Wednesday, August 25, 2010

Noh Ludah Tepat Atas Muka Malaysiakini dan Pas Selangor


Kalau anda semua masih ingat, sewaktu SSDE tengah hangat di Selangor sebelum bulan puasa baru-baru ini,macam-macam yang dikatakan oleh Pas, PKR dan DAP kepada Umno Selangor.

Depan kita mereka kata tak takut pun, kita pun ingatkan betul mereka tak takut. Rupa-rupanya mereka takut beb, sehingga mereka panggil Ketua Polis Negeri datang dalam mesyuarat exco dan bertanya kenapa beri permit untuk ceramah SSDE.

Podahhhhhh, mulut saja berani, tetapi penakut rupanya. Hebat juga mereka-mereka ini ya, Ketua Polis Negeri pun mereka boleh panggil. Tetapi bila atas pentas ceramah, dibalunnya polis cukup-cukup. Yang polis beri kerjasama kepada mereka, itu tak diceritakan.

Bukan setakat kata-mengata, malah mereka turut melaga-lagakan antara DS Noh Omar, DS Khir Toyo dan Ezam.
Selepas puas mereka melaga-lagakan, akhirnya ketiga-tiga orang yang dilagakan digandingkan bersama dalam satu ceramah penutup SSDE di Klang pada 8.Ogos.2010. Klik di sini

Terkejut dengan peristiwa tersebut, pemimpin-pemimpin Pas,PKR dan malaysiakini sendiri seolah-olah tertelan biji nangka, sehingga ke hari ini mereka tidak bersuara langsung menyentuh atau melaga-lagakan ketiga-tiga pemimpin tersebut.

Semalam malaysiakini cuba buat baik dengan DS Noh, mereka nak buat wawancara dengan DS Noh dan DS Noh melayan mereka dengan baik.

Ditanya kembali soalan tentang tuduhan pergeseran antara tiga pemimpin tersebut. Disinilah bijaknya DS Noh menjawab dan saya yakin wartawan malaysiakini terkedu dengan jawapan tersebut yang seolah-olah Noh meludah tepat keatas muka malaysiakini dan Pas Selangor.

Ini jawapan Noh

Dia tuduh saya dengan Khir Toyo tak sehaluan. Kemudian masuk pula Ezam menenggelamkan saya, Ezam lebih popular. Oh, itu bagus. saya suka kenyataan macam ini. Biarlah, itu kerja dia. Dia hendak lagakan saya dengan Khir Toyo ke, nak lagakan saya dengan Ezam ke, nak laga, lagalah.

Tak jadi masalah, saya lebih suka begitu.
Kalau saya ada kepentingan diri, takkan saya nak suruh Khir Toyo jadi penceramah dalam program saya. Takkan saya nak jemput Ezam jadi penceramah program saya. Tentu saya boleh ketepikan dia seperti PAS buat. Khalid Samad buat lain, (Datuk) Hasan Ali buat lain, bukan?

Lain kali sebelum sibuk nak jaga dalam kain orang, jaga yang dalam kain sendiri dulu.

1 comment:

Jeffry said...

KEHKEHKEH HAMIK KAUUUU KENE SEBIJIK! MUKE WARTAWAN TU GERENTI MERAH MENCUKA! ADOIYAII..NASIB KO LA LABUUUUU >:D