Wednesday, September 29, 2010

Ahli Umno Jangan Bikin Malu, Jom Sokong Kempen 111

Sepertimana yang kita ketahui, kehadiran pelbagai teknologi moden akan menyebabkan teknologi lama dipinggirkan. Sama juga dengan segelintir lelaki, jika dapat isteri muda maka isteri lama dipinggirkan.

Kecanggihan dunia masa kini membuatkan semuanya berada di hujung jari kita. Semua boleh dapat dalam internet , tanpa perlu bersusah payah keluar dari rumah atau pejabat. Nak apa , cakap saja semua ada. Nak beli makanan, pakaian, pakaian dalam, tiket kapal terbang, urusan bank, nak cari isteri , nak cari perempuan simpanan dan sebagainya, semuanya boleh dapat di internet. Termasuklah nak baca surat khabar.

Kerana sebab itulah banyak akhbar-akhbar mengalami penurunan jualan sekarang. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan boleh membunuh industri surat khabar. Sesuatu harus dilakukan dengan segera.

Di Malaysia, akhbar yang banyak berjasa kepada negara kita yang wujud sebelum merdeka lagi iaitu Utusan Malaysia juga mengalami masalah kemerosotan jualan. Khabarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini jualannya merosot lebih 20 peratus. Jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera angka itu pasti bertambah menjelang tahun-tahun akan datang.

Sepertimana yang kita tahu, Umno adalah pemegang saham utama dalam Utusan Malaysia. Jatuhnya UM bermakna jatuhlah Umno. Hancurnya UM bermakna hancurnya Umno. Adakah ahli-ahli Umno mahu melihat perkara itu berlaku ? sudah tentu tidak. Kalau ada ahli Umno mahu melihat UM runtuh, maknanya ahli Umno itu juga mahu melihat bangunan PWTC yang tersergam di tengah-tengah KL itu runtuh.

Oleh yang demikian, tanggungjawab memelihara UM bukan sahaja perlu dipikul oleh pemimpin-pemimpin Umno, ianya tanggungjawab bersama ahli-ahli Umno. Semasa Tunku hendak berangkat ke London bagi menuntut kemerdekaan negara beliau tidak ada wang. Tetapi oleh kerana jiwa besar yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno pada masa itu , mereka sanggup berkorban apa sahaja yang ada bagi diberikan kepada Tunku untuk ke London. Ada yang pecat gelang di tangan dan berikan kepada Tunku. Sampai begitu sekali pengorbanan mereka.

Ahli-ahli Umno pada masa itu bukan sahaja sanggup berkorban untuk Tunku pergi menuntut kemerdekaan negara, banyak lagi pengorbanan-pengorbanan lain yang mereka lakukan termasuklah untuk Umno. Pada masa itu mereka-mereka yang berkorban ini bukan dapat tender dari kerajaan bernilai jutaan ringgit pun. Tetapi oleh kerana semangat , mereka sanggup berkorban.

Oleh yang demikian saya mencadangkan mulai hari ini setiap ahli Umno harus membeli satu akhbar UM setiap hari. Bukan mahal sangat pun, RM 1.50 sahaja. Umno ada tiga juta ahli, jika seorang beli satu bermakna tiga juta naskah UM terjual di pasaran setiap hari. Wow ! ini sudah boleh dicatatkan dalam rekod dunia.
Kebiasaannya orang Malaysia suka buat perkara-perkara pelik untuk dicatatkan dalam rekod dunia atau Malaysia, seperti buat pulut kuning terpanjang, buat bendera terbesar dan sebagainya. Jadi, apa kata kali ini ahli-ahli Umno pula catat rekod dunia bagi Malaysia, iaitu jualan akhbar UM tiga juta naskah sehari.

Perkara ini tidak mustahil boleh dilakukan. Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan. Gandingan ahli-ahli dan pemimpin Umno boleh melonjakkan kembali UM. Mana-mana ahli perniagaan hasil dari DEB yang sudah mendapat nikmat dari kerajaan tolong-tolonglah sikit beli UM dan hantar ke sekolah-sekolah atau kawasan pendalaman. Kalau dah dapat duit janganlah perap untuk diri sendiri.

Saya juga ingin mencadangkan agar setiap bahagian Umno di seluruh negara melancarkan kempen 111 di tempat anda. Kalau ahli Umno semua dapat berpadu dan bersatu dalam hal ini, saya yakin Umno akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam pru akan datang. Yang penting adalah semangat.

