Wednesday, August 18, 2010

Saman Anwar RM 200 Juta

Tulisan di bawah ini adalah kiriman seorang pembaca yang bernama Amin Al-Amin yang dihantar kepada saya melalui e mel.

DS ANUAR IBRAHIM MUNAFIK…
SAMAN RM200 JUTA

1. Bila berlakunya kes video Datuk VK Lingam dahulu..seluruh jentera pembangkang digunakan sepenuhnya. Dilanyak, dibalun dan sumpah seranah secukup rasa dan sesedap hati sehingga Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menegakkan keadilan.

2. Pengarah Siasatan BPR (SPRM), Datuk Shukri Abdull ketika itu telah membuka kertas siasatan berkaitan klip video mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

3. Antara tokoh-tokoh yang dilibatkan seperti bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Mohd Eusoff serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

4. Dalam Laporan Suruhanjaya Diraja itu, siasatan khususnya mengenai percutian antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dan Lingam bersama keluarga masing-masing ke New Zealand pada 1994 dan turut menyiasat beberapa hakim yang dikatakan pernah menerima hadiah daripada Lingam serta hubungan baiknya dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah.

5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjadi jaguh pembela keadilan kes video Datuk VK Lingam. Telah memberi pandangan bahawa pendengaran kes ttelah dibuat secara terbuka dan pendengaran awam serta berpendapat Suruhanjaya Diraja hendaklah mengumumkan laporan kepada awam. Begitu hebatnya Shakam ketika itu.

6. Hairan..bagaimana kes begitu boleh menjadi huru hara..VK Lingam bercakap macam stail broker berlagak dan kununnya sedang bercakap dengan VVIP nak menunjukkan kehebatanya. Aku pun boleh buat camtu..kunun bercakap dengan Tuk Guru Wali Selipar..depan pengikut PAS bingai..tentu lepas tu..sudah tentu lutut aku dicium..

7. TETAPI..Bila video DS Anuar Ibrahim di paparkan di kebanyakan web blogers menunjukkan pembohongan sakitnya ketika melawat kubur arwah ibunya dan ketika perbicaraan kesnya..sayangnya tiada siapa pun bersuara.

8. KENAPA..tiada tindakan macam kes video VK Lingam..ini isu negara..kerajaan pemerintah diburukkan kerana menzalimi seorang banduan..Perdana menteri ketika itu ditipu bulat-bulat. Kununnya kesakitan boleh membawa maut..

9. KENAPA..bila pembongkaran dibuat oleh blogers..tiada seorang pun yang berjawatan tinggi dalam UMNO....mana PEMUDA UMNO??? bertindak membuat laporan polis dan mendesak Suhakam dan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Balun dan hentam macam UMNO Selangor belasah isu pasir di Selangor...buat sampai Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat.

10. Blogers-blogers dah beri bola lambung..tapi ahli UMNO yang duduk di atas tidak menyambut lambungan itu. Dalam video tersebut lengkap dengan saksi-saksi yang TIDAK BOLEH DISANGKAL PERSONALITInya dan sukar diragui seperti PEGAWAI-PEGAWAI POLIS (bukan seorang), jururawat serta attendan hospital pun ada..Nak BUKTI MACAMANA LAGI!!!!! Ini bukan ’HEAR SAY’..diulangi..bukan ’HEAR SAY’ lengkap dengan BUKTI KUKUH.

11. KALAU LAH..perkara ini terjadi kepada pemerintah kerajaan yang ada sekarang..comfirm tidak tidur malam sampai bertahun-tahun dikerjakan pembangkang siang dan malam..pagi dan petang..semua blogers pembangkang memainkan isu ini secukupnya..tapi bila UMNO mendapat peluang begini..zzzzzzzzzzzz.....krrorrggghhhhhhhhhh....

12. KALAU orang atas dalam UMNO tidak reti buat kerja..disini saya bagi cadangan kepada bekas ahli PKR dan ahli UMNO yang rasa dirinya tertipu oleh auta DS Anuar Ibrahim..saman je rm200 juta..saman kerana menipu pengundi yang menyebabkan haru biru kestabilan politik dan ekonomi rakyat.


5 comments:

MymassaVoice said...

diorg bukan tgh tido bro...cuma tak reti camana nak on pc aje...ape lg nak bukak browser...cam budak sekolah, kena spoon fed kat puak2 ni

Anonymous said...

200 juta sikit bro .... saman jer RM1 Trillion biar kasi mampos semua nak bayar .... muhahahahahahah ....

kalo ornag UMNO tak reti nak saman lu saman la bro .... manatau boleh menang ....

HIDUP UMNO & BN .... saukk

Anonymous said...

Ye ta ye juga..knp tak terfikir ye..aku pun bingai juga mcm Pemuda UMNO...aku sokong 110% untuk bawa kes ini kepada suruhanjaya diraja..

Anonymous said...

BILA LAGI NAK PULANG PAKU BUAH KERAS NILAH MASANYA.....SAMAN JE..BIAR TERUS TAK BOLEH BANGGUN

GOMO said...

salam, mantap tu bro..ha ah ha..anwar kantoi lagi.