Wednesday, September 29, 2010

Air Kelantan:Nak Mandi Junub Pun Tak Boleh


Apabila terbaca tulisan Isac di blog bumiyang hari ini tentang masalah air di Kelantan lantas membuatkan saya teringat satu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan yang berada di Kelantan pada Aidilfitri yang lepas.

Kawan saya tinggal di KL dan pulang untuk berhari raya di Kelantan. Katanya sebaik sahaja memasuki sempadan Kelantan dari negeri Pahang hinggalah ke sempadan Golok dan Takbai ratusan kain rentang yang digantung oleh pemimpin-pemimpin Pas yang berbunyi 'Selamat Pulang Anak Kelantan Di Perantauan'.

Katanya apa guna gantung kain rentang keliling negeri hanya untuk mencari glamor, apabila sampai ke kampung nak mandi junub pun tak boleh.

Cerita kawan saya (mr z), katanya dia pulang ke Kelantan untuk berhari raya dua hari sebelum menjelang hari raya. Sehari memandu dari KL ke Kota Bharu,sempat sampai di kampung sebelum berbuka puasa. Katanya, apabila balik ke rumah ibu bapanya dia akan tidur di dalam sebuah bilik yang menjadi biliknya sejak zaman dia sekolah, zaman remaja dan juga bilik malam pertama dia tidur bersama isteri selepas berkahwin 20 tahun lepas. Jadi baginya , bilik itu penuh dengan memori.

Apabila tidur di bilik malam pertama dia mengenali dot...dot...dot, sudah pastilah dia teringat 'keriangannya' dan 'kesusahan' dia pada malam pertamanya 20 tahun lepas. Jadi pada malam tersebut dia tidak melepaskan untuk 'bergumbira' dengan isterinya sambil mengenang memori silam.

Selesai 'bergumbira' dia pun tidur dan berniat untuk mandi junub apabila bangun bersahur pada keesokan harinya (30 Ramadhan). Apabila bangun bersahur, dia mencapai tuala untuk manji junub. Masuk bilik air, buka paip tengok-tengok air tiada.Kelam kabut aku dibuatnya, kata mr z.

Selesai makan sahur jam 5.30 pagi, dia mengajak isterinya keluar. Mak dia bertanya nak kemana ? dia jawab nak pergi mandi kerana terlalu panas . Mak nya berkata "sembahyang subuh dulu lah, kemudian keluarlah mandi". Dia kata haru biru aku dibuatnya, nak sembahyang macamana aku tak manji junub lagi. "Tak mengapalah mak , saya tak boleh nak sembahyang dalam keadaan panas macam ini, nak kena mandi dulu", jawabnya.

Lalu dia dan isterinya keluar dari rumah untuk pergi mandi, sambil disindir oleh iparnya "hai, dua-dua orang panas ke ? pelik nampak". Aku pedulikan saja sindiran ipar aku, hidup kereta aku menuju ke bandar KB cari hotel-hotel murah untuk mandi, katanya.

Cari sana-sini semuanya penuh, kalau ada pun yang mahal-mahal. Jam sudah 6 pagi hotel belum jumpa lagi, akhirnya jam 6.15 dia jumpa satu hotel berharga RM 90.00. Tanpa memikir panjang dia check in sahaja hotel itu kerana dia harus mandi hadas sebelum matahari naik, jika tidak tak subuh dan tak berpuasalah dia suami isteri pada hari itu.

Cuba anda semua bayangkan, untuk mandi junub pun kena bayar RM 90.00. Semuanya kerana apa ? kerana kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan bekalan air yang sempurna untuk rakyatnya.

Saya difahamkan yang masalah bekalan air di Kelantan bukan sahaja timbul masa musim perayaan, di hari-hari biasa pun sama sahaja, cuma lebih parah pada musim perayaan. Ada orang memberitahu saya betapa seksanya hidup mereka. Tidur malam pun tak tenteram, kerana terpaksa bangun pada jam 2-3 pagi untuk simpan air dan cuci pakaian. Ini kerana pada siang hari bekalan air tiada.

Satu perkara lagi ialah, jika ada bekalan air pun airnya tidak bersih. Baju putih jika dibasuh dengan air yang dibekalkan oleh Kerajaan Pas Kelantan ianya akan bertukar menjadi merah.

Air adalah satu keperluan hidup yang amat penting bagi manusia. Jika itu pun tidak dapat diselesaikan oleh Pas, maka tak usahlah nak bercakap besar kononnya mereka lebih baik dari BN.

19 comments:

Anonymous said...

maka PAS akan menyepin dengan berkata lebih baik takde air daripada takde akidah..dan berbondong-bondonglah pengikut pakatan rakyat menyokong idea spin ini sambil blogger pakatan rakyat mula copy and paste idea ini untuk dicanangkan...kesimpulannya pas ialah parti ahli spin..selamat tak jadi ayah pin..pas darul spin!

Anonymous said...

kelantan mana dpt sumber kewangan yg secukupnya dr kerajaan pusat royalti pun tak di bagi..kalau Pas berada dlm kerajaan dan memerintah negara lain la citernya..masa tu puak Bn pulak di hina tak pandai tadbir negeri..

Mohd Naser said...

Patutlah rakyat kelantan bau minyak atar je selalu bial gi masjid. Pening kepala aku dibuatnya. Rupa2 nya kurang mandi sebab masalah air.. Kerja dok tayammum je...

Pok Nik... apa ke jadah ni...

Anonymous said...

hahaha itu laa negeri tok lebai cakap pasal islam tapi pengotor

Anonymous said...

tak de air, golek guling ateh jalan jer yop..

