Monday, September 27, 2010

Exco Tumbang Di Tangan Exco Di Shah Alam

Seorang exco perempuan kerajaan negeri yang pernah dikaitkan dengan penyelewengan dana sebanyak RM 375 ribu tahun lepas iaitu Rodziah Ismail tewas di tangan seorang lagi exco iaitu Yaakop Sapari dalam pemilihan di Cabang Shah Alam.

Sungguh malang nasib wanita ini, dia adalah penduduk di Shah Alam dan antara pengasas awal PKR di Shah Alam, tetapi dia tewas kepada seorang pendatang dari Serdang.
Sabtu malam ahad, exco wanita mengadakan majlis hari raya besar-besaran di Seksyen 23 Shah Alam. Nama saja majlis hari raya, tetapi sebenarnya majlis kempen untuknya. Tetapi sayang seribu kali sayang, majlis anjurannya malam tersebut tidak mendapat sambutan.
Lebih malang lagi dia turut ditolak oleh orang-orang ditempat tinggalnya sendiri iaitu di Seksyen 18 Shah Alam yang mana menyaksikan PKR Ranting Sek 18 memberi sokongan padu kepada Yaakob.

Punca utama orang menolaknya adalah kerana kes kuil di Seksyen 23 yang hangat diperkatakan dalam bulan puasa tahun lepas. Dia manusia durjana yang bersungguh mahukan kuil tersebut dibina di kawasan melayu dan banyak menipu penduduk disitu.

Secara rasmi sudah dua orang exco Selangor tumbang minggu ini.,iaitu Rodziah dan Eli Bogel. Kita sama-sama tunggu minggu hadapan pula dan yang paling menarik perhatian pada minggu depan adalah pemilihan Cabang Kuala Selangor yang menyaksikan MB Selangor dicabar oleh dua calon lain.

Ada ura-ura mengatakan yang Khalid sedang 'deal' dengan dua calon tersebut agar menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepadanya. Ini kerana Khalid tahu dia akan kalah jika pertandingan diadakan, tambahan pula apabila dia melihat banyak kejutan dalam keputusan pemilihan minggu ini.



Siapa nak bayar overtime chet ni oiiii ?




5 comments:

Erman Syahid said...

yang bertumbuk india dengan india tapi bukan xavier. Pecah masuk ke tempat pengiraan undi.

Anonymous said...

Di dalam syarikat Telekom Malaysia nie ada 2 orang yang cukup terkenal dengan PRO-AL-JUBURI, mereka adalah

1. Syed Ibrahim Syed Noh (AGM TM merangkap Pengerusi GMI dan MAFREL)
2. Mohd Jafar Majid ( PRESIDEN NUTE & ahli umno keramat) - tapi hantu UMNO dan pro Azmin Ali & the geng.

so mereka nie adalah talam dua muka didalam syarikat (pro kerajaan) tapi diluar, hentam kerajaan dan penyokong kuat kalau ANWAR jadi PM.

Jafar Majid nie, menggunakan kuasanya untuk "tap" apa saja maklumat yang berkaitan dengan semua orang (maklumat sulit kerajaan) & jual pada Team PKR, paling bangsat lagi, adalah dia nie pengikut setia MP BATU....


HANCURKAN MEREKA INI!!!!

Anonymous said...

peh!!!!!
citer yang sungguh mendebarkan!
jom kita tgok apa yang akan jadi...
sapa nak kerepek?

layan movie nie!

Anonymous said...

hahhaha APA AKU KISAH ..... signal tu PRU 13 PKR tumbang laa tu hahaha APA AKU KISAH ...

Anonymous said...

kah kah kah padan muka penyokong kuil