Sematkan difikiran anda niat ini setiap hari 'sahaja aku beli UM pada hari ini demi kasih dan sayangnya aku pada Umno'. Apabila setiap ahli Umno tiap-tiap hari niat begitu lama kelamaan perasaan kasih sayang kepada parti akan tersemat dalam diri anda. Apabila diri sudah ada perasaan kasih dan sayang pada parti, semangat akan kuat. Apabila semangat kuat, kerja pun rajin. Dicampur dengan semangat kuat dan rajin kerja, hasilnya Umno akan mendapat kejayaan gemilang dalam pru akan datang.

Harap perkara ini dapat dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

Sekian

Wasallam....






15 comments:

Mctheory said...

Wahh bro RBF melancarkan kempen yang menarik, pastikan dipanjangkan nanti, he he he..

zahari1950 said...

Saya sokong;tetapi bila dah ada akhbar dalam internet tentulah lebih suka guna yang senang. Lagipun internet juga kena bayar. Harus ada satu jalan penyelesaian. Baca berita penuh dalam internet (E Paper) tetapi kenakan kos bayaran paling minima kerana pihak akhbar sendiri tak payah guna khidmat pengedar India, transport, bahan cetak dan lain-lain. Wartawan dengan kamera pegun dan camera videonya tetap perlu. Lagi bagus kerana akhbar biasa tak ada video tapi akhbar dalam internet boleh lihat video dimana yang perlu. jangan terlalu banyak iklan kerana sangat menggangu dikebanyakn slow catch)di kawasan yang belum ada sistem "line fiberglass" atau sistem canggih lain.

Mungkin ada pendapat lain yang lebih canggih dan raktikal.silakan.

Saya sayang UMNO penentu kuasa Melayu dan pembaca setia Utusan On Line.

Anonymous said...

Utusan Malaysia di tempat aku kadang ada kadant tak ada. masalah tu

Anonymous said...

cadangan yang baik RBF!!!

Anonymous said...

sokong 100 %

hidup utusan

fan said...

saya sokong sangat kempen ni..saya dah lama beli utusan sb tu saya tak terpengaruh sikit pun dengan dakyah songsang pembangkang..tak kira la apa depa nak kata..utusan meloya la, kaki fitnah la, berat sebelah la, tak bebas la, apa la saya tak peduli..utusan tetap saya beli dan baca!!

tebing tinggi said...

Utusan Malaysia[Melayu] ialah lidah Melayu,bukan UMNO sahaja akan punah malah Melayu akan kehilangan lidah.Bayangkanlah kalau Melayu tidak belidah laji !.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia.

Anonymous said...

sauk la bro berapa percent masyuk bro .... heheheh...just kidding

alehkayong said...

Salam ziarah ,saya blger baru dari sarawak ,mohon linkkan blog sya dan tunjuk ajar.

Anonymous said...

Saya sokong 101%.

Anonymous said...

Keluarga aku hari2 beli utusan sejak zaman berzaman....

Anonymous said...

kat pejabat aku tak boleh jual UM tapi aku beli kat luar. selamba je aku baca depan PA yb2 pakatan haramjadah ni. kadang2 diaorang pun tumpang baca. lawak2...

Anonymous said...

BERNAS!!! Kempen Beli Utusan!!!

Anonymous said...

jika RBF buat kempen sokong UM, ada pula pihak lain menghadapi masalah dgn UM serta ramai pulak yg menyahut untuk memboikot. http://ondscene.my/ondscene/terimakasih-utusan-malaysia#comments

walaupun wartawan terbabit meluahkan rasa hampanya / terkilan secara peribadi, tetap menyumbang impak kebencian dikalangan masyarakat terhadap UM.

Anonymous said...

Sejak pulang belajar di UK 22 tahun lalu, akhbar Melayu menjadi sumber bacaan dan sumber rujukan utama bagi saya. Pada ketika itu, dan juga kini, pilihan utama ialah Utusan.
Aneh, tapi hakikatnya hidup diperantauan telah membuka hati untuk lebih menyayangi bangsa dan menghargai asal usul. Saya akan sentiasa menyokong Utusan dan semangat di sebalik kewujudan Utusan. Saya rasa Utusan tidak perlu membuktikan kehebatannya melalui jumlah langganan. Saya langgan Utusan di hujung minggu. Tapi tiap-tiap hari saya baca Utusan - di tempat kerja dan di atas talian.
Utusan telah lama menjadikan saya seorang Melayu yang bangga akan asal-usul dan kehebatan bangsa Melayu.

Syabas Utusan!

Mom-o-Success