Anonymous said...

air tak cukup, jalan bersesak, parking lot tak cukup, tiket flight habis,tanah pertanian dibuat kedai, Tunjung dah tak da sawah, ...memang kehidupan di Kelantan semakin susah dan ketinggalan.

FBI

Anonymous said...

masih berlarutan lg ke isu air ni. apa nak jadi kat kelantan ni..memalukan

irs-Hursaini said...

PAS kelantan minta duit nk naik taraf bekalan air kelantan, Anwar tak bagi.

Bila anwar kena reject dari jawatan TPM, terus kelantan dapat peruntukan 600 juta dari pusat.

tapi duit tu ntah gi kemana.

Dioarang kata guna untuk rakyat miskin, jdi apa kejadahnya fungsi Baitulmal dan institusi Zakat kelantan sampai nk guna duit tu. Patut la khohilal lingkup, rupanya pengurusan huru hara termasuklah peruntukan untuk air.

PAS takde duit!!! Kata mereka.

Apa kejadahnya lantik 13 orang pembantu exco di kelantan yg sekadar untk berceramah politik. bayangkan kalau seorang pembantu tu bergaji RM2000 sebulan, 13 orang dah berapa dah?

Dua bulan dah boleh bina satu tangki air besar untuk guna sekampung ataupun blh guna untuk naiktaraf kemudahan air kelantan. ataupun blh guna duit tu untuk buat rumah murah RM25.000 sebiji utk rakyat miskin.

Nik Aziz terlalu cepat nk sign proses penswastaan air kelantan dulu. Kecoh dulu mana-mana rakyat nak gali telaga dan guna air telaga, kena bayar RM5. Hak3.

Nik Aziz kata dia baru lepas makan nasi masa sign 'aggremen' tu.. wahaha.

Anonymous said...

apa lagi... kene swastakan la gamaknya...hahahahaha

irs-Hursaini said...

Sengsara bro takda air..
Tadah air hujan malam2
Ada tu pukul 2 pagi bangun tadah air hujan.

Bila kita cakap dal FB atau blog, mereka kata reka2 cite dan sengaja buat2 sbb nk burukkan pentadbiran pas kelantan.

Siap mereka kata "kt pahang xda air juga". macam la rakyat kelantan gi tadah air di pahang.

Nak gali telaga boleh, tapi air busuk pasal selut di bawah. Kuku boleh jadi jingga sbb air kelat masam.

Rakyat kelantan harapkan 80% sumber air dari AKSB dan 10% air hujan dan 10% lain2 sumber..

Anonymous said...

adus bisnes baik ni raya taun depan bulih try ni..masalah air ni buka tu ja, untuk pengetahuan kalau paip air utama pecah pun owner dan sesiapa yg berkongsi laluan paip tersebut kena tanggung...sib baik lar umah aku pakai air telaga...tapi buat lagi bikin panas sekarang nak gali telaga kena ada lesen dr kerajaan tempatan melainkan gali2 sorok2 dalam rumah....

Anonymous said...

600 juta peruntukan masa pentadbiran Tun M.. bnyk tu utk baiki infra air sahaja.. zaman PakLah pun ada salur softloan utk kelantan.. macam tu jugak..

Kelantan dah biasa dngn duit tak perlu usaha.. tu yg jadi mcmtu.

Anonymous said...

ishh..ishh..ishh

Kalau nak buat lawak pun berpada2lah lbh kurang samalah dgn citer bila PAS mula perintah Kelantan bilamana digembar-gemburkan rakyatnya tak cukup makan, kalau ke kelantan kena bawa bekal takut mati kelaparan.

Bertaubatlah RBF, kalau benci sgt dgn PAS pun usahlah dok buat cerita yg tak masuk akal ni dan yg peliknya ramai pulak yg sokong...sbb tulah UMNO/BN dh 20 thn tak boleh amik balik Kelantan.

RBF - bakal Raja Lawak musim baru.

Anonymous said...

ehh bukan ke air byk kt rumah2 Adun PAS , Exco Kelantan , Umah Mb Kelantan....pi lah ketuk umah2 dorang tu...sure dorang bg masuk mandi percuma....

Anonymous said...

rm90 satu hal, nasib baik tak mati masa berhadas besar ..... sapa nak kena jawab tu ..... masyaallah ...

Cikgu Di said...

Krisis kekurangan air di kawasan Kota Bharu bukan sesuatu bahan lawak atau agenda yang ditonjolkan oleh mana-mana pihak , tapi ia adalah satu kenyataan.Lebih-lebih lagi apa yang saya alami sendiri sewaktu berhari raya di rumah mertua saya di Kg.Lundang di belakang Balai Islam ternyata terpaksa tadah air paip yang keluarnya agak perlahan dan berkarat. Hingga ke hari ini pun ia berlarutan dan tak tahulah bila dapat disembuhkan. Tak tahulah kalau ditempat lain airnya laju keluar dan tak berkarat....nak rujuk kat siapa agaknya, kalau di cerita macam ni takut pula saya dikatakan tak bersyukur ...entah walahualaam ....telang aja lah....nasib orang KB.

Anonymous said...

ini cerita bodoh, dari mulut biawk penipu!

Anonymous said...

kesian aku dgn anon sept29, 2010 5:07 PM

samada dia tak kesah mandi air karat atau dia lah paling sebok dapat air free kat selangor tuh..

Anonymous said...

nicky ajis dah tak perlu mandi junub lagi almaklumla da tak "naik"..

so ape keperluan utk tingkatkan mutu perkhidmatan air kelantan?

lagipun nicky ajis cuma berdoa boleh buat hujan turun serta merta..

air hujan lagi fresh, direct kurniaan ALLAH..

so takde issue masalah air di kelantan...

heheheheheeheheheehe