aku rasa korg yg kene tipu dgn tapuk pemerrintahan skrg...
hahaha....
aku malas nk ckp lebih2 lg...
nie baru aku tau ada blog nie...
name ko faisal...sebijik mcm kawan aku...tangan hitam.....
sengal betul....
hahaha

Anonymous said...

nak tengok khalid gagap makan karipap daging kot! R U OK?

Anonymous said...

gud job RBF !!!

Anonymous said...

khalid tu bukan saja gagap tetapi bebal dan bodoh ada sekali....dia tak tau nak buat skrip drama la.....